Chereads / Hentikan!! / Chapter 11 - Cemburu!

Chapter 11 - Cemburu!

"Memangnya siapa adik kamu?" Chu Bai Qie bertanya dengan suara datar.Membuat makhluk itu seketika ketakutan.

"Ia....ia Cu Xin,Lin Cu Xin adik kandungku sewaktu aku masih hidup." ucapnya tergetar-getar.

Drrr...

Bunyi telefon Chu Bai Qie berbunyi pada waktu itu.

"Hello"

"Kamu dimana?" suara dicorong sana bertanya dengan datar.

"Cik Ning!"ucap Chu Bai Qie,ia amat kenal dengan suara datar itu."Cik Ning ingin pulang sekarang?"

"Hm"dengusan suara yang mengatakan 'iya' lalu Chu Bai Qie pun mengatakan ia akan segera ke sana.

"Baiklah,saya dalam perjalanan kesana,Cik Ning tunggu ya"

Setelah menyimpan semula telefon ia teruskan perbualannya dengan makhluk ikan itu.

"Kita akan bertemu di hari lain,aku tiada masa untuk berbual sekarang dilain waktu kita akan bertemu lagi." selesai mengucap itu Chu Bai Qie terus bertukar kepada dirinya yang asal lalu membawa keluar jasad pingsan Gu Han.

Sebelum ia tidak melihat Chu Bai Qie ia ada mengatakan sesuatu kepadanya dan Chu Bai Qie mendengarnya dengan jelas.

"Bantu aku atau dia yang akan terima padahnya...."

Chu Bai Qie mengerti apa yang diucapkan oleh ia.

Ia cuba mengugutnya dengan menggunakan kelemahan terbesar dalam dirinya ia adalah Scarlet atau lebih hormat Ning Yi Shuang.

Di benaknya ia pun menyatakan,"Aku juga tidak akan melepaskan kamu juga makhluk ikan."

Scarlet terdiam disudut yang ditempatinya, melihat lampu jalan dan langit yang dipenuhi bintang.

Tak lama kemudian,ia terlihat lampu yang cerah semakin mendekatinya,semakin lama semakin cerah sehingga ia terpaksa menutupi matanya dengan menggunakan tangan.

"Scarlet"panggil seseorang.

Ia Chu Bai Qie.Chu Bai Qie menatap Scarlet dengan tatapan risau.

"Kamu sudah lama berada disini?"tanya Chu Bai Qie.

Scarlet hanya mengangguk.

"Mari kita masuk ke dalam,saya akan bukakan penyaman udara panas untuk kamu,mari" Chu Bai Qie mengajak Scarlet tapi Scarlet hanya memandang ke bawah.

Seolah ia ada masalah di kakinya.

"Kamu,tidak bisa berjalan kah?"

Scarlet mengangguk buat kali kedua.

Tanpa menunggu lagi,Chu Bai Qie mengangkat badan Scarlet lalu memasukkan dirinya ke dalam kereta miliknya.

Meletakkan Scarlet disisi tempat duduk kereta bersebelahan tempat duduknya dan tidak lupa akan tali pinggang.

Hari minggunya,pagi itu.

Di tempat makan....

"Selamat pagi"ucap Chu Bai Qie lalu duduk bersebelahan Scarlet lalu mengambil sedikit nasi goreng yang dimasak oleh Nenek Su, pembantu rumah.

Scarlet sejak dari malam semalam ia hanya mendiamkan diri.Di benak Chu Bai Qie ia berfikir Scarlet marah akan dirinya,mungkin disebabkan ia lambat mengambilnya.

Scarlet pula merasakan tidak keruan pada suhu badannya,setiap kali ia berada dekat dengan Chu Bai Qie ia berasa suhu yang sangat panas,hatinya berdebar tak keruan serta gugup untuk berkata.

'Apa aku sakit'fikirnya dibenak.

Scarlet melihat wajah Chu Bai Qie yang berada di sisinya.

Lelaki ini kalau lihat secara dekat tampan juga yah!

Pada waktu itu Chu Bai Qie sedang minum air kopi miliknya lalu ia meletakkan airnya dan menatap Scarlet kerana sejak ia minum ia lagi Scarlet secara senyap-senyap melihatnya.

Ia pun berfikir yang Scarlet sedang ada masalah.

"Kenapa?"tanya Chu Bai Qie.

Scarlet menggeleng kepala.

Tiba-tiba Chu Bai Qie mendapat panggilan dari seseorang.

"Abang Chu!"ucap seorang gadis cilik dari balik corong telefon Chu Bai Qie.

Chu Bai Qie bertindak sangat pantas,dengan sekejap ia bangun lalu berjalan keluar.

Scarlet melihat hanya terdiam.

"Apa...aku lihat ia tersenyum gembira saat tadi! Nampaknya perempuan kecil itu ada makna kepadanya."Entah tiba-tiba saja perasaan tidak senang datang membuatkan dirinya berasa jijik apabila berdekatan dengan Chu Bai Qie.

Hatinya tidak gembira.Ia mahu Chu Bai Qie berbicara dengannya pada waktu itu juga. Namun niatnya tertutup setelah Chu Bai Qie sudah menutup panggilan itu dan sekarang ia menuju ke biliknya dan bersiap untuk keluar.

Ia memakai baju sut putih berseluar hitam bersama wangian yang tenang untuk dihidu sesiapa sahaja.

Mengapa ia bersiap kemas, semata-mata untuk keluar sebentar saja.

Scarlet berfikir Chu Bai Qie bersiap kemas disebabkan ingin bertemu dengan perempuan polos dibalik telefonnya tadi.

Scarlet hanya melihat pemergiannya saja.

Scarlet benar-benar benci Chu Bai Qie kerana ia telah keluar tanpa beritahu kepadanya.

Tiba-tiba Nenek Su menegurnya.

"Nampaknya Tuan Chu menemui orang yang sangat 'istimewa' yah"ucap Nenek Su.

Ucapan Nenek Su membuatnya sedar,kalau benar pun mengapa ia tadi sangat cemburu dengan perempuan yang disebut istimewa itu tak mungkin ia sudah jatuh hati pada Chu Bai Qie.

Mengapa lah aku nak cemburu bukankah aku harus gembira sekurang-kurangnya aku tak berada dalam kawalannya lagi setelah ia berkhawin.

"Yay"seru Scarlet dalam diam,ia tidak tahu pergerakannya tadi telah diperhatikan oleh Nenek Su.

Nampaknya Cik Ning mulai berubah.

Tiba-tiba Nenek Su mendapat panggilan dari Chu Bai Qie.

"Tuan Chu"ucapnya bisik.