Pejam celik aku dah sebulan sekolah di sini, banyak rintangan yang kena dihadapi. Aku masih trauma terhadap kejadian yang berlaku pada sebulan yang lalu. (bab 4 story die)
+MASA REHAT DAH KITA ORNG DUDUK DI SEBUAH KERUSI YANG DISEDIAKAN BERDEKATAN PADANG+
"Wey Aisy kau Okey ke?", soal Tasha yang kelihatan risau.
"HAH Aku okey je cuma aku teringat kejadian bulan lepas tu" kata ku kemudian meletakkan tapau makanan yang aku beli tadi di meja yang ada di hadapan kerusi itu.
"Aisy kau lupa kan je lah mamat sial tu nama sahaja anak guru besar tapi gaya macam anak kumpulan mafia" kata Alya selamba dia memang tak suka lelaki itu. Siapa tak kenal Rykal Syukri anak guru besar sekolah itu Encik Firdaus. Namun berbeza dari sikap ayahnya yang baik dan peramah, anak dia pula sikap macam dajjal.
"Aku nak tanya lah korang...", belum sempat aku menghabiskan percakapan kelihatan 3 orang murid lelaki menuju ke arah aku dan kawan2 aku. Nak tahu siapa 3 orang murid lelaki tu siapa? Hah siapa lagi kalau bukan mamat dajjal and the gangs. Hahaha author mulut memang jahat.
AKU yang melihat mereka menuju kearah kami terus menutup tapau makanan, Ecah, Tasha, Alya dan Damia turut menutup bekal. Kami berdiri kemudian pergi dari situ. Menyampah bila aku lihat mamat sial tu. Ikut hati mau seja aku silat dia biar patah. Namun aku masih ingat pesanan ayah. 'Jaga perangai tu sebagai perempuan,
solat jangan lupa'.
Kami pun berlalu pergi. Tapi belum sempat aku nak jalan tangan aku telah ditarik. Baru kau tau tangan aku yang ditarik hari tu lah dia tarik juga. Bodoh! Kawan2 aku yang lain telah pun pergi, mereka tak perasan aku ketinggalan di belakang parah ðŸ˜
"Ihhh kau pasal eh, kau nak apa lagi?!", jerit aku murid di terus melihat ke arah aku dan mamat sial tu.
RYKAL a.k.a mamat sial yang sedar murid di sekeliling nya melihat kearah aku dan dia terus menjerit.
"Apa tengok2 blahh lah!", murid di situ pergi meninggalkan aku dan dia. Gang nya masih berada di belakang iaitu Zizul dan Farhan.
"Lepaslah tangan aku setan!", tangan aku berbunyi di tarik oleh Rykal. Dia masih tidak melepaskan pergelangan tangan aku.
"Apa tak dengar lah, apa kau cakap kalau kau nak aku lepaskan tangan kau ni kau kena merayu dekat aku", mamat ni memang nak malukan aku. Zizul dan Farhan telah pun mengeluarkan telefon mereka. Nak lihat babak2 aku merayu. Kau silap Rykal bukan aku yang malu kau yang akan malu.
Rykal menolak aku ke belakang kemudian menyuruh melutut. Aku pun melutut, kawan2 nya mula gelak, 'kau ingat aku merayu dengan kau maaf encik Rykal' aku dah tak tahan lagi. Aku bangun kemudian menumbuk perutnya mula lah pergaduhan berlalu. Mamat tu haha kalah jak, setiap kali dia ingin melepaskan tumbukan aku dapat mengelak. Kawan2 nya yang masih merekam terkejut aku berbuat demikian.
"Heh kau dengar sini Encik Rykal, kau kalau tak pandai bergaduh tak payah bawa gaduh. Kau ingat perempuan semua lemah kau silap, sekali lagi buat awasss", aku gelak kan dia yang masih terduduk. Kemudian Izham dan Encik Firdaus datang kearah kami. Time tu encik firdaus sangat terkejut. Kami diarah pergi ke bilik guru besar. Izham membantu aku membalut luka kemudian kawan2 aku yang lain pun datang.
"Ya Allah Aisy kami minta maaf kami tak sedar kau masih dekat belakang. Kami betul2 minta maaf", Damia merayu kepada aku sampai menangis dia. ALYA, ECAH DAN TASHA turut menangis.
"Aku okey je la korang jangan lah risau", aku pun turut mengalirkan air mata. Mulai lah babak filem Melayu. Haha.
"Dah lah aku nak bawa Aisy pergi bilik guru besar. Nantu cikgu marah aku pula", kata Izham yang melihat ke arah kami. Aku mengikuti langkah nya ke bilik GB.
Sampai sahaja di bilik guru besar....
"Aisy Maisara dan Rykal Syukri boleh jelaskan apa yang terjadi tadi", kata Encik Firdaus a.k.a Guru besar dan bapa kepada si Rykal. Walaupun Rykal merupakan anaknya namun dia tetap bersikap adil.
Aku pun bersuara, aku memberitahu semua yang terjadi tadi dari A hingga Z. Hah biar dia rasa kena marah oleh bapa nya.
"Rykal saya nak tanya apa masalah kamu ya, adakah sebab kejadian hari tu?" Encik Firdaus melihat kearah anak nya yang masih tunduk.
Tapi macam mana cikgu boleh tahu kejadian bulan lepas setahu aku tiada satu pun yang tahu kecuali kawan2 aku Izham, Airil dan Aziz.
"Erh Erh...." tergagap gagap mamat tu menjawab. 'Padan muka kau!', maki aku di dalam hati.
"Dengar sini ya Rykal Syukri bin Mohd. Firdaus, kamu digantung sekolah faham! Jangan kamu ingat kamu anak saya, saya akan backup kamu ya... Lepas ni entah siapa lagi mangsa kamu. Kamu ingat saya tidak tahu apa yang terjadi, nasib Azizul dan Farhan dah inform saya awal2 lagi, kalau tak entah apa jadi dengan Aisy. Tapi kalau saya tak datang pun lagi bagus biar si Aisy ni silat kau sampai biru", nampaknya Cikgu Firdaus memang tak boleh bersabar dah. Bayangkan lah kau berada di tempat cikgu firdaus malu, gara2 anak sendiri.
"Ayah saya minta maaf sumpah lepas ni saya tak kan buat lagi jngna lah ayah saya minta maaf betul", Rykal melutut merayu terhadap ayahnya namun cikgu memang tak lagi melayan.
"Izham bawa Aisy keluar, Aisy saya minta maaf sangat pasal anak saya ni dia memang dah melampau kali ni", cikgu firdaus memohon maaf ke atas aku atas kesalahan anaknya.
"Saya pun nak minta maaf sebab pukul anak cikgu, saya memang tak boleh bersabar dah!" kata aku merenung ke arah cikgu itu. Aku pun berlalu pergi dengan Izham. Tinggal hanya Rykal dan ayah sahaja berada di bilik itu. Di luar kelihatan Azizul (Zizul) dan Farhan pergi kearah aku.
"Kami kami minta maaf Aisy sebab tadi, kami hanya berlakon sahaja tadi. Kami ditugaskan menjadi mata2 melihat SI RYKAL tu oleh guru besar", Azizul memohon maaf kepada aku. Aku memaafkan mereka lagipun siapa kita dalam dunia ni untuk tidak memaafkan orang. Aku dan Izham pun berlalu pergi.
"Aduuuh laparnya!", kata ku sambil memegang perut aku. Dari tadi nak makan tapi mamat tu kacau betul lah.
"Kau belum makan ek?", kata Izham melihat kearah aku. Aku hanya menggeleng kan kepala.
"Okey kalau macam tu jom aku belanja kau", dia menarik tangan aku ke kantin. Aku terkedu nasib ada pelapik lagi kalau tak sah dah dapat dosa free. Dah lah sakit tapi aku biarkan sahaja entah apa yang menghalang aku menegurnya.
"Tapi Izham waktu rehat dah habis dah", kata aku kemudian tunduk ke bawah.
"Alaah tak apa lah cikgu suruh aku bawa kau makan, cepatlah jalan", katanya yang masih memegang pergelangan tangan aku. Aku menjerit kesakitan bila dia memegang pergelangan tangan aku yang ditarik oleh RYKAL tadi.
"Ehhh sorry aku lupa tangan kau masih sakit. Cakap pasal tangan kau meh aku tengok!", dia menarik tangan aku. Namun aku menarik kembali.
"Aikkk kenapa kau tarik aku nak tengok tangan kau tu", Izham pelik melihat perangai itu begitu.
"Tak payahlah lagipun tangan aku dah Okey dah ni cuma tertekan kuat tu tadi", kata aku menyembunyikan rasa sakit.
"Ahhh tak ada alasan sini aku tengok", kata nya yang mulai naik angin. Hehe.
"Aku cakap tak payah tak payah lah kau ni degil lah", aku pun mulai naik angin. Tanpa menghiraukan dia aku terus berlaku pergi ke kelas. Perut yang lapar meminta isi pun aku dah abaikan malas.
Izham P. O.V
"Ihhh degil betul lah minah ni", aku membiarkan sahaja dia berlalu pergi ke kelasnya. Malas! Aku pun turut berlalu pergi ke kelas nanti tak pasal2 kena denda lagi. Tak famous ahhh aku dah.
Sampai sahaja di kelas aku melihat semua murid kelihatan senyap, cikgu yang mengajar lepas rehat pun belum masuk, biasanya kalau tiada guru ataupun aku semua dah bising macam pasar ikan. Aku abaikan mereka lalu pergi ke arah tempat duduk aku. Aku menoleh ke arah Aisy yang berada dibelakang yang duduk bersama Damia.
Aisy dah meletakkan mukanya di meja, manakala tangan menutup muka. Mungkin tangan nya kesakitan atau pun dia menahan lapar.
Aku melihat ke arah Airil yang berada tempat duduk di sebelah aku.
"Wey apa jadi tadi kenapa semua murid diam je ni", soal aku terhadap Airil gang tekun membuat kerja sekolah nya.
"Tadi kau tau time Aisy masuk semua bising, kau tau lah budak2 kuat membawang ni kan diva2 mula lah tanya dia apa jadi tadi? Ada yang bilang si Aisy tumbuk bf dorang lah si Rykal tu macam2 lagi lah macam wartawan tu. Dia time tu pun mungkin tengah marah dia teriak lah nasib tak kuat sangat suara dia. Dia cakap "Asal sibuk hah! Kalau sayang sangat dekat bf korang si Rykal pergi dengan dia rawat dia sayangi dia pergi peluk. Tapi aku hairan kenapalah budak perangai yang macam apa seja korang suka ye.. Entah lah yang penting ada rupa terus suka!, terus terdiam semua murid perempuan yang sibuk tanya dia tadi. Murid lelaki pula mula backup dia", terang Airil panjang lebar. Huhu. Popular juga mamat bodoh tu ye. Author ni jahat sangat lah.
Aku terdiam kemudian melihat ke arahnya kembali. Murid perempuan yang lain pula mula panas buntot bila aku melihat ke arah nya. 'Aku rasa macam ada sesuatu yang dia sorokkan' detik hati aku...
Cikgu Faridah pun masuk kedalam kelas.
Ketua kelas pun memberikan salam kepada cikgu mereka. Aisy pun telah terjaga dari tidur nya bila Ilham a.k.a ketua kelas memberikan salam.
END OF P.O.V
Mereka pun terus memulakan pelajaran seperti biasa.....