Aku memerhati dari belakang pentas,terlalu ramai orang yang hadir membuatkan aku merasa gugup. Aku mengengam kedua tangan dan cuba bertenang. Aku harap segalanya akan berjalan lancar seperti biasa.
"Sekarang dijemput pelajar tahun kedua dari Sekolah Menengah Perempuan Otonokizaka, Saito Ai untuk mempersembahkan persembahannya." Suara pengunguman yang kedengaran membuatkan aku merasa semakin cemas. Apakah yang sudah berlaku kepada aku? Bertenang Ai,bertenang!
Aku berjalan menuju ke arah pentas dan menghampiri meja piano yang sudah tersedia disana. Terus aku duduk disitu. papan kekunci piano itu aku lihat,tanpa aku sedari peluh dingin mula mengalir perlahan dari dahi aku. Bibirku yang sedikit bergetar ini aku gigit.
Jari jemari aku mula menghampiri papan kekunci piano itu dan ingin menekannya. Namun,entah kenapa terasa berat sungguh jari jemari aku untuk menekan papan kekunci itu.
'Tolonglah,Ai. Jangan macam ni! Awak kena teruskan!' Desis aku pada diri sendiri. Semakin kuat tanganku mengigil. Jika terus begini,aku hanya akan membuang masa saja.
'Kenapa saya tak boleh bayangkan nota musik ini? Kenapa saya tak boleh dengar muzik saya sendiri?' Sekali lagi aku bergumam. Setelah lama berperang dengan diri sendiri,aku akhirnya membuat keputusan untuk menutup sahaja papan kekunci piano itu lalu aku menunduk hormat kepada para penonton. Biarpun aku tidak memberikan sebarang persembahan pada mereka,aku harus hormati penonton,itulah adab persembahan.
Aku memandang lautan yang membiru. Angin senja yang sedikit dingin kerana masih permulaan musim bunga ini turut menerbangkan rambut maroonku yang panjang mengurai ini. Bandar yang cantik! Itu pendapat aku saat kali pertama aku tiba dibandar ini tiga hari lalu. Walaupun Numazu adalah sebuah bandar yang kecil di Wilayah Shizouka,oleh kerana berhampiran dengan laut,ianya tetap kelihatan indah.
"Kamu pasti akan dapat bermain piano satu hari nanti,Ai. Makcik percaya pada kamu."
"kerana itu kita pindah ke Numazu supaya kamu boleh dengarkan suara laut dari sana."
"Sekolah di sana juga ada sebuah bilik musik dan kamu bolwh bermain piano dengan aman di sana."
Aku menutup mata serapat yang mungkin. Bibir bawah aku gigit menahan geram. Kenapa aku harus dengar kata kata pak cik dan mak cik aku yang suka memaksa ini. Apakah mereka tidak memahami keadaan aku sekarang? Walaupun aku sudah berada di sini,tapi aku masih tidak mampu mendengarkannya.
Aku nekad! seragam sekolah amu cabut. Mujurlah aku sudah memakai baju renang di dalam seragam sekolah. Tanpa berfikir panjang,aku terus sahaja berlari dan ingin terjun ke dalam laut. Dalam keadaan permulaan musim bunga yang masih dingin ini,aku tahu bahaya untuk berenang dilaut pada waktu seperti ini kerana mungkin aku boleh mati.
Mati?
Biarlah,aku ingin mati! Hanya itu saja cara untuk aku lari dari semua ini. Aku tak mahu hadapi semua ini lagi! Pantas aku berlari dan terjun ke dalam laut.
"Jangan!!"
Terasa seperti badanku dipeluk dibahagian pinggang. Siapa pula yang berani halang aku ni? Terus sahaja aku menoleh bagi memandang manusia yang menghalang aku untuk bunuh diri ini. Aku terkejut melihat dua manusia ini.
"Awak dah gila ke? Sekarang masih permulaan musim bunga,air senja terlalu bahaya untuk berada di laut. Awak boleh mati!" Marah seorang gadis berambut kelabu kepada aku sambil memeluk pinggang aku. Aku meronta- ronta agar mereka melepaskan aku.
"Lepaskan saya! Awak berdua tak ada hak nak hakang saya!" Marah aku. "Ada! Kami ada hak! Kita adalah kawan,dan kami akan halang kawan kami dari buat perkara gila!" Gadis berambut oren pula membalas. Mereka berdua ni memang keras kepala. Jika tak salah aku,mereka berdua ini adalah pelajar yang sama sekolah dengan aku.
Malang tidak berbau,kaki mereka tergelincir dari papan jeti dan akhirnya kami bertiga terjatuh ke dalam laut bersama. Sepantas kilat aku merasakan bahawa kedua tanganku sedang dipegang dan tubuh ditarik,kami kembali ke pantai dengan selamat.
"Saya akan kembali ke rumah dan dapatkan tuala untuk kita." Ujar gadis berambut oren itu pada kami lalu terus berlari sepantas kilat dalam keadaan bajunya yang basah lenjut itu pulang. Mungkin rumahnya dekat dengan pantai tempat kami berada.
Pang!!
Aku terkedu sambil memegang pipi kiriku yang terasa kebas akibat ditampar oleh gadis berambut kelabu ini. Wajahnya menunjukkan kekesalan atas perbuatan aku. Dia mengangkat tangannya lagi,mungkin mahu menampar aku lagi.
Pang!
Seperti yang aku sudah jangka,dia tampar aku lagi dan kali ini rasa lebih perit dari yang tadi. Mungkin kerana dia tampar aku ditempat yang sama. Aku memandangnya tajam. Apa masalah perempuan ni nak tampar aku? "Awak ni dah kenapa nak tampar saya?" Tanya aku marah.
"Memang patut pun awak kena tampar. Apa awak dah gila? 16 tahun hidup tu bagi awak terlalu lama ke sampai nak bunuh diri?" Tanyanya kasar. Aku menolak tubuhnya kasar. Orang yang tak faham perasaan aku pasti akan cakap macam ni.
"Memang saya dah gila! Memang saya dah lama hidup! Buat apa teruskan hidup kalau tak mampu nak buat apa apa!"
Pang!
Ini kali ketiga aku ditampar oleh minah ni. Perit sungguh rasanya. Dia mengetap giginya menunjukkan bahawa dia memang begitu marah pada aku. Tangannya dikepal penumbuk,mungkin sekejap lagi muka aku ni akan ditumbuknya pula. Dia ingin mengankat tangannya namun dihalang oleh seseorang. Budak berambut oren itu.
"Bawa bertenang,Kouri. Kita boleh berbincang dengan baik." Pujuknya pada gadis berambut kelabu itu. Ya! Baru aku ingat namanya adalah Kouri dan gadis berambut oren itu adalah Iris. Seingat aku kami bertiga sekelas. Iris memandang ke arah aku. Sebuah senyuman diberikan padaku.
"Hidup ni memang tak mudah. Kami tak tahu apa yang awak dah lalui,tapi awak bolsh kongsikan jika awak sudi." Katanya lembut padaku. Sehelai tuala diselubungkan ke tubuh badanku yang masih basah. Aku memandang ke arah Iris dan Kouri silih ganti. Lalu aku memandang pasir pantai itu.
"Saya seorang pemain piano di Sekolah Perempuan Otonakizaka. Tapi pada hari persembahan terakhir sekolah kami,saya gagal mainkan lagu yang berunsurkan musik dari laut. Saya kaku untuk menekan papan kekunci piano itu. Saya benci dan marah pada diri sendiri."
"Jadi..sebab itu awak berpindah ke sini? Supaya awak boleh mendengar bunyi laut yang dianggap sebagai musik?" Duga Kouri. Aku mengangguk perlahan. Malu rasanya bila berbicara bersama mereka ini. Sudahlah pada hari pertama aku disekolah,aku melayan mereka berdua dengan buruk dan...hari ini mereka menyelamatkan aku daripada hampir membunuh diri.
"Kami akan bantu awak untuk mencari musik awak yang hilang tu!" Iris memandang aku sambil menghulurkan tangannya mahu bersalaman denganku sekali lagi. Kouri yang menandang pelik perbuatan Iris itu turut tersenyum dan turut menghulurkan tangannya padaku.
"Jika awak sudi,kami akan bantu awak cari musik yang hilang itu walau kami tak tahu macam mana caranya tapi..kami akan tetap membantu." Iris bersuara lagi. Kouri hanya mampu tersengih mendengar kata kata yang baru saja dilontarkan oleh Iris tadi.
Aku menahan senyum. Agak lucu juga si Iris ini. Dia sentiasa bersikap terbuka manakala Kouri seorang yang suka menyokong. Secara kasar aku dapat rasakan bahawa mereka berdua memang ikhlas ingin mambantu aku. Huluran tangan mereka aku pandang lama. Wajah mereka juga aku turut tatap.
"Baiklah. Boleh awak berdua tolong saya?" Minta aku lalu menyambut huluran mereka. Mereka tersenyum sambil tertawa. Terlihat Iris dan Kouri saling berpandangan lalu mereka saling tersenyum kemudian,mereka memandang aku kembali.
"Sudah tentu kami sudi bantu awak,Ai!" Jawab mereka berdua serentak. Aku bangun dari dudukku lalu melihat matahari terbenam bersama dua orang kawan baruku ini.
Kawan baru?
Mungkin atau tidak,aku tidak pasti. Tapi aku memang bersedia untuk dibantu oleh mereka dan aku harap satu hari nanti aku akan dapat terima mereka sebagai sahabat aku.
Aku harapkannya.