Chereads / Hentikan!! / Chapter 10 - Adik Ning

Chapter 10 - Adik Ning

"Hehehe~~....."

Suara mengilai ketawa dari tingkat atas!

Mendengar suara ini membuat semangat yang ada pada Gu Han menurun seketika.

"Chu Bai Qie,bunyi itu!" ucap Gu Han menggeletar ketakutan.Oleh kerana selama ini ia tidak pernah mengalami gangguan seperti ini memang wajar kalau ia ketakutan lalu berfikir tidak benar.

"Tenang saja,kalau kamu takut,duduk disini aku ingin naik keatas untuk lihat keadaannya. Kalau pintu ini boleh dibuka tolong keluar dengan segera jangan risaukan aku,faham!."

Mata Gu Han menatap tidak percaya kepada Chu Bai Qie.Mengapa ia harus meninggalkan sahabatnya ini.

"Ti...tidak!Aku ingin mengikutimu." Gu Han berkata seolah ia telah membuat janji untuk setia dengan temannya itu.

Sejak ia mulai bekerja dengan Chu Bai Qie, Chu Bai Qie sama sekali tidak mengendahkan kehadirannya itu.Malah setiap kali ia berasa nyaman apabila berada dekat dengan Chu Bai Qie.

°>°

"Adik Ning,ini sudah lewat jam 10 dan tiada yang datang menjemputmu.Apa kata kalau kamu tidur disini dahulu,esoknya baru pulang" ucap Ning Su Mian.

Scarlet tidak berapa rapat dengan ahli keluarga tak kira yang terdekat pun jadi ia akan menolak tawaran walaupun ia memerlukan.

"Tak mengapa,saya akan tetap menunggu di sini" tolak Ning Yi Shuang.

"Tapi....adik Ning cuaca diluar sudah mulai semakin sejuk nanti boleh sakit" Ning Su Mian tidak berputus asa untuk terus 'membantu' Ning Yi Shuang.

"Saya kata tidak mahu,maka tidak mahu lah!" suara Ning Yi Shuang terdengar sangat tegas walaupun lembut.

"Baik,baik..." dengan cepat Ning Su Mian menutup ucapnya.

Pada waktu itu situasi Ning Su Mian dimarahi Ning Yi Shuang yang merupakan adik tirinya menjadi perbualan hangat di dalam rumah itu.

Ning Su Mian berasa tidak suka dengan sikap Ning Yi Shuang yang terlalu keras kepala dan sikapnya layanan terhadap dirinya.

~Lelaki itu tak mungkin lupa akan dirinya..., bukan~

Saat mereka berdua sampai di tingkat atas seketika suasana menjadi suram.

Tidak mendengar bunyi apa-apa selain bunyi nafas mereka berdua begitu juga dengan desiran angin yang lalu lalang.

Tiba-tiba mereka merasakan angin kuat dari belakang,secara langsung Gu Han terjatuh.Ia terkejut lalu kembali bangun dan mendekati Chu Bai Qie.

Gu Han berasa ada yang menolaknya tadi dari arah belakang.

Tiba-tiba Chu Bai Qie berasa angin sejuk dari arah depannya lalu ia terus melompat ke tepi tiga langkah besar.

Kemudian tak lama itu ia kembali datang tapi dari arah belakang dan terasa ia sangat laju dan pantas.

Gu Han melihat Chu Bai Qie yang tiba-tiba membuat lompatan tanpa sesiapa pun menyerangnya pada waktu itu,ia pun sedar kalau benda yang tidak dilihat itu sedang bergelut besar dengan Chu Bai Qie.

Ah!

Chu Bai Qie melompat ke kiri lalu ke kanan. Ia mengulanginya beberapa.

Di Gu Han ia merasakan ada yang tidak kena dengan kawasan persekitarannya,seperti ada yang sedang bergerak menjalar.

Tiba-tiba kakinya ditarik lalu dibiarkan tergantung di udara dalam keadaan kaki di atas,kepada dibawah.

Pada saat ini ia tak dapat mengucap apa, kerana sifat ketakutan semakin membayangi mindanya,akhirnya ia pingsan.

Chu Bai Qie tidak perasan dengan situasi Gu Han kerana ia sibuk dengan makhluk kasar mata itu yang sering menyerangnya.Saat ia baru menyentuh lantai tiba-tiba ada tangan besar menolak kakinya lalu ia pun terjatuh.

Saat ia terjatuh ia terlihat dibelakangnya Gu Han yang tergantung di atas kipas siling besar itu.

Gu Han!

Gu Han terlihat tidak sedarkan diri,kedua matanya ditutup rapat,ia benar-benar sudah tidak sedarkan dirinya.

Ini peluang buat dirinya!

"Mata pendua buka!"

Seketika suasana bertukar saat sejuk sehingga makhluk itu berasa ketakutan.

Makhluk itu berfikir,'apa yang terjadi...'

Angin kuat menyelubungi Chu Bai Qie begitu juga dengan pandangan mata makhluk itu.

Ahhh!!!!

Keluarlah cahaya kuning dari balik-balik angin kuat itu.Seorang lelaki berpakaian hitam bersama kedikit hiasan baju yang berwarna emas kekuningan di hujung bajunya yang labuh dan besar.

Bajunya ala-ala kuno generasi dahulu. Walaupun besar namun ia terlihat sangat cocok dengan lelaki ini.

Mahkluk itu seketika meraung kesakitan apabila cahaya itu dikeluarkan.Bagi makhluk itu ia telah melukai matanya dengan silauan itu,pada hal ia cuma sebuah cahaya yang terlalu cerah sahaja takkan ia begitu lemah.

Chu Bai Qie mengeluarkan pedang panjang miliknya dan mengarahkannya kepada makhluk itu,kini ia sudah pulih dan boleh melihat makhluk itu dengan lebih nyata.

Makhluk itu mempunyai petak cengkerang keras seperti sisik keras di badan ikan.Ia terlihat kurus macam sedang berpuasa berbulan-bulan.

Seketika makhluk itu ketakutan dan beranjak jauh dari pedang milik Chu Bai Qie.

"Jangan!Aku takut" kata itu keluar dari mulut makhluk itu lalu ia menyambung lagi."Aku cuma ingat ada penceroboh di sini sebab itu aku mengurung kamu berdua!Aku tak bermaksud apa-apa".Ucap makhluk itu lagi, kali ini ia mengaku kalah kerana telah salah mencari mangsa untuk santapan untuk dirinya pada hari itu.

"Jawab pertanyaan aku dulu"ucap Chu Bai Qie,makhluk itu mengangguk mengerti dan mndiam untuk mendengar apa yang ingin Chu Bai Qie tanyakan.

"Siapa yang buat hujan turun pada hari xxx" Chu Bai Qie bertanyakan dengan serius.

Dengan polos ia menggaru kepala dan menjawab,"Itu memang perbuatan saya tapi ia salah mereka kerana telah cuba membunuh adik saya,saya tidak bersalah yang salah itu mereka sekumpulan geng pemain bola tampar itu" dengan jujur ia menjawabnya.