60.
Mandy tersenyum lebar apabila melihat orang yang ditunggunya muncul di depan pintu masuk kafe. Dengan girang dia mengangkat tangan lambai ke arah orang itu.
"Sini...!"panggil Mandy pada gadis lampai berupa paras manis dan cantik yang sedang berjalan masuk ke kafe itu.
"Lamanya baru nak sampai..." sungut Mandy sewaktu gadis itu berdiri di depannya. "Nasib tak berjanggut aku tunggu kau dekat sini..."
"Alah...berapa minit aje pun..bukannya sejam dua tunggu."
"Macam la kau tu busy sangat..."
"Hello...aku busy okay. Kau sendiri tahu kan." balas Rina pada sepupunya itu. Dia tersenyum lebar semasa mendekat.
Mandy mempelawa Rina duduk kerusi depannya. Setelah sepupunya duduk Mandy menarik senyuman lebar.
"Semakin berseri aku tengok?"soal Mandy. Keningnya diangkat main-main.
Rina ketawa.
"Mestilah..."
"Ada apa-apa ke?Cuba story sikit dekat aku?"Mandy menarik sengih meleret penuh muslihatnya saat memandang wajah senyum Rina dihadapannya.
"Well...macam yang kau suruh tu. Aku ikut. Dan surprisingly....aku tak sangka rancangan kau ni menjadi..."ujar Rina. Dia memandang sekeliling lalu mengangkat tangan yang mana berjaya menarik perhatian seorang pelayan lelaki yang mana dia tidak pandang pun wajah. Apabila pelayan itu berdiri di sebelah meja. Dia terus memberi pesan sambil memandang Mandy.
"Berikan saya jus smoothie mangga.."
Mandy yang dengar tersengih sendiri. Serius menjadi ke?
"Iya ke?So apa yang berlaku?Airis tu dah keluar dari rumah tu ke?"soal Mandy sewaktu pelayan tadi berlalu pergi dari situ.
Rina yang dengar menarik senyuman bangga. Dengan lagaknya, dia menyelak rambut ke belakang bahu.
"Mulanya macam tu...tapi kau tahulah perempuan tu macam mana. Degil nak mampus. Elok je keluaer dari rumah tu tapi datang semula. Tapi tak apa la. At least keluarga Aron termasuk Aron sendiri dah bencikan Airis. Tinggal masa jer untuk buatkan perempuan tu di halau pergi dari situ."jelas Rina.
Mandy ketawa kecil, dia menyedut sedikit jus yogurt strawberinya bersama senyuman di bibir.
"Hahaha...puas hati aku.."
Rina menyilang kakinya. "Tengok la siapa yang buat semua tu.."
"Itulah...aku dah cakap dengan dia. Satu hari dia mesti kena punya dengan aku. Geram aku dengan dia kau tahu...dekat kolej tu semua orang sibuk cakap pasal dia. Semua benda yang aku buat tak pernah menjadi kau tahu."
Rina mengangguk kepala.
"Itulah kau...tak pandai. Mak ayah hantar sini suruh belajar, kau pulak bercinta... itu yang orang senang pijak kepala kau.." komen Rina.
Mandy memberi renungan tidak puas hati.
"Amboi sedapnya mulut kau tu... pernah rasa high heel aku tak?"soal Mandy bernada gurau.
"Ingat aku takut?"balas Rina sewaktu minuman pesanannya tiba, pelayan itu menghidangkan minuman itu dengan tertib sebelum berpaling dari situ.
"So apa rancangan kau yang seterusnya? " soal Mandy.
"Aku ingat nak gunakan kembar dua orang tu sebagai imuniti aku. Lepas tu aku akan malukan Airis depan semua orang dekat kolej....yang mana hanya akan buatkan semua orang bencikan dia...dan dia takkan berani angkat kepala lagi masa berjalan dekat mana-mana permukaan bumi ni..."ujar RIna.
Pelayan lelaki yang tadi hidangkan minuman itu tidak beredar jauh sebab dia perlu bersihkan meja yang berada di tepi kanan meja Mandy dan Rina telah mendengar semua perbualan itu.
"Hahaha...good job sis.."ketawa Mandy.
Tanpa pengetahuan mereka, rupa-rupanya kafe tempat Mandy dan Rina bertemu adalah kafe yang sama Lucas berkerja. Dan pelayan yang mengambil pesanan tadi juga adalah Lucas.
Lucas berdiri tegak dengan dulang berisi pinggan dan cawan kotor, lelaki itu memandang ke depan sewaktu jalan meninggalkan dua manusia berkepala ular itu, dengan rahang diketap kuat.
Renungan tajam terarah pada pintu masuk dapur. Lucas menahan sabarnya dari mengamuk disitu dengan terus beredar masuk ke dapur. Tidak lagi berada di depan sebab takut dia akan hilang sabar.