Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 59 - Mulut Puaka

Chapter 59 - Mulut Puaka

59.

Airis memandang kosong ke empat orang yang sedang berdiri di depannya. Sepertinya keluarga ini kelihatan Bahagia tanpa kehadirannya di rumah ini. Sampaikan boleh pelawa perempuan tak sedar diri Bernama Rina ke rumah ni?Macam tu aje?

            Menambahkan lagi perasaan jengkelnya, Airis sedar yang dia sudahpun terperangkap dengan kata-katanya sendiri.

Yalah...dia nak harapkan apa dari mamanya ini!

Dengan Aron yang tersenyum senang, muka berlagak tidak sedar diri Adriana , wajah David yang bungkam dan muka senyuman sinis Rina. Bayang kembar dua orang itu sahaja tidak kelihatan.

          "Apa yang kamu buat di sini?"soal Puan Adriana pada Airis sambil menanggalkan kot di badan dan meletakkan barang dapur ke tangan Encik David.

Tanpa menunggu diberitahu, Encik David pun berlalu ke arah dapur untuk meletakkan barang dapur tersebut.

Bersama muka tidak sukanya, Puan Adriana menyilang tangan ke dada tanda tidak suka terhadap kehadiran Airis.

           "Ingatkan dah tak balik langsung..."seloroh Puan Adriana.

Lucas yang dengar berkerut kening, dia mengerling ke arah Aron. Berharap rakan baiknya akan mengatakan sesuatu. Namun harapannya punah, Aron hanya berdiri di situ dengan muka bercemberut tidak puas hati juga.

Memangnya kenapa mereka semua ni?Ke mana perginya keluarga yang dia kenali bertahun yang lalu?Kenap mereka semua berkelakuan seakan Airis orang jahat di sini!?Fikir Lucas saat mengetap gigi dalam diam.

Airis sama sekali tidak terasa mahupun memberi reaksi dengan soalan sinis Puan Adriana.

          "Aku datang bukan nak jumpa kau."jawab Airis dengan muka batunya. Tiada emosi langsung di wajahnya. "Jangan nak perasan sangat..."

Puan Adriana berdecit menyampah.

           "Tak perlu la kamu nak susah-susah...budak dua orang tu tak apa-apa kalau kamu tak ada...lagipun apa kamu kisah. Hidup mati mereka pun kamu tak kisah kan?"

Kening Airis mencerlung tajam. Wah!Semakin benci betul dia dengan mamanya ini. Airis benar-benar terasa dengan kata-kata Puan Adriana saat ini. Sampaikan dia tidak tahu hendak balas apa! Rasanya sebab apa dia berkelakuan begini sejak awal lagi!?

Puan Adriana berpaling memandang Rina sebelum kembali memandang Airis.

          "Tak macam kamu, mujurlah ada orang yang baik hati dan bertimbang rasa, yang sudi dermakan sebahagian hati mereka untuk selamatkan Jennie. Kamu?Apa kamu buat?Larikan diri?Elakkan diri dari bantu keluarga kamu sendiri..." gerutu Puan Adriana dengan muka tidak puas hati.

            "Ini dah melampau...aunt tahu tak-"Menyirap terus Lucas apabila mendengar kenyataan itu. Niat dia hendak maju ke depan tetapi dihalang Airis, gadis itu memegang lembut tangan yang dia tidak sejak tadi digenggam erat dalam kepalan penumbuk. Kalau bukan mengenangkan Adriana perempuan sudah lama penumbuknya hinggap di muka.

Renungan Airis mencerun tajam.

            "Apa maksud kau?"soal Airis dengan muka bingung, matanya bergerak ke Rina lalu ke muka Adriana.

Puan Adriana berpaling memandang ke Rina, dia menghulur tangan ke Rina menyuruhnya mendekat. Wanita itu kelihatan bangga. Rina apalagi dia terus merapat ke Puan Adriana bersama sengih meleretnya.

             "Ini adalah orang yang sepatutnya duduk dalam keluarga ni. Rina. Dia lah yang dah derma untuk Jennie...bukannya kamu. Yang tahunya cuma nak menyakitkan hati dengan perangai menjengkelkan kamu tu.. "komen PuanAdriana tanpa belas kasihan.

Lucas yang bukan sesiapa pun terasa dengan kata-kata itu apalagi Airis yang merupakan anak kandung pada Puan Adriana. Rahangnya berketik, urat di pelipis mula bergerak timbul apabila sabar yang dia tahankan sudah mencapai takat didihnya!

What the he**!

Air muka Airis jatuh, gadis itu bungkam sebaik mendengarnya. Dia mengerling ke Rina yang tunduk tersipu malu mendengarnya. Dengan geram dia mengepal penumbuk. Oh really!Perempuan bukan sesiapa ni yang Adriana banggakan!?

Namun begitu Airis tidak memberi reaksi. Enggan membiarkan Adriana puas hati dengan melihat dia break down di situ.

             "Oh ya...kalau macam tu taniah la ya."ucap Airis. "Semoga dia bahagia duduk dalam keluarga tak guna ni.."ucap Airis dengan nada selamba dan bersahaja. "And also, kalau kata perangai aku ni menjengkelkan, kau jangan lupa kau yang beranak kan aku...so any complaint you can make directly to the manufacture..."

Mata Puan Adriana menjegil bulat kegeraman. Manakala Aron yang dengar terus menjerkah bentak.

             "Hei perempuan! Jaga mulut kau tu sebelum aku tampar ya! Sebelum kau datang sini keluarga ni dah cukup bahagia tahu tak!Yang tak gunanya sekarang adalah kau tahu!Sejak kau datang sekalipun tak pernah nak tenang rumah ni!"marah Aron yang mana membuatkan Rina tersenyum puas, dia memandang sinis ke arah Airis secara sembunyi dari balik bahu lelaki itu.

Lucas yang dengar semakin hilang sabar, tidak menyangka Aron akan berkata begitu. Lucas berdiri di depan Airis. Menjadi perisai Airis apabila Aron meninggi suara begitu sekali.

             "Aron!"panggil Lucas. "....kau sedar tak apa yang kau tengah cakapkan ni?"nada amaran jelas kedengaran dari bibir Lucas. "Fikir sebelum bercakap tu!"

Mata Aron terarah pada Lucas, rahangnya terus diketap tegang seakan menahan sabar.

             "Kau diam. Jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan dia. Lagipun kau kawan aku. Patutnya kau sokong aku..bukannya perempuan mulut puaka ni."marah Aron sambil menunding jari ke arah Airis.

Terkedu terus Lucas sebaik mendengarnya, dia mengengam tangan Airis. Kenapa dengan keluarga ni?Mana keluarga penyayang yang dia kenali dulu. Apa salah Airis sampai diperlakukan sebegini rupa?

Lucas berkerut kening. Dia memberi renungan kesal ke arah Aron. Kesal dia bawa Airis ke sini. Tak sepatutnya Airis duduk dengan mereka di sini.

            "Airis...kemas barang kau."ajak Lucas. "Mulai hari ni kau akan tinggal dengan aku...."tegas Lucas dengan ketapan rahang.

Kepala Airis tersentak, dia dongak memandang Lucas.

             "Huh?"nganga Airis yang kelihatan bingung.

Lucas tunduk memandang Airis.

             "Aku tak boleh biarkan kau duduk dengan mereka...lihatlah mereka sendiri..."bisik Lucas.

Elok dia mahu berasa sedih dan menangis, perasaan itu berlalu kerana ucapan hangat Lucas. Airis menarik senyuman nipis di bibir lalu menepuk lembut lengan Lucas. Mengisyaratkan bahawa dia tak apa-apa.

             "Terima kasih, tapi saya tak apa-apa.."senyum Airis.

Namun Lucas tidak terpujuk dengan ucapan itu. Keningnya malah berkerut penuh rasa risaunya. Dia tak suka dengan semua ni!