Sejak hari itu hubungan aku dan Izham dah tak macam dulu. Setiap kali aku terserempak dia pasti aku akan cari alasan nak pergi tandas lah, ada hal dan lain2. Hahaha tak apa kite tipu sunat.
"Jauh termenung Aisy fikir siapa tu", aku tersentak kemudian melihat ke arah kawan baik aku Damia.
"Ihhh kau ni mana adalah aku tengok burung2 tu", katil aku berada dekat dengan tingkap jadi senang aku lihat ke luar.
"Ye ke? Atau fikirkan abang Izham?!", ada2 jak lah si Damia ni. Annoying betul.
"Apa! Wey Aisy seriuslah kau terfikir kan si Izham", Alya dan Tasha yang baru sahaja pulang dari tandas terus menerjah ke arah aku.
"Tak lah mana ada korang ni, ecah dekat mana aku ada hal nak cakap dengan dia dari tadi aku tak nampak dia", mata aku melilau mencari si Aisyah. Entah ke mana lah dia.
"Dia ada perjumpaan kelab seni dan budaya hari ni jadi dia dekat dewan sekarang, lagipun dia ada latihan silat", jelas Tasha panjang lebar. Aisyah (Ecah) nampak sahaja pendiam tapi dia ni macam aku mahir silat.
"Ouh okey", aku berjalan menuju ke arah almari untuk mengambil handphone aku. Dah 2 hari aku tak hidupkan. Lagipun aku busy dengan homework. Aku terus mendail nombor di kaca telefon untuk menghubungi ibu dan ayah tercinta. Aku menuju ke luar dari dorm, ye lah bising. Kemudian turun ke bawah, seperti yang dikatakan di bab 1 ada taman dihadapan blok asrama kami. Aku menuju ke arah bangku panjang yang telah disediakan.
"assalamualaikum ibu ayah, sihat ke tu?" soal aku kepada ibu yang mengangkat panggilan telefon aku.
"waalaikumsalam sihat alhamdulillah, ibu rindu nak dengar suara Aisy" hampir sahaja air mata ku menitik apa bila ibu berkata begitu..
"Hehehe Aisy pun rindu ibu, ayah mana bu biasanya kalau Aisy call ayah yang dahulu menjawab" soal aku pelik.
"Ayah pergi kedai beli barang dapur sikit dengan abang kamu tu" lega aku ibu menjawab sedemikian.
****10 minit berlalu****
"Ibu esok Aisy dah boleh pulang tau, jangan lupa ambil Aisy" kata ku mengingat akan ibu pasal esok. Murid2 asrama dibenarkan pulang bercuti selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad.
"Iye ibu ingat lah, okey lah Aisy ibu nak masak ni nanti kejap lagi ayah dan abang kamu dah nak pulang tu. Jaga diri tu elok2 jangan lupa solat tau, hah lagi satu jangan nak gatal couple dengan budak lelaki dekat sana faham maksud ibu", sempat lagi ibu menasihati aku mengenai couple. Huhuhu ibu dan ayah aku ni pantang kalau dia dengar anak mereka bercinta semasa belajar, terus dikhawin kan.
"Okey lah ibu nanti besok kita borak panjang2 ye, Aisy nak pergi solat Asar dulu kata ku sebelum mematikan panggilan.
"Okey sayang jaga diri elok2", aku pun mematikan telefon kemudian menuju ke surau.
Murid2 asrama dibenarkan solat Asar di surau pada hari Jumaat manakala hari2 lain tidak dibenarkan, begitu juga dengan solat Zohor (hari lain solat dekat dorm je) . Solat Maghrib dan Isyak pula kena berjemaah di surau pada setiap hari jadi kenalah kuatkan semangat berjalan kaki dari blok asrama ke surau sekolah. Walaupun sekolah aku sekolah biasa tapi pihak sekolah masih mementingkan peraturan yang telah di tetapkan dalam islam.
Habis sahaja berwuduk aku terus mendirikan solat Asar.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh", habis sahaja solat aku menyidai kembali telekung yang pihak surau sediakan. Malas nak bawa2 telekung lagi. Kemudian aku pun keluar dari surau untuk memakai selipar kemudian balik ke asrama.
Sambil berjalan pulang ke asrama aku terserempak dengan Izham. Seperti biasa dia akan tegur aku.
"Assalamualaikum Aisy" katanya, aku pun menoleh kearah nya. Aku melihat dia dari kaki ke kepala. Sumpah hensem gila.
Izham P.O.V
"Aziz Airul aku nak pergi solat dekat surau dulu ahh korang sambung lah main" kata aku sambil bersiap pergi ke surau. Aku hanya memakai baju Melayu berwarna hijau digandingkan bersama seluar panjang berwarna hitam.
"Ye lah kau pergi lah dulu nanti aku menyusul dekat belakang" Airul dan Aziz sibuk bermain game Pubg, macam tak pernah lihat game. Aku pun keluar dari dorm kemudian turun ke bawah.
Semasa aku berjalan ke surau aku terserempak dengan Aisy. Rindu juga kadang hati ni. Dah lama kita orang tak berbual semenjak kejadian hari itu, setiap kali aku ingin bercakap dengan dia pasti ada sahaja alasannya. Aku pun menuju kearahnya macam biasa menegur si gadis.
"Assalamualaikum Aisy", kata ku melihat ke arahnya. Dia melihat aku dari kaki ke kepala. Pelik betul juga si Aisy ni.
"Aisy awak Okey tak ni", soal aku.
"Ehh waalaikumsalam okey je kenapa?", nampaknya Aisy dah mula berbual dengan aku.
"Ouhhh okey" jawab ku dua patah. Setiap kali aku berjumpa dia pasti timbul perasaan yang pelik. Jantung aku berdegup kencang. Adakah ini dinamakan cinta?
"Kalau tiada apa2 lagi aku nak pulang asrama dah ni", aku tersentak dari lamunan aku apa bila Aisy menegur aku.
"Okey Aisy kalau besok lusa kita pergi mall nak tak? Awak ajaklah kawan2 awak yang lain, saya ajak Airil, Aziz, Azizul dan Farhan sekali itu pun kalau awak nak?", pelawa aku lagipun boleh lah aku kenal dia lebih rapat.
"Hah? Ouh boleh ermmn tengoklah macam mana nanti ye, kalau saya setuju nanti saya chat awak malam ni ye k bye", Aisy berlalu pergi dari situ. Chat aku tak ada nombor dia pula.
"AISY SAYA TIADA NOMBOR AWAK LAH!", jerit aku ke arahnya, lagipun dia belum jauh berada di hadapan.
**END OF P.O.V***
'Seriuslah dia ajak aku pergi mall apa pula mimpi dia ni?' soal aku terhadap diri sendiri.
"AISY SAYA TIADA NOMBOR AWAK LAH!", aduhhh mamat ni pun nak jerit. Aku berjalan menuju kearahnya kembali.
"Itu pun awak nak jerit ke Hah? Kalau orang lain dengar tak pasal2 kena panggil cikgu", naik angin aku dibuatnya.
"Okey rileks lah no awak mana", soalnya.
"Awak awak siapa awak kau?!" kata aku selamba menyoal dia kembali.
"Aisy cepatlah janganlah main2 aduhhh?", mulai dah dia buat muka cemberut nya. Jangan lah lah buat macam tu comel tau tak.
"Okey lah bak sini Phone kau", ucap ku.
"Phone aku tinggal phone kau lah kau kn bawa phone", melihat telefom yang berada di tangan aku terus dia tarik.
"Hah ambil phone kau, aku tunggu jawapan kau tau", katanya kemudian berlalu pergi meninggalkan aku.
"Huh mamat ni memang nak kena main ambil je Phone oranng", aku pun menuju ke arah asrama untuk berehat. Phone aku matikan terus letak dalam poket malas nak tengok nombor mamat tu.
:____________________________:
Hari ni pelajar sekolah sudah dibenarkan pulang...
"Wey korang kite jumpa Isnin nanti lagi ye miss u all", Tasha memeluk aku, diikuti oleh Aisyah, Damia dan Alya.
"Kita orang tak nak peluk ke?", soal murid lelaki tu siapa lagi kalau bukan Farhan dan Azizul. Kami mula menjadi rapat semasa berada di kelas dan di luar.
"Sorry sikit haram setan", haha tak pasal2 keluar perkataan ✨SETAN✨.
"Han kau tengok sampai hati dia cakap aku setan, kite dah tolong dia time hari tu, tak bersyukur anjim", sengaja dia menekan kan perkataan ✨ANJIM✨.
"Alaahh kau ni pun pasal tu nak sendu. Tak apa biar orang buat jahat dengan kita, kita buat baik je terhadap dia", Farhan melihat kearah aku tajam matanya.
"Haha gurau lah korang ni cepat sendu ahhh", ucapku.
"Aku sokong apa si Aisy tu cakap haha", Tasha pun turut tergelak.
"Gelak biar ikhlas cik tasha dan cik Aisy", kata mereka membalas kembali sindiran kami
"Dah2 korang stop nanti tak pasal2 gadoh", Aisyah mula menghalang kami. Sensitif betul kawan aku sorang ni.
Beberapa minit menunggu kereta ayah telah pun masuk ke perkarangan sekolah.
"Wey kornag aku gerak dulu, ayah aku dah sampai. Apa2 chat je tau", kata kau memeluk kawan2 perempuan aku manakala Farhan dan Azizul aku cuma ucapkan selamat tinggal.
Ayah dan ibu keluar dari kereta, mereka menolong aku mengangkat bag pakaian aku, kemudian meletakkan di bahagian tempat duduk di belakang. Barang2 yang aku bawa pulang tak lah banyak hanya pakaian kotor dan lain2. Aku duduk di tempat duduk belakang.
"Aisy ini seja barang yang kamu bawa balik, cuba ingat betul2 ada lagi tak", soal ayah risau kalau ada barang2 yang tertinggal.
"Tak adalah ayah phone dan laptop Aisy dah letak dekat dalam bag dah", ucap ku.
"Kalau macam tu jom kita balik", kata ayah kemudian menghidupkan enjin kereta. Aku membuka cermin kereta kemudian melambai ke arah kawan2 aku yang lain.
"Bye korang nanti Isnin kita jumpa lagi", jerit ku melambai ke arah mereka.
"Okey bye2 Aisy I love you jumpa lagi", Tasha dan kawan2 aku yang lain melambai aku kembali.
Semasa pejalanan pulang ke rumah keadaan dalam kereta memang sunyi. Ayah fokus memandu ibu pula hanya memandang ke luar tingkap.
"Amboi Aisy sekarang ni dah berbeza tau", kata ayah memecahkan kesunyian.
"Haah kan bang, Ma pun baru perasan", ibu membalas pertanyaan ayah itu kambali.
"Mana ada okey je lah, apa yang beza Aisy tetap manusia juga bukan alien", ucap ku.
"Hahaha Aisy2 perangai yang dulu masih ada ingatkan dah berubah", ayah ni pula macam nak menyakat anak sendiri pula.
"Tu lah ayah siapa cakap Aisy berubah haha", keadaan kembali senyap, ayah memonfokuskan ke arah pemanduan ibu pula dah lama tido. Buka kilang taik mata.
Aku yang kebosanan mengambil handphone dari bag aku kemudian membuka aplikasi whatsapp.
<3❤️ 1 messages
'Siapa pula ni takkan Izham?' detik hati kecil aku.
<3❤️
online
Assalammualaikum Aisy ✓✓ 8:34
aku :
Waalaikumsalam siapa ni ye? ✓✓ 8:36
Ni aku lah Izham asal tak kenal lak? ✓✓ 8:36
aku :
Yang kau letak nickname macam tu asal? ✓✓ 8:36
Salah kah? ✓✓ 8:37
aku :
Memang lah salah tak kan boleh pula ihhh kau ni ✓✓ 8:37
Ye ahhh sorry² ✓✓ 8:37
aku :
Hah kau nak apa chat aku ni? ✓✓ 8:38
Pasal cadangan hari tu kau nak pergi tak ✓✓ 8:38
aku :
Nanti malam ni aku chat kau ye bagitau, kau ni tak pandai sabar ahhh ✓✓ 8:39
Okey aku tunggu kau malam ni okey jam 9:00 malam kau kena chat aku faham !!! ✓✓ 8:40
aku :
Ye lah jap ye aku ada nak buat ✓✓ 8:41
Aku pergi ke aplikasi Contact kemudian menukar nickname nya form "<3❤️" kepada "Izham 😼" hahaha
Izham 😼 :
Wey
Buat apa?
Lama nya juga
Woiii mak cik =_=
aku :
Wey
> Apo ✓✓
Buat apa?
> Sibuk je lah kau ni🔪✓✓
Lama nya juga
>Lewat 2 minit jak tu pun nak berkira ke😑✓✓
Woiii mak cik =_=
> Siapa mak cik kau Hah! ☠️ ✓✓
Izham 😼 :
Siapa mak cik kau Hah! ☠️
> Tedalah ✓✓
aku :
Hah tahu takut 😼 ✓✓
Izham 😼 :
Sorry ek aku tak takut lah dengan kau 😑✓✓
aku :
Ye ahh tu okey lah bye Izham aku nak makan lapar bye ^_^ ✓✓
Izham 😼 :
Bye jaga2 makan tu nanti tercekik❤️.✓✓
aku :
Bye jaga2 makan tu nanti tercekik❤️.
> Typo kau lain macam jo 😑 ✓✓
Izham 😼 :
Haah sorry ek typo ❤️❤️✓✓
aku :
Haah sorry ek typo ❤️❤️
>Kalau aku hambat kau jangan tanya kenapa ek😼✓✓
Izham 😼 :
Ye lah bye pi ahh makan tata assalammualaikum ingat malam nanti ingat tau ^_^ ✓✓
aku :
Ye aku ingat, waalaikumsalam ✓✓
'Huh mamat ni memang guran main love ek?' eleeh jual mahal lah tu.
"Author ni kan 😑" eheek sorry² 😂
Aku off kan phone aku meletak kembali di dalam beg, huaah menguap aku kepenatan. Aku membetulkan posisi aku kemudian aku pun terlelap penat dah.