Chereads / You and Me Never / Chapter 78 - 78.

Chapter 78 - 78.

Aster menelan air liur gemuruh dia lepas dengar. Tolong la jangan...

"Saya suka kan awak."

Oh my god!

"Senior saya.."

"Tak dengar dulu...lepas tu awak nak cakap apa saya dengar. "Zander gengam kemas tangan Aster dengan kening berkerut.

Aster yang dengar dah buat muka serba salah. Nak buat macam mana ni...

"Kalau awak ingat...dua bulan lepas masa cuti musim panas..."Zander pandang tangan Aster yang sedang mengusap lembut permukaan tangan Aster. "Di kafe starbuck...satu hari tu..saya duduk lepak di situ untuk lakukan persediaan saya di univerisiti nanti lepas graduate kolej nanti. Mulanya saya tak kisah...namun lepas setiap hari saya lihat wajah yang sama datang ke kafe starbuck order minuman yang sama berulang kali tanpa tinggal, hati saya terdetik. siapa gadis ni dan kenapa saya tak pernah nampak dia di mana-mana dalam kawasan bandar ni...sehingga satu hari tu saya ambil keputusan untuk ekori dia dan cari tahu apa yang dia buat selepas beli minuman kegemaran dia.."cerita dia.

Aster diam dekat situ dengan perasaan berbelah bahagi. Please jangan. Dia tak nak dengar lagi.

"Rupa-rupanya dia bertugas di perpustakaan. Jadi saya datang ke situ untuk lihat dia macam mana sebab saya tertarik dengan penampilan dia. Ringkas namun sangat indah di pandang mata. Tak seperti gadis-gadis yang saya lihat di luar sana. Cantik tapi licik. Jadi setiap hari saya datang ke situ untuk perhatikan dia...tengok dia termenung bila dia bosan, tengok dia takut bila sesuatu tak kena, perhatikan dia bila dia gembira dan ketawa akan

sesuatu..." Zander angkat kepala lalu menatap ke dalam mata Aster dengan renungan berharap.

Aster mengigit bahagian dalam bibir dia dengan muka hendak menangis bila Zander pandang dia macam tu.

Zander tersenyum kecil masa teringat akan sesuatu. "Dan sejak tu baru saya sedar saya sukakan dia. Tapi saya tak berani nak katakannya secara depan-depan. sehinggala satu hari tu, awak tegur saya semata untuk temankan awak siapkan kerja. Dari situ saya nekad nak beritahu awak apa perasaan saya. Tapi sebelum saya sempat nak beritahu, awak dah larikan diri...esok harinya awak tak datang lagi...dan hari seterusnya. Saya fikir awak dah pergi atau tiada lagi di sini lagi..."

"Kemudian saya terserempak awak dekat kolej. Saya terkejut sangat sampai terlepas cakap perkara yang tak sepatutnya sampai buat awak marah...serius...saya nak cakap yang saya gembira jumpa awak. tapi perkataan lain yang keluar. Dan lepas tu saya tak tahu nak cakap macam mana dengan awak. Sampai la malam tu, awak tolong saya bayarkan barang dapur untuk saya. Saya fikir awak dah maafkan saya. Saya gembira sangat masa tu."Zander garu belakang kepala sebab rasa malu sendiri bila teringat malam dimana dia terlupa bawak dompet masa beli barang. "Kemudian saya tahu Fiena berkawan baik dengan awak. Jadi saya fikir mungkin saya ada peluang. Jadi saya cuba dekati awak seboleh mungkin walaupun terpaksa pergi ke kampung awak sendiri."

Ohh...so sweet...Aster buat muka tersentuh lepas dengar. Macam mana ni. Hati dia tak kuat!

"Saya tak boleh nak tunggu lama-lama takut awak di ambil orang lain. Sebab tu saya ambil keputusan untuk beritahu awak semuanya malam ni.."Zander senyum pada Aster masa pandang malu ke Aster.

Mata Aster turun ke tangan besar yang menutupi dua tangannya dia dengan mudah. Kesian pulak dia rasa. Nak buat macam mana, mama dia sendiri dah tak berkenan dengan Zander. Lagipula dia sukakan orang lain.

"Maafkan saya senior.."ucap Aster dengan perlahan. "Saya tak tahu yang senior simpan perasaan pada saya selama ni...sekalipun saya mahu terima confession ni...saya tak boleh." luah Aster dengan lemah lembut. Dia rasa serba salah untuk semua layanan dan perasaan tak suka dia pada Zander selama ni. Sumpah dia tak tahu!

"Boleh saya tahu kenapa?"tanya Zander dengan nada rendah tapi kedengaran terkilan.

Perlahan-lahan Aster tarik nafas lalu dihembuskannya hendak cari semangat untuk lafazkannya.

"Sebab saya sukakan orang lain.."luah Aster akhirnya.

Kening Zander terangkat tinggi lepas dengar. Dia terdiam seketika setelah itu. Agak terpempan jugak sebab tak jangka hal ini. Kalau Aster reject sebab tak sukakan dia tak apa jugak. Dia masih ada peluang. Ini tak, hati Aster dah terisi dengan orang lain.

"Siapa?"tanya Zander tak lama lepas tu.

Aster tersenyum nipis mendengar soalan itu. Bila difikirkan balik...memang la dia sukakan Azriel tapi belum tentu lagi Azriel suka dekat dia. Kan?

"Senior marah ke?"tanya Aster dengan serba salah.

Zander geleng kepala lalu usap kepala Aster. "Nak buat macam mana, perasaan suka tu tak boleh di paksa. Saya pun dah tak rasa risau atau serba salah lagi lepas beritahu semua ni pada awak..."dia senyum berserah sewaktu menatap wajah yang selama ni telah mengarang hatinya.

"Maafkan saya sekali lagi..."ucap Aster sambil lentokkan sedikit kepala sewaktu senyum serba salah pada Zander.

Zander ketawa kecil sebelum tarik Aster ke dalam pelukan. "Saya tak menyesal sukakan awak Aster. Dan sekiranya awak berubah fikiran, saya berlapang dada menerima awak.." ucap dia sewaktu mengeratkan pelukan itu. Akhirnya dapat jugak dia lampiaskan rasa rindunya pada Aster yang selama ni dia bendung.

Aster tepuk belakang badan Aster sambil tersenyum. "Terima kasih..."