"Kamu sepatutnya jaga mulut kamu kalau berbicara dan melakukan tindakan. Tengok apa dah jadi sekarang? Kawan kamu dah cedera kerana perbuatan kamu"
Panjang lebar Cikgu Musa menegur pelajar perempuan yang berdiri dengan kepala yang ditundukkan itu.
Lyrine mendiamkan dirinya kerana dia mulai merasa seperti apa yang terjadi kepadanya sekarang ada yang pelik.
Seperti ada yang menjadikan dia sebagai kambing hitam dalam masalah yang timbul hari ini.
"Kamu harus meminta maaf kat kawan kamu nanti. Jangan ulangi lagi kesalahan kamu ini. Ini ialah amaran pertama. Kalau ikutkan peraturan kamu seharusnya digantung sekolah seminggu. Tetapi oleh sebab ini ialah kesalahan pertama kamu dan kamu juga ialah pelajar baru. Kamu masih diberi peluang. Tetapi kalau kamu membuat masalah lagi seperti ini, kamu akan mendapat surat gantung sekolah terus. Faham?"
Lyrine ingin menyuarakan rasa tidak puas hatinya namun menahan dirinya setelah melihat wajah tegas guru disiplin itu.
"Baik cikgu." Terpaksa dia menjawab dengan perlahan. Okeylah. Mungkin dari salahnya juga lurua bendul. Terlalu inginkan kawan sehingga berjaya dipermainkan orang dan diguna.
Ini yang terakhir Lyrine. Ini kali terakhir kau benarkan diri kau kena guna. Bisik hatinya. Mencuba menenangkan hati yang memberontak.
"Dah. Kamu boleh balik ke kelas kamu" Arah Cikgu Musa.
"Baik cikgu" Perkataan yang sama keluar dimulut Lyrine. Sebelum dia meminta diri dari pejabat Cikgu Musa yang terletak dibilik disiplin itu.
Ketika dia keluar dia memandang pula Jaha yang menyandar di dinding dengan tangan disilangkan di dada.
Dia memandang Jaha dengan matanya yang bersinar.
"Awak tunggu sayakah?" Teruja suaranya. Hilang terus rasa marahnya tadi yang dia rasa ketika berada di pejabat Cikgu Musa. Sebab setahu dia Jaha dan kawannya dulu yang dimarah dan dihukum baru dia ganti. Jadi dia menyangka Jaha sudah balik ke kelas dengan kawannya.
"Kau jangan salah faham. Aku tak tunggu kau, jembelang!" Dengus Jaha.
"Oh... Jadi kenapa awak masih ada kat sini?" Soalnya ingin tahu. Langsung tidak menghiraukan gelaran untuk dia yang seperti dah melekat di lidah Jaha itu. Anggap sahaja dia silap dengar atau bukan untuk dia gelaran tu.😌
"Kau siapa nak sibuk hal aku?!"
"Bakal girlfriend awaklah. Awak tak tahukah?" Lyrine tersenyum lebar. Sempat mahu mengusik.
"Perempuan gila!" Kata Jaha sebelum melangkah masuk ke pejabat Cikgu Musa. Selagi dia melayan pelajar perempuan tu, semakin wayar dia akan bertambah putus.
Pang!
Pintu di tutup kuat.
"Tutup pintu tu bagus-bagus! Ingat itu pintu kamu?!" Kedengaran suara Cikgu Musa di dalam menegur kuat ketika Jaha menutup pintu pejabatnya dengan kasar. Suka hati je nak rosakkan pintu pejabat orang!.
Jaha hanya menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Dia terlalu ikut perasaan geram tadi sehingga lupa yang pintu ditutupnya dengan kasari itu ialah pintu pejabat Cikgu Musa.
Lyrine memandang pintu yang sudah ditutup dari dalam itu. Senyuman lebarnya tadi perlahan-lahan pudar sebelum hilang sepenuhnya.
Dia melangkah keluar dari bilik disiplin itu. Menuju ke blok tingkatan 4. Di mana kelasnya terletak.
Ketika dia masuk ke dalam kelasnya semua pelajar perempuan memandang Lyrine dengan pandangan lain termasuk lelaki.
Pasti tadi semasa dia berada di bilik disiplin, rakan sekelasnya sudah sibuk bergosip mengenai dia.
Haina dan Adibah yang duduk dekat dengan meja Lyrine juga memandangnya sekilas sebelum buat hal masing-masing.
"Aku dengar. Ada pelajar baru tu, batu apikan orang sehingga buat kawannya sendiri cedera dipukul orang" Suara Maira kedengaran. Menyindir. Dia tersenyum sinis dan puas ke arah Lyrine.
"Kau khianati kamikan? Kenapa kau bagitahu Jaha yang kitaorang yang cabar kau untuk kenakan Jaha kelmarin?!" Tuduh Farah. Dia benar-benar takut dengan Jaha tadi dan mencuba melepaskan marahnya kepada Lyrine.
"Menyesal kami kawan dengan kau. Budak bandar tak ada sivik!" Kata Ana pula. Siap membaling kertas ke arah Lyrine, yang sempat dielaknya dan jatuh ke atas meja.
Lyrine memandang ke arah mereka. Mereka ialah kawannya sejak dihari pertama dia sekolah disini.
Dia sungguh tak menyangka hanya kerana cabaran itu terus semua memandangnya seperti dia ini tak baik.
"Dia pindah ke sini sebab sikap buruk dialah tu" Kata Bella. Langsung tidak sedar diri merekalah yang mencabar Lyrine kelmarin. Atau lebih tepat merancang mengenakan Lyrine. Pelajar baru itu.
Pelajar lelaki hanya diam tidak masuk campur. Namun pandangan mereka ke arah Lyrine sudah berubah disebabkan apa yang dikatakan oleh rakan perempuan sekelas mereka tadi.
Lyrine hanya diam. Malas mahu ambil peduli. Dia tidak mahu tambah besarkan lagi masalah jika dia turut angkat tangan hari ini.
Dia dah diberi amaran oleh Cikgu Musa tadi. Dia tidak mahu ibunya dipanggil ke sekolah ah!.
"Dahlah korang. Sedar diri sikit siapa yang rancang nak cabar Lyrine kelmarin tu" Suara Wani kedengaran menyampuk. Tidak suka melihat Farah, Ana dan Bella menyalahkan Lyrine, padahal mereka juga yang kenakan Lyrine kelmarin.
Selepas itu kelas itu diam. Semua pelajar buat hal masing-masing.
Tidak lama kemudian cikgu masuk pula. Sesi pembelajaran yang kedua pun bermula hari itu. Sesi pertama Lyrine terlepas kerana dia masih berada di bilik disiplin tadi.
Maira memandang Lyrine tak puas hati apabila Lyrine diam sahaja tidak mencuba mempertahankan dirinya. Baru mahu melihat Lyrine bergaduh Farah, Ana dan Bella tadi. Namun tidak menyangka Lyrine hanya diam.
'Tsk...dasar lembab..' Bisiknya.
Lyrine kalau dengar apa yang dibisik oleh hati Maira itu pasti dia hanya akan memandangnya seperti memandang orang tak ada otak dan berkata ''Dia lembab? Tunggu exam awal tahun. Kau pasti ternganga tengok result aku!"