Chereads / RATU HATI CIK ABANG / Chapter 11 - bab11

Chapter 11 - bab11

Belum pun sempat menyudahi kata-katanya, hujan lebat mula membasahi kami,

"can we what?" soalku kasar.

"erm.."

"Haniff!! Alisya!! Buat apa tengah-tengah hujan tu?! Masuk!" laung Pak Samad, yang merupakan tukang kebun di rumah ini.

"jom lah masuk" ujar Haniff lalu berdiri.

"herm?" ucapku.

"hujan ni, jom masuk" ucap Haniff lalu mula melangkah ke pintu rumah.

Aku menghela nafas, lalu turut bangun mengikut jejak Haniff dari belakang.

***

Usai membersihkan badan,otak ku ligat memikirkan apa yang hendak Haniff sampaikan sebenarnya tadi?

Can we apa? Tergantung sepi betul kau ni air batu.

Aku pun membuka pintu almari,umi memang sediakan bilik untuk aku, jadi tak kisahlah aku walaupun baju aku basah kuyup, aku masih ada baju kering di sini.

Tapi macam mana dengan air batu tu eh? Tapi rumah ni ada dryer, boleh je dia nak keringkan baju sekejap.

Aku naik ke tingkat tiga setelah siap memakai telekung, surau umi tempatkan di tingkat tiga, kelihatan adik-adikku telah pun berkumpul untuk solat magrib.

"Akak!" jerit Ain dari satu sudut.

"sinilah Kak Lisya, duduk sini." ajak Ain mesra.

Aku tersenyum melihat gelagat adikku yang seorang ini,

"kau orang dah lama ke dekat atas?" soalku,

"taklah baru je, akak, akak tidur sinikan malam ni?," soal Ain.

"eh, taklah, sebab akak kan datang dengan Cikgu Haniff, takkan lah nak ajak dia tidur sini pula." ucapku.

"fasal tu, akak tak payah risau dah, umi dah settlekan, Abang Haniff dah setuju nak tidur sini tau" terang Ain sambil tersenyum.

"eh, kenapa pula?" soalku kepada Ain.

Namun laungan azan magrib menghentikan perbualan kami.

***

Usai menunaikan solat magrib berjemaah , akan diikuti dengan tazkirah magrib, slot ini selalunya akan diambil oleh anak-anak lelaki,bak kata umi pemimpin ni kena didik dari kecik.aku setuju,sebab itu tidak pelik, ramai yang menjadi manusia hasil dari didikkan umi.

Ain bangun menarik tirai ketepi, dari jauh aku dapat melihat Haniff, tanpa sedar bibirku mengukir senyuman.

Bukan apa, baju yang dia pakai agak singkat dan ketat.

Agak-agak baju siapalah dia pakai tu,

"amboi kak,laju je mengusya, dalam surau ni kak," usik Nadia yang duduk disebelahku.

"eh mana ada, aku terhibur je tengok Cikgu Haniff tu, macam budak-budak hipster pakai baju." ujarku sambil ketawa kecil.

"akak ni, kesian abang Haniff, dia tu pinjam baju budak lelaki, dryer rosak pula hari ni,"ucap Ain sambil menggelengkan kepala.

"ooo, jap kenapa kau orang panggil dia abang? Sepatutnya panggil lah cikgu, nampak lah hormat dekat guru," ujarku.

"dia cakap, dalam kelas cikgu, luar kelas abang," jelas Ain.

"dia cakap dekat girls je ke? Macam miang je air batu ni" ucapku perlahan.

"eh tak lah kak, dekat kelas dia hari ni lah, tapi budak-budak yang dia tak ajar pun panggil dia abang" ucap Ain lagi.

***

Aku menguis-nguis kaki dipermukaan air kolam, dengan cahaya yang samar yang dipancarkan ditepi kolam ini, sungguh menenangkan.

"ehem!" sapa seseorang.

Aku menoleh lalu mengeluh perlahan.

"hurmm nak apa?" soal aku kepada dia.

"dingin je, dah kenapa?" soal si dia.

"kenapa awak tak balik eh?" soalku kepada Haniff.

"aaa,umi tak bagi balik," jawab Haniff lalu mengambil tempat disebelahku.

"sebab?" soal aku lagi.

"tanya lah umi, dia yang tak bagi, bukan saya yang tak bagi," jawabnya lagi mendatar.

Aku memandang Haniff tajam,apa benda lah yang mamat ni jawab, nak cakap ada masalah mental, tengok bijak je, haish.

"ha, petang tadi, awak nak cakap apa sebenarnya?" tanya aku sangsi.

"petang tadi? Hurm, abaikan jelah, lupa dah." balas Haniff.

"erm , saya minta maaf kasar tadi." ucap Haniff keras.

"hurm?" soal ku hairan.

Walhal aku tahu kejadian mana yang air batu ni maksudkan.

"tak ingat tak apa, lagi bagus." kata Haniff tanpa riak.

"ada pula macam tu,orang kalau minta maaf kena jelas, ni kalau oranf tak ingat, terus tak jadi minta maaf, dosa tu tergantung lagi tahu tak." bebel aku sambil merengus kasar.

"erk, laju betul kan awak cakap, dah macam kerata api nak terbabas" kata Haniff sambil menggelengkan kepala .

Aku menjeling tajam wajah putih bersih si ais batu, aku rasa dia ni bukan ais batu dah, tapi ais kering!! Berasap je aku tengok dia ni!!!

"  dah lah, saya masuk dulu, hati-hatilah duduk tepi air ni, malam-malam gini, banyak hantu air," ucap Haniff lalu bangun.

"heh! Nak takutkan orang pula, ni rumah aku kot,Dia tu yang hantu, tak sedar, tak tengok cermin ke?!!" omel aku perlahan.

"hurm?" soal Haniff.

"nothing." ucap aku pantas.

"aaa i see, Cikgu Alisya ni membela rupanya, awak ni mesti ada khadam kan?" katanya sambil mengecilkan pandangan.

"haah! Senang sikit saya nak santau awak!" ucap aku kasar.

"we will see!" balasnya lalu berlalu pergi .

Heishh dia ni kan,tak faham aku, memang macam tak ada perasaan lain selain marah dan tanpa perasaan, tapi kalau dengan umi dan adik-adik bukan main lagi senyum, macam tumpah gula dalam mulut!

***

Aku melangkah turun ke laman rumah, terlihat adik-adik aku sedang bermain, seperti biasa, setiap pagi, mereka akan beriadah di laman rumah, atau kadang-kadang di taman awam.

Tersenyum melihat gelagat mereka yang ceria bagaikan tiada masalah, namun aku tahu, jauh disudut hati mereka, mereka rindukan dan berharap akan belaian kasih seperti anak-anak lain yang mempuanyai keluarga yang sempurna.

Aku faham kerana aku pun seperti mereka,. Mujurlah ada insan baik seperti umi yang sanggup membahagikan kasihnya untuk anak yatim piatu seperti kami.

"eh Kak Lisya lah!!" jerit salah seorang dari mereka.

"akak sini lah! Tengok abang Haniff join kita orang main bola." laung mereka.

Eh main bola pula mamat ni, macam-macam!.

Ya allah! Singkatnya seluar dia pakai!! Tanpa sedar aku tertawa melihat pakaian Haniff, agak-agak, kalau anak-anak murid dia tengok ni, cair lagi tak eh dengan Cikgu Haniff dia orang ni?

"wow! Kemain eh Cikgu Haniff, ni seluar siapa ni, awak pinjam?, kau orang ni pun tak risau ke seluar kau orang besar lepas Cikgu Haniff pakai," ucapku seraya ketawa.

"saya ni kurus tau, bukan macam akak kau orang tu..." jawab Haniff bersama senyuman jahat,

Bulat mataku memandang wajah Haniff, amboi, lebih lah mamat ni!!

"Nak lawan bola ke dengan saya? Yela mana lah tahu, tiba-tiba kalah dengan orang gemuk ni," kataku sinis.

"ehem saya ok je, tapu risaulah, takut ada orang terseliuh lagi, tak fasal-fasal kena jadi driver nanti," perli Haniff bersama senyuman sinis.

"abang,..Akak Alisya ni, power tau, kiteorang selalu kalah dengan dia." ucap Amin di sisi Haniff.

Haniff ketawa sambil menepuk bahu Amin.

***

Aku tersenyum puas, apabila Haniff tewas kepada aku,bukan nak cakap apa lah, hidup ni ibarat roda, kejap dekat atas, kejap dekat bawah!,

"ehem, Cik abang, kalah eh?" usikku sambil ketawa di sisi Haniff.

Haniff merenung aku tajam bagaikan ada api yang membara disebalik kornea matanya .

***

Sekitar jam 2 petang, kami bergerak pulang dari rumah umi, tak sangka perjalanan yang dijangka pendek rupanya berakhir dengan bermalam di sana.

Haniff memasuki kawasan bandar, entah kemanalah pakcik ais ni bak pergi, nak beli barang kot.

"awak nak pergi mana ni?" soal aku sambil memandang wajahnya di sebelah.

"erm balas dendam." ucapnya beku.

"balas dendam? Maksudnya?" soal aku lagi .

"secret." ucap Haniff .

BERSAMBUNG ....

P/s: hai semua!! Long time no see kan, dahlah sis diam membisu macam tu je kan,sorry tau, okeyh2 lpas ni kita akan back to normal, next chap pada 12 mac 2021, ingt tau, ok lpas pada 12 mac tu, sis akan update macam biasa iaitu setiap hari jumaat jam 10 malam, so stay tune!! Okeyh, skrg ni musim SPM kn? Goodluck pada calon2 all the best and moga dprmudahkn urusn kamu candidates!! Enjoy reading semua!! Saranghae!!Jgn lupa vote, komen byk2 and share!!