Chereads / Hentikan!! / Chapter 6 - Aneh sekali

Chapter 6 - Aneh sekali

Akhirnya perlawanan itu berakhir dengan 2 vs 1.

Sepatutnya setelah habis perlawanan itu mereka akan membuat beberapa persembahan pendek dari gadis sorakan namun disebabkan hujan mulai turun malah ia jadi semakin lebat.

Perlawanan pertama ini sudah selesai namun perlawanan kelas AI dan kelas AF. Perlawanan mereka terpaksa di tangguh buat masa ini.

Mendengar berita ini ramai penyokong kelas AI dan kelas AF berasa menyesal. Padahal mereka sudah bersemangat untuk melihatnya.

Para guru pun merasa sedikit hairan dengan cuaca hari itu.Seharusnya hutan tidak turun pada hari itu.Tapi mengapa ia turun tanpa menunjukkan sebarang tanda hendak turun.

Aneh!

Kerana berfikir ia cuma perkara yang tidak dapat dijangka akhirnya mereka pun tidak banyak mengomentari tentang hal itu.

Sebenarnya perkara itu telah dibuat oleh seseorang.Ia memang sengaja melakukannya kerana tidak terlalu menyukai dengan kelas AF.Tentang bola yang mengenai mereka pun ia yang melakukannya.

Hanya Scarlet yang merasakan hal ini telah dirancang oleh seseorang.Ia dapat mengesannya dengan hanya memikirkannya secara logik.

Untuk mengesan pelakunya tentu ia tidak bisa kerana dirinya sudah dilahirkan untuk lumpuh.

Nama Ning Yi Shuang.

Umur 14 tahun.

Anak kandung keluarga Ning.

Bersekolah di SMK*****.

(Gambarnya)

Ini maklumatnya.Kenapa ia terlihat tidak terlalu jelas.

Apa mereka masih tidak terlalu mempercayainya.

Nasib baik ganjarannya bernilai kalau tidak tak mungkin ia ingin menerimanya.

Scarlet sudah memberitahu Rina kalau pulang nanti ia ingin ke perpustakaan dahulu baru ia pulang,pada awalnya Rina tidak menyetujui tapi disebabkan hari ini abang Dhani pulang lewat malam jadi ia menyetujui saja.

Di cafe.

"Tuan Chu mencari gadis biasa ini" pekerja di cafe itu terkejut.

Mengapa Tuan Chu ingin mencari gadis miskin ini,apa mereka ada masalah.

"Kamu kenal?" tanya Chu Bai Qie kepada pekerja itu.

Ia berdengus lalu menjawab."Oh,kenal sangat budak ini ia selalu memakai kacamata bulat dan merupakan pekerja sambilan disini?"

Chu Bai Qie terkejut tanpa menunjukkan sebarang ekspresi muka.

Mengapa ia bekerja disini sedang ia kan anak dalam golongan bangsawan.

Kring!

Bunyi loceng menandakan seseorang telah masuk ke kedai itu.

Pekerja itu bersama dengan Chu Bai Qie memandang ke arah pintu masuk kedai itu.

Ternyata ia adalah Scarlet.Gadis berkacamata yang diberitahu oleh pekerja cafe itu.

Pekerja itu terus mendekat budak itu.

"Kamu! Ikut saya" ucapnya.

Para pekerja yang lain pun mulai membuka mulut.

Hey!kamu dengar tak bos suruh budak itu mengikutinya buat sekali.

Benarkah!apa pula yang ia buat lagi kali ini, saya tak sanggup untuk melihat kejadian seperti sebelumnya.

Kejadian yang ia tarik rambut Celina itu kah? yang budak anak terkaya itu kah? tapi kalau dilihat ia kelihatannya tidak serik langsung sama sekali!

Benar! Benar!

Pekerja tadi yang berada dekat Scarlet pun menyuruh mereka pergi dari situ.

Nah! kan dihalau sama maneger lagi tuh!

Scarlet mengikut nya sampai di meja hujung penjuru cafe itu.

Lelaki berumur 20 an itu terlihat sangat tampan.

Walaupun tidak seputih dirinya tapi dengan cara ia duduk sekarang ini layaknya seorang pemimpin.

Suasana mulai hening saat mereka berdua saling menatap satu sama lain.

Pekerja itu berdehem seketika!

"Ehem!"

Chu Bai Qie terus sedar dari lamunannya itu. Lalu ia mengingati apa yang ingin ia sampaikan.

"Kamu bisa pergi" ucap Chu Bai Qie datar lalu ia menyuruh Scarlet duduk dihadapannya dan berbicara dengannya.

"Nama kamu siapa?"

"...." Scarlet hanya memberikan reaksi datar sahaja kepada Chu Bai Qie.

Chu Bai Qie bertanya sekali lagi.

"Nama?"

"...." ia masih membisukan dirinya.

Chu Bai Qie sedar ia susah untuk berkomunikasi dengan gadis ini.

"Kamu bisa tak berbicara? Aku tak mahu masa aku dibazirkan begitu saja!" nada suaranya terdengar seperti perasaan paksaan.

Scarlet meliriknya lalu ia mulai membuka mulut.

"Siapa kamu!" nada suaranya rendah namun ia terdengar jelas di telinga Chu Bai Qie.

"Aku siapa? Itu bukan urusan kamu" balasnya kembali.

Dari auranya ia bukan laki-laki biasa,ia tetap dengan pendirian dirinya.

"Scarlet!"

Seketika air yang diminumnya tersembur mengenai Scarlet.

"Apa!Mustahil dari gambar ini ia sama persis dengan kamu! Jangan bohongi aku"

Heh!

Lelaki ini pasti 'undangan' dari papa! Nampaknya nama samaran ni boleh tahan lama juga ya!

"Benar,lagipun apa tujuan kamu kalau tahu nama saya,bukankah ia terlihat seperti sebuah penjenayah yang popular di media sosial sekarang ini!"

Apa gadis ini berkata dirinya itu seorang penjenayah!Seumur hidup ia tidak pernah bertemu dengan orang seperti gadis ini! Otaknya ini cerdas hah!

"Baiklah!Kamu sebenarnya sudah teka saya ini di undang oleh ayah kamu sejak kamu tolak untuk tinggal bersamanya bukan!" ucapnya dengan nada sombong.

"Dari siasatan saya menunjukkan pada malam itu kamu mengalami pingsan mengejut! sehingga ia mengundang seorang doktor lelaki ke rumah kamu" sambungnya lagi.

Bagaimana informasi kecil ini diketahui olehnya,aku harap perkara ni belum sampai di telinga papa atau aku akan dipaksa pulang ke rumah itu lagi!

"Apa mau kamu!" tanya Scarlet.

Aku benci jadi spy,tapi memandangkan cadangan ini datang tidakkah aku menggunakannnya sebaik mungkin.

"Tinggal bersama aku,supaya mudah untuk aku jaga" ucapnya bisik.

Tinggal bersama lelaki ini apa ia sakit! kalau sakit pergi jumpa doktor!

"Tidak sesekali!" bentak Scarlet.

"Oh! menolak!baiklah rasanya kalau rakaman video kamu pingsan mengejut di dalam bilik kamu tu rasanya sampai tidak kepada ayah kamu tu!" ugut Chu Bai Qie.

Ini sebuah ugutan,mainan apa ini!

"Ini ugutan!Apa kamu sedang mengajar aku untuk mengugut seseorang yang lemah, begitu".

"Boleh anggap macam itu lah".

Sebenarnya menjaga Scarlet ini bukan mudah dengan musuh ayahnya yang ramai tambahan pula Scarlet tidak pernah ada bodyguard sendirian disisinya akan menunjukkan ia sentiasa berada dalam bahaya tapi ia tidak terlihat ketakutan sama sekali malah lebih tenang.

"Boleh aku bertanya? mengapa kamu tinggal disini,di sanakan ada ibu tiri kamu yang baik" ucapnya.

Scarlet melihat jam ditangannya seolah-olah ia tak mahu membuang masa berbual kosong seperti ini.

Budak ini!

"Baiklah aku pulang dahulu,jumpa lagi"

Scarlet hanya menatpnya sekilas pandang lalu ia pun mulakan pekerjaannya.

Sungguh lelaki ini suka membuang masa dengannya,apa pun ia harus bersikap polos agar ramai yang mengganggap ia cuma omongan kosong.