"Awak semua!" Teriak Mikan sambil berlari masuk ke dalam kelas. Dia ni memang suka buat kecoh betullah. Menganggu aku yang baru saja nak terlelap. Semua pelajar di dalam kelasku ini sibuk mengerumuni Mikan yang sedang termengah mengah mencari nafas itu. Ini mesti dia pecut lepas curi-curi dengar perbualan dari majlis perwakilan pelajar.
"Sekolah kita akan ditutup dan dijadikan pusat peranginan!" Mataku membulat setelah mendengar perkataan Mikan itu. Apa yang minah ni merepek? Terus tak jadi nak terlelap dan aku terus melulu ke arahnya.
"Awak jangan main main,Mikan. Ini melibatkan sekolah dan semua pelajar Uranohoshi!" Tegas aku memberinya amaran. Mikan juga memandang aku dengan wajah yang juga boleh tahan serius. Tak akan dia menipu kalau dah muka serius macam tu.
"Saya berani sumpah atas nama mak ayah saya saya tak tipu. Saya dengar perbualan pengerusi perwakilan pelajar dengan orang misteri dari telefon. Katanya kalau sekolah kita gagal dapatkan pelajar selama tempoh dua tahun,mereka akan menutupnya dan jadikan sekolah ini sebagai pusat peranginan." Jelasnya lagi.
Aku diam membisu. Entah bagaimana aku nak balas pada si Mikan ini. Terus sahaja aku berjalan keluar dari kelas dan menuju ke bilik majlis perwakilan pelajar. Perkara serius seperti ini harus aku bincangkan dengan Hana!
"Iris,tunggu! Awak nak kemana?" Kouri bertanya. Langkahku terhenti lalu aku menoleh padanya. Seluruh pelajar kelas memandang ke arah aku. "Majlis perwakilan pelajar!" Jawabku lantas meneruskan langkah. kedengaran ditelingaku dengan jelas bunyi derapan tapak kaki yang mengekori langkahku. Aku hanya abaikan saja.
"Keputusan yang dibuat tak boleh ditarik semula,Hana. Awak kena faham!" Langkahku terhenti lalu aku menoleh ke arah bilik pengetua. Kedengaran seperti Hana sedang bertengkar dengan seseorang. Tapi..siapa?
"Sekolah ini adalah jiwa bagi semua pelajar pelajar dibandar Uchira. Awak sepatutnya pertimbangkan semula keputusan mereka untuk menjadikan sekolah ini sebagai pusat peranginan." Semakin jelas suara Hana mempertahankan sekolah ini kedengaran. Mungkin gerangan itu adalah orang yang bertanggungjawab dalam masalah sekolah ini.
"Maaf,Hana. Walau apa juga yang kita cuba,sekolah ni tetap tak dapat diselamatkan. Jumlah pelajar yang mendaftar juga semakin sikit saban tahun. Bagaimana lagi kita nak buat untuk tarik pelajar belajar disekolah kita." Aku menggengam penumbuk. Geram betul dengan manusia di dalam bilik ini.Sepantas kilat aku terus membuka pintu dengan kuat.
Dua manusia ini memandang aku terkejut. Aku juga terkejut melihat mereka berdua. Tak mungkin ini satu kebetulan. Kirako Alya ada disini? Tak mungkin! "Iris? Apa yang awak buat disini?" Tanya Hana yang mungkin pelik dengan keberadaanku di bilik pengetua ini.
"Tak penting sebab saya disini,tapi awak Kirako Alya? Macam mana awak boleh ada disini? Dan...awaklah pengetua sekolah ini selama ini?" Tanya aku inginkan kepastian. Tak mungkin ini pelanduk dia serupa kerana jika begitu sekali pun,pasti akan ada sedikit perbezaan. Tapi ini langsung tiada yang berbeza. Memang sama!
"Hai,Iris! Gembira bertemu lagi." Ujarnya. Aku benar benar terkejut. Memanglah dia adalah Kirako Alya. Hana hanya menggeleng kepala dengan reaksi terkejut aku itu. Mungkin dia lupa beritahu aku.
"Maaf,Iris. Tapi saya lupa beritahu awak. Alya adalah pengetua merangkap pelajar disini selama ini." Jelas Hana. Aku memandang Hana tidak puas hati. Apa punya pengerusi perwakilan pelajarlah dia ni? Alya dan Hana hanya tertawa kecil dengan tingkah aku.
"Tapi betulkah sekolah ini akan ditutup dan dijadikan pusat peranginan jika kita gagal dapatkan pelajar selama dua tahun?" Tamya aku kembali kepada tujuan sebenar aku ke sini. Alya dan Hana hanya menundukkan wajah mereka. Aku tahu apa jawapan mereka. Tapi mustahil tak ada langsung cara untuk selamatkannya.
"Maaf,Iris. Tapi itulah yang mereka katakan pada saya." Jawab Alya. Aku terdiam seketika memikirkan caranya. Pasti ada cara walaupun ianya mustahil. Seketika kemudian,otak aku terus sahaja mendapatkan idea. Aku tersenyum.
"Saya tahu! Saya akan selamatkan sekolah. Saya akan tubuhkan Kelab Idola." Mendengar sahaja usulku tadi,wajah Alya dan Hana berubah terus. Alya memandang aku lalu dia bercekak pinggang.
"Awak yakin awak akan berjaya? Sekolah ini dulu pernah ada sebuah kelab Idola,tapi ianya telah dibubarkan. Tak ada yang mampu sekamatkan sekolah ini." Katanya seakan mengejek aku. Aku mengemam bibir geram. Apakah dia sedang mengejek kemampuanku?
"Saya akan buktikan! Saya akan tubuhkan Kelab Idola dan berjuang selamatkan sekolah. Saya akan buktikan pada awak berdua,saya boleh!" Kataku lalu terus sahaja keluar dari bilik pengetua. Diluar aku lihat Kouri dan Ai sedang memandang aku,mungkin mereka berdua turut dengar perbualan tadi.
"Macam mana awak nak tubuhkan Kelab Idola tu,Iris?" Tanya Ai seakan risau dengan tindakan yang aku ambil. Tapi itulah aku,jika aku sudah nekad aku oasti akan lakukannya walau apa juga caranya. Kouri dan Ai saling berpandangan lalu mereka tersenyum.
"Kami akan tolong awak!" Kata mereka serentak. Aku tersenyum. Walaupun aku masih tak pasti bahawa aku akan berjaya atau tidak,tapi aku harus lakukannya demi sekolah. Dua tahun bukanlah tempoh yang lama. Jadi aku tiada masa untuk bermain,aku harus mula merekrut ahli dari sekarang.
Misiku bermula!
"Tapi bagaimana? Hampir semua pelajar di sekolah ini sudah memounyai kelab sendiri. Dan...sekolah kita juga tidak mempunyai jumlah murid yang ramai, macam mana awak nak rekrut pelajar masuk ke kelab awak?" anya kouri ya g mungkin menyuruh agar aku mempertimbangkan kembali keputusanku.
Aku tersenyum kepadanya. Aku tahu dia cukup merisaukan keadaan aku. Oh,sahabat! Dia memang begitu sekali. Aku berjalan menghampirinya dan juga Ai. Kini aku berada di antara mereka berdua. Bahu mereka aku rangkul sambil tersenyum manis.
"Jangan risaukan saya. Saya pasti akan berjaya rekrut ahli nanti." Kataku cuba meyakinkan mereka dan juga diriku sendiri. Aku tahu,merekrut ahli untuk sertai sebuah kelab bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya memerlukan kecekalan yang tebal dan aku yakin aku mampu.
Hanya kerana satu!
Aku ingin sekolah selamat daripada ditutup dan dijadikan pusat peranginan. Memang aku akui,pemandangan laut dari bumbung sekolah memang sangat indah. Jadi,aku harus mempertahankannya kerana aku sangat mencintainya.
Ya! Aku sangat mencintainya.
mungkin takdir,tiba sahaja kami ternampak dia orang pelajar yang sedang berjalan dikoridor dimana kami sedang berdiri. Jika tak salah aku,mereka berdua ialah murid tahun kedua yang baru saja mendaftar disekolah ini awal semesta lalu. Terus sahaja aku tersenyum dan berjalan menghampiri mereka.
"Hai,awak berdua!" Sapaku pada mereka. Mereka turut membalas sapaanku tapi salah seorangnya kelihatan agak takut padaku. Mungkin pemalu. "Awak berdua ni sangat comel. Jadi mahu awak berdua sertai Kelab Idola saya?" Tanya aku terus tanpa berbasa basi. Keduanya saling berpandangan lalu kembali memandang aku.
Tidak semena mena mereka terus berlari meninggalkan aku sendiri disitu. Ai dan Kouri berjalan menghampiriku lalu bahuku ditepuk lembut oleh Kouri. "Tak mengapa,mungkin awak akan berjaya lain kali. Jangan sedih." Pujuk Kouri.
"Kalau begitu apa kata kalau awak berdua sertai saya." Pelawa aku kepada mereka berdua. Terus sahaja mereka mengangguk kepala serentak. Aku berkerut kening pelik.
"Saya sudah sertai kelab renang. Awak tahu cita-cita saya nak jadi kapten kapal. Jadi saya perlu gigih berlatih supaya saya biasa di air." Jujur Kouri bersuara. Ai pula hanya tersenyum padaku.
"Saya lebih menyukai piano darilada menjadi idola. Jadi,maaf. Saya menolak." Jawab Ai pula. Aku mengeluh berat. Itulah cabaran pertama yang harus aku lalui. Apalah nasib. Tapi aku tak akan pernah mengalah.