Chereads / My School Life (complete) / Chapter 1 - KALI TERAKHIR DI SEKOLAH LAMA

My School Life (complete)

🇰🇷boyz_wirus02
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 19.8k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - KALI TERAKHIR DI SEKOLAH LAMA

Pada pagi itu di JYP highschool Nayeon tergesa-gesa mencari Twice di seluruh sekolah. Setelah menjumpai mereka , Nayeon menghampiri.

"Twice,  saya ada sesuatu mahu beritahu kamu."

"Apa dia ? Nampak begitu penting." Kata Jihyo selaku ketua Twice dan juga kawan baiknya.

"Saya mahu berpindah sekolah . Hari ini adalah hari terakhir saya di sekolah. Saya terpaksa berpindah ke sekolah kakak saya di Seoul." Kata Nayeon dalam nada sedih.

"Apa?" Balas Twice.

"Kami akan merindui kamu." Kata Dahyun.

"Tiada la teman saya bermain" Balas Tzuyu.

"Juga teman bershopping" Balas Mina.

"Teman menari juga" Balas Momo.

"Tidak kamu tidak akan memasak makanan kegemaran saya lagi . Mati la saya mahu makan makanan yang dimasak oleh Chaeyoung" kata Jeongyeon.

"Apa kamu kata? Mari sini saya mahu cubit kamu . Rasakan cubitan ketam saya" Kata Chaeyoung lalu mengejar Jeongyeon.

"Aaaa jangan cubit saya . Mianhei ,  Saranghae Chaeyoung. Saya takkan kutuk kamu lagi" Kata Jeongyeon.

"Baiklah, saya maafkan kamu."

"Tapi hanya di depanmu" Sambung Jeongyeon lalu menyorok di belakang Nayeon.

"Apa? Kamu??" Balas Chaeyoung.

"Sudah, berhenti .  Nayeon mahu berpindah kamu tak sedih ke?" Balas Sana.

"Apa kata kita adakan parti perpisahan untuk Nayeon?" Cadang Dahyun.

"Boleh juga . Lagipun saya suka makan." Balas Jeongyeon.

Semua orang memandang Jeongyeon dengan pandangan yang tajam.

Malam itu di rumah Nayeon.

Twice berada di depan pintu lalu Sana menekan loceng.

'Ting' 'Tong'

Puan Im membuka pintu rumah lalu menjemput Twice masuk.

"Nay, kawan kamu sudah sampai. Adakah masakan sudah siap?" Kata Puan Im.

"Belum lagi . Lagi 15 minit hidangan siap dihidang"

"Biar saya tolong" kata Jihyo kawan paling rapat Nayeon lalu berlalu ke dapur.

Setelah 15  minit , makanan pun tersedia.Mereka makan dengan seleranya.

"Wah ,sedapnya! Kamu memang terbaik" Kata Jeongyeon.

"Kamu mahu mengata saya lagi ke?" Kata Chaeyoung sambil merenung tajam ke arah Jeongyeon.

"Sudah jangan bergaduh . Chaeyoung boleh berlatih memasak lagi . Berusahalah!!" Kata Nayeon.

"Kamsahamnida unnie" Balas Chaeyoung dengan senyuman.

Setelah selesai makan ,mereka ke ruang tamu.

"Kami ada hadiah untuk kamu" Balas Momo sambil memberi seutas gelang yang terdapat nama Twice berwarna hitam dan merah.

"Terima kasih , kawan-kawan." Balas Nayeon.

"Saya juga ada hadiah khas daripada kami bertiga iaitu saya, Mina dan Tzuyu."Balas Chaeyoung.

"Wah, beg tangan buatan sendiri yang mempunyai nama saya dan Twice." Kata Nayeon terharu.

"Akhir sekali ,terimalah hadiah dari saya" Kata Jihyo lalu memberikan sebuah album.

Nayeon mengambilnya lalu menangis terharu.

Mereka menamatkan parti dengan menyanyi lagu heart shaker.