Chereads / RATU HATI CIK ABANG / Chapter 16 - bab16

Chapter 16 - bab16

Aku membuka perlahan mataku,kelopak mata yang sebelum ini terasa ringan, kini, bagaikan membunyai beban berat di atasnya.

"Alisya.." sapa seorang lelaki yang terlihat samar-samar.

" saya bagitahu nurse kejap eh," ucap dia lembut lalu dapat aku dengar bunyi tapak kasutnya yang semakin menjauh.

***

"Haniff?" ucapku terkejut apabila mengetahui dia yang membawa aku ke hospital.

"ye saya," jawabnya dengan nada bosan.

"pukul berapa dah?" soalku lemah.

" pukul 5:40 pagi, awak dekat hospital." jawab Haniff ringkas.

"macam mana awak.." belum pun sempat aku menghabiskan soalan. Haniff terlebih dahulu menggelengkan kepala sambil meletakkan jari telunjuknya dibibir sebagai isyarat diam.

"yang tu nanti lah, sekarang ni, yang awak boleh cakap fasal makanan, atau apa-apa yang awak perluka je, selain dari tu, nanti. " ujar Haniff tegas.

"tapi,.."

" No. Alisya!, tunggu lah awak larat sikit, nanti saya ceritalah, kesihatan awak tu yang penting." ucapnya.

"awak nak makan apa?" soal Haniff dengan suara yang kembali lembut.

"tak nak.." jawabku.

Bukannya aku tak nak makan, tapi aku tiada selera untuk menjamah makanan. Tekak ku terasa pahit.

" Tak nak? Enjoy ke sakit macam ni? " ucapnya sinis .

Aku malas hendak melayan kata-kata Haniff, aku memusingkan badanku ke arah lain.

"eh-eh, siapa bagi awak gerak? Ada jarumkan dekat tangan tu, nanti tak selesa." omelnya lagi.

" Cikgu Haniff, awak kalau nak membebel, baliklah, awak tak kerja ke hari ni?" soalku hairan, sepatutnya waktu begini dia dah kena ada dekat rumah kalau tak lambat lah nak bersiap nanti.

"saya ambik cuti," jawabnya bersama helaan nafas.

"hurm.. Baliklah, saya boleh jaga diri saya, saya pun nk bersihkan diri, nak qada' solat semalam, dan nak siap untuk subuh jugak," ucapku.

"larat dah ke bangun?" soalnya yang terdengar risau.

"kalau tak larat, nanti saya panggil lah nurse bantu saya, awak bukannya boleh sentuh saya pun, so tak boleh, baik awak balik, rehat," ujarku kepada Haniff, tidaklah menghalau tapi tidak mahu membebankan.

" saya panggilkan nurse untuk awak eh, saya pergi surau dulu, nanti lepas sarapan saya datang balik, awak nak apa-apa tak? Erm dalam almari tu, ada beg kertas, ada toiletries, dan pakaian, nanti gunalah, kalau tak nak pesan makanan dengan saya, order je dengan hospital, tepi meja tu ada menu ." terangnya panjang.

"menu? Awak bawa saya pergi hospital mana ni? Swasta eh?" soalku hairan.

Haniff mengangguk perlahan sambil menyeluk kedua tangannya ke dalam poket.

Aduh mamat ni! Saja je nak perabis duit aku, hantar jelah dekat kerajaan, pokai lah aku bulan ni, hadeh.

" awak ni, kenapa tak hantar hospital biasa je?" soalku bersama kerutan.

" ni paling dekat, jangan risau, saya yang bayar, saya pergi dulu, apa-apa call saya. Phone awak ada tepi meja." ucap Haniff lalu berlalu keluar.

***

Seorang jururawat memasuki bilik ku, dan mambantu aku untuk turun dari katil, masih lagi terasa pening di kepala, namun tidaklah seteruk semalam.

"erm, tolong ambilkan saya beg kertas dalam almari tu boleh?" pintaku pada jururawat wanita yang kelihatan sebaya dengan aku.

"okey, kejap ye, " balas jururawat tersebut.

" Cik untungkan dapat lelaki macam tunang cik tu," kata jururawat itu sambil menghulurkan beg kertas kepada aku.

"hurm tunang?" tanya aku.

"yelah, lelaki yang bawa dan jaga cik tu, dia cakap semalam, dia tunang cik," terang jururawat itu.

Haish lah Haniff, habis semua makhluk kau nak cakap aku tunang kau, tak laku lah aku macam ni, kalau semua orang ingat aku dah tunang.

" aaa, kenapa awak cakap untung?" soal aku kembali.

" dia risau sangat fasal cik, satu malam tak tidur, waktu saya masuk untuk periksa cik, saya tengok dia tengah buat solat sunat, mengaji untuk cik, nampak yang dia risau sangat fasal cik," cerita jururawat itu sambil tersenyum.

Mungkin kerana aku kawan dia ,dia ambil kisah fasal aku, dia pun tahu yang aku ni anak yatim piatu, mungkin itu juga buat dia rasa simpati terhadap aku.

Masuk sahaja kamar mandi, aku membuka beg kertas itu,

Tercengang aku dibuatnya, dia beli semua ni? Tak, aku kenal, ini semua barang aku, barang yang memang hak persendirian  ,Barang kelengkapan mandian tidaklah aku heran, namun pakaian aku, luar dalam cukup lengkap, malunya!!

***

Usai mandi dan solat, kepala aku terasa lebih ringan dan segar, dalam keadaan yang masih bertelekung terdengar ketukan dari luar dan pintu dikuak.

Aku menoleh ke belakang, terlihat Haniff yang sudah pun mengganti pakaian berdiri sambil membimbit satu plastik yang berisi bungkusan makanan.

Dia tersenyum kepadaku, sambil menyengetkan kepalanya.

"dah siap? Jom makan sama-sama" ujarnya ceria.

Memandang wajah Haniff, wajahku merona merah, teringat barang-barang aku yang di bawa untuk aku.

"kenapa muka macam tu? Saya ajak makan je, tak cakap benda pelik-pelik pun ye," soal Haniff hairan.

"erm, macam mana, awak boleh dapat baju- baju saya?" soal ku ragu..

"ah,, I see, hahaha, awak fikir jauh sangat ni, tu, Hana yang kemaskan, housemate awak tu,takkan lah saya, oh ye, tadi awak tanya saya, macam mana saya bawa awak kan,masa saya call awak tu, saya baru balik dari surau, tengok rumah awak gelap, lagipun, masa dekat sekolah pun awak dah pucat kan, masa saya nak naik atas, Hana pun baru sampai, tengok-tengoh, awak pengsan." cerita Haniff bersama helaan nafas.

" awak.. angkat.. saya?" soal aku teragak agak.

Haniff tersenyun sambil menggelengkan kepala,

"erm, aah saya angkat, tapi I'm glad, yang awak bertelekung masa tu," ucapnya sambil tersenyum.

"jom lah makan, saya ni lapar tahu tak, semalam tak sempat nak dinner." ucap Haniff dengan nada manja.

Dia ni banyak betul sisi perangai, kejap macam ni, kejap macam tu, tak tahu lah aku.

Sedang aku sibuk menguis nasi, aku teringat yang Haniff nak bayarkan bil hospital,

"awak, fasal bil hospital, tak apa lah, saya boleh bayar sendiri, lagipun saya yang sakit," tuturku perlahan.

Haniff meneguk air mineral lalu menghela nafas sambil matanya memandang aku lembut.

" Alisya, biarlah saya bayarkan, tak salahkan saya nak kongsi rezeki saya," ujar Haniff sambil matanya merenung ke dalam anak mataku.

"mahal kan, lagipun , saya bukan tak ada duit," ucapku risau.

Bukan apa , umi cakap, jangan terhutang budi, nanti susah kemudian hari.

" mampu? Awak nak cakap awak kaya lah ni? " ucapku sambil tersenyum.

"haha, mungkin, nanti awak tahu juga," kata Haniff lalu menyuap nasi ke mulutnya.

Aki hanya mengukir senyum, kadang-kadang sisi lain dia ni, buat aku rasa sangat selesa dan selamat disamping dia, namun kadang-kadang , sifat dia buat aku benci dan meluat!.

"Alisya.." tutur Haniff perlahan.

"yes?" jawabku.

"nak tak jadi isteri saya?" ucap Haniff lembut dan perlahan sambil matanya menikam lembut mata ku.

BERSAMBUNG..

P/s: halu2 haa nak sambungan tak? Kalau nak komen banyak2 sbb bab strusnya ni dah ready tau, kalau korg respon banyak2 spntas kilat sis publish. Jgn lupa vote komen dan share, bye2!!