"Huh,akhirnya kita berjaya mengedarkan risalah tentang kelab idola tu." Ujar Iris sambil menghela nafas dan bersandar dibelakang tubuh Kouri. Sementara itu Ai pula duduk berselimpuh sambil kepalanya diletakkan diatas meja kecil bilik Iris.
"Kita berjaya edarkan risalah,tapi belum tentu akan ada orang yang ingin menyertai kelab awak,Iris." Kata Kouri semula setelah berfikir sejenak. Ketika itu,Ai juga turut bersetuju dengan kata kata Kouri. Mana mungkin mudah untuk membentuk sebuah kelab idola.
"Tak mengapa. Saya tak perlu risau sebab saya sudah ada dua orang ahli dalam kelab saya." Kata Iris tenang. Kouri dan Ai saling berpandangan lalu mereka kembali memandang Iris. Janganlah gadis ini maksudkan...
"Awak berdua akan menjadi sebahagian daripada ahli kelab saya,kan?" Tanya Iris penuh berharap. Kouri dan Ai saling berpandangan kemudian kembali memandang Iris. Hanya sengihan yang mampu mereka berikan kepada gadis berambut oren yang ceria ini.
"Saya sudah sertai kelab renang." Jawab Kouri.
"Saya ingin bermain piano,bukan menjadi idola." Kini Ai pula menjawab. Mendengarkan jawapan yang seperti itu,Iris mengendurkan sedikit senyumannya. Sedikit kecewa dengan penolakan dua kawannya ini,namun dia sangat memahami.
"Awak nak mengalah sekarang,Iris?" Tanya Kouri menduga Iris. Mendengar sahaja soalan yang paling menjengkelkan itu,terus sahaja dia kembali tersenyum dan bersemangat. Kedua tangannya dikepalkan menjadi penumbuk.
"Tak mungkin saya akan mengalah. Jika saya mengalah sekarang,tak mungkin saya akan berjaya membentuk sebuah kelab yang mampu untuk selamatkan sekolah." Balas Iris penuh semangat. Mendengar jawapan seperti itu dari Iris,Kouri tersenyum sendiri sehingga membuatkan Ai tertanya.
"Kenapa awak tanyakan soalan seperti itu pada Iris?" Kouri memandang Ai dan hanya tersenyum sebelum menjawab persoalan itu.
"Iris benci dengar perkataan 'mengalah' dan 'putus asa'. Setiap kali dia mendengar pertanyaan seperti itu membuatkan dia semakin bersemangat untuk capai apa yang dia inginkan." Jawab Kouri. Jawapan seperti itu membuatkan Ai kagum dengan Iris dan juga Kouri. Iris memang tidak mudah berputus asa dan juga Kouri yang sangat memahami Iris.
"Dia akan berusaha mencapainya walaupun dengan cara yang kita sendiri tidak jangka." Sambung Kouri lagi. Kata kata terakhir Kouri itu membuatkan Ai terkejut. Memang benarkah Iris akan bertindak seperti itu? Kouri hanya tertawa kecil dengan reaksi terkejut Ai.
"Janganlah terkejut. Awak masih belum cukup mengenali Iris. Dia boleh menjangkaui apa yang awak fikirkan tu." Ujar Kouri yang masih dengan sisa tawanya. Sekali lagi Ai memandang Kouri pelik. Apakah yang sedang dimaksudkan oleh Kouri?
"Dia adalah Inami Iris." Bicara Kouri dengan senyuman penuh makna yang tidak mampu ditafsirkan oleh Ai. Walaupun begitu,Ai turut membalas senyuman Kouri itu.
Sakumi memandang risalah yang diterima daripada pelajar tahun kedua sekolahnya tadi. Dia menerima saat dia mahu pulang dari sekolah. Lama dia memerhati risalah itu. Risalah itu adalah pengunguman untuk pencarian ahli untuk Kelab Idola. Dia menghela nafas panjang.
"Macam mana kalau kakak tahu saya sertai kelab ni. Pasti dia tidak menyukainya." Bisik Sakumi kepada dirinya sendiri. Hana yang sedang berjalan menuju ke biliknya ternampak Sakumi yang sepertinya bermasalah. Terus sahaja dia berjalan menghampiri adiknya itu.
"Sakumi? Kamu kenapa?"
Teguran Hana tadi membuatkan Sakumi terkejut. Pantas tangannya menyembunyikan risalah tentang Kelab Idola itu daripada kakaknya. Hana merasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan Sakumi daripadanya. Terus sahaja dia merenung adiknya lama.
Sakumi cukup mengeruni renungan Hana. Baginya sudah cukup hanya melihat sahaja,dia tidak sanggup menantikan apa yang bakal berlaku seterusnya. Dia meneguk liurnya sebelum dia bersuara.
"Sebenarnya,saya ada terima risalah tentang penubuhan kelab baru disekolah. Kelab Idola rasanya...," belum sempat Sakumi menghabiskan perkataannya,terus sahaja Hana memotongnya.
"Kamu tahu kakak tak suka. Jadi jangan sesekali libatjan diri dengan idola." Hana terus sahaja beredar pergi setelah berkata kata tanpa memandang wajah adiknya. Sakumi hanya mampu menghela nafas kesal. Entah apa yang membuatkan kakaknya begitu membenci idola sedangkan dulu,Hana sangat menyukai idola dan berimpian mahu menjadi idola. Tapi...apa yang telah jadi sekarang?
"Mari sertai Kelab Idola. Awak akan jadi seorang yang sangat terkenal dan sangat terkenal. Mari sertai Kelab Idola! Siapa mahu sertai Kelab Idoal!" Jerit Iris ditepi pintu pagar sekolahnya. Sudah seminggu dia berusaha merekrut ahli untuk sertai kelabnya,namun usahanya sering kali gagal. Kouri dan Ai pula tidak lelah membantu Iris dalam menjayakan usahanya membentuk sebuah kelab.
"Jadi,hari ni sudah berjaya?" Tanya Ai setelah mereka kembali ke tempat Iris sedang berada. Iris hanya menggeleng kepala. Kouri berdiri diatas kotak yang menjadi tempat Iris berdiri tadi. Dia menarik nafasnya dalam lalu....
"Perhatian kepada pelajar sekolah menengah perempuan Uranohoshi,Kelab Idola adalah sebuah kelab yang bagus. Awak boleh menari dan menyanyi diatas pentas dihadapan orang ramai. Awak semua boleh bersinar terang kerana lampu sorot menghala tepat ke arah awak semua. Semua orang akan mengenali awak dan awak sangat berbakat. Jadi marilah sertai Kelab Idola!!!" Jerit Kouri lantas sehingga membuatkan Iris dan Ai terkejut.
Kouri memandang ke arah mereka berdua lalu tersenyum. Dia mengangkat tangan kanannya lalu membuat isyarat tabik hormat. "yosh! Bukankah saya dah janji saya akan bantu awak sehingga awak berjaya tubuhkan Kelab Idola tu. Saya sanggup bantu awak walaupun terpaksa berdiri di tengah tengah terik matahari." Kata Kouri.
Iris tersenyum dengan kata kata Kouri tadi. Dia tersenyum bersama air mata yang ditahan agar tidak tumpah. Terus sahaja dia berlari lantas memeluk Kouri. Tanpa dia sedari,air matanya telah mengalir dibahu Kouri. Kouri tersenyum dan terus membalas pelukan Iris.
"Jangan risau,Iris. Saya akan terus sokong awak walau apa pun yang awak buat." Ujar Kouri ke telinga Iris. Dalam diam Ai memerhati mereka berdua. Jelas kelihatan keakraban dua sahabat ini dimatanya. Dia tersenyum. Baginya,Kouri begitu memahami Iris walaupun Iris kelihatan terlalu memaksa dirinya. Dimasa yang sama,Kouri juga terlalu menjaga Iris sehingga membuatkan dia tertanya,apakah yang menyebabkan perkara itu terjadi?
"Tolonglah,Hana. Sekolah kita perlu diselamatkan masih ada peluang dan berikan peluang kepada kelab idola untuk buktikannya." Iris masih mencuba nasib. Hana tenang ditempatnya. Dia masih berkeras tidak bersetuju dengan Iris bahawa sekolah itu mampu diselamatkan dengan wujudnya Kelab Idola.
"Saya sudah jelaskan seminggu lalu,Iris. Sekolah ini tetap tidak mampu diselamatkan. Kenapa awak masih tak faham?"
"Jangan cepat berputus asa,Hana. Masih ada peluang. Sekolah kita masih ada masa selama dua tahun. Itu tempoh yang cukup untuk tarik lebih ramai pelajar mendaftar kesekolah kita."
"Bagaimana caranya,Iris? Dengan wujudkan Kelab Idola?"
"Hanya itu saja caranya,Hana. Hanya itu saja cara untuk biarkan ramai yang kenal pelajar pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan Uranohoshi. Dan mereka akan tertari untuk ke sekolah kita."
"Maaf,tapi saya tak boleh...,"
"Baiklah kalau begitu,saya akan setuju untuk benarkan awak tubuhkan Kelab Idola,Iris." Perbincangan dua manusia ini terhenti saat mendengar suara itu. Terus sahaja mereka menoleh ke arah pintu lalu terlihat Alya sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum kepada mereka. Hana terkejut dengan kata putus yang keluar dari mulut Alya itu.
"Awak tak boleh putuskannya sesuka hati,Alya!" Marah Hana. Alya hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Hana.
"Saya ada hak sebagai pengetua sekolah ini,Hana. Lagi pun dia menunjukkan semangat yang luar biasa. Berikan dia peluang." Pujuk Alya tenang. Hana menggeleng kepalanya. Dia benar benar tidak setuju dengan Alya.
"Maksud awak,awak setuju Kelab Idola disekolah kita?" Duga Hana.
"Sudah semestinya. Itu pun jika dewan tertutup sekolah kita dipenuhi dengan penonton hujung minggu ni melihat persembahan kelab awak. Jika awak berjaya,sayanakan sokong kelab awak tak kiralah berapa ramai ahlinya." Tawaran itu membuatkan Iris terpana. Dia masih tidak mempunyai sebarang ahli,bagaimana dia boleh membuat persembahan?
"Tapi saya masih tidak ada seorang ahli kecuali saya." Jujur Iris.
"Itu bukan masalah saya. Awak masih ada masa untuk rekrut ahli. Jumpa awak hujung minggu ni Iris." Ujar Alya sebelum Iris beredar pergi dari bilik itu. Hana merenung Alya tajam. Dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan Alya.
"awak tak patut buat begitu,Alya."
"Seseorang harus teruskan perjuang kita yang tertangguh dulu,Hana. Jika tidak kita akan kesalinya seumur hidup." Kata Alya lalu beredar pergi. Hana hanya mampu menggeleng kepala dengan Alya sambil memerhati kelibat gadis itu pergi.