Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 55 - Where's there no one....

Chapter 55 - Where's there no one....

55.

Flashbacks

Selepas kejadian Jennie dimasukkan ke dalam hospital, Aron diberitahu mengenai hal tersebut malam itu juga selepas pulang dari dating Bersama Rina. Walhal sepatutnya Aron yang disalahkan selepas itu. Tapi tidak Puan Adriana dan Encik David tidak mempertikaikan hal tersebut dengan Aron. Mereka hanya menceritakan hal mengenai Airis yang membawa Jennie ke hospital selepas tidak menghantar kembar dua orang ke tadika.

Seakan tidak bersalah tentang tindakannya meninggalkan Airis bersama Jennie dan Lissa semata mahu menemankan Rina, lelaki itu malahan menyalahkan Airis. Aron menemui Airis keesokan paginya sewaktu Airis sudah bersiap hendak ke kolej.

           "Kenapa kau tak beritahu aku?"

Airis menarik tali beg naik ke atas bahu sebaik selesai menyarung kasut ke kaki. Dia bangun dari cangkungnya tanpa menghiraukan Aron dihadapannya saat itu. Kenapa baru sekarang hendak sibuk cari tahu sedangkan dari awal lagi dia dah beritahu?

              "Hei!Kau dengar tak apa aku cakapkan ni?"Aron ikut Airis keluar dari rumah sebelum dia berdiri dihadapan Airis. Menghadang gadis itu dari terus maju ke depan.

Berdiri saja Airis di hadapan Aron, dia dongak dengan kening berkerut tidak puas hati. Tangan kanannya sudah berkepal dengan penumbuk, kalau bukan dia sedar yang hadapannya ini anak berharga Adriana dan David memang dah melayah tepat penumbuk ini ke muka handsome Aron saat ini.

              "Kenapa kau tak beritahu aku yang kau bawa Jennie ke hospital semalam?Dah tak reti ke nak guna phone tu?Kau tahu tak sebabkan kau la Adriana dengan ayah bergaduh!"

Airis berdengus sambil menarik sengih mengejek.

              "So what?Kau fikir aku kisah?Pergi lantak la apa nak jadi dengan kau orang ni...dan suka hati aku la beritahu Adriana ke tak...lagipun kau orang bukannya kisah pun pasal Budak dua orang tu selain urusan kerja kau orang memasing...!"

              "Apa?"

             "Salah ke?Dah memang betul kan?Kau hamak sangat dengan si Rina tu sampai kata-kata aku pun kau buat tak endah!Aku dah cakap dekat kau Jennie tak sihat kan...dan kau apa?Tinggalkan aku sebab aku marahkan Rina!Jangan nak bullsh** dengan aku la!Kalau kau nak salahkan orang...ni!"Airis menunding jari tepat ke dada Aron kuat-kuat. "Kau yang sepatutnya disalahkan!!Kalau kau stay dengan kita orang...semua ni takkan berlaku!"

Terdiam Aron dengan mata terbutang tidak percaya mendengar kata-kata Airis.

End of flashbacks

Dengan senyuman lebar di bibir Lucas jalan mendekati Airis yang sedang duduk sendirian di bangku dengan buku terbuka luas di riba. Wajah gadis itu kelihatan serius dari kejauhan, namun semakin Lucas hampir dengan Airis, Lucas dapati Airis rupa-rupanya sedang menangis.

Membuatkan senyuman Lucas terus jatuh dan langkahnya terhenti seketika. Dia berdiri memerhati Airis dari jauh.

Kenapa Airis menangis?

Adakah sesuatu telah terjadi?

Niat hendak memanggil gadis itu terbatal apabila Airis tiba-tiba mengangkat kepala, menyeka air mata yang turun di pipi dengan jari sebelum kembali menarik senyuman dibibir dan kembalikan reaksi wajah tanpa perasaan. Dari situlah Lucas mula melangkah kembali. Mendekati Airis dengan sapaan biasanya.

             "Hai Pretty...."sapa Lucas pada Airis melirik berhati-hati akan wajah merah blushing Airis.

Kepala Airis pantas tersentak ke atas kerana teguran itu. Bila dia pandang wajah tersenyum Lucas, keningnya berkerut-kerut sedikit.

               "Hai Handsome!"balasnya seperti biasa, berkelakuan seperti tiada apa-apa berlaku.

              "Busy nampak?"soal Lucas sambil mengambil tempat di sisi Airis. Menyerahkan cawan berisi ais americano yang baru dibeli dari kafe tempat Lucas berkerja kepada Airis.

Airis mencapai cawan itu dengan senyuman lebar di bibir.

             "Terima kasih..."ucap Airis yang kembali tunduk membaca buku. Kejap-kejap dia menghirup minuman sejuk itu sambil di perhatikan Lucas.

Dari wajah gadis itu sesiapapun boleh sangka yang gadis ini tiada masalah, hidup senang dan sentiasa carefree. Namun di sebalik tepi wajah lagi satu jelas menunjukkan seribu satu rahsia yang mana tiada siapa tahu.

            "Orang kata sesiapa yang banyak tersenyum tu sebenarnya adalah orang yang simpan banyak benda sedih di belakang mereka."cerita Lucas sewaktu lelaki itu duduk bersandar pada bangku, menyilang kaki dengan sebelah tangan berada di belakang Airis. Pandangannya di tala ke hadapan. "Dan aku boleh nampaknya dari mata kau..."

Airis mengangkat kepala, menyelak anak rambut yang jatuh menutupi mata kanan ke belakang telinga.

             "Apa maksud awak?"soal Airis sambil menghirup air kopi itu. Sedikit sebanyak dapatkan kurangkan rasa penat dia yang dirasa olehnya kebelakangan ini sukar untuk tidur panjang.

Mata Lucas mengerling ke Airis, dia tersenyum.

              "Urm.."Lucas menjungkit kening."...saya ada cakap apa-apa ke?"soal Lucas.

Airis buat muka 'seriously' pada Lucas selepas lelaki itu tersengih kepadanya.

             "Menyakitkan hati jer lah kalau melayan awak ni.."

Lucas ketawa kecil, dia menarik senyuman nipis di bibir. Lantas dia duduk tegak, mencapai cawan berisi kopi dari tangan Airis lalu diletakkan ke bawah kerusi, buku yang ada di riba Airis di tutup sebelum di sorokkan ke belakang badannya. Dia memegang kedua-dua sisi peha Airis dan menggerakkan tubuh gadis itu supaya menghadapnya.

Airis yang diperlakukan sebegitu terkebil-kebil. Pelik dengan pergerakan pantas Lucas yang mana membuatkan perutnya memulas aneh dan dadanya sebu semacam kerana terkejut.

            "Apa yang awak cuba buat ni?"soal Airis kehairanan.

Lantas Lucas tersenyum, menampakkan dua lesung pipit di pipinya kepada Airis. Dia pasti ada sesuatu yang telah terjadi. Dan hal itu benar-benar buatkan Airis terluka. Sebab gadis seperit Airis bukan la seseorang yang mudah menangis berdasarkan karakter yang dimilikinya. Jadi Lucas yakin bahawa Airis sedang susah hati sekarang!

            "Dengar....aku tak tahu apa yang dah berlaku. Tapi aku nak kau tahu...kalau tak ada siapa berada di sisi kau atau percaya pada aku, aku ada disini untuk kau, Airis..."luah Lucas memandang tepat ke sepasang mata bundar basah itu. Sambil itu ibu jarinya mengusap lembut tangan Airis.

Ucapan mengejutkan Lucas itu membuatkan Airis terkedu. Selama ini tiada siapa yang mengatakannya begitu terhadap dia. Kebanyakannya mengecam dan menyalahkan dia tidak kira apa sekalipun ia. Airis menatap lama wajah Lucas, cuba mencari sebarang garisan penipuan di balik renungan lelaki itu, tetapi dia tidak dapat mengesannya sama sekali.

            "Apa yang awak merepekkan ni?"tanya Airis dengan renungan pelik.

             "Beritahu aku apa halnya tu..."minta Lucas dengan renungan serius.

Ketapan nipis terukir di bibir Airis apabila dia hilang kata-kata kerana pertanyaan serius Lucas. Dia jadi teragak-agak untuk open up pada orang lain selain papanya sendiri. Dia takut...takut disakiti dan dikecewakan.

             "There's nothing happen.."dalihnya. "Serius...saya tak tipu.."

               "Kau pasti mengenainya?"Lucas melentokkan sedikit kepalanya cuba mencari kejujuran di balik jawapan Airis itu. "Sebab aku percaya yang kau tengah menipu sekarang ni?"

Airis menelan air liur gemuruhnya dengan susah payah. Bibirnya diketap sebelum pandangannya jatuh ke bawah.