Chereads / RATU HATI CIK ABANG / Chapter 18 - bab18

Chapter 18 - bab18

" Haniff,..singgah mana pula ni, jom lah balik," ucapku tatkala Haniff memberhentikan keretanya di hadapan sebuah farmasi.

"kejap je, tunggu sini eh" ujarnya lalu keluar dari perut kereta.

Haih lah dia ni, aku punya lah ingat dari hospital terus balik rumah, ni menyinggah pula, kalau tahu tadi, baik suruh Hana je ambik. Tapi pakcik ni awal-awal lagi dah tercegat depan pintu bilik lepas tahu aku boleh discharge.

Selang beberapa minit, Haniff keluar dari farmasi bersama sebuah beg plastik putih di tangan.

Masuk sahaja dia ke dalam kereta

Dia mengukir senyuman manis sambil memandang aku dengan pandangan lembut.

"nah, untuk awak," ucpanya seraya menghulurkan beg plastik tersebut.

Aku memandang Haniff hairan lalu mengambil plastik yang Haniff hulurkan.

Terkejut aku dibuatnya, apabila beg plastik tersebut dipenuhi kotak-kotak vitamin dan makanan tambahan.

"awak nak suruh saya makan semua ni ke?" soal aku terkejut.

" yelah, dah saya bagi awak, saya suruh awak lah makan, takkan bagi awak, tapi suruh kucing tepi jalan pula yang makan, kelakarlah awak ni Alisya." ucapnya sambil ketawa.

"banyaknya, awak nak jadikan saya tikus makmal ke? Ingat saya bahan uji kaji ke?" omelku sambil membelek satu persatu vitamin yang dibeli Haniff.

" taklah, ni saya suruh ahli farmasi tu yang pilihkan yang terbaik, dah awak tu tak cukup zat, saya belilah semua ni " ujar Haniff.

"erk, tak cukup zat? Cukuplahhh! Awak nampak saya ni kurus kering ke?" kataku tidak puas hati.

" cukup zat? seriously? Awak sayur pun tak makan, ada hati nak mengaku yang dia tu cukup zat, lagi satu, saya cakap awak tu tak cukup zat, bukan tak cuku berat atau lemak, orang kalau makan fast food hari-hari pun boleh gemuk, tapi sihat ke?" ucapnya sinis, sambil matanya tajam memanah anak mataku.

"hello, saya makan lah sayur!! Suka hati je eh fitnah!!" ucapku geram.

"okay, tell me, sayur apa yang awak makan?" soal Haniff sambil mengangkat dagunya ke atas.

"erm,.. Taugeh..,carrot,dengan..."

Belum pun sempat aku memghabiskan kata-kataku,pantas saja Haniff memotong.

" itu je? Dah lah bukan sayuran hijau, lepas tu, boleh kira berapa kali je awak ambil dalam seminggu, entah-entah, ada minggu yang tak ambik langsung.." perli Haniff sambil tersenyum sinis.

Eyy!! Dia ni, macam mak nenek lah membebel, macam lah kenal aku sangat, entah-entah main serkap jarang je, tapi tiba-tiba tepat pula, geram je aku tengok dia ni, rasa nak pulas-pulas je mulut tu, macam perempuan!!

"listen Alisya, saya bukan nak marah atau nak kongkong hidup awak, tapi jagalah kesihatan tu, kalau tak sayang badan sendiri pun, sekurang-kurangnya fikirlah perasaan orang yang sayang dan peduli pasal awak, tak kesian ke tengok orang risau bila awak jatuh sakit," ucapnya lembut sambil matanya meneroka setiap inci wajahku.

"saya ni, anak yatim piatu, tak ada siapa-siapa yang kisah dan risau sangat pun kalau saya sakit atau mati." ujarku perlahan, tapi masih dapat didengari oleh Haniff.

Benar aku ada umi dan Hana, tapi tetap,mereka tetap orang asing yang ada hidup mereka sendiri.

"awak ada saya, fullstop." ujar Haniff keras. Lalu memulakan pemanduan.

***

Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri, otak ku ligat mentafsir kata-kata Haniff sebentar tadi? Aku ada dia? Maksudnya dia care pasal aku? Atau apa? Ahh pening!

Sesampai sahaja di kawasan parking rumah, aku cepat-cepat sedia untuk keluar dari perut kereta Haniff, bukan apa, aku jadi tak selesa lepas apa yang dia cakap tadi, masih terngiang-ngiang pesanan Hamzah tempoh hari yang berharap agar aku tidak menaruh apa-apa terhadap Haniff, jadi lebih baik aku tidak mengambil pusing dengan apa yang Haniff katakan sebentar tadi.

Saat sebelah kakiku, telah pun keluar dari kereta milik Haniff,  aku perasan Haniff memandangku, sambil tangannya bermain-main dengan kunci kereta ditangan.

"Alisya,.." ucap Haniff memecah kesunyian.

"herm.." ucapku perlahan.

"erm..apa yang saya cakap tadi, saya jujur. Percayalah, saya akan sentiasa ada untuk awak, dan jadi pelindung awak. Tolong jangan tolak perlindungan dan sifat ambil berat saya terhadap awak, . Sebab kesakitan awak, akan menyiksa jiwa saya, erm, awak bolehlah masuk, hati-hati, apa-apa call je saya ok?" ucapnya lembut dan sayu, bersama segaris senyuman nipis, namun tak ceria.,lalu Haniff keluar dari perut keretanya.

***

Aku menghempaskan badanku dia atas katil, pelbagai perkara yang bermain di fikiranku, Kenapa dengan dia tu? Dia suka aku? Yela tu, aku tak rasa macam tu, mesti ada benda lain ni, sadis sangat ke aku ni sebagai anak yatim sampai mamat kejung tu pun layan aku baik sangat.

"weh!! Amboi!! Balik-balik rumag terus memerap eh dalam bilik" ucap Hana yang melangkah masuk ke dalam bilik tidurku.

"aku penat lah, sebabtu, tak cari kau tadi" jawabku malas.

"eleh yelak tu, eh ni apa? Ubat hospital ke?" soal Hana lalu mencapai beg plastik yang berisi pelbagai vitamin yang dibeli Haniff.

"babe!! Banyaknya kau beli!! Dah lah semua jenama yang mahal-mahal, cantik lah member aku lepas ni, makan banyak vitamin,!!" ujar Hana ceria sambil membelek vitamin-vitamin tersebut.

"Haniff lah beli, tu untuk cukupkan zat yang kita tak dapat dari makan harian lah, bukan untuk kecantikan, lagi satu, apa selama ni aku tak cukup cantik ke?" tanyaku, sambil membetulkan kedudukan.

" untunglah orang tu, ada tunang yanf sayang dia, ni baru tunang..belum nikah lagi, kalau dah jadi bini.. Aku rasa mesti dia layan kau macam permaisuri," ucap Hana ceria sambil memandang ke atas ,

Tengah berangan lah tu minah ni, macam-macam lah.

"banyak lah kau, dia tu, tunang olok-olok je tau, tak adanya sampai nak kahwin bagai, kau punya imaginasi tu, sampai langit ketujuh dah!" ucapku sambil menggelengkan kepala melihat gelagat si Hana ni.

"alah weh, mula-mula tunang olok-olok, pastu tunang betul-betul,. Tengok cara dia layan kau pun dah tahu yang ni bukan layan level-level kawan sekerja,ni level-level nak buat bini ha, bertuah kau weh, dapat laki helok, baik pula tu," ujar Hana panjang lebar.

"kau tahu kan yang aku tak nak kahwin..." ucapku perlahan

"hurmm, kau kena bagi peluang pada diri kau untuk bahagia Lisya, tak semua lelaki, macam dia yang kau benci tu, kau kena yakin pada rancangan Allah," ujar Hana lembut.

"eh-eh, dah-dah, layan kau punya pot pet, pot pet , sampai kesudah lah aku tak boleh nak rehat, dah, keluar nuh, aku nak rehat, jangan lupa tutup pintu eh," ucapnya bersama segaris senyuman.

Hana memuncungkan mulutnya lalu melangkah keluar dari bilik..

haish, Hana- Hana,..

***

Aku melangkah keluar dari bilik, dapat aku hidu bau makanan yang terhidang di atas meja, eyy, budak banyak mulut ni, rajin betul masak. Ucapku di dalam hati.

"haa bangun dah, lena tak tidur tadi?" sapa Hana sambil membawa jag minuman.

"haha, lena lah, lagi-lagi bila ada kawan tolong masak makanan lepas kita bangun tidur. Happy lah!!" kataku sambil tersenyum kepada Hana.

"eh-eh, semua ni, bukan aku lah yang masak, tapi, tunang kau. Dia hantar tadi, nak kejut kau, kesian pula," terang Hana sambil menyenduk nasi.

"Haniff?" soalku meminta kepastian.

" Amboi, mengaku eh tunang, haha, haa lah, siapa lagi," kata Hana.

"untung kau ni, dari A to Z si Haniff tu kesah pasal kau, " omel Hana ceria.

Ting!

Terdengar notifikasi telefon ku berbunyi.

Terdapat satu mesej dari Haniff.

" makan elok-elok tau, tak cukup, bagitahu, saya masak lagi, ♥ - Haniff.

Tanpa sedar, aku mengukir senyuman tatkala membaca bait-bait patah mesej tersebut.

BERSAMBUNG...

P/s: hai semua,amacam bab hari ni? Korang rasa Haniff suka Alisya tak? Hurmm, komen ok! Jgn lupa vote dan share jgk!! Bye2!