"Ayah pergi dulu. Jaga diri baik baik dan jangan nakal nakal." Pesan ayah kepada aku sambil mengusap lembut kepala aku. Aku hanya tersenyum sambil memandang ayah yang segak berpakaian kelasi laut. Ayah bekerja sebagai seorang kelasi dan juga merupakan seorang kapten kapal.
"Ayah,saya nak jadi kapten kapal macam ayah bila dah besar nanti." Kataku pada ayah. Ayah hanya tertawa bahagia. Terus dengan pantas dia mendukung aku lalu pipi aku dikucupnya sayang.
"pastilah kamu boleh jadi kapten kapal. Tapi kamu kena pandai berenang dan tak boleh mabuk laut." Ujar ayah. Aku mengangkat tangan kanan lalu diletakkan ke dahi bagaikan seorang kelasi kapal. Sekali lagi ayah tertawa.
"Baiklah Kapten Minato Tsubashi. Saya Minato Kouri menerima arahan dengan jelas dan akan menjalankannya dengan patuh." Kataku yang masih lagi memberi tabik hormat. Ayah membalas tabik aku lalu dia membalas.
"Baiklah. Saya percayakan awak,prebet Minato Kouri." Kami tertawa bersama lalu ayah berangkat pergi bekerja. Bagi aku saat bermain bersama ayah adalah saat yang paling bermakna dan berharga bagi aku. Seluruh ahli keluargaku merupakan seorang yang sangat arif dengan laut. Laut sudah merupakan rumah kedua bagi mereka.
Ibu aku juga merupakan seorang bekas kelasi yang kini hanya menghabiskan masanya dirumah membesarkan aku dan adik adikku yang lain. Ayah,setiap enam bulan sekali pasti akan pulang kerumah dan bercuti selama seminggu dan setelah itu kembali semula ke laut.
Saat itu aku mula bernekad bahawa aku ingin menjadi seorang kelasi agar aku dapat berjumpa dengan ayah dilaut. Jika aku bertuah dan bernasib baik,mungkin aku akan menjadi salah seorang anak kapal ayah. Tapi jika saat aku menjadi kelasi kelak,pasti ayah sudah hampir bersara.
Jadi aku sertai kelab renang disekolah. Aku biasakan diri dengan air kerana aku ifat pesan ayah. Jika mahu menjadi kelasi,perlu jadi sebahagian daripada laut iaitu tahu berenang dan tidak mabuk laut. setiap hujung minggu jika aku kelapangan,pasti aku akan mengajak Iris berlayar ditengah laut dengan menyewa kapal persiaran di pusat pekan.
"Apa cita cita awak satu hari nanti,Iris?" Aku membuka mulut bertanya kepada Iris yang sedang asyik memandang keindahan laut. Tumpuannya terhadap laut terhenti dengan soalan aku. Dia terus memandang tepat ke arah aku dengan wajah polos. Jari telunjuknya diletakkan didagu.
"Entahlah. Saya serahkan saja pada takdir. Kalau takdir memilih untuk saya membantu keluarga saya di penginapan itu,saya akan lakukan saja." Jawabnya selamba. Aku hanya tersengih dengan jawapan tanpa perasaannya itu. Apalah si Iris ni?
Aku tahu itulah Iris yang aku kenal. Dia memang tidak pernah memiliki pendirian yang kukuh seperti aku. Dia lebih suka bergantung pada takdir dan dengan kata lain,hanya berserah!
Kadang-kadang aku tertanya-tanya,apa yang membuatkan Iris memilih untuk tidak pernah memikirkan tentang masa depannya,sedangkan itu adalah perkara penting yang perlu dia fikirkan. Kalau nak diikutkan dengan status keluarga,Iris bukanlah keluarga berada. Keluarganya hanya menjalankan perniagaan penginapan kolam air panas.
"Kalau awak pula,Kouri?"
Aku memandang ke arah Iris yang masih sibuk memerhati kawasan laut yang bagi aku cukup indah. Aku harap dia sependapat dengan aku. Lalu aku memandang ke arah yang sama dipandang olehnya.
"Saya nak jadi kapten kapal layar sama macam ayah saya." Jawab aku. Sememangnya itulah cita cita aku sejak dari kecil. Aku mahu bersama ayah belayar keliling dunia. Dia memandang ke arah aku lantas menghadiahkan sebuah senyuman.
"Jadi sebab itulah awak sertai kelab renang?" Aku mengangguk dengan soalan itu. Iris adalah seorang pelajar yang tidak pernah libatkan diri dengan aktiviti kelab di sekolah. Katanya, dia tidak mahu peningkan kepala memikirkan tentang aktiviti kelab.
Iris,hidupnya memang mudah. Malah bagi aku terlalu mudah sehingga dia sanggup melakukan perkara yang aku sendiri rasa gila untuk lakukannya. Tapi tidak bagi seorang Iris. Walaupun tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidupnya,tapi dia seorang yang nekad untuk dapatkan apa yang dia inginkan. Itulah salah satu perkara yang bagus tentang kawan aku yang sorang ni.
"Awak rasakan Kouri, Ai tu sukakan kita atau pun tidak?" Aku terdiam dengan soalan Iris sebentar tadi. Tidak tahu mahu jawab apa. Namun aku tidak mahu Iris menunggu aku memberikan jawapan.
"Saya tak tahulah,Iris. Tapi dari cara dia bercakap dengan kita,rasanya dia tak sukakan kita. Mungkin juga dia tak suka bersekolah di Uranohoshi." Balas aku sekadar memberikan pendapat. Kedengaran satu keluhan kecil dari Iris.
"Kalau dia tak suka bersekolah di Uranohoshi dan tinggal di bandar kecil ni,kenapa pindah ke sini?" Tanya Iris yang lebih tepatnya dalam nada rungutan. Jelas sekali dia memang tidak berpuas hati dengan pelajar pertukaran yang baru berpindah ke sekolah kami dua hari lalu.
Jika me urut aku,aku juga kurang senang dengannya. Meski pun aku memang jenisnyang mudah mesra dengan orang baru,tapi entah kenapa dengan pelajar baru itu,aku memang terasa asing.
"Saya nak cuba berkawan dengan dia!" Aku terkejut dengan kata kata yang baru saja aku dengari sebentar tadi. Aku memandangnya dengan seribu satu persoalan di kepala. Kenapa dia masih bernekad mahu berkawan dengannya sekiranya dia sudah banyak kali ditolak?
Banyak kali ditolak? Memang. Sudah banyak Kali Iris mencuba untuk mendekati dan berbual dengannya namun sepertinya dia menjauhi Iris dan juga sesiapa sahaja yang ingin berbual dan berkawan dengannya. Aku juga tidak tertinggal sekali kerana aku juga tergolong dalam kalangan orang yang ingin berkawan dengannya.
"Saya kena cuba. Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan dia. Mungkin dia perlukan bantuan." Kata Iris lagi sambil mengenggam kedua tangannya menjadi penumbuk. Aku tersenyum. Itulah Iris yang aku kenal. Dia memang seorang yang nekad. Semoga berjaya kawan!
"Baiklah,kita dah sampai." Bot kecil yang kami naiki akhirnya berhenti dijeti. Tanam Laut adalah salah satu tempat kegemaran aku dan Iris akan habiskan masa cuti kami selain berada di tepi pandai yang berada dekat dengan rumah Iris. Aku dan Iris turun dari bot lalu diikuti oleh seorang gadis yang menjadi pemandu bot kecil ini.
"Bagus,kalian sudah semakin maju. Skill menyelam yang saya ajar tu sudah semakin meningkat." Puji gadis itu atau lebih dikenali sebagai Futami. Dia berjalan bagi mengemas alatan menyelam yang aku dan Iris gunakan tadi.
"Itu sudah sememangnya. Ini Inami Iris...," Aku dengan pantas bertindak menjentik dahinya. Terus sahaja dia mengaduh kesakitan. Futami memandang ke arah aku dan kami tersenyum bersama. Mujurlah Futami juga sependapat dengan aku agar menghentikan tindakan Iris yang ingin berbangga diri itu. Amat menjengkelkan!
"Auch,sakitlah!" Adu Iris sambil mengusap dahinya yang dijentik oleh aku sebentar tadi. Futami memeluk tubuh. Senyuman mengejek masih tidak lepas dari bibirnya.
"Lain kali,jangan asyik nak bangga diri saja." Katanya bersama tawa. Iris mengembungkan pipinya tanda protes. Aku dan Futami ketawa lepas. kami duduk dimeja yang berhampiran dengan jeti sementara Futami sibuk mengemas. Tanam laut ini adalah sebuah tempat yang agak terkenal dibandar kecil kami dan sudah pasti ianya diuruskan oleh keluarga Tsubaki iaitu keluarga Futami sendiri.
"Awak tak mahu kembali ke sekolah,Futami?" Aku memandang ke arah Iris yang bertanya soalan itu pada Futami. Kedengaran satu keluhan kecil dari Futami. Sambil dia melakukan kerjanya,dia membalas.
"Memanglah saya ingin. Tapi saya perlu bantu keluarga saya uruskan taman laut ni. Nanti saya akan fikirkan semula." Dia tersenyum pada kami berdua. "Oh! Saya dengar ada pelajar pertukaran di sekolah. Benarkah?"
"Memang pun. Dia baru mendaftar dua hari lalu,tapi dia sepertinya tidak suka pada sekolah dan tidak suka bergaul dengan pelajar pelajar di sana." Jawab Iris dalam nada kesal. Aku tahu,dia memang betul-betul kecewa. Mengapa dia menjadi seperti itu? Mungkin benarkah dia tidak sukakan sekolah dan kami atau dia ada kisahnya sendiri?
Saito Ai!