Chereads / K-Clique (Genggam Cinta Aku) / Chapter 23 - K.C 23

Chapter 23 - K.C 23

Ring! Ring! Ring!

Telefon milik Stella bergema dalam lift. Tuju Dan MK serentak memandang Stella. Tapi macam biasa Stella masih dengan dunianya.

"Oi!" Sergah Tuju.

"Huh?" Stella tersedar dari lamunan.

"Phone tu." Stella memegang poket kanan hoodie miliknya.

Melihat no yang tidak di kenali. Stella kebingungan. Lalu mengangkatnya.

"Moshi-mosh.." Jawab Stella. Tetapi panggilan tersebut hanya sepi. Mungkin disebabkan keberadaan Stella di dalam lift buatkan line panggilan tidak begitu baik.

"Helloooooo?" Lalu Stella mematikan panggilan tersebut.

"Siape?" Tanya MK. Stella hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Ting!

Pintu lift di buka. Mereka bertiga keluar dari ruang kecil tersebut lalu menuju ke arah tertulisnya cafeteria.

Mk mencuit bahu Stella. Stella memandang.

"Er... hari ni awak da nak balikkan?" Tanya Mk.

"Aah. Awak pon samekan?" Tanya Stella semula. Tuju hanya memerhati.

"Stay KL ke?"

"Ye. Kenape korang sume stay KL jugak ke?"

"Tak-tak, tapi kami ade studio kat sane. Kadang-kadang tu adelah stay sane kejap." Jawab Mk.

"Ohhh... boleh la jumpe lagi kan?"

"Eh, boleh-boleh." Laju Mk menjawab. Stella tersenyum, sekali sekala Stella memandang keadaan Tuju di belakang.

"Ape pandang-pandang?!" Marah Tuju. Stella menjeling. Tuju geram. Kalau aku cucuk biji mata kau... Tuju bermonolog.

"Stella!" Jerit Sabrina setelah melihat Stella tiba di cafeteria. Stella mengangkat tangan.

Dia melihat hidangan sarapan pagi yang disediakan.

"Nak makan ape ye?" Lalu menuju ke kawasan roti. Dua keping roti di letakkan tempat pembakar. Ketika sedang menunggu roti tersebut siap. Tuju menghampiri Stella. Stella mula menyampah setiap kali memandang Tuju.

"Kau nak aku congkil ke biji mate kau tu?" Perli Tuju.

"Berani ke?"

"Berani tak berani la. cube try test tengok." Jawab Tuju.

"Untok orang yang takot air macam kau ni tak layak rasenye cakap perkataan be-ra-ni." Pedas perkataan Stella kali ni. Tuju menjadi semakin panas.

"Kau ni jangan kate mate kau jek aku congkil, dengan mulot-mulot kau sekali aku gunting karang." Tuju mula tak dapat kawal perasaan dia.

"Sebelom kau gunting mulot aku. Aku gunting dulu mulot kau la." Jawab Stella kembali. Mereka seperti anjing dengan kucing. Setiap kali bertentang mata ada sahaja perang mulut yang terjadi.

"Uuuuuhhhh seramnyeeee." Perli Tuju.

Annoying betol lah mamat ni. Stella mengambil roti yang sudah siap dibakar. Lalu memandang Tuju dengan dengan tajam.

"Ape kau?" Tanya Tuju bila Stella hanya merenung dirinya.

"Aku sebanarnye penat layan orang gile macam kau ni tau... Sejenis tak boleh tengok orang lain aman." Stella menjeling terus melanggar bahu kiri Tuju.

Muka Tuju mula merah padam akibat menahan bengang.

"Sabar... kau chill je... nasib ramai orang... kalau tak memang da kena da budak ni." Kata Tuju sambil menenangkan hatinya.

Stella mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Sabrina. Pingan yang berisi roti di letak atas meja dengan kuat. Terus membuatkan orang sekelilingnya terkejut.

"Kau ok babe?" Tanya Sabrina. Stella hanya mendiamkan diri. Beberapa saat selepas itu Tuju mengambil tempat duduk dan dia juga meletakkan pingan di atas meja dengan kuat. Mereka beralih arah pada Tuju pula.

"Kau ok bro?" Tanya Noki.

"Entah! Ade orang GILE agaknye..." Sengaja dia menekankan perkataan gila tadi.

"Eh! Samelah..." Stella mencelah lalu menjeling. Tuju mula membulat biji mata.

"Yeke? Dekat mane?" Tanya Gnello.

"Area sini jek... dekat jek dengan kite bro." Sindir Tuju lagi. Stella mengetap giginya lalu hanya meneruskan makan rotinya. Dia malas hendak bergaduh macam budak kecil.