" ermm, masa tu,..saya lapor diri lah,Cikgu Alisya tegur saya, " ujar Haniff bersahaja.
"maksudnya,..baru lagi lah kan, awalnya kau orang decide nak tunang." ucap Cikgu Reena.
"sebab tu kita orang tunang, bukan terus nikah, " kata Haniff lalu meneguk air mineral.
Selamba je air batu ni, memang tak berubah mulut dia tu.
Dapat aku lihat Cikgu Reena sedikit terkedu dengan kata-kata Haniff.
"Alisya, pedas juga mulut Haniff ni eh," bisik Cikgu Reena ditelinga.
Aku mengukir senyuman, dek kata-kata Cikgu Reena.
" tu bukan pedas biasa kak, kadang-kadang menyengat, " ucapku seraya ketawa.
"what? Betul lah saya cakap," ujar Haniff sambil menjongket sebelah keningnya.
"ye, awak tak pernah salah pun" ucapku bersama riak bosan.
"uish, akak nampak Alisya yang banyak mengalah ni,kan?" ucap Cikgu Reena lagi.
"bukan mengalah kak, tapi malas nak layan, nak berdebat dengan dia ni, alih-alih kita juga yang kena, baik jangan usik, nanti diri sendiri yang beku." ucap sambil memandang Haniff.
"good." balas Haniff singkat sambil tersenyum nipis.
"haa petang ni, Alisya dengan Haniff uruskan kehadiran pelajar boleh?," pinta Kak Reena.
"erm, boleh," jawabku ringkas.
****
Usai solat Zuhur, aku berjalan menuju ke tempat yang ditetapkan untuk rumah sukan aku,.
Waktu petang ni, selalunya hanyalah persiapan untuk perbarisan, macam hiasa, dan lain-lain.
"laju je jalan? Semangat betul cikgu rumah kuning ni!" sapa seseorang.
"eh Cikgu Hamzah! Bukan awak kursus ke?" soalku hairan.
"aah, baru balik lah ni, ada perjumpaan ni kena lah hadir," ucapnya bersama segaris senyuman.
"amboi, dia yang lagi semangat gayanya," ujarku bersama ketawa.
"haha, mestilah, rumah biru pun nak menang, bukan rumah kuning je," kata Hamzah.
"cubalah, kami dah pegang 5 tahun berturut ni," ucapku seraya ketawa.
" haha kita tengok eh, haa saya dengar ada orang tu dah bertunang, taknak cerita ke?" soal Hamzah lalu menjongketkan sebelah keningnya.
"awak tak tanya Haniff ke?" soalku kepada Hamzah
" ada, tapi tak banyak lah,lagi pun dia kan Haniff Mikail bukan senang nak buka mulut." ujar Hamzah mendatar.
" I see.." ucapku perlahan.
" so?" soal Hamzah .
"awak nak tahu bahagian mana?" tanyaku.
"how? Why? I mean, erm Haniff yang mulakan?" soal Haniff bersama kerutan.
"erm, yup." jawabku jujur.
"betul ni?" soal Hamzah lagi meminta kepastian.
"yelah. Kenapa? Nampak saya ke yang cakap macam tu?" ujarku sedikit pedas.
" no lah, tapi.. Nothing lah" ujar Hamzah lalu menggelengkan kepalanya.
" akak tudung pink, baju hitam! Dah-dahlah sembangnya, ada kerja ni!" jerit seseorang dari tingkat atas.
Herm? Aku mendongak melihat pemilik suara yang menegurku.
Terlihat Haniff sedang berdiri sambil menunjukkan simbol 'peace'
Amboi! Feeling-feeling comel pula ye mamat ni, aneh!
Aku perasan, riak wajah Hamzah sedikit berubah, dia mengerut dahi melihat Haniff namun akhirnya tersenyum.
Apa sebenarnya yang Hamzah fikirkan? Aku pasti, ini mesti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
"ok lah Cikgu Alisya, tunang awak dah panggil dah tu, pergilah, " ujar Hamzah lembut.
"okey, saya gerak dulu eh," ucapku.
" erm, jap,jangan letak harapan pada Haniff eh," ujar Hamzah lalu berlalu pergi.
Jangan letak harapan? Maksudnya? Jangan suka Haniff? Atau apa?
Kenapa dia cakap macam tu?
***
Perjumpaan petang tersebut lebih kepada perbincangan konsep dan curahan idea untuk perbarisan kelak.
Semua pelajar diberi hak untuk memberi idea dan pandangan mereka masing-masing.
Aku tidaklah terlalu menyuarakan pendapat, entah kenapa kepala aku terasa pusing dan pening.
Mungkin dek kerana aku berborak di bawah cahaya matahari bersama Hamzah tadi, atau memang sakit tanpa sebab.
Aku hanya bersila dan bersandar pada dinding dewan sekolah,bagi meredakan sikit kesakitan kepalaku.
"ok tak?" tanya Haniff yang berdiri dihadapanku.
"ok je," balasku ringkas.
"pucat je muka tu, tadi lunch makan ke tak?" soal Haniff lagi.
Aku memandang Haniff lalu menggeleng perlahan.
Bukannya aku tak nak makan, tapi menu hari ini kurang menarik dan tidak menepati selera aku.
Haniff menghela nafas lalu menggelengkan kepala.
Dia berjalan ke bahagian depan dewan lalu mencapai beg galasnya.
Lalu berjalan menghampiri aku.
Haniff mengeluarkan sebotol air mineral, sebungkus roti, sebiji epal dan sekotak susu.
Tercengang aku dibuatnya melihat pelbagai makanan yang keluar dari beg sandangnya itu. Ni beg ke poket doraemon? Fuh!
"jap saya cuci epal ni," ujarnya sambil menghulurkan makanan lain lalu keluar dari dewan.
Selang beberapa saat, Haniff pun melangkah masuk ke dalam dewan.
Aku memerhati susuk tubuh yang memakai t-shirt berkolar berwarna putih yang dipadankan bersama seluar trek hitam. Tak boleh aku sangkal, dia lebih kacak apabila mengenakan kemeja berbanding t-shirt.
"haih, muka tengah pucat macam ni pun, awak bernafsu lagi eh tengok saya?" ucapnya sambil menjongketkan sebelah keningnya bersama kerutan di dahi.
Hek eleh! Tengok pun kira aku bernafsu ke? Pigida! Malas aku nak layan!
" dah makanlah, saya bagi bukan suruh tenung, kalau awak tenung pun, bukannya makanan tu nak terbang sendiri dalam mulut awak tu!" omel Haniff panjang.
"banyaknya makanan dalam beg awak.." ucapku perlahan.
"yang memang ada dalam beg ni air mineral dengan epal ni je, susu dengan roti ni, lebih belanja pelajar 3 Baiduri tadi," jelas Haniff lembut lalu mengambil tempat disebelah aku.
"makanlah," ujar Haniff lagi.
Dia ni kan, nada suara asyik berubah je, kejap garang, kejap lembut, kejap perli , pening!
Aku mengambil kotak susu yang Haniff hulurkan bersama segaris senyuman nipis.
"thanks," ucapku.
"most welcome makcik tak reti jaga makan," ucapnya bersama senyuman manis memerli.
***
Lemah longlai badan aku saat berjalan pulang ke rumah.
Sesampai sahaja aku dirumah, terus saja aku mencapai tuala membersihkan diri, tak sabar rasanya hendak berehat di atas katil selepas menunaikan solat asar.
***
Tidurku terasa terganggu apabila terdengar deringan telefon disebelah.
Kepalaku masih terasa amat sakit,malah aku sendiri bagaikan tidak berdaya untuk bergerak
Aku mengangkat panggilan telefon tersebut tanpa melihat nama pada skrin.
"hello," ucapku lemah.
"Alisya, awak tidur ke?" soal pemanggil dihujung telefon.
"hurm? " ucapku hairan lalu melihat nama si pemanggil.
Haniff? Kenapa dia call.. Detak hatiku hairan.
" Alisya, are you there?" soalnya yang terdengar sedikit cemas.
"aah saya tidur, kepala saya sakit." jawabku lemah.
" seorang? Housemate awak ada tak?" soalnya lagi.
"Hana tak ada ," ucapku, dan itulah perkataan terakhir yang aku ucap, duniaku gelap dan sunyi.
BERSAMBUNG...
P/s: ehem, maaf eh sis tk update hri itu, ada hal, sorry ye sbb tk tepati janji, jangan risau, lps korang baca bab ni, bab seterusnya dah ready dah, salam Ramadan!! Jgn lupa vote, komen dan share, aktif lah korang..macam masa Suamiku Encik Lawyer dulu, brulah sis semangt nk menaip, aktif tau! Syg korg.