Chereads / K-Clique (Genggam Cinta Aku) / Chapter 19 - K.C 19

Chapter 19 - K.C 19

Sabrina mula mundar mandir di kawasan biliknya. Dia agak terkejut bila Stella tiada di bilik ketika dia terjaga dari tidur.

"Mane pulak pegi malaon ni? Asal celik mate jek hilang. Asal hilang jek celik mate. Hairan betullah aku. Kerje nak merayap jek. Bile aku ajak merayap sibok dengan anime die." Bebel sabrina.

***

Dari tadi Stella hanya mengadap dinding lift. Dia sedikit marah pada Tuju angkara kejadian tadi.

"Kau dari mane tadi bro?" Tanya Mk pada Tuju.

"Aku lepak luo kejap. Saje amik angin. Kau pulak dari mane?" Mata Tuju mula menjeling ke arah Stella yang dari tadi hanya diam membatu.

"Aku pon lepak luo kejap. Terjumpe pulak si Stella, alang-alang jalan la sekali." Jelas Mk.

"Yang tu pandang dinding lift je da kenape?" Tanya Tuju dengan nada yang sedikit sinis.

"Suke hati akulah nak pandang mane." Bisik Stella perlahan.

"Kau ingat aku tak dengar?"

"Tak cakap pon kau pekak." Sindir Stella.

"Ape masalah kau hah?" Tuju mula tak puas hati. Mk yang berada di antara Tuju dan Stella hanya melihat gelagat mereka berdua.

"Aku? Ape masalah kau?" Situasi mula tegang. Masing-masing mula bertentang mata. Mk mula menelan air liur bila melihat mereka berdua seperti anjing dan kucing.

"Hey-hey! Ape ni gadoh-gadoh." Mk cuba tenangkan keadaan. Tuju masih lagi membulatkan matanya.

Ingat aku takut dengan mate kau! Stella juga membulatkan matanya.

Ting! Pintu lift terbuka.

Terpampar wajah Nas di hadapan lift. Dia juga terkejut melihat Tuju dan Stella seakan ingin bergaduh, malah Mk hanya menggeleng kepala di tengah-tenggah antara mereka berdua.

"Sudah." Kata Mk lagi.

Tuju dan Stella serentak keluar daripada lift tersebut dan masing-masing berlaga bahu dengan Nas.

"Eh-eh! Aku pon kene jugak ni." Mk hanya ketawa.

"Kenape dengan diorang tu?" Tanya Nas.

"Entahla bro. Takut aku tengok diorang. Tak nak kalah tu masing-masing." Mk menggeleng kepala.

Stella jalan sambil menghentak kaki tanda protes. Walaupun hentakkan dia tidak di dengari sebab kaki lima bilik hotel beralaskan karpet. Tapi dia peduli apa? Protes tetap protes.

Stella memasuki ruang bilik hotelnya. Tuala yang di gantung dia ambil lalu pintu bilik air di hempas kuat.

Bam!

"Oh mak kau!" Sabrina terkejut.

"Ape masalah pompuan ni?"

Tok! Tok! Tok! Sabrina mengetuk pintu.

"Kau kenape? Ade masalah ke?" Pertayaan Sabrina hanya dibiarkan sunyi.

Stella membuka air pancutan dan dibiarkan penuh di dalam tab mandian.

"Berendam la tu." Sabrina juga sudah faham dengan perangai Stella. Setiap kali dia marah, sedih atau dia tertekan. Hanya berendam sahaja yang boleh tenangkan dia.

Tuju menghempaskan badan di atas katil. Mukanya ditekup dengan bantal.

"Aaaaarrrgghhh!" Jerit Tuju. Mk melangkah masuk ke dalam bilik.

"Kau ade masalah ke bro? Biasenye tak macam ni."

Tuju hanya diam membisu.

"Ke kau still fikirkan Fifi?" Teka Mk.

"Takde mase aku nak fikir pompuan tu. Entah hidop ke mati."

Tuju memusing badannya membelakangi Mk. Mp3 di dalam poketnya dia cuba keluarkan.

"Ah sudah." Tuju terus bangun. Tindakan dia mengejutkan Mk.

"Kenape?" Tanya Mk.

"Kau ok tak bro?" Tanya Mk lagi. Tuju mula memeriksa satu demi satu poket yang dia ada. Walaupun poketnya hanya dua, tapi berkali-kali dia menyelupkan tangannya ke dalam poket tersebut.

"Ade barang hilang ke?"

"Mane pulak benda tu?" Dia memeriksa di bawah bantal, malah selimut juga di angkat.

"Kau ade nampak mp3 aku tak?" Tanya Tuju.

"Mp3? Takde. Bile mase kau ade Mp3?" Mk juga turut mencari.

"Mp3 lame aku. Aduurrh! Mane pulak aku letak..."

"Cube ingat betol-betol last kau letak mane?"

"Aku ade bawak turun ke tadi?" Tuju cepat-cepat memakai kasutnya semula dan melangkah keluar.