Chereads / Assalamualaikum Cinta / Chapter 4 - Bab 4

Chapter 4 - Bab 4

Habis sahaja bacaan doa Yaasin di surau, aku serta rakan2 yang lain pergi ke luar untuk mengambil makanan. Perut dah mula berketuk ketuk ni hah, apa tak dari tadi aku tiada makan, makan pun masa tengah hari itu pun hanya kuih sahaja.

"Ya Allah lapar aku Aduuuhhh!", Tasha mula merungut. Aku yang disebelah nya hanya iya kan sahaja.

"Ya beb aku pun dah lapar ni jom ahh ambil tapau kat luar", Damia kemudian menarik aku, Tasha, Ecah dan Alya keluar dari surau.

"Kalau ya pon cik Damia oiii pakai lah dulu selipar kau tu, aku tahu lah kau lapar tak kan lah sampai kau tak nak pakai selipar, masuk cacing dalam kaki kau tu padan muka", hah tengok miss Aisy dah beri ceramah yang tak berfaedah haha. Lagipun memang betul pun Damia tidak memakai selipar main meluruh seja keluar.

Pecah ketawa kami melihat gelagat gadis yang bernama Damia itu. HAHAHA memang tak leh tahan habis terburai ketawa.

"Ish korang ni bahan aku lak jahat naw", cik Damia start nak merajuk dah huaaa.

"Alahhhh kita orang - Hahahhaa", kami tertawa kembali. Melihat wajah Damia yang mula merajuk kami mulai berhenti ketawa dan mengajak Damia mengambil makanan kembali.

"Dah kah korang jom ambil mom mom kite perut aku dah minta isi", kali ni Alya pun mula merungut. Kami pun mengambil tapau makanan di atas meja yang sudah disediakan kemudian menuju ke arah dewan yang terletak tidak jauh dari situ. Lagipun ustaz memang nasihat awal2 'Yang lain boleh makan di kawasan surau yang lain lagi boleh makan di dewan tapi dengan syarat jangan hendak merayau kalau tak ustaz denda basuh pinggan, mangkuk dan tandas' terngiang ngiang teguran ustaz hairul di telinga aku. Patutlah semua murid gerun dengan dia. Aku menyalakan lampu phone aku untuk menerangi arah jalan ke dewan. Begitu juga dengan Ecah yang membawa telefon bersamanya. Manakala Damia, Tisha dan Alya meninggalkan telefon mereka di dorm, cukup setakat hanya aku dan Ecah membawa handphone.

"Wey korang esok dah cuti kite tak dapat nak jumpa lagi", kata si Alya.

"Dua hari je Alya cuti bukan sebulan setahun pon", aku mula bersuara. Tapi betul juga 2 hari cuti terasa macam 2 bulan tidak bertemu.

"Hermm tu lah Alya tak apa 2 hari ni kau anggap macam 2 jam seja", Damia mula berbual dengan kami, tadi dia merajuk biasalah 😂.

Seronak berbual kami pun sampai di dewan kelihatan beberapa orang murid dan guru2 sudah berada di situ, kami pun berlari anak ke sana.

"Huh sampai punn ahh apa lagi jom duduk lepas tu makan aku dah lapar ni", perut dah berbunyi minta isi aku terus mencari tempat untuk duduk kemudian mata ku melihat ke arah meja yang masih sokong apa lagi aku menarik tangan kawan2 aku dengan cepat.

TASHA: Weyy Aisy kau ni sabar dulu boleh kah? Jatuh makanan ni.

AKU: Maaf aku dah tak tahan lapar betul dah ni

ECAH: Hah jom duduk lepas tu Alya baca doa, HAHA tak pasal2 Si Alya disuruh membaca doa.

ALYA: Aku.... Tak apalah dapat pahala free juga, tersengih dia macan kerang busuk haha bukan kerang wangi 😂

Kami pun duduk di kerusi itu kemudian membuka tapau dah lapar dah oiiiii. Tiba2 satu suara menegur dari arah belakang.

"Wey ni meja kita orang yang korang ambil asal?", kata budak lelaki

itu. Acah gangster.

"Korang lambat siapa suruh lagipun tiada nama kau pun dekat sini kalau ada kita orang tak akan duduk dekat sini", selamba seja aku membalas tanpa menoleh pun melihat kearah lelaki itu. Malas!

"Ihhh budak perempuan ni kan", kawan2 ku lain sudah terdiam melihat aksi aku dan lelaki itu (bukan Izham tak kan Ketua Murid nak cakap kasar).

KERUSI aku di tarik ke belakang, nasib aku tak terjatuh aku bangun kemudian menoleh ke arah lelaki itu. Entah dari mana datang tiba2 bilang itu mejanya. What's the fish.

"Ehh kau ni asal ek? Tarik2 kerusi orang ya ada masalah kah dah memang tiada nama kau dekat situ dan satu lagi siapa suruh lambat datang lain kali datang tu biar laju macam motor GP tu hah!" aku yang mula berasa geram bangun kemudian menggertak lelaki itu..

Mau sahaja aku menumbuk lelaki itu namun ditahan oleh Damia dan Alya, Ecah dan Tasha pula mencari orang meminta pertolongan. Kalau nak tahu aku ni handal silat tau, arwah atok dulu selalu ajar aku semasa di kampung, aku ni dulu bukan lah budak bandar, aku tinggal dekat kampung juga gaya aku pun tak lah macam lelaki macam sekarang. Namun setelah nenek dan atok meninggal kan aku, aku mulai berubah dari seorang gadis ayu ke gadis yang serupa macam lelaki (tak semua lah gaya je tu pun tak lah terlampau) hahaha. Kembali semula ke situasi tadi.

"Kau kalau nak tumbuk aku, buat lah nak takut pasal, kata berani", mamat ni memang kan. Aku yang tidak dapat lagi bersabar menghayun tangan aku.

BUUMMMM 'kena kau, cari pasal kan rasa kau' puas rasanya. Namun lelaki itu tidak berhenti dia menarik tangan aku. Aku yng cuba untuk melepaskan tangan nya itu memang tak boleh. 'ni tangan ke rantai'.

"Lepas lah bongok sakit lah!", jerit ku. Sudahlah time tu cikgu pula ada mesyuarat hanya bergantung kepada pengawas disiplin itu pun entah hilang pergi mana, hanya tinggal aku, mamat tu dan dua orang rakan baik, namun mereka tidak dapat membantu aku apabila ditahan oleh geng2 mamat tah dari mana dari Marikh kot.

"Kau lepaskan dia sekarang Rykal" jerit murid lelaki itu menuju kearah aku dan mamat sial ni. Kelihatan Ecah dan Tasha mengikut dibelakang.

"Hero dah sampai ye, ini bukan urusan kau Izham Khairul", jerit mamat bodo yang masih memegang erat tangan aku. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Dah lah bekas tangan aku terseliuh aduhhhh, mahu sahaja aku menjerit namun aku hanya diam sahaja.

"Suka hati aku lah heh kau dengar sini yaa Rykal Syukri kau jangan ingat bapak kau guru besar dekat sini kau suka2 je buli buka perempuan, dasar lelaki pengecut", jerit pengawas itu aku baru sedar yang pengawas itu ialah Izham lelaki yang aku bantu tadi.

"Tak apa kali aku lepaskan kau", dia melepaskan tangan aku kemudian pergi dari situ. Aku terduduk ye lah sakit gilak pergelangan tangan aku, aku menangis kemudian Tasha, Ecah datang memeluk aku Alya dan Damia pun turut memeluk aku.

"Awak tak apa2 kan", soal Izham dia melihat kearah aku dengan sayu. Kami pun meleraikan pelukan kemudian Ecah dan Tasha membantu aku untuk berdiri, aku rasa lemah badan aku pun sakit2.

"Err...saya Okey thanks sebab bantu saya tadi", kata aku melihat ke arah nya. Tiba2 Airil dan Aziz datang ke arah sahabat mereka siapa lagi kalau bukan Izham.

"Wey kau Okey tak ni Iz", risau benor mereka terhadap sahabat mereka sorang tu.

"Aku okey lah, wey kau tau mamat sial tu lari haha, tadi bukan berani kau tau", aku tergelak apabila mendengar Izham berkata sedemikian haha.

****

SEJAK HARI ITU HUBUNGAN AKU, TASHA, ECAH, DAMIA, ALYA, IZHAM, AIRIL DAN AZIZ MULAI RAPAT.

(DAMIA AND AIRIL MEMANG RAPAT MAKLUMLAH PASANGAN COUPLE SWEET GITUW)