Chereads / You and Me Never / Chapter 79 - 79.

Chapter 79 - 79.

"Baik la..semua dah ada di sini?"tanya pensyarah pada mereka semua yang beratur depan bas.

"Dah~~" sahut mereka semua.

"Kamu semua dah pastikan tiada barang yang tinggal?"

"Ya~~" sahut mereka lagi.

"Okay sekarang tinggal Zander dengan Fiena..mana mereka berdua?"

Dua tangan naik ke udara sebaik nama-nama itu di sebut.

"Kamu berdua balik sendiri ya?"tanya pensyarah lagi.

"Ya.."jawab Zander. "Parents kami jemput.."

"Okay...kalau macam dah settle. Sekarang kamu semua boleh naik ke bas yang sama kamu guna semasa hendak ke sini untuk mudahkan ambil kedatangan..."

"BAIK~~~"

Pelajar-pelajar di situ mula bergerak masuk ke dalam bas dan simpan bagasi sebelum naik bas.

"Bye..jumpa dekat kolej esok.."lambai Fiena dengan girang.

"Urm..kau pun."angguk Aster sambil betulkan tali beg di bahunya.

"Thanks ya As.."sapa Zander pula.

Sambil angguk kepala Aster senyum pada Zander. "Sama jugak dengan senior.."

"Dah pergi naik...kalau boleh nak je aku hantarkan tapi mama dengan papa nak bawak kita orang terus."kata Fiena dengan muka serba salah.

"Tak apa la. Aku tak kisah pun. Aku gerak dulu.."lambai Aster.

"Bye.."lambai Fiena dengan ceria.

Sampaikan Zander yang tengok tingkah adiknya itu ikut tersenyum.

Dengan kepala tunduk ke bawah, Aster daki naik bas yang sama dia naik serentak masa itu nama dia di sebut.

"Aster Faith?!"

"Saya!"sambut Aster semasa jalan melintasi pensyarah dia.

Setelah itu Aster pandang kanan dan kiri barisan kerusi di situ. Mencari tempat kosong untuk di duduki.

Sedang Aster jalan perlahan melintasi set kerusi di situ dengan teliti, satu tangan muncul dari tepi lantas memegang pergelangan tangan itu.

Tersentak dengan cengkaman itu, Aster berhenti mendadak lalu tunduk memandang tangannya sebelum gerak memandang jari runcing yang sedang mencengkam kemas pergelangannya.

"Sini..."kata Azriel tanpa memandang Aster.

Melompat sedetak jantung dia masa tu. Hehehe...Azriel simpankan tempat untuk dia la.

"Terima kasih.."ucap Aster sebelum mencelah di antara kaki panjang Azriel sebelum duduk di sebelah tingkap. Tempat yang sama la!

Azriel hanya sandar ke belakang memandang ke depan dengan muka serius dia seperti biasa. Sementara Aster tersenyum dari telinga ke telinga.

"Awak tidur lena malam tadi?"tanya Aster hendak berbasa basi.

Semalam dia tak nampak kelibat Azriel langsung. Entah mana la lelaki ni pergi. Kalau dia nampak lama dah dia duduk lepas sama.

Azriel hanya pejamkan mata sejurus itu. Kedua-dua tangan dia di silang tak puas hati di dada.

Berasa hairan kenapa dia tidak dihiraukan, Aster palingkan kepalanya ke Azriel lalu mengangkat tangan hendak menyentuh dahi itu. Mana la tau Azriel tak sihat ke apa ke.

Sekali bila Aster sentuh dahi tu, Aster terus tarik nafas terkejut. Wajah dia terus bertukar menjadi risau.

"Ya ampun...Azriel. Panasnya badan awak.." Aster hadapkan sikit badan dia ke Azriel.

Sikit pun Azriel tak terkutik. Malah dia hanya kekal diam memejam matanya.

"Sejak bila awak demam ni?"Aster terus buka beg sandang dia lalu diselongkar isi beg itu.

Masih lagi diam bisu tak berkata apa-apa, Azriel ketap gigi menahan diri.

Aster lepaskan keluhan letih bila Azriel buat tak layan soalannya sejak tadi lantas mengeluarkan satu papan panadol dan botol mineral bersama.

"Azriel Noah.."panggil Aster dengan lemah lembut sewaktu memegang lengan yang bersilang di dada itu.

Perlahan-lahan Azriel membuka matanya yang kemerahan sebelum palingkan kepala ke sisinya dengan lemah.

"Sejak bila awak demam ni?"tanya Aster dengan kening berkerut susah hati. Dia pulak yang rasa sakitnya bila menengok keadaan Azriel macam ni.

"Semalam.."sebut Azriel dengan suara serak sakit dia.

"Sebelum atau selepas kita naik bukit?"Aster tunduk memicit table panadol keluar dari soket ke tapak tangannya.

Azriel pandang kepala Aster dengan renungan kecewa. Mana dia tak kecewa. Semalam masa dah ada dekat puncak, dia beria nak jumpa Aster. Tapi Aster asyik berkepit dengan Fiena dan Zander sepanjang masa.

Tak cukup dengan tu, lepas turun bukit pun Aster masih lagi bersama dengan mereka. Gembira menghiburkan diri di sekitar resort.

Sementara dia, sendirian dekat situ tak ada kawan. Nak gaul dengan siapa lagi bila semua orang elak dari dekati dia, kecuali student perempuan yang hanua dekati dia kerana ada niat tak baik.

Tak nak spoilt hari Aster, dia hanya terperuk dalam bilik tak buat apa-apa.

Kemudian...dia nampak Aster dan Zander keluar berduaan dalam gelap. Kemudian muncul dengan senyuman dekat bibir masing-masing. Terus stress dia malam tu jugak.Esok paginya bangun-bangun je kepala dan badan dia sakit-sakit.

"Jangan berpura-pura macam kau peduli dekat aku boleh tak?"sentap Azriel dengan nada rendah sebab tak ada tenaga nak cakap kuat.

Terus terasa Aster lepas dengar kata-kata tu.

"Mana ada saya pura-pura...saya betul-betul risau ni.."jawab Aster dengan kening mencerlung sedih masa tunduk membuka penutup botol air mineral tu.

Azriel pandang Aster dengan jengkel sebelum.kembali pandang ke depan.

"Yalah tu..entah-entah selama ni kau layan aku baik-baik sebab kesiankan aku.."

Aster angkat kepala memandang Azriel dengan muka tak faham. Dah kenapa dengan Azriel ni. "Suka hati awak nak cakap apa...ni. Makan ubat ni supaya tak melarat...perjalanan kita jauh lagi ni.."Aster suakan tangan dia yang sedang memegang ubat itu.

Azriel protes. Dia pejamkan mata tak pedulikan Aster.

"Please Azriel..."minta Aster dengan nada mengalah. Lelaki ni lagi susah nak di handle dibandingkan Elisson. Keras kepalanya tu kalau dihentak hammer pun tak lut!

Masih berdegil. Azriel tak hiraukan Aster.

"Fine...suka hati awak. Awak nak buat perangai keras kepala awak tu. Awak buat la..kalau sakit awak melarat...padan muka situ." rajuk Aster pula.

Dia anjak rapat ke tingkap sambil silangkan tangan ke dada tak puas hati. Senak dada dia dibuatnya sikap Azriel ni lama-lama.

Aster termenung pandang keluar tingkap bas. Melihat kenderaan itu bergerak di atas jalan raya dengan kelajuan biasa. Nak tengok pemandangan disekitar tempat itu pun sempat untuk dinikmati.