Chereads / RATU HATI CIK ABANG / Chapter 10 - bab10

Chapter 10 - bab10

"awak," panggil Haniff yang berada di hadapan kelas.

"kenapa?" soalku malas.

"uish macam sombong je," ujarnya lagi,

"awak cakap dengan cermin " ucapku lalu menjeling tajam.

"tak kot, sebab awak taklah cantik mana untuk jadi cerminan saya" ujar Haniff sambil tersenyum nakal.

Eyyy pakcik ni, nak je aku tampar-tampar biar tak ada pipi, biar cacat!!

Aku tersenyum lalu menggelengkan kepala sambil mata memandang aku.

"haa awak panggil saya kenapa?" soal aku kepada Haniff.

"saya nak minta tolong awak ambilkan modul dalam kereta, dekat dalam poket belakang kerusi, " jawab Haniff.

" okey" balasku ringkas,

Aku membuka pintu belakang bahagian penumpang, mata terus mencari modul matematik yang dimaksudkan Haniff.

Aku menarik modul yang berada di dalam poket itu, mata tertangkap pada satu cenderamata yang turut keluar bersama modul dari poket tempat duduk.

Hiasan gantung yang menyerupai seorang lelaki dan perempuan yang berdiri bersebelahan bagaikan pasangan kekasih itu, aku belek perlahan.

Tertera pada keychain itu satu ayat, "Mira sayang Haniff sekarang dan selamanya"

Mira? Kekasih Haniff ke? Tapi kalau Haniff dah berpunya kenapa Acik Nor tak cakap apa-apa pun,

Aku pun membawa hiasan tersebut bersama modul dalam pelukan ku.

Baru sahaja pintu ditutup, terlihat Haniff sedang berjalan menuju ke arah aku.

"jumpa?" soalnya

"jumpa, dan saya jumpa ni sekali" ucap ku sambil menunjukkan keychain yang berada di atas tapak tanganku.

"siapa Mira?" soalku lagi

Haniff memandang aku tajam bersama kerutan di dahi,

"siapa bagi awak izin sentuh benda ni?" soalnya kasar.

"lahh saya terjumpa je, bukan saya nak curi pun" jawabku.

"tak kisahlah, lepasni, jangan pandai-pandai sentuh barang yang tak suruh sentuh!" ucapnya tegas bersama panahan mata yang tajam.

"hah? Yang awak nak emosi sangat kenapa? Keychain je pun" ujarku sambil memandangnya hairan.

" keychain je? Apa yang kau tahu? " ucapnya sinis dan kasar.

" hello mr Haniff, saya tak tahu apa masalah awak tapi tak payah lah nak naik angin fasal benda remeh macam ni," ucapku dengan nada suara yang dianikan satu oktaf.

"kau diam ar" ujarnya lalu berlalu pergi.

Dah kenapa dia ni? Baran tak bertempat, penting sangat ke keychain tu? Lupa ke tengah kerja? Tak profesional langsung!

Aku masuk ke kelas sambil mengukir senyuman pada adik-adik ku,

"akak! Mana abang Haniff?" soal salah seorang dari mereka.

"eh abang Haniff? Cikgu lah" ucapku sambil tersenyum.

"dia yang suruh panggil abang," jawab mereka.

Abang api! Panas tak bertempat, kutukku di dalam hati.

" Abang Haniff keluar ada hal" jawabku kepada mereka.

"pergi mana?" soal mereka.

"manalah akak tahu sayang,akak bukan bodygurd dia," ucap sambil tersenyum.

" bukan akak kekasih abang Haniff ke?" soal Umar sambil tersenyun nakal.

"big no ok," ucapku tegas.

Dia kekasih aku? Baru tanya sikit dah melenting, dia ingat dia siapa?  Mr Corona? Yang satu dunia nak tahu fasal dia? Menyakitkan hati!

***

Aku duduk di sebuah bangku yang terdapat di taman rumah Anggerik.

Indah permai pemandangan disini, pada waktu petang ,ditambah dengan hiasa kolam ikan yang menempatkan ikan-ikan pelbagai warna.

Haniff dari tadi menghilangkan diri, entah kemana sahaja dia pergi,nak suruh aku balik jalan kaki ke apa?!

Tiba-tiba terasa ada orang mengambil tempat di sebelahku.aku menoleh perlahan, sebuah ukiran senyuman manis aku cipta buat si dia.

"kenapa anak ummi ni, duduk sorang-sorang dekat sini" tanya ummi sambil mengusap lembut bahuku.

"tak adalah, saja tenangkan fikiran," jawabku lalu melentokkan bahu kepada ummi.

"yeke ni? Tadikan ummi nampak Haniff marah kamu," ucap ummi perlahan.

"ummi nampak? Dia tu gilakan ummi, Lisya tak buat apa-apa pun, tiba-tiba nak melenting" luahku kepada ummi.

"erm,kita tak tahu apa memori disebalik barang tu di hati dia, Lisya sendiri pun baru je kenal Haniff kan? " tanya ummi lembut,

"aah baru je" jawabku perlahan.

"jadi, ummi rasa, Lisya tak perlulah tanya lebih-lebih, sebab kita tak tahu, bahawa soalan kita tu tajam atau tak pada dia," nasihat ummi lembut.

"tapi ummi, Lisya cuma tanya," belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku ummi terlebih dahulu menggelengkan kepala,

"Lisya kena faham kisah hidup manusia ni, berbeza, dah, jangan marah sangat dekat dia, ummi percaya dia pun tal sengaja, dan rasa bersalah sekarang." ujar ummi.

Dia rasa bersalah?mimpilah! Entah- entah menyesal pun tidak,

"dah jom, hari nak hujan ni, kita masuk dalam jom" ajak ummi sambil menarik lembut tangan ku .

" tak apa lah ummi pergi dulu ye, Lisya nak jalan-jalan dekat pool kejap, okey?" ucapku sambil tersenyum.

Kaki aku perlahan melangkah ke kawasan kolam renang yang terletak di bahagian tepi rumah,

Hujung kaki kananku bermain perlahan dipermukaan air.

Mindaku mengimbau zaman kecilku bermain di kawasan ini, dahulu, kawasan ini bukanlah kolam renang, namun merupakan tempat kami bermain teng teng, dan tempat aku menangis dikala teringat kisah gelapku.

"ehem" sapa seseorang dari belakang

Aku memalingkan wajah,tapi entah macam mana aku hilang keseimbangan.

Mataku pejam rapat dan menanti sahaja tubuh ini jatuh ke dalam air.

Namun terasa baju dan tudungku di tarik kuat, pub! Aku jatuh di sisi kolam.

Aduh! Ucapku serentak dengan satu suara.

"Haniff ?" soalku dia dalan hati.

" kau eh tegur aku tadi?" soalku dingin

"aah," jawabnya

"sebab kau lah aku jatuh!!" kataku lagi dengan kasar.

"what? Saya yang tarik awak daru jatuh kolam tau" jawanya sinis.

"aku tetap jatuh atas lantai ni, sakit tahu tak!" kata sambil menjeling tajam.

"Miss Alisya, can you stop ber aku kau?" soalnya sambil tersenyum sumbing.

Dia boleh senyum? Hilang ingatan ke pakcik ni? Tak faham aku.

"jangan sibuk lah," balasku sinis.

Haniff menghela nafas berat lalu mendekati aku perlahan.

"Alisya,.. Can we.."

BERSAMBUNG...

P/s: hai semua! Sorry tau lambat, harap korg happy dgn this chapter, sis happy bila korg ske baca pnulisn sis, maaf kadg2 trlambt, tpi klu korg tk ske sis tak paksa, kepada yang sentiasa setia, i love you so much, sis bkn free all the time, ada byk komitmen, harap korg faham okey? ♡;-) jangan lupa komen byk2, vote and share,