Chereads / K-Clique (Genggam Cinta Aku) / Chapter 22 - K.C 22

Chapter 22 - K.C 22

Stella berada di tempat yang sangat tinggi dan berbatu-batu. Betul-betul di hujung tebing sambil merenung ombak laut yang memukul kuat ke arah tebing tersebut.

Muiz berdiri tidak jauh dari Stella hanya menundukkan kepalanya.

"Kenape kau mesti batalkan perkahwinan kite?" Stella bertanya tanpa menoleh ke arah Muiz.

Senyap. Hanya tiupan angin sahaja yang Stella dengar dan bukannya jawapan. Stella mengusap-ngusap mukanya lalu memusing badannya memandang ke arah Muiz.

"Kalau aku jatuh bawah tu kau selamatkan tak?" Stella merenung tajam ke arah Muiz.

Perlahan Muiz menghampiri Stella. Stella mula lebarkan senyuman melihat Muiz seakan ingin menarik Stella dalam dakapannya.

"Maafkan aku Stella." Lalu Muiz menolak Stella jatuh dari tebing.

"Muiz!!!" Jerit Stella sebaik sahaja terjaga dari tidur. Tidur yang membawanya ke dalam mimpi ngeri. Nafas Stella menjadi sangat laju, dia mengusap-ngusap mukanya. Tidak sangka mimpinya menjadi seburuk itu.

"Astahgfirullah..." Perkataan yang keluar dari mulut Stella. Tangannya meraba-raba telefon yang berada di bawah bantal. Melihat jam yang hampir pukul 8 pagi. Sekali lagi dia terlambat untuk solat subuh. Lalu Stella menarik kembali selimut yang berada di hujung kaki.

Badannya di pusingkan mengadap Sabrina yang masih lena membungkus dirinya dengan selimut putih. Selimut disukai ramai adalah selimut hotel. Haha dan ha.

"Kenape aku mimpi die pulak eh? Dah la tolak aku. Kurang hajo betollah." Stella tidak puas hati.

"Aargh! Pegi makanlah macam ni." Jeritan Stella membuatkan Sabrina terjaga.

"Kau ni kenape?" Sabrina menarik selimut sehingga menutupi kepalanya.

"Aku nak pegi makan. Nak ikot tak?" Pelawa Stella. Laju Sabrina menolak selimutnya.

"Kejap!" Sabrina berlari terus memasuki bilik air membersihkan mukanya sekali merapikan rambut yang berubah menjadi cik ponti.

Stella selalu dengan sikapnya yang bersahaja dan serabai. Setiap kali bangun tidur dia akan terus sarung hoodienya dan terus makan. Sabrina hanya melihat Stella yang sentiasa dengan muka basi.

"Kau memang tak reti nak basuh muka dulu ke?" Stella memandang Sabrina dengan muka toya lalu terus keluar bilik dengan muka tidak bersalah.

"Heish..." Sabrina menggeleng kepalanya.

Stella berjalan dalam keadaan tidak bermaya seperti baru sahaja menjadi zombie. Sampai sahaja di pintu lift, Stella hanya sandarkan kepalanya.

"Kau ni kenape?" Tanya Sabrina. Stella masih lagi dengan moodnya. Kakinya menendang perlahan pada dinding.

"Hai." Sapa Nas sambil melambai tangan.

"Hai abang Nas." Sapa kembali Sabrina. Manakala Stella masih lagi dengan dunianya.

Nas menyiku Sabrina. Mengajukan mulutnya ke arah Stella.

"Tak tahulah bang. Dari tadi die macam tu." Bisik Sabrina perlahan.

"Stella ok?" Tegur Nas. Stella memandang dengan wajah yang selamba sebelum kembali semula memandang dinding tersebut.

Ahli yang lain mula menghampiri mereka bertiga.

"Hey... Abang Nas bersama dua gadis." Perli Fareedpf.

"Hai." Tegur Sabrina.

Masing-masing membalas senyuman. Tapi Stella tidak menghiraukan orang sekelilingnya. Sebaik sahaja pintu lift di buka. Mereka yang lain berebut ingin memasuki ruang lift. Tapi tidak pula pada Stella. Masih membatu di situ.

"Beb? Jom..." Panggil Sabrina. Stella melihat pintu lift tersebut.

"Oh, da terbukak eh?" Tanya Stella.

"Ye, cepatlah!" Panggil Sabrina lagi.

"Ramai la. Korang turunlah dulu."

"Saye teman awak." Laju Mk keluar dari ruangan lift tersebut. Bulat mata Tuju melihat Mk keluar dari lift.

"Eh, kejap!" Jerit Tuju. Dia juga turut keluar dari lift.

"Apa?" Tanya Tuju sebaik sahaja Mk dan mata-mata yang ada di situ memandang Tuju.

"Tak baik berdue dalam lift. Nanti ade SETAN!." Saja Tuju menekankan perkataan tersebut tanda perli.

"Yelah tu..." Jawab Somean sambil mengangkat-ngangkat keningnya.