Chereads / RATU HATI CIK ABANG / Chapter 17 - bab17

Chapter 17 - bab17

" Ha? Awak tengah main wayang ke Haniff?" soalku bersama renungan tajam.

Tak aku nafikan jantung aku bagaikan terkena renjatan elektrik, laju semacam tatkala telingaku menangkap bait-bait kata yang diungkap Haniff.

" tak ada orang jaga awak,..saya risau," ucap Haniff perlahan.

" hurm? Lah, saya dah besar lah, boleh jaga diri sendiri," ujarku.

Dia ni main-main ke serius, tiba-tiba je,.

" No, awak tak boleh jaga diri sendiri, tengok macam semalam, sakit,tak ada orang tahu,bahaya," ungkap Haniff serius.

"dah-dah, awak ni jangan nak mengarut dah, saya ok, saya ada housemate, dan tak ada apa pun yang nak risau lah." ujarku tenang lalu menyambung kembali aktiviti makan yang tergendala dek kerana kata-kata Haniff.

"kalau awak ubah fikiran, bagitahu saya, ok?" tutur Haniff lembut.

" No Haniff,  dah-dah sambung balik makan, saya nak pergi tandas." ucapku.

"aik sikitnya? Erm boleh ke pergi sendiri tu?" soal Haniff yang terlihat risau.

Haih dia ni, macam orang tua perangai!.

"yela, takkan nak suruh awak teman," perliku bersama jelingan tajam.

" ish ish ish, otak awak ni, laju je melencong pikir benda negatif,saya maksudkan, boleh ke nak bangun tu, larat ke? Pening lagi tak." ucapnya sambil menggelengkan kepala.

" Ooo, ok dah ni, better lah dari semalam." jawabku jujur bersama segaris senyuman ku ukir di bibir.

"alright, take care" balas Haniff bersama senyuman manis.

Eh-eh dia ni, lain macam sekarang, ajak kahwin lah, suka senyum lah, pelik..

***

Saat aku dalam tandas terdengar riuh rendah diluar, macam ada ramai orang,

Tak kan lah air batu tu, bela saka kot, tadi ada dia sorang je, tiba-tiba je ada bunyi macam ramai orang ni,pelik..

Aku menyarung tudung sarung ke kepala, sambil mata ralik merenung cermin.

Haish, ingat sakit dah kurus sikit, kembung je lagi ha pipi ni, hadeh.

Aku melangkah keluar, mata aku terpaku melihat susuk tubuh orang-orang yang aku kenal.

"umi? Hana? Hamzah? Acik Nor pun ada?, eyy bila sampai?!!" soalku ceria.

"baru je ha,datang dengan Hana, umi nak datang semalam, Haniff cakap tak payah," tutur umi lembut lalu memeluk aku erat.

" Ooo," ucapku sambil mengangguk perlahan sambil mata memandang kejap Haniff .

"macam mana Lisya boleh sakit ni? Tak jaga makan eh? Jaga badan ke? Kamu dah cantik dah,siap ada orang istimewa yang ambil berat lagi sekarang ni," ucap umi sambil tersengih.

"apa umi ni, badan nak sakit umi..kita terima je lah, Lisya banyak sangat dah kot dosa tu yang Allah bagi sakit," ujarku lembut sambil tersenyum nipis.

" ish! Apa cakap macam itu, tak baik tau," kata umi lalu menepuk perlahan lenganku.

"beb,sorry tau, tinggal kau sorang semalam," luah Hana yang berdiri dihujung katil.

"eh, tak ada apa lah, mujur ada kau, kalau tak macam mana Haniff ni nak masuk dalam rumahkan." ujarku supaya Hana tidaklah menyalahkan dirinya sendiri.

"saya boleh je nak pecahkan pintu tu," ujar Haniff perlahan lalu mengukir senyuman bangga.

"yelah tu, kuat ke?" ucapku sangsi.

" kalau Haniff tak larat, saya kan ada," sampuk Hamzah yang berada disebelah Haniff.

"amboi-amboi, dua anak bujang ibu ni, bukan main lagi kan, kalau time ibu minta tolong angkat tong gas, masing-masing pakat duk guna roda tu, bila depan Alisya, bukan main ye kuat masing-masing,haa nanti balik rumah ibu, tolong alihkan almari seorang satu ye, nak tengok kuat sungguh ke,atau kuat menunjuk je," bebel Acik Nor sambil memandang Haniff dan Hamzah silih berganti.

"boleh je ibu, tak ada masalah, nanti Niff upah orang alihkan almari eh," jawab Haniff lalu ketawa kecil bersama senyum simpul.

"haa nanti aku bayar separuh," ucap Hamzah pula sambil menunjukkan simbol 'ok' ke arah Haniff.

"tengok tu, terus tak kuat lah tu," ucap Acik Nor sambil tersenyum ceria.

***

"Weh, Haniff tu, nampak macam care gila pasal kau, kau orang ada apa-apa ke?" soal Hana yang sedang duduk dibirai katil.

"uish apa cakap macam tu," ucapku bersama kerutan di dahi.

"alah, bukannya dia orang ada kat sini pun, kan semua dah balik," ucap Hana lagi.

Mereka semua sudah beransur pulang, Jadi Hanalah yang temankan aku. Aku berasa sungguh beruntung keran dikelilingi oleh orang yang ambil berat pasal aku. Ye lah, Hana, Hamzah ambil cuti separuh hari semata-mata nak lawat aku. Terharu aku.

"taklah, alu tak ada apa-apa pun dengan dia, kawan macam biasa jelah,tapi dekat sekolah orang ingat kita orang ni tunang," ceritaku ringkas pada Hana.

"kenapa macam tu pula?" soal Hana hairan.

"erm, kau ingat tak Cikgu Latip yang aku pernah cerita dulu?" soal aku kembali pada Hana.

" Ingat-ingat!! Cikgu tua gatal tu kan? Kenapa?" tanya Hana meminta

kepastian,

"haah, dia kacau aku, Haniff cakap dia tunang aku supaya Cikgu Latip tu tak kacau aku," terang aku kepada Hana.

"weh..kau buat report lah pasal pakcik miang tu, kau tak takut ke Lisya? Kau dah lah ada trauma, aku tak nak kau jadi macam dulu," ucap Hana lalu menggenggam tanganku erat.

"aku ok lah, yelah, kadang-kadang memang lah aku teringat, tapi jangan risau aku boleh kawal lagi, jangan risau," tuturku sambil tersenyum kepada Hana.

"tak apalah, ok ah tu Haniff tu tolong kau, dia pun nampak baik je, kalau kau nak kahwin dengan dia pun aku sokong tau!!" sakat Hana lalu tersenyim sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Aku menggelengkan kepala melihat perangai sahabat aku seorang ni,ada-ada saja, aku yakin, aku sudah semakin baik dari trauma aku sebelum ini,

***

"awak memang tak reti nak balik ke?" soal aku kepada Haniff yang sedang asyik menjawab soalan matematik di atas sofa.

"hurm? Tadikan saya dah balik, lagipun, saya tengah kerja ni," jawabnya sambil memangdang aku sekilas.

"kerja apa? Dari tadi saya tengok awak jawab soalan math tu," kataku kepada Haniff.

"ni student saya tanya, sebab dia tak faham jadi saya tengah mengajar lah ni," terang Haniff tanpa memandang ke arah aku.

"saya rasa, better awak hantar video dari gambar, sebab dia boleh ulang banyak kali kalau dia tak faham." cadangku, sebab itu yang aku lakukan jika pelajar aku tidak faham untuk satu-satu soalan.

"ok juga, tolong pegangkan camera boleh?" pinta Haniff lembut sambil merenung mataku.

"saya sakit tau," ucapku tegas.

"alah, pegangkan je, saya pergi dekat awak, please?" ucapnya dengan nada suara memujuk tapi masih maskulin.

"okey..sinilah." ucapku setuju.

"thanks beautiful" ucapnya perlahan.

"apa?" soalku untuk kepastian.

"nothing" ucapnya sambil tersenyum simpul.

BERSAMBUNG...

P/s: haluu! Okeyh ni dah kire triple update tau, kire lunaslah hutang sis,kire minggu depan boleh bt hutng baru lah kn? Hikhikhik, so sis harap korg enjoy, untuk bab ni, jumpa di bab seterusnya!! Enjoy reading semua ,jgn lupa.vote, komen dan share, sis sentiasa menanti komen anda!! Byee!!