"Iris,bangun sekarang! Kamu sudah lewat ni!"
Aku membuka mata berat dalam keadaan yang masih terasa malas. Perlahan lahan aku bangun dari pembaringan dan mula duduk. Jam di dinding aku toleh sekilas. Baru jam 7.45 pagi.
7.45 pagi?
"Alamak! Saya akan terlepas bas terakhir ke sekolah!!" Teriak aku lalu pantas berlari dan bersiap. Tidak perlu lama,hanya mengambil masa selama sepuluh minit saja untuk aku bersiap. Mungkin terlalu cepat bagi seorang perempuan,tapi tidak bagi perempuan seperti aku.
"Saya pergi dulu!"
Jerit aku sambil menyarung kasut dan terus berlari keluar dari rumah dan mengejar bas. Jika aku tertinggal bas terakhir itu,pasti aku terpaksa berlari sejauh tiga kilometer untuk sampai ke sekolah. Sebuah bas oren aku lihat dengan jelas di perhentian bas,itu adalah bas terakhir yang aku sedang kejar namun bas itu sudah bergerak.
"Tunggu! Pak cik,tunggu saya!"
Teriak aku lantang agar pemandu bas itu mendengarnya. Mungkin nasib menyebelahi aku kali ini,bas itu berhenti di tepi jalan dan aku segera berlari ke arah pintu bas itu. Pintunya sudah dibuka untuk aku memasukinya. Seorang lelaki lingkungan usia-50 an sedang memandang aku sambil tersenyum.
"Kamu bertuah pagi ni,Iris." Katanya. Aku hanya tersenyum lalu terus sahaja melangkah masuk ke dalam perut bas itu dan duduk dibahagian paling belakang bas itu. Beberapa detik kemudian,bas itu bergerak menuju ke penghentian seterusnya.
"Kamu sudah sarapan,Iris?" Tanya pak cik itu padaku melalui cermin pandang belakang. satu gelengan aku berikan padanya sebagai jawapan. Pak cik Izumi,seorang pemandu bas yang paling tua di bandar kecil ini. Lagi dua tahun,dia akan bersara daripada kerjanya sebagai pemandu bas.
"Saya tak lapar,pak cik. Terima kasih." Ucapku sopan bagi menjelaskan jawapanku sebentar tadi padanya. Kedengaran Pak Cik Izumi tertawa kecil. Aku mengerut keningku kerana tidak faham lalu aku bangkit dari duduk dan berjalan menghampirinya. Maklumlah hanya aku seorang sahaja penumpang di dalam bas ini dan duduk dikerusi penumpang yang sangat hampir dengannya.
"Nah,ambil ni dan makan. Sekejap lagi kita akan sampai diperhentian sekolah kamu." Katanya sambil menghulurkan sebuku roti perisa coklat kepadaku. Aku hanya memandang tangannya yang masih menghulur itu. Segan nak ambil dan aku rasa macam tak tahu malu.
"Tak payah nak malu malu dengan pak cik. Bukankah kamu dah anggap pak cik ni macam ayah kamu sendiri?" Aku tersentak. Macam mana Pak Cik Izumi boleh tahu apa yang aku fikirkan. Aku menggaru pipi kiri yang tidak gatal lalu tersengih padanya.
"Hehehe...bukan begitu,pak cik. Saya cuma tak ada rasa nak makan pagi ni." Jawabku bersahaja. Tangan yang masih menghulur roti itu masih lagi berada di situ. Rasanya kalau aku tak ambil roti tu,pasti tangannya akan terus menghulur begitu.
"Kamu tu kena sarapan. Sarapan itu sangat penting dan kamu kena pastikan kamu mengambilnya walau hanya seteguk air. Jika kamu tidak bersarapan,bagaimana kamu nak belajar nanti?" Tegurnya sambil mengajukan soalan padaku. Aku tersenyum dengan lagak Pak Cik Izumi ini. Terasa seperti seorang ayah sedang menasihati anak perempuannya pula.
"Baiklah pak cik. Saya akan ambilnya." Balasku sambil menyambut huluran bungkusan roti itu lalu aku simpan ke dalam beg sekolah. Pak Cik Izumi kembali dengan pemanduannya semula sehinggalah bas ini berhenti di perhentian yang akan membawa aku ke sekolah.
Setelah pintu automatik ini dibuka,aku terus melangkah turun dari bas ini dan memandang Pak Cik Izumi sambil tersenyum. Dia membalas senyuman aku. "Esok jangan lewat lagi tau,Iris. Kamu hampir sahaja tertinggal bas tadi." Pesannya lagi sebelum pintu itu ditutup dan bas dipandu beredar dari situ.
Aku melangkah kaki menuju ke arah banggunan sekolah yang tersergam indah diatas tengah tengah bandar Numazu ini. Aku adalah seorang pelajar di Sekolah Menengah Perempuan Uranohoshi yang berusia 16 tahun. Mungkin sekolah ini tidak semewah sekolah sekolah yang ada dibandar Tokyo,tapi aku cukup menyanyangi sekolah ini kerana sekolah ini berhampiran dengan laut.
"Selamat pagi,Iris!" Sapa Kouri,rakan sekelas dan juga merupakan sahabat dari zaman kanak kanakku lagi. Aku mengangkat tangan dan melambai tangan ke arahnya dan dengan pantas aku menukar kasut lalu berjakan menghampirinya.
"Awak tak tertinggal bas kali ini?" Tanyanya bersahaja sambil tersenyum penuh makna padaku. Aku mengembungkan kedua belah pipi dan memandangnya dengan wajah cemberut. Apa punya seoalan yang dia tanya ni? Terlihat Kouri mengertawakan aku.
"Tak mungkin saya terlepas bas kali ini. Ini Imazu Iris. Mana mungkin saya akan tertinggal bas." Jawabku angkuh walhal aku hampir sahaja tertinggal bas sebentar tadi. Kouri mengesat air matanya yang keluar akibat mengertawakan aku tadi. Nampaknya tawanya masih belum sepenuhnya habis.
"Maafkan saya. Maafkan saya. Saya tak sangka awak boleh kejar bas pagi ni. Bukankah hampir setiap pagi awak akan telefon pengerusi perwakilan pelajar mengatakan kelewatan awak kerana tertinggal bas." Jelasnya yang masih tidak percaya. Sabar jelah aku dapat kawan macam ni.
Minato Kouri,bagi aku dia adalah seorang kawan yang sangat peka tentang aku. Memang tepat sekali apa yang baru saja dikatakan sebentar tadi. Hampir setiap pagi aku akan menelefon pengerusi perwakilan pelajar mengatakan bahawa aku terlewat atas alasan tertinggal bas yang terpaksa membuatkan aku berjalan kaki.
Tapi,tidak untuk kali ini Kouri. Hal itu kerana pemandu bas yang bertugas hari ini adalah Pak Cik Izumi. Mungkin dia sudah mengetahuinya kerana dia juga menaiki bas yang sama dengan aku tadi untuk ke sekolah. Jadi tidak perlulah aku menjelaskan dengan lebih lanjut lagi pada si Kouri ini.
Kami berjalan beririgan menuju ke kelas. Ketika itu ada dua orang pelajar keluar dari bilik perwakilan pelajar. Salah seorangnya aku kenal kerana dia adalah pengerusi perwakilan pelajar yang berada pada tahun ketiga iaitu Kazumi Hana.
"Pagi kamu berdua." Sapanya pada aku dan Kouri. Kami juga membalas sapaannya itu. Langkah kami menuju ke kelas terhenti disitu. "Nampaknya awak berjaya tiba tepat pada masanya,Iris. Awak tak tertinggal bas?" Katanya yang bagi telinga aku kedengaran seperti satu sindiran. Aku hanya merengus kecil sementara Kouri dan Hana sudah pun tertawa kecil.
Aku memandang ke arah seorang lagi pelajar yang hanya berdiam diri mendengar perbualan kami bertiga. Wajah yang tidak lazim aku lihat dikawasan sekolah kecuali hari ini. Pasti dia adalah pelajar yang bertukar sekolah ini.
"Memandangkan saya sudah berjumpa dengan kamu disini,jadi tak perlulah saya susah susah." Kata Hana. Aku dan Kouri pelik dengan kata kata itu saling berpandangan lalu membali memandangnya. "Kenapa?" Tanya Kouri.
"Dia Saito Ai. Dia pelajar yang baru berpindah dari Tokyo ke sini. Boleh kamu berdua bawanya ke kelas kerana dia akan menjadi rakan sekelas kamu berdua." Mendengar sahaja kata kata itu terus sahaja aku dan Kouri terkejut.
"Tokyo?!!"
Teriak aku dan Kouri serentak kerana terkejut. Apa sebabnya dia berpindah kesekolah yang tidak seberapa ini sedangkan di Tokyo lebih banyak lagi sekolah yang jauh lebih baik dari sekolah kami. Tapi,dimasa yang sama aku gembira kerana ada juga yang sudi belajar di sini.
"Baiklah,saya serahkan dia pada awak berdua sebab saya ada tugas yang perlu dilakukan. Jaganya dengan baik,jumpa lagi." Ujar Hana seakan menyerahkan tugasnya kepada aku dan Kouri. Dia melambai tangannya lalu beredar dari sini meninggalkan Aku dan Kouri bersama Ai.
Ai? Itulah namanya jika tidak silap aku. Hana ada menyebutnya sebentar tadi. Aku tersenyum lebar lalu terus sahaja menghampirinya yang kelihatan kaku. Kouri juga meniru perbuatanku. Kami tersenyum manis kepada Ai.
"Selamat datang ke Uranohishi High School. Saya Inami Iris. Senang bertemu dengan awak." Ucapku memperkenalkan diri. Bibirku masih tidak lepas dari memberikan senyuman manis padanya.
"Yoshi! Saya Minato Kouri,kawan baik Iris. Gembira berjumpa awak. Semoga gembira bersekolah di sini." Ujar Kouri pula. Namun,tiada sebarang reaksi daripada Ai. Dia masih membeku ditempatnya berdiri. Aku memandang Kouri dan dia juga turut memandang aku. Tak tahu nak buat apa.
"Disebabkan pengerusi wakil pelajar dah arahkan kami membawa awak ke kelas,mari ikut kami. Awak akan seronok bertemu rakan kelas yang lain." Kataku lalu menarik tangannya memaksanya mengikut langkah kami. Tak mahulah aku lihat dia membeku macam patung disitu.
"Lepaskan sayalah!" Aku dan Kouri terkejut mendengar jeritan itu. Tangannya yang aku pegang direntap kasar. Kini aku rasa aku pula yang beku. Terkejut!
"Saya tak suka awak berdua paksa saya macam ni. Awak berdua tu hanyalah pelajar biasa saja di sini dan mungkin sekolah ni akan hancur tak lama lagi." Katanya sambil memandang sinis pada kami berdua.
Aku mengerut kening. Apa sebenarnya yang dia sedang cakap ni? Aku betul betul tak faham. "Maaf,tapi kami tak faham apa maksud awak. Boleh awak jelaskan pada kami?" Minta Kouri sopan. Sebenarnya aku baru nak cakap,tapi dia dah sebut dulu,biarlah.
"Tak perlu. Nanti awak berdua akan tahu juga." Katanya lalu terus berjalan meninggalkan kami berdua. Baiklah inimemang pelik. Rasanya macam dia dah bertukar menjadi orang lain,tapi mana boleh jadi macam tu dalam dunia ni. Aku dan Kouri saling berpandangan lalu kami mengangkat bahu kami.
Fikiran aku masih tertanya tanya. Mungkin patut aku tanyakan hal ini pada Hana waktu rehat nanti. Identiti Ai perlu aku ketahui. Walau apa pun caranya sekali,aku perlu tahu. Aku berjalan laju menuju ke kelas tanpa sedar aku sudah meninggalkan Kouri dibelakang.
"Iris,tunggu saya!"
Aku tersenyum mendengar suara jeritan itu. Berjaya juga aku membuatkan si Kouri menjerit marah pada aku pagi ini. Sudah puas asyik diketawakan olehnya pagi ni,kini giliran aku pula. Walaupun begitu,aku selesa berkawan dengannya.
Minato Kouri.