Chereads / Awanama Kosmos / Chapter 27 - Bab 27

Chapter 27 - Bab 27

PADA sidang media hari ini, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes kehilangan penduduk secara misteri telah merebak ke seluruh benua Afrika hanya dalam jangka masa 3 hari sahaja. Selain itu, peningkatan kes kehilangan yang ketara juga di laporkan di dua negara berbeza iaitu di Republic Democratic of Congo dan Republic of Congo. Antara negara yang melaporkan kes kehilangan yang baharu termasuklah Angola, Zambia, Tanzania, Gabon, Cameroon, Sudan, Ethiopia, Kenya sehinggalah sejauh Afrika Selatan dan juga Chad.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Eropah bakal di serang dengan makhluk Awanama Kosmos (Anonymous Cosmos) dalam tempoh lima hari hingga seminggu ke hadapan ini. Selain itu, butir-butir lengkap berkenaan makhluk bahaya yang tidak dikenali ini turut didedahkan. Menurut laporan yang dikeluarkan itu, untuk kekal survival, makhluk ini mempunyai ciri-ciri istimewa yang mampu membahagikan jasadnya kepada dua bahagian apabila makhluk berkenaan sudah mencapai tempoh matang. Pencirian untuk membahagikan jasad kepada dua ini disebut sebagai 'Asexual reproduction' oleh saintis dan hidupan laut bagi spesies tapak sulaiman adalah contoh paling terbaik untuk menjelaskan ciri ini. Tempoh matang bagi makhluk ini pula adalah pada tempoh 12 jam selepas membaham mangsa-mangsanya pada satu-satu jumlah tertentu.

Oleh itu, tidak hairanlah jika makhluk ini amat mudah untuk berkembang sehingga melangkaui batas sempadan antarabangsa sehingga ke negara-negara Afrika yang lain. Di kesempatan ini juga, saintis mengumumkan bahawa negara Afrika sudah mencapai tahap pandemik manakala negara-negara lain dalam situasi berjaga-jaga. Jikalau masalah ini tidak ditangani segera, tidak mustahil dalam jangka masa sebulan atau kurang, ia akan berada di seluruh benua di muka bumi ini. Setakat ini, masih belum ada cara dan kaedah tertentu yang boleh digunakan untuk menghapuskan makhluk super bahaya ini. Saintis masih lagi mengumpulkan data, maklumat tambahan dan juga rakaman-rakaman amatur yang sempat dirakamkan oleh mangsa yang sempat memuat naik di media sosial sebelum hilang.

Untuk membunuh makhluk berkenaan, saintis tidak melihat apa-apa cara dan kaedah yang sesuai kecuali menembak kawasan yang terjejas dengan sinaran radiasi berintensiti tinggi dan kuat. Sepertimana bakteria, makhluk ini juga masih mengekalkan pencirian bakteria iaitu akan kalah terhadap proses penstrilan (sterilization). Namun, proses penstrilan yang dimaksudkan di sini bukanlah pada skala kilang-kikang makanan mahupun kilang bahan perubatan, tetapi ianya merupakan satu proses penstrilan besar-besaran dengan menggunakan sinaran radiasi yang cukup kuat dan berleluasa. Proses penstrilan (sterilization) berupaya mampu untuk melandaikan keluk jumlah kes dan seterusnya mampu menghilangkan makhluk berkenaan daripada muka bumi ini.

Namun, ada kesan buruk yang perlu ditanggung oleh penduduk bumi seluruhnya. Jikalau proses penstrilan dengan menggunakan sinaran radiasi secara besar-besaran ini dilakukan, maka, bunker-bunker yang mempunyai kebolehan kalis radiasi perlu diaktifkan di seluruh dunia. Sinaran radiasi yang dibebaskan kelak bakal membunuh makhluk berkenaan. Namun, bumi juga sudah tidak dapat didiami untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 70 tahun akan datang. Sumber air, sumber makanan dan sumber udara bakal tercemar dek kerana kesan sinaran radiasi yang merbahaya tersebut. Bunker-bunker yang ada perlu bersedia untuk menerima sejumlah jutaan penduduk, dengan sumber makanan, minuman, bahan-bahan perubatan dan udara bersih yang terhad untuk satu jangka masa yang cukup lama.

Oleh itu, WHO mencadangkan agar seluruh anggota Kesatuan Sedunia (UN) untuk bersedia dalam apa-apa jua kemungkinan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar dalam menangani masalah pandemik Awanama Kosmos ini. Stok-stok bekalan makanan, minuman dan udara yang bersih perlu dimulakan daripada sekarang oleh setiap kerajaan di dalam bunker masing-masing. Jika sudah tidak ada cara lain yang boleh menghalang kemaraan makhluk jelik ini, tindakan terakhir iaitu melepaskan senjata nuklear di kawasan yang teruk terjejas perlu dilakukan bagi membunuh makhluk Awanama Kosmos ini.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai bunker-bunker yang dibina khas berdekatan hutan simpan setiap negeri. Tujuan bunker-bunker ini dibina di kawasan hutan adalah supaya memudahkan pembinaan kehidupan baru manusia selepas keluar daripada bunker berkenaan. Bunker-bunker ini dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan tenaga atom dunia (International Atomic Energy Agensi, IAEA) yang disokong oleh organisasi dalam negara seperti Badan Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) dan juga Nuklear Malaysia (Nuclear Malaysia) mengenai pelan pelindungan sinaran radiasi. Antara spesifikasi yang telah ditetapkan termasuklah dibina pada ke dalaman 50 meter daripada permukaan bumi, dinding bunker perlulah mempunyai berketebalan setengah meter dan bahan untuk membuat dinding perlulah terdiri daripada bahan yang mempunyai elemen plumbum (lead, pb). Bagi susunan didalam bunker pula mestilah mempunyai kelengkapan asas seperti pusat pertanian & bekalan makanan asas, pusat perubatan & penjagaan kesihatan, sistem bekalan & rawatan air, pusat pentadbiran, sekolah, tempat tinggal dan lain-lain kemudahan lagi.

Pokoknya, di dalam bunker itu nanti mestilah berfungsi sebagai satu ruang lingkup dunia baru dalam memberikan keperluan asas kepada mereka yang berada di dalamnya untuk satu jangka masa yang cukup lama, sehinggalah bacaan paras radiasi di permukaan bumi berada pada paras selamat dan tidak membahayakan nyawa. Beberapa alat surveymeter akan dipasang di luar pintu masuk bunker dan juga di beberapa kawasan pada jarak 500 meter dan satu kilometer daripada kawasan bunker. Surveymeter ini diperlukan bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap bacaan radiasi yang tepat dan maklumat-maklumat ini seterusnya akan disambung terus ke paparan skrin makmal di dalam bunker berkenaan.

***

Jarak perjalanan daripada stesen angkasa YOUSHÉNG ke stesen angkasa GEMILANG-01 mengambil masa selama setengah jam. Mujur sahaja tiada sampah angkasa mahupun satelit-satelit yang sudah tidak digunapakai yang menghalang laluan Kapten Daeng Mustakim serta Dr. Nora Yuhanis. Akhirnya, pesawat pengangkut MyVeSpace berlabuh tanpa sebarang masalah. Secara peribadi, Dr. Nora Yuhanis cukup terpesona dengan rekabentuk dan susun atur stesen angkasa GEMILANG-01 ini. Dari kejauhan, dia sudah dapat mengagak yang dilihat dihadapanya adalah stesen angkasa milik negara. Selama ini, dia hanya dapat melihat rekabentuknya melalui pelan-pelan dan juga gambar ilustrasi pelukis.

"Selamat datang ke Stesen Angkasa GEMILANG-01," ujar Kapten Daeng Mustakim dengan perasaan penuh keterujaan.

"Alhamdulillah. Finally, Home!" Nora Yuhanis seakan bersorak gembira. Dia bakal bertemu dengan rakan-rakanya beberapa minit lagi.

Pesawat Pengangkut MyVeSpace berlabuh tanpa mengalami sebarang masalah. Apabila bahagian hac pesawat pengangkut dengan dock stesen angkasa bercantum, paras tekanan udara dan oksigen diselaraskan antara keduanya. Apabila pintu hac stesen angkasa berkenaan dibuka, dapat dilihat beberapa wajah yang cukup dikenali Nora Yuhanis sedang tertonggol daripada bahagian pintu hac. Mereka seakan-akan tidak sabar untuk bertemu dengan rakan lama yang sudah beberapa bulan tidak ketemu.

"WELCOME HOME, NORA!!!" serentak keenam-enam kru yang sedang menunggu ketibaan Nora Yuhanis menjerit penuh keterujaan.

Mereka bertemu dan berpeluk-pelukan tanda meraikan ketibaan sahabat lama mereka. Satu jamuan ringkas diadakan di lobi utama GEMILANG-01 yang terdiri daripada makanan tradisi seperti sate, nasi impit, kuah kacang dan pelbagai minuman turut disediakan. Di bahagian lobi itu, dapat dilihat tatarias yang menggabungkan elemen buluh dan juga rekabentuk batik Malaysia. Tampi dan Nyiru turut ditampal pada setiap dinding di bahagian dinding utama selain bendera Jalur Gemilang dan juga bendera negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia. Sepertimana di stesen angkasa YOUSHÉNG, stesen angkasa GEMILANG-01 juga tidak memerlukan kru untuk berkeadaan terapung-apung kerana kadar graviti pada stesen berkenaan telah diserasakan dengan keadaan graviti di permukaan bumi.

***