MK bersiar-siar di sekitar hotel. Hanya mengambil angin memikirkan sesuatu.
Ring! Ring! Ring!
Telefon miliknya berbunyi.
"Assalamualaikum Hairi, sihat?"
"Walaikumsalam nek, sihat je. Ade ape tu?" Jawab MK, dia di besarkan oleh neneknya dari kecil. Sejak kecil MK telah kehilangan kedua orang tuanya. (Sekadar rekaan, jangan kecam sis)
"Ni, nenek ade benda sikit nak cakap. Kenal tak Saleha anak tok ketua tu?"
"Saleha? Yang mane satu?" MK kebingungan.
"Alah Saleha, mase sekolah dulu selalu datang rumah lepak dengan Hairi. Ingat tak?" Jelas neneknya lagi.
"Ohhh, ingat-ingat. Kenape nek?"
"Tak de la, nenek saje la nak cakap, die tu baikkan? Lemah lembut orangnye. Hairi tak nak ke kenal dengan die?"
MK hanya diam seketika.
"Hello??? Hairi? Hairi? Eh budak ni, dah kenape senyap pulak?" Berkerut kening nenek Mila bila cucunya hanya diamkan diri.
Fuhhhhhhh! Neneknya meniup kuat di hujung telefon membuatkan MK tersedar dari lamunan.
"Hah! Ye nek, maaflah Hairi ade hal sikit ni. Nanti Hairi telefon nenek balik ye. Bye Assalamualaikum." Kata MK mengakhiri perbualan tersebut.
"Waalaikum..."
Tuuuut! Tuuut!
"... Salam."
Nenek Mila hanya mengeluh. Dia belum habis jawab salam lagi, Mk sudah letak telefon.
"Bila cakap pasal perempuan jek teros nak letak telefon. Heish! Tak paham betollah cucu sorang ni." Marah nenek Mila.
Mk termenung. Tiba-tiba sahaja Fikiran hanyut dengan kenangan lama.
"Benda yang aku malas nak ingat lah, Tibe-tibe muncul balik. Adurhhh!" Mk mengusap laju rambutnya.
Tiba-tiba MK terdengar bunyi kocakan air dari arah belakangnya. Dia menoleh perlahan. Terkejut bila lewat malam begini masih lagi ada orang yang sanggup mandi. MK melihat susuk tubuh seorang perempuan perlahan-lahan lari dan terus bersembunyi apabila pengawal keselamatan muncul. Laju pengawal keselamatan menyuluh lampu ke arah MK.
"Siape tu?" Mata MK di lindung dengan tangannya bila pihak mengawal menghalakan lampu ke arahnya.
"Maaf cik, saye cuma jalan-jalan dekat sini jek." Jawab MK. Pengawal tersebut menurunkan lampunya semula.
"Encik ade nampak tak sape-sape yang mandi dekat sini tadi?" Tanya pengawal apabila sekitar kolam di basahi dengan air.
MK ragu-ragu ingin memberitahu pengawal tersebut. MK berfikir mungkin orang tersebut tak berniat untuk mandi kolam pada waktu begini.
"Tak... tak tahu lah cik, saye pon baru jek sampai sini." tipu MK.
"Erm tak apelah. Mungkin orang bersihkan kolam tadi agaknye. Saye pergi dulu ye. Maaf mengganggu." Pengawal tersebut terus beredar dari situ.
Mata MK mula menjengah mencari kelibat perempuan tadi. Perlahan dia menghampiri celahan tembok batu tempat di mana dia nampak perempuan tadi bersembunyi.
Sebaik sahaja dia menghampiri tembok batu itu, dia melihat Stella sedang mencangkung menyebunyikan diri.
"Stella?" Tegur MK.
"Sssshhhhhhhh! Perlahan sikit, nanti orang dengar."
"Tak de dah. Die dah pergi."
Stella bangun lalu menjengah sekitar kawasan tersebut. Perlahan dia menegakkan tubuhnya yang kecil itu.
"Fuhhh! Selamaaatttt." Usap dadanya perlahan.
Mk melihat Stella dengan wajah yang pelik.
"Dah kenape tengok macam tu?"
"Awak tu da kenape mandi time-time macam ni, tak tkot demam ke?"
"Tak, saye da biase mandi malam-malam. Awak nak join?" Ajak Stella.
"Tak kot, saye teman awak jelah." MK mengambil tempat duduk berdekatan dengan kolam. Manakala Stella masih lagi ingin berendam.
MK hanya memerhatikan Stella berenang ke sana dan kemari. Dia tersenyum melihat Stella.
Stella perasan yang MK tak henti memandangnya. Saja Stella membuat percikan air terkena pada MK.
"Hei. Sengaje kan?" Jerit MK. Stella hanya ketawa, berkali-kali dia baling air ke arah MK.
"Sshhhhh! Jangan bising." Marah Stella.
"Awak buat lagi, saya panggil terus Jaga." Ugut MK.
"Hehehe. Ok ok tak buat da."
"Tahu takot." MK tersenyum.
Stella terus tenggelamkan diri dalam air. Hampir 5 minit MK perhatikan Stella hanya memeluk tubuh di dalam air tanpa bergerak.
"Ape die buat lame-lame tu?" MK mula panik.