Chereads / You and Me Never / Chapter 77 - 77.

Chapter 77 - 77.

Siang tadi lepas semua turun dari bukit, mereka semua tak kuasa nak buat apa-apa jadi ramainya luangkan masa dalam bilik untuk berehat. Terutama sekali Aster. Dia jenisnya yang tak suka keluarkan peluh atau penatkan badan lebih prefer duduk dalam bilik tak buat apa-apa.

Namun pelan dia backfire bila Fiena yang jenisnya memang bertenaga dan aktif tak izinkan Aster berehat.

Sejurus mereka mandi dan tukar pakaian, Fiena ajak Aster makan tengah hari sama-sama. Lepas tu bawa Aster ronda-ronda sekeliling penginapan tu dengan basikal. Gila betul! Ada ke patut orang baru balik mendaki suruh berbasikal. Memang pecah betis la gayanya.

Tak cukup dengan tu, Fiena bawa Aster selfie pemandangan gunung dan bukit yang memang indah di pandang mata yang mana di bantu oleh jurugambar tak berbayar mereka, iaitu Zander. Ya, Zander ikut mereka sepanjang masa tu.

Tapi banyaknya Zander lebihkan Aster dari Fiena sendiri la. Dari belanja makan aiskrim. masa naik basikal, Zander yang bawak, Aster tumpang dekat belakang. Kemudian payungkan Aster masa mereka jalan dekat bawah terik matahari.

Sumpah sepanjang hari tu macam mereka berdua keluar dating walaupun Fiena ada.

Sampai la petang baru la mereka berehat. Fiena masuk je bilik, terus tumbang tak sedarkan diri sehingga la senja berlabuh.

Aster nak tergelak bila tengok gaya Fiena tidur yang serupa macam kucing. Dia sempat ambil gambar tu buat kenang-kenangan.

Tepat jam 6 petang mereka berdua turun untuk makan malam sama-sama dengan pensyarah dan yang lain di hall makan.

Memang kembung perut la gayanya bila mereka dihidangkan makanan laut pada makan malam tu.

Lepas makan malam, pensyarah beri kelonggaran pada mereka semua untuk lakukan aktiviti masing-masing. Ada yang naik ke tingkat lapan untuk main snooker, terutama sekali peserta lelaki la. Kalau peserta perempuan mereka ada yang luangkan masa dalam bilik karaoke, ada yang pergi jalan-jalan dan ada jugak yang pergi berendam dalam kolam air panas.

"Sini la Aster...kenapa duduk dekat situ je.."panggil Fiena pada dia dari jauh.

Tak nak basah, dia sanggup duduk jauh dari situ dan hanya perhatikan mereka semua berendam dalam kolam air panas tu. "Tak apa la...kau berendam la situ.."balas Aster.

"Betul ni?"tanya Fiena lagi.

Aster angguk kepala.

Fiena dengan seronok bertepuk tepak air dengan peserta perempuan lain dekat dalam kolam tu.

Ada jugak peserta lelaki tapi mereka duduk dekat kolam berasingan tak jauh dari kolam mereka.

Kawasan tu terletak dekat tepi gunung. Ada enam kolam. Setiap kolam di situ di reka mengikut sifat semula jadi. iaitu berasaskan batu-batu. dan air di situ semuanya menggelegak dan berwap putih.

Sebab kenapa Aster tak masuk sebab dia takut. Macam-macam dia terbayang bila tengok air yang mengeluarkan gelombang udara itu.

Yalah...apa-apa boleh jadi kan.

Mana la tahu, tiba-tiba air dekat dalam kolam tu meningkat suhunya, hah...kan tak pasal-pasal masak semua orang dekat situ.

Kemudian, Aster tak pandai sangat dengan benda-benda macam ni.

Orang kaya biasa la.

Dia yang kekampungan ni, kalau di suruh membajak ke, menukang ke, mencangkul tanah ke, tungang kuda ke reti la.benda macam ni...alah...buat kecut perut je la.

"Seorang je..."tegur suara tu dari belakang.

Aster terus dongak ke atas sebelum nampak Zander yang sedang tersenyum kepada dia di atas. "Oh..hai senior."sapa dia.

Zander bercakung dekat sebelah Aster. "Boring tak?"tanya lelaki tu.

Aster jungkit kening kiri dia. "Kenapa senior tanya?"

Terus tersengih Zander lepas dengar. "Ikut saya jom."ajak dia.

Ah-ah...I don't think so mister. "Tak apa la...saya nak duduk sini."tolak Aster dengan sengih serba salah dia.

"Alah...jom la. Dari awak duduk sini tak buat apa-apa sendiri."desak Zander lagi.

Tak faham bahasa betul la jadi orang lelaki ni. Tak dengar ke dia tak nak, di paksa lagi. "Betul..saya tak apa-apa duduk sini sendiri. Senior pergi la kalau nak.."tolak Aster lagi.

Zander bangun dari cakung dia lalu berdiri dekat belakang Aster sebelum dukung Aster bangun dari tangga menghadap kolam air panas itu.

"Hei!"Aster terkejut bila dia dibangunkan dari situ.

"Hahaha...jom la..Apa seronoknya datang sini kalau tak buat apa-apa.."ujar Zander sambil tunduk ke bawah sebelum dukung Aster atas bahu dia dan dalam masa yang sama kasut Aster di pegang dia semasa tunduk itu.

"Senior!"panggil Aster dengan takut.

Fiena yang dengar suara Aster terus palingkan kepala ke arah itu, dia ingatkan ada sesuatu terjadi, sekali bila dia nampak Zander puncanya, dia kembali fokus pada rakan-rakannya di situ berborak akan sesuatu.

"Turunkan saya senior!"minta Aster sambil pegang belakang badan tu. Wei! Kalau jatuh ni! Sia-sia hidup dia!

"Kalau saya turunkan awak...awak janji akan ikut saya?"tanya Zander semasa mereka merentasi kawasan lobi untuk ke pintu utama.

Urgh!Tak habis-habis dengan keluar! Siang tadi tak cukup lagi ke!

"Ya...! Apa kata orang kalau mereka nampak saya macam ni!"gelut Aster sambil menggerakkan kaki dia.

Zander berhenti dari berjalan tak lama lepas tu. Dia tunduk ke depan sebelum turunkan Aster perlahan-lahan. Sebaik Aster berdiri tegak, dia bercakung dekat bawah tiba-tiba.

Sambil selak anak rambut ke belakang telinga, Aster tunduk memandang ke bawah dengan muka terkejut bila Zander melutut. "Apa senior buat ni?"

Zander dongak memandang Aster sambil tersengih lalu memegang kaki Aster untuk dipakaikan kasut. "Pakaikan cinderella saya kasut dia yang hilang.."selorohnya sambil itu.

"Eh..tak apa la. Saya boleh buat sendiri."Aster tarik kaki dia, tapi Zander capai semula.

"Tak apa..."balas Zander sewaktu masukkan kaki Aster yang satu lagi ke dalam kasut. Setelah itu dia kembali berdiri. "Done. Now. Let go.."ajak dia semasa pegang tangan Aster sebelum bawa Aster keluar dari bangunan itu.

"Kita nak ke mana ni?"tanya Aster sewaktu mereka berdua menyusuri lorong kecil di sebelah kanan bangunan penginapan itu. Malamnya, gelap gelita suasana sekeliling tempat itu. Jadi meremang bulu roma dia.

"Tempat yang awak pasti takkan menyesal setelah pergi.."jawab Zander semasa membimbing Aster menyusuri laluan sunyi itu.

Aster pandang ke sisi dengan renungan 'buang tebiat' pada Zander lepas dengar. Sememangnya dia sudah pun menyesal kerana ikut Zander dekat sini. "hahaha..."gelak dia dengan kekok. "Saya harap macam tu.."

Tak lama mereka berjalan, Zander berhenti di depan sebuah bangku yang menghadap laman berumput lapang di depannya. "Duduk sini.."Zander dudukkan Aster.

Mata Aster gerak kanan dan kiri dengan cemas. Lepas tu apa?Duduk je sini.

"Tunggu...dan lihat.."bisik Zander dekat sebelah semasa duduk rapat ke Aster sambil rangkul bahu Aster.

Detik demi detik berlalu....

"Kita tunggu lepas tu?"tanya Aster.

"Shh...tengok...dia orang dah datang."tunjuk Zander ke satu arah.

Aster ikut tangan Zander sebelum dia sendiri terkejut bila dia nampak sesuatu berkelip dekat udara. Mulanya satu, kemudian jadi tiga kemudian...penuh laman gelap tadi dengan benda berkelip dekat udara. Penuh sampai nampak macam bintang tengah bergerak.

"Apa tu?"tanya Aster dengan nafas tertahan sebab terkejut melihat keindahan malam itu.

"Firefly...mereka selalu munculkan diri pada waktu macam ni.."cerita Zander dengan perlahan dekat tepi telinga Aster.

"Cantiknya..."gumam Aster sambil tersengih lebar menampakkan gigi. Sumpah memang cantik.

Zander kemudiannya berdehem. dia lepaskan pelukan pada bahu Aster sebelum pegang kedua-dua belah bahu Aster lalu digerakkan supaya menghadap dia.

Aster tak gerakkan kepala dia masa badan dia bergerak menghadap Zander sebab terlalu asyik melihat kelip-kelip di situ.

"Aster..."panggil Zander dengan perlahan.

"Hm.."baru Aster palingkan kepala, dia pandang Zander dengan kening terangkat.

Zander tunduk mencapai kedua-dua tangan Aster lalu direhatkan ke atas riba Aster. "Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak beritahu pada awak ni.."

No sh*t! Jangan beritahu dia! "Apa dia?"tanya Aster dengan dada berdebar bagai nak terlompat keluar dari anak tekak masa ni. Tiba-tiba je macam ni!

"Mungkin awak rasa semua ni terlalu cepat...tapi saya nak awak tahu tentang hal ni. Sebab saya tak boleh nak simpan semua ni

lama-lama."