Chereads / Milik siapakah hati ini / Chapter 3 - Bab 3

Chapter 3 - Bab 3

Genap sebulan Atirah bekerja di Tower Holding Snd. Bhd. ini sebagai kerani. Atirah selesa dengan kehidupannya sekarang. Jiwa Atirah tenang, tetapi sesekali kenangan pahit itu datang tanpa diundang. Rasanya seperti baru semalam ia terjadi. Bagaikan baru semalam Atirah dicemuh, dihina, air matanya akan bertakungan mengenangkan peristiwa itu. Atirah memasang tekad untuk melupakannya, namun semakin dia ingin melupakannya, semakin kerap dia terkenangkannya. Luka dihatinya masih merah. Kata-kata yang diteima daripada Rizman menuduhnya perempuan jalang tanpa mendengar penjelasannya masih terdengar di telinganya. Kata-kata itu bagaikan sembilu melukakan hati Atirah. Ya Allah, Kau kurniakanlah ketenangan kepada hambaMu ini. Atirah sentiasa berdoa agar hatinya mendapat ketenangan yang dicari selama ini.

Malam ini Atirah ada temujanji dengan keluarganya. Abah kata Mama rindukan Atirah. Atirah tersenyum sendirian terkenangkan Mamanya. Atirah istimewa buat Mama, itu kata Abah. Walaupun, dirinya hanyalah anak angkat yang dipungut, mama amat menyayanginya malahan kasih sayang mama kepadanya lebih daripada kasih sayang yang diberikan kepada Abang Nizan. Abang Nizan selalu menyakat Atirah dan Mama mengatakan Mama mereka tidak adil kerana menyayangi Atirah lebih daripada dirinya. Gurauan itu selalu memecahkan ketawa Mama dan Atirah melihat memek muka yang dibuat oleh Nizan kononnya dia sedang merajuk. Atirah bersyukur kepada Ilahi dengan kebahagiaan yang kecapi ini.

Pada mulanya Mama membantah apabila Atirah menyatakan hasratnyauntuk tinggal menyewa bersama Atikah. Mungkin Mama sunyi, telahan hati Atirah. Setelah dipujuk oleh Abang Nizan dan sedikit bantuan daripada Abah, Mama mengalah. Namun, Mama meletakkan syarat yang perlu Atirah patuhi untuk tinggal diluar. Atirah menerimanya. Salah satu syarat Mamanya adalah makan malam bersama keluarga setiap bulan. Atirah akan dibawa pulang tinggal bersamanya sekiranya Atirah gagal mematuhinya.Atirah ketawa mendengar ugutan Mamanya, namun dia tahu Mamanya serius.

Atirah mempelawa Atikah untuk turut sama makan malam bersama keluarganya. Atikah menolak pelawaan Atirah. Katanya tidak mahu mengganggu perjumpaan keluarga Atirah. Atirah tahu yang sebenarnya Atikah malu untuk berjumpa dengan Abang Nizan. Atirah pernah ingin memadankan abangnya dengan Atikah, namun dia hanya boleh merancang, jodoh itu ditangan Tuhan. Atirah masih tidak berputus asa. Dia merasakan Atikah sesuai dengan abangnya. Sekiranya abangnya dan Atikah disatukan, dialah yang paling gembira. Kedua-dua insan ini amat Atirah sayang.

Atirah menjeling jam di tangan. Atirah sedar masa kerjanya hampir tamat, dia perlu cepat kerana takut terlepas bas yang diharapkan. Kalau terlepas bas, dia terpaksa dengan lebih lama dan mungkin dia akan lambat untuk makan malam keluarganya. Atirah terus menyiapkan kerja-kerjanya dengan cepat. Dia tidak mahu mamanya merajuk kerana dia lambat balik. Sempat lagi Atirah terkenangkan muka Mamanya yang sedang merajuk. Terukir senyuman dibibirnya.

"Eh Tirah, kenapa yang senyum sorang-sorang ni?" Teguran Kak Ana mematikan senyuman Atirah. "Tak ada apalah Kak." Atirah malu ditegur Kak Ana. "Kak Ana dah nak balik ke?" Soal Atirah apabila melihat Kak Ana telah siap menggalas tas tangannya. " Ye, Akak balik dulu." Kak Ana terus melangkah keluar. Atirah menjadi tidak keruan. Aku yang nak balik dulu alih-alih Kak Ana yang keluar dulu. Tu la Atirah, tengah sibuk macam ni pun sempat kau berangan. Atirah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Atirah mempercepatkan kerjanya. Tanpa Atirah sedar, gelagatnya diperhatikan oleh Rizal dari dalam biliknya. Rizal tersenyum lucu melihat telatah Atirah. Atirah seperti tak cukup tangan mengemas. Rizal tidak pasti mengapa dia rasa tertarik untuk melihat Atirah, tingkah laku Atirah sentiasa mencuit hatinya. Timbul idea nakal dalam benaknya untuk kenakan gadis itu. Tanpa melengahkan masa, Rizal mengarahkan Atirah masuk ke biliknya dengan segera. Berubah wajah Atirah apabila menerima arahan tersebut kerana Atirah tahu dia akan lambat baik kalau Bossnya itu memanggilnya. Ada saja la Boss ni. Time orang nak cepat ni la nak panggil.

Rizal tersenyum melihat wajah Atirah di hadapannya, seperti yang dijangka jelas terpamir muka terpaksa pada wajah Atirah. Rizal ingin ketawa, tapi ditahannya takut Atirah tahu niat hatinya mengenakan gadis itu.

"Ada apa Boss panggil saya"?

"Saya nak awak taipkan surat ini untuk saya, sekarang."Pada hal surat itu tidaklah diperlukan segera, tetapi Rizal sengaja menyuruh Atirah menaipnya sekarang. Rizal suka melihat Atirah yang gelabah.Comel.

Eh, cik abang ni, kenapa tak suruh secretarydia yang comel lote tu je. Aku yang nak balik cepat ni yang dipanggilnya. Belum sempat Atirah membuka mulut untuk bertanya, Rizal menyambung ayatnya.

"Amira dah balik, ada kecemasan katanya. Boleh awak tolong saya?"

Macam dia tahu aku apa kau nak tanya. " Boleh, mana suratnya?" Atirah melepaskan senyuman terpaksa. Saat ini Rizal rasa ingin ketawa melihat wajah Atirah. Nampak macam nak marah aku, alih-alih senyum terpaksa yang aku dapat. Rizal menyerahkan surat yang perlu ditaip kepada Atirah. Atirah segera berlalu untuk siapkan kerja yang diterimanya. Atirah sempat menjeling sekelilingnya, sambil tangannya sibuk menaip.

Semua dah balik ke? Atirah melihat sekeliling pejabatnya yang sunyi. Atirah terpandang EncikSyafiqEksekutif Pemasaran yang sedang berjalan menghampirinya. "Amboi rajinnya Cik Atirah, nak buat overtime ke?" Atirah hanya membalas dengan senyuman. Tak kuasa nak melayan. Aku dah lambat ni, nanti lagi lambat jadinya. Atirah tahu yang dirinya sering menerima teguran daripada pemuda itu, tetapi Atirah malas ambil kisah kerana dia tahu Encik Syafiq itu terkenal dengan buaya daratnya. Kak Ana telah memberitahunya awal-awal lagi supaya dia berjaga-jaga dengan pemuda itu.

Okey, dah siap. Atirah menyemak semula apa yang ditaipnya. Sempat Atirah menjeling jam di tangannya. Mampus aku, dah lambat ni. Bas oh bas, jangan la kau terlepas. Atirah segera bergegas masuk ke bilik Bossnya. Terkejut Rizal melihat Atirah. Atirah meminta maaf kerana lupa untuk mengetuk pintu sebelum masuk.Sorry la, aku nak cepat. Omel Atirah dalam hati.

"Ada apa-apa lagi Boss?" Soal Atirah dangan sopan sedaya boleh sambil berdoa dalam hatinya supaya dia boleh balik sekarang.

Rizal masih sibuk membaca surat yang ditaip oleh Atirah. Dia tidak menghiraukan pertanyaan Atirah. Rizal sebenarnya sedang berkira-kira apa lagi kerja yang boleh diberikan kepada Atirah.

Eh mamat ni, aku tengah bercakap dengan dia, boleh pula dia buat tak tahu je dekat aku ni. Geramnya, dah la aku lambat sebab dia. Cepat la. Atirah seperti cacing kepanasan dihadapan Rizal.

Melihat Atirah yang keresahan, terasa lucu dihatinya. Bibirnya mengukirkan senyuman. Hai, kesaian pula aku tengok. Rizal tidak jadi meneruskan niatnya untuk mengenakan Atirah. "Terima kasih Cik Atirah. Awak boleh keluar." "Sama-sama. Saya keluar dulu." Atirah memalas senyuman Bossnya dengan senyuman lega. Sepantas kilat Atirah meninggalkan pejabat. Atirah melihat jam di tangannya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia tertinggal bas. Teksi, mana pula teksi ni bila aku nak cepat. Atirah resah. Mogok ke teksi ni, satu pun tak nampak. Hampir 30 minit Atirah mengunggu. Atirah terkejut mendengar bunyi hon kereta yang kuat. Kuatnya, nak luruh jantung aku. Bila pula kereta ni ada kat sini. Atirah pelik, siapa ni, nak apa? Atirah cuak, dia tidak mengenali pemilik kereta itu. Rizal keluar dari tempat pemanduan sambil tersengeh kepada Atirah. Atirah melepaskan rasa lega. Ingatkan siapa tadi, penculik ke, perompak ke....alih-alih Boss. Nak apa lagi mamat ni? "Boss ni, terkejut saya. Nasib baik saya tak pengsan." "Marilah saya hantarkan." Pelawa Rizal. "Tak apalah Boss, saya tunggu bas." Atirah cuba menolak pelawaan Bossnya kerana dia tidak ingin menyusahkan. "Mari la saya hantarkan, bas dah tak ada ni." Rizal memujuk. "Kalau bas tak ada, saya naik teksi. Tak apa Boss, kejap lagi ada la teksi ni." Eh mamat ni, tak faham ke orang segan nak naik dengan dia. "Mari la, tak perlu nak segan- segan dengan saya." Rizal seperti memahami apa yang bermain difikiran Atirah. "Awak tak takut ke sorang-sorang kat sini. Dah la makin gelap, banyak orang jahat tau kat sini malam-malam." Atirah masih menolak pelawaan Rizal. "Awak tak tahu ke ada hantu kat sini." Saat ini ingin pecah ketawa Rizal apabila melihat wajah Atirah yang jelas kelihatan takut. Wajah yang tenang Atirah bertukar menjadi takut. "Ada hantu ke kat sini?" Soal Atirah dalam nada yang perlahan. Rizal senyum, dia tahu Atirah takut. Tahu takut, tadi macam berani je. Rizal mempelawa Atirah sekali lagi. Atirah terus masuk ke dalam kereta kerana takut. Dia sememangnya takut dengan cerita-cerita seram. Pernah Atirah memukul Abang Nizan dengan kayu kerana terkejut dengan topeng hantu yang abangnya pakai. Siapa suruh kejutkan Atirah dengan topeng hantu.

Keadaan dalam kereta sunyi sepi. Eh, dia ni tahu ke rumah aku kat mana. Main jalan je, tak tanya aku pun. Belum sempat Atirah membuka mulut, Rizal terlebih dahulu bersuara. "Cik Atirah tinggal di mana?" Hem....macam tau-tau je apa yang aku tengah fikir. Macam nujum Pak Belalang la Boss aku ni. "Taman Orkid, Boss."

"Sekarang bukan waktu kerja, tak payah la panggil Boss, panggil Rizal je. Tak pun, Abang Rizal pun boleh." Rizal menghadiahkan senyuman kepada Atirah.

Abang, naik loya tekak aku. Ligat Atirah memikirkan bagaimana dia nak membalas kata-kata Bossnya ini. Cakap lebih kurang nanti marah pula. Tak pasal-pasal nanti aku kena buang kerja."Boss lahir bila?"

"Kenapa nak tahu? Awak nak kasi hadiah ke?" Ala cakap je la....banyak soal la mamat ni. "Ada la...cakap la Boss bila tarikh lahir Boss." "11 November."Rizal tidak dapat mengagak apa yang bermain difikiran Atirah. "Tahunnya..."Soal Atirah. "1995..."Sambung Rizal. "Kalau macam tu, bukan abang, adik la namanya."Atirah tersenyum memandang Rizal. Rizal melirik matanya ke sisi. Atirah seperti faham maksud lirikkan itu lalu menyambung kata-katanya. "Saya lahir tahun 1993." Baru Rizal Faham. "Kalau macam tu saya kena panggil awak kakak la ni." "Saya tak kisah, Kak Tirah boleh, Tirah je pun boleh." Rizal tersebyum. "Saya panggil Tirah je la. Takut kalau orang tu marah, rasa tua." Rizal cuba menyakat Atirah. "Tirah pun kena panggil saya Rizal je tau. Kalau tak nanti saya potong gaji."

"Baik Boss!" Atirah menggayakan seperti sedang memberi tabik hormat Kepada Rizal. "Bukan Boss, Rizal." Rizal membetulkan kata-kata Atirah. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

Entah mengapa Atirah rasa selesa ketika bersama Rizal. Mungkin kerana Atirah menganggap Rizal seperti adiknya, tetapi bagi Rizal ini adalah permulaan yang baik.

"Eh Rizal, berhenti kat sini je."

"Mana rumahnya?" Rizal hairan kerana dia di suruh berhenti di simpang jalan sahaja.

"Tu, kat depan tu je."

"Saya hantar sampai rumah la." "

Tak pe, kat sini je."

Rizal mengalah.

Setelah kereta yang dipandu Rizal berlalu pergi, Atirah segera melangkah dengan cepat ke rumahnya. Dia inigin cepat sampai. Setibanya di rumah, Atirah segera mencapai telefon bimbitnya untuk menalefon mamanya menyatakan dia lambat.

La patut la telefon ni tak berbunyai....mati rupanya. Aduh mama mesti risau ni. Atirah segera melangkah ke telefon rumahnya. Terkejut Atirah apabila telefon itu berbunyi secara tiba-tiba. Ni mesti mama, Atirah mengagak. "Assalamualaikum....Ati tak apa-apa? Banyak kali mama call handphone Ati tak dapat. Ati okey ke? Abah dan mama risau tahu tak."

"Waalaikumsalam ma...Ati minta ampun ma...Tadi masa nak balik Boss bagi kerja pula." Handphone tu, kenapa off?""Sorry ma, Ati tak perasan telefon ni mati...habis bateri. Mama tunggu jap, lagi 20 minit Ati sampai."Ganggag telefon diletakkan. Atirah bersiap ala kadar. Sempat lagi dia bertanya kepada Atikah yang sedang melayan cerita Korea di telivisyen sama ada ingin mengikutnya atau tidak. Atikah menggeleng. Atirah mencapai kunci keretanya dan terus melangkah keluar.

Setelah selesai makan malam, Atirah sekeluarga ke ruang tamu dan seperti biasa Dato' Kassim dan Abang Nizan mula berbincang tentang perkembangan syarikat. Datin Nora meletakkan sepinggan buah-buahan yang telah dipitong di meja kopi di hadapan mereka. "Mama, ni yang Ati malas nak balik ni. Semua mata memandang Atirah kehairanan. "Kenapa ni anak Mama? Kenapa kata macam tu, sedih hati Mama." Datin Nora sayu mendengar kata-kata anaknya itu.

"Ye la, kita susah-susah balik, bukannya ada orang nak borak dengan kita, Ma. Asyik-asyik nak bincang business. Bila nak sign contract la, bila tarikh tutup la, boring tau. Kalau macam ni, baik Ati bawa mama je makan kat luar, biar yang dua tu bincang kan mama." Datin Nora tersenyum mendengar omelan anak kesayangannya itu. Tahulah dia Atirah tujukan kata-kata tadi kepada suami dan anaknya Nizan. "Mama sokong."

Dato' Kassim dan Nizan Ketawa mendengarnya. "Ye la, ye la adik abang sihat. Macam mana kerja, okey? Tak ada rasa nak tukar kerja lagi ke?" "Mama tengok Abang." Acum Atirah sambil tangannya memeluk mamanya. Nizan ketawa melihat adiknya yang sedang bermanja dengan mamanya. Biarpun hanya adik angkat, Nizan amat menyayangi Atirah.

"Ati tak nak cakap dengan abang." Walaupun mulutnya berkata bergitu, tetapi Atirah melangkah merapati abangnya itu. Nizan dapat membaca niat adiknya itu, dengan cepat Nizan cuba mengelak, tetapi Atirah lebih cepat, lengan Nizan telah menjadi mangsa cubitan Atirah.

"Aduah....Abah tengaok anak manja abah ni. Dah lama ketam tu hilang, bila dia balik?"

Dato' Kassim hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya. Macam budak-budak. Kata-kata itu hanya terlontar di hatinya sahaja. Dia senang melihat kemesraan ahli keluarganya yang ditanam dari dulu tetap teguh.

"Ati mari duduk dekat Abah." Atirah melabuhkan punggungnya di sebelah Dato' Kassim dan kepalanya dilentukkan di bahu abahnya itu. Datin Nora hanya tersenyum melihat kemesraan tersebut. Nizan ingin menyakat Mamanya. "Mama tak jealous ke tu?" Mulutnya dimuncungkan ke arah Atirah. Datin Nora faham masud anaknya itu. Nak jealous apa? Anak sendiri, kan Ati kan." Atirah menjelirkan lidahnya kepada Nizan.

Dato' Kassim mula berbicara. "Minggu depan ualng tahun perkahwinan Abah dengan Mama. Abah rancang nak pergi bercuti." Atirah bersorak gembira. "Nak bercuti kat mana Bah?" "Abang rasa Pualu Pangkor best." "Ati setuju." Atirah berkata sambil tanganya diangkat lurus ke atas dan menganggukkan kepalanya beberapa kali seperti kanak-kanak. "Kita pergi satu family. Ati ambil cuti." Dato' Kassim berkata dengan wajah serius. Atirah menjeling abangnya memberi isyarat. Nizan memahami maksud adiknya itu. "Abang rasa, Abang tak boleh ikut la. Hem...sebab kalau Abah cuti, siapa yang nak jaga office kalau bukan Abang." "Ati pun rasa tak boleh ikut, Ati kan baru kerja sebulan. Kalau nak minta cuti sekarang mesti tak dapat punya." Aritah dengan memek muka bersungguh-sungguh cuba meyakinkan Dato' Kassim yang dirinya tidak dapat ambil cuti.

"Kalau macam tu, Pulau Pangkor cancel." Sekali lagi Dato' Kassim menunjukkan wajah yang serius. Lebih serius dari tadi. "Ala jangan la macam tu Abah." Atirah cuba memujuk. " Ni la peluang abah nak berdua-duaan dengan Mama. Mana tahu, kalau-kalau Ati dengan Abang dapat adik baru nanti, kan Abang."

Dato' Kassim ketawa mendengar kata-kata anaknya, hilang wajah seriusnya sebentar tadi. Ketawa Dato' Kassim bergabung dengan ketawa Nizan, gamat Villa Sakura ini. Villa Sakura, nama banglo mewah ini kerana mama amat menyukai bunga itu.

"Hish.....mengarut Ati ni, ke situ pula." Merona merah wajah Datin Nora. Walaupun dia tahu Atirah sekadar menyakatnya, tetapi dia tetap malu.

"Ati nak adik ke?" Dato' Kassim bersuara dalam tawanya yang masih bersisa. "Ha....awak jangan nak layan cakap anak awak tu Abahnya." Datin Nora memberi amaran kepada suaminya. "Abah dengan anak sama saja. " sambung Datin Nora.

"Mana sama. Ati perempuan, Abah lelaki. Abah dengan Abang baru sama." Atirah masih mahu menyakat mamanya. Atirah tersenyum geli hati kerana dapat mengenakan Datin Nora. Tiba-tiba satu cubitan singgah di pipinya. Atirah menjerit sakit. "Mana adil, Abah tolong Mama. Atirah pura-pura merajuk kerana Dato' Kassim mencubit pipinya.

"Nah, makan epal ni. Tak payah nak merajuk. Orang kata, tua-tua merajuk buruk." Nizan mengenakan adiknya. Buah potong yang dari tadi terbiar di atas meja di sumbatnya ke dalam mulut adiknya.

"Keputusan Abah muktamat." Semua mata tertumpu pada Dato' Kassim menunggu Dato' Kassim meneruskan bicaranya. "Kalau seorang tak ikut, semua tak pergi. Kerja kat office tu boleh ditangguhkan. Tak pun, Abang serahkan pada pembantu. Apa gunanya ada pembantu kalau semua Abang buat sendiri. Lagipun, abang dah lama tak bercuti. Asyik sangat dengan projek yang di Sabah tu. Lepas tu, teperap je kat rumah ni. Abah rasa dah macam abah ada dua anak gadis." Dato' Kassim senyum memandang anak bujangnya. "Ati ambil cuti. Kalau tak boleh cuti, berhenti kerja. Balik dari bercuti, kerja dengan abah. Kalau tak nak kerja pun, tak apa. Abah masih mampu nak tanggung anak abah ni." Walau pun Dato' Kassim seorang yang bertolak ansur, tetapi setelah keputusan muktamat dibuat, sesiapa pun tidak boleh membantah. Itu Atirah tahu. Ketegasan yang ada pada abahnya telah mendidik Atirah menjadi tegas dalam membuat sebarang keputusan. Itulah salah satu sikap Abahnya yang Atirah kahgum.