Chereads / Lukisan Cinta Kita / Chapter 8 - Chapter 8

Chapter 8 - Chapter 8

"Wei! Jaha datang wei!" Jerit pelajar perempuan kelas 4A yang tadi kebetulan mahu keluar namun terkejut sampai menggigil ketika melihat sekumpupan pelajar lelaki dengan diketuai oleh pelajar berpakaian selekehnya nak bagi mampus orang tengok ( A/n: Amboi dik...sempat kau ye?), sedang menuju ke arah kelas mereka. Wajah pelajar yang ditakuti oleh mereka semua itu begitu tajam sekali memandang ke arah kelas mereka. Wei! Mak! Anak mak dah nak terkencing...!😱

Dia takut bersebab okey?. Sebab dia tahu yang Dania dan grupnya ada pasang plan hari tu nak kenakan pelajar baru kat kelas mereka sekaligus nak kenakan Jaha. Dia tak halang dan pelajar perempuan lain juga sepertinya sebab grup Dania tu memang suka membuli, jadi mereka tak berani nak tegur. Pelajar lelaki pula langsung tak tahu-menahu. Kalau mereka tahu mungkin sebelum Jaha datang ke sini, grup Dania dah dihantar ke kelas 5F, kelas Jaha.

"Apa kau merepek ni?" Suara Dania kedengaran geram. Dia menjeling Wani yang dah menggigil disebelah Hania. Dia memang tak suka Wani dan Hania tu. Terutama sekali Hania yang merupakan adik kepada salah seorang kawan baik 'Jahanam' tu.

Mereka tak syak apa-apa sebab blok mereka senyap sahaja. Semua pelajar membuat hal sendiri. Atau lebih tepatnya di kelas sebelah mereka semua tengah berpura-pura belajar sambil memasang telinga lintah mereka mendengar arah mana Jaha dan kawannya akan pergi dan kelas mana yang akan mereka masuk.

"Jaha datang ke kelas kita. Kenapa? Takkan kau dah lupa yang korang ada kenakan pelajar baru tu ganggu Jaha kelmarin?" Suara Adibah kedengaran di belakang. Kepalanya tunduk memandang fokus ke arah skrin telefonnya. Dia sedang main ML sekarang. Tapi telingannya peka ah mendengar apa yang sedang berlaku. Hairan juga dia, lembab sangatkah otak grup pembuli di kelas mereka tu? Kalau dia ialah mereka, pasti dah lama dah dia larikan diri, sembunyi. Atau tak hadir ke sekolah hari ini. Tunggu kemarahan Jaha reda baru datang sekolah balik.

Aisyah seperti ada cahaya lalu dikepalanya berdiri mendadak dari kerusinya. Wajahnya panik juga.

"Macam mana dia tahu wei?!" Kata Farah. Dia turut takut. Mereka perempuan kot. Membuli itu memang mereka berani. Tapi mereka tak sangka Jaha akan tahu.

"Pasti pelajar baru tu yang bagitahu! Dasar pengkhianat!" Marah Aisyah.

Lyrine kalau tahu apa yang mereka katakan pasti dia akan menjulingkan matanya. Dahlah dari tadi rakan sekelasnya langsung tidak menyebut namanya, balik-balik 'Pelajar baru' keluar di mulut mereka.

Sebelum sempat mereka nak buat plan apa-apa kelibat Jaha sudah datang. Dia berdiri di depan kelas 4A dan mengangkat kepala memandang nama kelas ini. Untuk memastikan dia tidak silap kelas. Setelah yakin baru dia masuk.

"Korang tunggu kat luar. Bagitahu aku kalau ada cikgu" Katanya.

"okey. Jangan teruk sangat. Ingat diorang tu perempuan" Pesan kawannya yang lain.

Jaha hanya meneruskan langkahnya, tidak memberi respon dan jaminan. Matanya semakin tajam melihat sekumpulan pelajar perempuan yang berdiri di dalam kelas itu, turut memandang ke arahnya. Wajah panik. Tsk...

"Azrul kau masuk juga. Tengok-tengokkan Jaha. Takut dia belasah teruk budak-budak tu" Ujar Kamal. Azrul ialah ketua pengawas sekolah mereka. Sekelas dengan Zai, 5 Sains Tulen.

"Zai, Ziq ikut aku juga" Kata Azrul pula. Dia pun risau juga. Jaha itu kalau dah marah memang tak kenal orang dah dia. Silap-silap dengan mereka sekali dapat tumbukkannya ketika ingin menyabarkan dia.

"Aku?" Soal Bad. Tidak mahu ketinggalan. Namun yang dia dapat ialah jelingan semua kawannya. Kalau Bad juga masuk, bukan dia nak sabarkan Jaha lagi, malah menyertai Jaha mungkin!. Bad ialah orang yang paling brainless kalau bab Jaha. Mereka normal lagi, sedikit....

"Kau duduk diam dengan kitaorang kat luar" Kata Kamal. Mereka memandang melalui tingkap apa yang berlaku kat dalam.

Pelajar lelaki tingkatan 4 yang ada di blok itu juga mulai berkumpul menyertai mereka.

"Ada apa ni?" Soal mereka.

"Jaha. Tengah handle hantu yang masih ada kat sekolah ni"

"Iya? Tsk. Tak habis-habis hantu ni semua"

A/N : Dah korang takut Jaha tu marah. Kenapa tak bagitahu kat Lyrine supaya jangan ganggu Jaha?. Tsk...semuanya memang tak boleh dipercayai..🙄 (For pelajar perempuan kelas 4A).