Atirah seperti *cacing kepanasan. Sesekali dia menoleh memandang bilik Bossnya itu. Nak masuk ke tak.
Kau pergi la bagi surat cuti kau tu sekarang....Kejap lagi lah.... Dia sibuk tu....Kejap lagi kalau dia keluar macam mana? Boleh bagi besok....Kalau lambat kau bagi surat cuti tu nanti ada orang lain yang ambil cuti dulu, kau yang melepas.Ye la...ye la aku pergi la ni. Atirah berjalan menuju ke bilik Bossnya, tetapi kemudia dia kembali ke tempat duduknya semula. Kejap lagi lah.
Tanpa Atirah sedari, tingkah lakunya diperhatikan oleh Kak Ana. "Hai, kenapa ni? Macam orang hilang anak je. Ade problem ke?" Kak Ana sudah menghampiri tempat Atirah.
"Kak, kalau saya nak minta cuti, rasa-rasa Boss bagi tak?" Luah Atirah dengan wajah yang serius. "Tirah nak cuti ke? Ada masalah ke?" Kak Ana menunjukkan kerisauannya. "Eh kak, bukan la kak. Bukan masalah besar pun, tapi Ayah saya minta saya ambil cuti. Ada hal keluarga sikit." Atirah tidak mahu menghebohkan yang dia ingin bercuti bersama keluarganya. "Akak rasa Boss bagi tak saya ambil cuti. Bukan apa, saya kan baru sebulan kerja, takut gak nak pergi minta cuti ni...." Atirah membuat muka seperti orang sedang takut. Kak Ana ketawa melihatnya. "Tak minta lagi, mana tahu dapat ke tak? Akak rasa dia bagi punya. Ala masa kau bagi surat cuti tu, kau senyum la sikit, biar Boss cair." Kak Ana mengusik. "Kak Ana ni ada-ada saja. Buat dia kata saya nak mengorat dia macam mana?" Kak Ana ketawa lepas. Kali ini ketawanya kuat sehinggakan rakan sekerja yang lain memandang mereka. Kak Ana tidak menghiraukannya. "Ala masa kau nak masuk tu, kau bawa la kopi yang dia suka tu, mesti dia kasi cuti lah." Sambung Kak Ana setelah ketawanya reda. "Idea Kak Ana memang bagus. Saya pergi buat kopi dululah." Atirah berlalu ke pantryuntuk menyedikan secawan kopi buat Bossnya itu. Atirah dan Kak Ana tidak menyedari bahawa mereka sedang diperhatikan oleh Rizal dari dalam biliknya. Ketawa Kak Ana menarik minat Rizal untuk mengetahui apa yang mereka bualkan. Kau ni kenapa Rizal? Dah kena sampuk? Asyik nak tengok anak dara orang je.Kerja kau tu tak siap lagi. Rizal kembali menyambung kerjanya yang terhenti. Entah mengapa dia sangat tertarik dengan Atirah. Rizal merasakan seperti ada sesuatu pada Atirah menyebabkan dia tidak dapat melarikan pandangannya daripada melihat Atirah. Sehari tak pandang, merana jiwa. Aku ni dah kemaruk cinta ke?...
Atirah menyapa setiausaha Rizal, Amira yang sedang sibuk menaip. "Mira, Boss busy tak? Aku nak jumpa dia kejap." "Boss tak busy sangat, tapi sekejap lagi dia ada meeting. Kau nak masuk boleh, tapi jangan lama." Setelah membenarkan Atirah masuk, Amira meneruskan kerjanya semula.
Moga-moga cuti aku diluluskan. Atirah berdoa dalam hati sebelum pintu bilik Bossnya di ketuk.
Tuk! Tuk! Tuk!...Rizal sedikit terkejut mendengar ketukan yang tiba-tiba di pintu biliknya. Mengelamun kau Rizal.
Setelah mendengar arahan masuk, Atirah melangkah masuk ke dalam bilik Bossnya itu dengan membawa secawan kopi. Sempat dia menghadiahkan semyuman manis kepada Bossnya itu. Minta-minta Boss cair, bagi aku cuti. Rizal tersenyum apabila melihat Atirah membawanya secawan kopi. Eh aku tak minta pun, ni mesti ada yang tak kena ni. Masuk dengan secawan kopi sambil senyum ni, ada makna ni. Rizal berkira-kira dalam hatinya.
"Saya buatkan kopi untuk Boss." Atirah bersuara lembut sambil meletakkan kopi di meja Bossnya itu. Senyman masih tidak lekang di bibirnya.
"Kan dah cakap, panggil Rizal je. Ni kenapa nak berboss-boss ni?"
"Ni kat dalam office, mestiah kena hormat, Boss kan boss saya." Luah Atirah.
"Kalau macam tu, saya pun kena panggil Cik Atirah la ni." Soal Rizal. "Terpulang." Jawab Atirah sambil mengangkat bahunya.
"Okey, terima kasih kerana sudi buatkan saya kopi. Cik Atirah boleh pergi sekarang." Rizal kembali meneruskan kerjanya yang terhenti. Sesekali dia menjeling ke arah Atriah yang masih tercegat di depan mejanya. Riak wajah Atirah yang berubah-rubah membuatkan Rizal ingin ketawa, tapi ditahannya. Rizal cuba untuk kelihatan serius membuat kerjanya.
Eh, dia buat tak tahu je kat aku. Tak boleh jadi ni.... "Boss..." Atirah bersuara lembut.
Rizal mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah Atirah. "Errr... saya nak minta cuti minggu depan, boleh Boss?" Rizal tersenyum. Aku dah agak dah, mesti ada benda yang dia nak. Kalau takjangan harap nak buatkan aku kopi kalau aku tak minta. Atirah gelisah apabila dia ditenung bergitu. "Berapa lama Cik Atirah nak bercuti?" "Seminggu, minggu depan, boleh?" Soal Atirah penuh mengharap. "Boleh saya tahu sebab Cik Atirah nak bercuti." "Oh, hal keluarga saja." Atirah menundukkan wajahnya. Malu bila ditenung berterusan bergitu.
"Mana suratnya." Bersinar mata Atirah bila mendengar pertanyaan tersebut. Surat di tangannya segera diletakkan di atas meja Bossnya itu. "Lupa saya nak bagi tahu, awak masih dalam tempoh percubaan kan." Atirah menganguk laju. "Kalau bergitu, awak sebenarnya hanya boleh cuti sehari sahaja dalam sebulan. Kalau nak cuti lebih, gaji akan dipotong mengikut cuti yang dipohon." Terang Rizal. Atirah menganguk faham. "Faham Boss. Terima kasih kerana meluluskan cuti saya. Saya keluar dulu." Atirah menghadiahkan senyuman paling manis kepada Bossnya sebelum dia berlalu keluar, tanda terima kasihnya. Rizal terpana.... Seminggu tu, lama. Aku mesti rindu. Hai Rizal, seminggu la kau tak dapat tengok jantung hati kau ni. Getus hati Rizal. Sebuah keluhan dilepaskan.
Atriah berpura-pura sedih apabila melihat Kak Ana yang masih setia di tempat Atirah. Atirah melangkah merapati Kak Ana. Melihat wajah Atirah yang sedih, Kak Ana beranggapan cuti Atirah tidak diluluskan. Kak Ana cuba memujuk. "Sabar la Tirah. Nak buat macam mana, mungkin tak ada rezeki Tirah nak cuti minggu depan." Atirah tersengeh mendengarnya. Dia melayangkan surat cutinya yang telah diluluskan di hadapan Kak Ana sambil senyum panjang dibibirnya. " O...kenakan Akak ye." Sebuah cubitan hinggap di tangan Atirah. Dia terjerit kecil. Keramahan yang ditunjukkan Kak Ana amat disenangi Atirah. Sejak mula Atirah bekerja di sini lagi Kak Ana amat ramah dengannya. Kata Kak Ana, Atirah seperti adiknya. Ibu kepada dua orang anak ini seorang yang mudah mesra dan ramah dengan setiap orang. Namun, masih ada yang tidak menyenangi Kak Ana kerana beranggapan Kak Ana seorang kaki gosip. Siapa lagi kalau bukan Encik Syafiq yang tidak menyukai Kak Ana. Ini kerana Kak Ana sering memberi peringatan kepada wanita-wanita muda di pejabat itu supaya berhati-hati dengan dirinya yang seorang buaya darat.
Atirah kembali menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Kak Ana juga telah bergerak ke tempat duduknya semula. Atirah sempat memandang sekelilingnya, kelihatan semua sibuk meneruskan kerja masing-masing tidak menghiraukan dirinya. Atirah turut meneruskan kerjanya semula.
Atirah leka membuat kerjanaya sehinggakan Amira, setiausaha Rizal berdiri di hadapan mejanaya tidak disedari. Amira mengetuk meja Atirah kerana melihat Atirah tidak memandangnya. "Opocot mak kau!" Atirah terkejut. "Eh Mira, terkejut Tirah. Lain kali bagi la salam. Nak luruh jantung Tirah. Jantung ni nak pakai lama tau." Rungut Atirah kepada Amira yang hanya tersengeh dihadapannya. "Jom pergi lunch." Atirah melirik matanya ke arah jam di tangan. La dah pukul 1.00 petang, patut la aku lapar. "Khusyuknya aku tengok kau Tirah, nak jadi pekerja contoh ke sampai waktu lunch pun kau nak buat kerja." Amira mengenakan Atirah. Atirah buat muka bodoh sahaja. Malas nak layan. "Jom lunch. Kak Ana mana?" "Dia ke tandas sekejap. Kita tunggu dia kat bawah." Amira membalas. Atirah dan Amira berjalan beriringan ke lif. "Eh, tadi kau masuk jumpa Boss siap bawa kopi apa hal?" Soal Amira ingin tahu. "Aku minta cuti minggu depan, seminggu." Atirah menjawabnya sekadar membalas pertanyaan Amira. Amira tidak berpuas hati. "Seminggu kau cuti, lamanya. Kau nak bertunang ke?" Amira sekap jarang. "Hish kau ni, ke situ pula. Aku ada hal keluarga la. Kalau aku nak bertunang pun apa salahnya." Balas Atirah. "Kalau kau bertunang, alamat makan hati ulam jantung la Boss kita tu." Tambah Amira. "Kenapa pula yang dia nak makan hati ulam jantung kalau aku bertunang?" Soal Atirah tidak memahami maksud Amira. "Kau tak tahu ke yang Boss tu ada hati kat kau." "Mira, kau jangan nak pandai-pandai. Dengar orang lain mampus aku." Atirah tidak suka dirinya dikaitkan degan Bossnya itu. Dia sudah serik bercinta satu pejabat. Akibatnya dia berhenti kerja. "Betul....aku selalu tengok Boss kita tu selalu cari alasan nak cakap dengan kau. Masa kau tak ada dekat tempat kau, dia sering tanya aku kau ke mana. Dulu kalau nak kopi, dia suruh aku yang buatkan, sekarang dia minta kau buatkan." Amira mengukuhkan lagi kata-katanya. "Ala kau ni Mira, tak de maknanya. Hal kopi tu aku tahu kenapa dia suruh aku yang buatkan bukan kau." Atirah mengenyit matanya kepada Amira. Amira hairan. "Kopi kau tak sesedap kopi aku buat." Atirah ketawa kecil dihujung katanya. "Tak guna kau Tirah, kau kata air kopi aku buat tak sedap ye." "Bukan tak sedap, tapi tak boleh lawan kopi yang aku buat, lagi sedap." Atirah mengusik Amira.
"Eh, mana Kak Ana ni? Aku dah lapar tahap gaban ni." Atirah cuba mengubah topik mereka. "Ha...tu Kak Ana tengah lenggang kangkung tu." Amira memuncungkan mulutnya ke arah Kak Ana yang sedang melangkah mendapatkan mereka berdua. "Sorry ye....perut Akak meragam sikit. Tu yang lambat ni." Luah Kak Ana sambil memegang perutnya. "Akak okey ke.....kalau tak okey kita ke klinik dulu." Atirah risau melihat wajah Kak Ana seperti menahan kesakitan. "Akak okey...senggugut je ni." Mereka bertiga meneruskan niat untuk pergi menikmati makan tengah hari.
*peribahasa cacing kepanasan: gelisah