Chereads / Lukisan Cinta Kita / Chapter 14 - Chapter 14

Chapter 14 - Chapter 14

Lyrine keluar dari pagar sekolah. Dari jauh dia sudah nampak kereta Vivo milik ibunya. Sebab tayar basikalnya pancit dia terpaksa menelefon ibunya untuk mengambil dia.

Namun ketika melihat kereta ibunya buat tertanya. Muatkah basikal dia yang besar tu kat dalam bonet kereta ibunya?.

Dengan soalan dikepalanya itu dia melangkah ke arah kereta ibunya.

Masalah yang dia hadapi pagi tadi dibiar lenyap dikepalanya. Masalah sekolah tak perlu bawa di luar kawasan sekolah. Itu ialah pesan abang keduanya semasa dia masih sekolah di KL.

"Assalamualaikum mak" Ucapnya setelah pintu kereta sebelah pemandu dibuka.

"Waalaikumsalam. Masuk cepat. Mak nak ke pasar lepas ni" Kata Mak Su sambil menghulur tangan kanannya ke arah anak gadisnya yang baru duduk di bangku sebelahnya.

"Okey" Lyrine menyalam tangan kanan ibunya. "Rine nak makan ketam hari ini!" Teruja dia memberitahu.

"Memandai je kamu. Rine kah yang masak?" Perli Mak Su.

"Alah Mak ni. Bolehlah ye mak?" Pujuk Lyrine. Muka dibuat kesian.

"Nanti kalau ada ketam segar kat pasarlah" Enjin kereta dipasang. Beberapa saat kemudian keretanya pun di pandu dengan perlahan meninggalkan kawasan persekolahan.

"Bagaimana sekolah hari ini? Okey?" Soal Mak Su. Mata fokus memandang jalan raya. Kawasan jalan raya sekolah yang kiri-kanan ada pelajar baru balik dari sekolah itu harus diberi fokus yang sepenuhnya. Mahunya terlanggar pula budak-budak tu. Nayah pula.

"Okey je mak." Jawab Lyrine tersengih-sengih memikirkan sesuatu. Dia memandang ke luar tingkap kereta. Pelajar-pelajar yang berjalan kaki pulang ke rumah menarik perhatiannya.

"Rine tak belajar petang ni?"

"Tak mak. Kawan Rine sakit. Mungkin lepas dah sembuh nanti baru sambung balik study."

"Kalau susah sangat study petang tu. Rine belajar kat rumah pun boleh juga. Kat KL pun Rine tak belajar jugakan." Macam memerli pula Lyrine mendengar ayat terakhir ibunya itu.

"Manade. Rine belajar tau. Result Rine Top A apa semuanya" Dia mempertahankan dirinya.

"Iyalah tu. Jangan pula dah pindah kampung bi result Rine menurun. Siap Rine nanti, tau?!" Tegas Mak Su. Dia melirik anaknya yang tengah muncung itu.

"Tahu. Tahu. Rine akan dapatkan result yang terbaik untuk exam hujung bulan ni" Janji Lyrine. Suara penuh keyakinan.

"Dan jangan bercinta awal-awal! Minat orang boleh. Tapi bercinta-cintun tu mak tak boleh terima, okey?!" Lagi-lagi Mak Su memberi peringatan akan hal itu.

Lyrine gelisah dan serba-salah terus. Sebab dia dah memang ada niat nak ajak Jaha jadi boyfriend dia ah. Sebab dah dia suka Jaha. Mestilah dia dapatkan Jahakan?. Abahnya pesan kat dia hari tu, kalau sukakan orang tu jangan lepaskan, nanti menyesal macam abah. Bercerai dengan Mak setelah mengabaikan hubungan mereka.

Biarpun dia tidak faham juga kenapa abah dan ibunya bercerai walaupun dah berpuluh tahun berkahwin. Anak yang lain pun dah besar-besar. Namun mereka tetap bercerai setelah lahir sahaja Lyrine. Kalau boleh Lyrine tidak mahu ambil tahu masalah abah dan ibunya. Sebab dia takut ah mahu tahu sebab kenapa mereka bercerai walaupun dah saling mencintai.

"Rine dengar tak apa mak cakap tadi?" Suara Mak Su kedengaran lagi. Mengembalikan Lyrine di dunia nyata.

"Dengar Mak. Rine akan cuba" Jawab Lyrine. Memberi jawapan selamat. Dia tidak mahu berjanji sebab dia tidak mahu melepaskan Jaha. Jaha tahun depan dah tamat sekolah dah.

Tapi....

Bila memikirkan dia langsung belum mulakan langkah untuk memikat Jaha. Dia terus lemah semangat terus. Dia lagi risaukan tak dapat Jaha berbanding menghadapi hari-hari kawan sekelasnya memulau dia. Tsk. Setakat pulaukan dia, dia boleh je terima semua tu. Tapi kalau Jaha yang buat benda tu kat dia? Dia no comment. Sekarang ini pun asal Jaha nampak dia, mata dinginnya itu yang menyapa dia.

Jadi dia memang tak tahu nak bagi komen apa.

Dia ingin memberitahu ibunya yang dia ada sukakan orang dan mahu meminta tips dari ibunya. Namun bila teringat pesanan tegas ibunya tadi, buat dia zip mulut terus. Dia pendamkan sahaja semua itu dihatinya. Takut ibunya halang pula dia menyukai Jaha. Apalagi hari tu ibunya ada bagi amaran kat dia jangan bergaul dengan budak nakal, jangan berkawan dengan lelaki. Terutama orang yang perangai macam Jaha. Hampir terkelu lidahnya hari itu. Di mata Mak Su dia ini tomboykah apa?!.