"AISY MAISARA BINTI RIZWAN BANGUNNNN!!", jeritan itu menusuk kedalam telinga. Siapa empunya suara lagi kalau bukan ibu aku.
"Ya nak bangun lah ni, ibu boleh sabar sikit tak!", padahal masih bergulung dengan selimut. Pagi terasa sejuk semacam sahaja. Aku kembali menyambung tidur.
"MAK OII SEJUK LAH!", latah ku. Habis satu badan basah akibat disiram air oleh ibu ku Puan Aisyah a.k.a Spearker Utara. "Lain kali kalau di suruh bangun, BANGUN bukan tido lagi anak dara apa kau ni", bebel si ibu. 'Huhu nasib telinga aku gagah perkasa kalau tak dah lama pekak akibat di bebel setiap pagi😵' bebel aku di dalam hati.
"Hah termenung apa lagi tu cik kak oiii pergi bersihkan diri tu, bau asam", sindir ibu, menolak aku dari katil yang aku baring.
"Ye lah yelah kalau ya pun takkan nak siram lepas tu bebel Hah lepas tu tolak lagi, entah lepas ni apa lagi ibu buat!", kata aku yang rimas di bebel awal pagi. Tahu rimas tapi awal pagi dah buat hal itu lah aku.
"Macam mana tak di...", belum sempat ibu menghabiskan kata aku menutup mulut nya menggunakan tapak tangan kemudian berlari mengambil tuala, and terus masuk ke dalam bilik air. Malas nak dengar speaker bergema awal pagi. 'Macam2 lah perangai anak perempuan aku sorang ni adehhh', kata ku melihat kerenah anak perempuan aku yang sudah berumur 17 tahun itu masih serupa dengan perangai budak2 tadika. Siapa lagi di maksudkan kalau bukan si Aisy Maisara.
"Selamat pagi ayah selamat pagi along", melihat along dan ayah yang sudah ada di meja makan untuk berserapan. "Selamat pagi Aisy", kata ayah dan along serentak sambil mengukir kan senyuman. "Aisy duduk sini jap", arah along yang suruh aku duduk de sebelah nya.
"Apa dia long suruh adik duduk sebelah ni biasanya tak suka aku duduk sebelah kau", pelik juga aku dibuatnya melihat perangai abang aku Mohd. Ikhwan Nazirul. Kemudian ibu pun muncul dari dapur membawa air kopi dan sedikit kuih muih sebagai sarapan. Kami senyap buat seketika kemudian ayah mula bersuara untuk memberitahu sesuatu kepada aku.
"Sebenarnya Aisy...", ayah teragak agak memberitahu aku.