Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 54 - Dipersalahkan!

Chapter 54 - Dipersalahkan!

54.

Airis menyilang tangan ke dada. Menarik senyuman sinis sebaik berdengus kecil.

           "Baru ingat diri tu ada anak ke?Hm?"

           "Apa kamu kata?"

            "Dulu ke sekarang ke memang tak nak berubah langsung ya?"soal Airis dengan nada mengejeknya.

              Kening Puan Adriana semakin mencerlung tajam. Wajahnya kelihatan tidak terkata. "Kamu sedar tak apa yang kamu katakan sekarang ni Airis?Mama tanya di mana Jennie!Yang kamu merepek ni kenapa?"

             "Dah memang betul kan? Masa kau ada aku, kau buang aku semata-mata nak kejar cita-cita kau tu. Dan sekarang ada anak kecil, kau pulak sibuk kejar urusan kau tu tanpa fikir tentang kebajikan mereka. Kalau macam tu kenapa beranak kalau tak reti nak jaga anak?"Airis menarik senyuman mengejek

Puan Adriana terus ternganga kerana tertampar di buat kenyataan kasar Airis itu.

             "Airis Ariana! Jaga sikit Bahasa kamu ya!Sekarang beritahu mama, dimana Jennie!?"

              "Kenapa tanya aku pulak?Tanya lah diri sendiri mana anak kau pergi??"dalih Airis lagi. Mata gadis itu kemerahan tapi tidak berkaca. Tanda dia kepenatan. Seharian dia di dalam hospital. Menanti Jennie selesai jalani pemeriksaan. Pukul lapan tadi baru selesai. Itupun belum sah lagi. Dan sekarang Jennie masih berada di dalam wad. Di warded kerana hendak elakkan sebarang komplikasi lebih serius dari terjadi.

Dan dia tidak beritahu dari awal kerana fikirannya begitu serabut dan kerisauan. Sampaikan Airis terlupa mengenai Adriana di rumah.

               "Airis Ariana!"bentak Adriana yang keberangan. "Mana Jennie! Apa kamu dah buat pada dia!"

Airis tidak tersentak, dia hanya tersengih jahat.

              "Wow...at last. Selepas berbulan lama aku dekat sini akhirnya kau tonjolkan sikap sebenar kau..."Airis menepuk tangan bangga. "Ibu 'mithali' konon.... hahahaha... lawak. Sangat la lawak kalau gelaran ni disandang oleh kau!"ujarnya dengan ketawa di buat-buat. Tangannya sudah bergerak hendak mendapatkan dokumen dari hospital.

SLAP!

Namun belum sempat Airis hendak berbuat begitu, tidak semena satu tamparan hinggap di pipi kanannya. Sangat kuat sehingga kepalanya berpaling kuat ke kiri.

Wajah Puan Adriana kemerahan, mata wanita itu menjegil bulat kerana terlalu marah.

             "Memang patut pun mama buang kamu. Sejak    kamu lahir hidup mama tak pernah senang tahu tak. Dan sekarang kamu nak balas dendam pada mama dengan menggunakan Jennie?Dia budak lagi Airis...sampai hati kamu!"marah Puan Adriana dengan linangan air mata.

Airis memalingkan mukanya selepas di tampar. walaupun pipinya sedang berdenyut sakit dan telinganya berdesing sakit kesan tamparan tadi, dia masih mampu tersenyum. Berharap yang Adriana akan tunjukkan reaksi yang sama sekiranya sesuatu terjadi pada dirinya. Tapi rasanya benda tu takkan terjadi.

  

            "Sekurangnya aku tak abaikan anak sendiri sampai sihat sakit dia pun tak di ambil kisah...."Airis menangis di dalam hati. Dengan lemah dia mengeluarkan satu sampul surat mengenai keputusan pemeriksaan Jennie yang mana dia terima tadi dari poket beg yang disandang.

Segala butir bicara doktor masih segar bermain dalam fikirannya. Dia suakan surat itu pada Encik David. Menghalimunankan Puan Adriana.

             "She's sick...."ucap Airis dengan perlahan sambil menarik senyuman nipis.

Encik David pun tunduk memandang sampul itu sambil berkerut kening sebaik melihat logo sebuah hospital padanya membuatkan dadanya menjadi sesak semacam.

             "Apa ni Airis?"tanya Encik David dengan nada tersekat-sekat. Otot tangannya menjadi berat apabila dia mencapai surat itu. Dia pandang Airis dengan renungan bungkam tidak terkatanya.

Airis menyeluk tangan ke dalam saku poket hoodienya. Memandang suram ke arah surat itu. Menungnya terimbas semula momen disaat Jennie menangis saat diberi rawatan dengan doktor. Tanggisan adik kecilnya buatkan dia berasa jengkel dan marah dengan perasaan yang sedang dirasai!

             "As you can see....surat tu memberitahu di mana keberadaan Jennie sekarang...I did manage everything, the rest is up to you." Airis kemudiannya berpaling. Dia beredar ke tingkat atas untuk masuk ke biliknya.

Meninggalkan pasangan suami isteri itu sendirian. Itu yang difikirkan oleh Encik David dan Puan Adriana.

Setelah membelok, Airis secara sembunyi bersandar pada dinding, kepalanya dongak memandang siling depan tangga. Memasang telinga akan reaksi pasangan itu.

              "Apa tu David?"soal Puan Adriana.

Bunyi kertas di koyakan kedengaran sebelum suara seseorang menarik nafas terkejut tidak lama kemudian. Airis yang dengar memejam mata.

Sepatutnya dari awal lagi dia berhenti dan tidak bonding dengan mana-mana mereka di dalam rumah ini!Fikir Airis dengan kening berkerut kekesalan. Rahangnya diketap erat.

               "Tak...tak mungkin..anak kita David..." nangis Puan Adriana mula tersedu-sedu kuat.

               "Shh...Lissa dengar nanti..."pujuk Encik David yang mungkin sedang memeluk Puan Adriana.

Airis membuka mata sebelum dia di sapa oleh Lissa dengan pyjama merah jambu dan patung beruang yang dipegang telinganya oleh Budak itu.

Melihat kanak-kanak itu mengingatkan Airis pada Jennie di hospital. Adik kecilnya itu disahkan menghidap kegagalan fungsi hati. Doktor kata disebabkan penyakit Jennie lewat dikesan, maka penyakit itu di tahap serius dan mengancam nyawa Jennie.

              "Hei..dah ready ke?"tanya Airis dengan senyuman di bibir masih berdiri di situ memandang Lissa.

              "Dah.."jawab Lissa dengan senyuman lebar.

Lantas senyuman terukir di bibir.

Airis mendaki tangga lalu menghulur tangan le arah Lissa untuk di pegang. Setelah di pegang Airis membawa Lissa masuk ke dalam biliknya.

               "Jom...."

 

               "Lissa nak dengar cerita Gordilocks nanti boleh?"

              "Boleh.."