Chereads / Milik siapakah hati ini / Chapter 9 - Bab 9

Chapter 9 - Bab 9

Atirah merebahkan diri di sofa. Perjalanan pulang dari Pulau Pangkor amat memenatkan. Datin Nora mendesak Atirah untuk tidur di Villa Akura namun Atirah tetap berkeras untuk balik ke rumahnya pada malam itu juga.

"Ati kan dah penat, tidur sini je la." Pujuk Datin Nora.

"Esok Ati kerja Ma, kalau dari rumah dekat sikit nak ke office nanti." Atirah memberi alasan.

"Tak pe, esok Abah hantar Ati gi kerja." Dato' Kassim menyokong isterinya.

"Kesian Abah, nanti abah yang lambat gi office. Arah ke office Ati tak sama dengan office Abah." Atirah menghantar isyarat meminta bantuan kepada abangnya. Orang minta tolong ni, dia boleh buat bodoh je. Nanti abang, ada lori ada bas, lain hari, Ati balas. Abang minta tolong nanti Ati tak nak tolong. Atirah menjeling geram pada abangnya. Nizan mengangkat keningnya melihat jelingan adiknya. Ade la tu nanti aku kena kalau tak tolong ni, Nizan tahu nasib dirinya di tangan Atirah.

"Ma, biarlah adik Ma, dia rindu Tikah kot tu. Lagi pun Abah kan ada meeting esok pagi dengan Abang tentang projek baru tu, mana boleh lambat." Nizan cuba membantu.

"Ha....betul tu, meeting Boss mana boleh lambat. Kena tunjuk sikap yang baik pada pekerja." Atirah menyokong kata-kata Abangnya sambil menunjukkan wajah comel kepada Dato Kassim dan Datin Nora. Akhirnya Atirah berjaya memujuk mamanya dengan syarat dia akan menemani Datin Nora pada minggu hadapan.

Setelah berehat sebentar, Nizan menawarkan diri menjadi pemandu Atirah untuk menghantarnya balik. Sepanjang Atirah bercuti, keretanya ditinggalkan di rumahnya untuk kegunaan Atikah.

Atirah tertidur dalam perjalanan balik ke rumahnya. Nizan hanya tersengeh melihat adiknya dibuai mimpi dengan mulut yang sedikit terbuka. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan untuk menolong adiknya menurunkan kerusi supaya Atirah lebih selesa untuk tidur. Nizan menggelengkan kepalanya apabila Atirah masih nyenyak tidur walaupun kereta yang dipandunya telah tiba di destinasi. Nizan tidak sampai hati untuk mengejutkan adiknya. 30 minit telah berlalu, namun Atirah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan terjaga dari tidurnya. Tidur mati ke ni, soal Nizan dalam hatinya. Hari semakin malam, Nizan terpaksa kejutkan Atirah dari tidurnya kerana dia juga sebenarnya ingin cepat pulang ke rumah untuk tidur.

"He sleeping beauty, wake up. Dah sampai rumah Ati ni." Nizan menggoyangkan sedikit bahu adiknya. Perlahan-lahan Atirah membuka matanya dan melihat sekeliling.

"Dah sampai," hanya itu yang keluar dari mulut Atirah sambil tangannya menggosok matanya. Sungguh dia amat letih, kalau tidak kerana esok dia kerja, mahu sahaja dia tidur di Villa Sakura. Nizan sengeh melihat gelagat adiknya dan terus keluar dari kereta untuk membantu Atirah keluarkan barang-barangnya daripada kereta.

Nizan mengangkat beg adiknya, "beratnya, apa ni? Isi batu ke?" Nizan bersuara sambil tangannya meletakkan beg tersebut dalam rumah Atirah.

"Bukan batu tapi hadiah untuk kawan-kawan office," balas Atirah.

"Untuk kawan-kawan je yang Ati beli, untuk abang tak de la tu." Nizan pura-pura sedih.

"Ada, Ati dah letak dalam bilik abang tadi. Balik nanti tengok la. Harap abang suka." Jelas Atirah.

"Abang pun ada sesuatu untuk Ati." Nizan mengeluarkan sebuah kotak kecil yang telah dibalut cantik dan menyerahkannya kepada Atirah. "Untuk Ati," Nizan tersenyum melihat mata adiknya seperti bercahaya melihat hadiah di tangan.

"Boleh Ati buka sekarang?" Belum sempat Nizan membalasnya tangan Atirah cepat sahaja mengoyak balutan hadiah itu dengan rakus sekali. Nizan hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat kelakuan adiknya. "Tak sabar," luah Nizan.

Atirah tersengeh mendengar komen Nizan, namun tangannya cepat membuka kotak hadiah tersebut. Seutas rantai tangan mutiara kelihatan. "Ini....."Atirah seakan kenal rantai tangan mutiara ini.

"Ye, yang kita tengok hari tu." Nizan menyambung kata-kata adiknya yang terhenti.

"Mana abang tau yang Ati suka?" Soal Atirah dengan senyuman manisnya semakin mekar dibibir.

Nizan mengeluarkan rantai tangan itu daripada kotaknya dan memakaikannya di tangan adiknya. "Abang tengok pun dan tahu Ati suka."

"Terima kaslih abang," luah Atirah dan tanpa segan silu dia memeluk erat tangan abangnya.

"Malu la orang tengok." Luah Nizan sambil cuba melepaskan diri daripada adiknya.

Atirah mencebik bibirnya dan melepaskan tangan Nizan. Cepat sahaja Nizan memicit hidung Atirah setelah dia terlepas daripada adiknya.

"Hei...." Marah Atirah.

"Dah gi masuk, abang nak balik ni." Nizan mengarahkan Atirah masuk ke dalam rumah segera dan dia kembali ke kereta.

"Bye, abang. Sampai rumah bagi tau Ati, assalamualaikum." Atirah melambai ke arah abangnya. Nizan menjawab salam adiknya dan dia melambai kembali kepada Atirah dengan senyuman masih dibibir sebelum dia terus memandu pulang. Dia senang dengan sikap kebudak-budakkan adiknya itu. Walaupun mereka sudah dewasa, Atirah tetap melayannya sama seperti mana semasa mereka masih kecil. Nizan tidak pernah bosan melayan kerenah adiknya.

Atirah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu dengan segera.

"Eh, mana Tikah ni? Dalam bilik ke? Tak kan tak dengar aku dah balik." Omel Atirah sendirian sambil dia cuba membawa masuk begnya ke dalam bilik. Atirah mengetuk pintu bilik sahabatnya, namun tidak berjawab. Atirah mengeluarkan telefon bimbitnya daan menghantar pesanan ringkas kepada Atikah memalui WhatsApp.

"Salam. Kau kat mana?"

"Wsalam. OTW (on the way) nak sampai rumah." Balas Atikah.

Atirah hairan. "Kau di luar?"Jam di dinding dijeling menunjukkan sudah hampir 10.00 malam. whatsApp yang dihantar tidak berbalas.

Atirah terdengar deruan enjin kereta di luar rumahnya. Ya Allah, boleh aku tak perasan yang kereta tak de kat depan rumah. Tirah nak jadi apa kau ni. Atirah mengetuk kepalanya sendiri dengan kecuaian dirinya.

Atirah mendengar bunyi anak kunci dipintu. Sudah pasti Atikah sedang membukanya dari luar. Idea nakal Atikah untuk kenakan sahabatnya datang. Atikah membuka pintu dan terkejut dengan jeritan Atirah.

"Surprise!!" Atirah menjerit sekuat hatinya. Melihat Atirah, Atikah turut sama menjerit keriangan. Dia gembira yang sahabat baiknya telah pulang. "Rindunya aku kat kau."Atirah dan Atikah berpelukan sebentar.

"Eee...masam la kau ni." Atirah pura-pura menolak sahabatnya ke tepi. Atikah hanya mencebik mulutnya mendengar komen Atirah, namun dia tidak ambil hati. Atikah tahu Atirah bergurau dengannya.

"Bila kau sampai?" soal Atikah.

"Baru je. Belum panas duduk aku ni kau dah baik." Jelas Atirah."Kau dari mana? Lambat kau balik. Tak kan dari office kot?" Atirah menyoal sahabatnya.

Wajah Atikah berubah menjadi masam mendengar pertanyaan Atirah. "Aku kena over time hari ni. Ada masalah sikit kat office tadi. But don't worry, everyting dah settle." Atikah duduk melepaskan penat di sofa.

"Kau pergi la mandi dulu. Aku tunggu kau kat bilik aku. I have something special for you." Atirah menghadiahkan senyuman menggoda pada Atikah. Atikah ketawa kecil melihat gelagat Atirah. Ada-ada saja budak sorang ni.

....

Nizan sampai di Villa Sakura tepat jam 10.00 malam. Dia segera menghantar WhatsApp mesej kepada adiknya memberitahu bahawa dia telah selamat sampai di rumah. Datin Nora melihat Nizan sedang sibuk menaip mesej lalu menegur anak bujangnya. "Abang baru sampai. Lama abang hantar adik balik, kenapa baru sampai ni? Adik okey ke?"

"Adik okey ma. Tadi masa hantar adik, adik tertidur dalam kereta. Abang tak sampai hati nak kejutkan dia bangun. Tu yang lambat tu." Nizan menjelaskan kepada mamanya.

"Hemm....dah lewat ni, gi lah rehat." Ucap Datin Nora kepada Nizan.

"Hem...Good night Ma, assalamualaikum." Datin Nora hanya mampu tersenyum memandang anak bujangnya itu berlalu, belum sempat salamnya berjawab Nizan sudah tiada. Nizan tidak sabar untuk segera melihat apakah hadiah yang adiknya sediakan untuknya. Pintu biliknya dibuka dan Nizan melihat sekeliling bilik tersebut mencari di mana hadiah yang dikatakan oleh Atirah. Nizan tersenyum melihat sebuah kotak kecil cantik di atas tilamnya. Nizan mencapai kotak tersebut dan segera membukanya. Jam poket yang nampak klasik itu dibeleknya. Apabila penutup jam tersebut dibuka, alunan muzik lembut kedengaran. Nizan tersenyum, dia suka hadiah daripada adiknya itu. Mata Nizan terpandang sekeping nota yang diletakkan bersama kotak hadiah tersebut.

'Buat abang yang Ati sayang. Ati bersyukur menjadi adikmu. Ati amat bahagia menjadi sebahagian insan yang ada dalam hidup abang. Masa amat berharga. Masa yang telah berlalu tidak mungkin boleh diganti. Ati hadiahkan jam ini sebagai tanda Ati menghargai setiap detik kita bersama. Seandainya taktir memisahkan kita sekeluarga, ingatlah yang abang ada adik bernama Atirah.'

Adikmu Atirah.

Nizan berulang kali membaca nota yang ditinggalkan oleh adiknya itu. Dia merasakan sepeti sesuatu yang tidak kena pada adiknya. Telefon bimbitnya dicapai dan dea segera mencari nama adiknya dalam senarai kenalannya.

Talian bersambung, "Hello Ati, abang ni. Apa maksud Ati?" Nizan terus menyoal adiknya.

Atirah terkejut. "Waalaikumsalam," Atirah mengenakan abangnya. Tu la, main terjah lagi. Atirah senyum sendirian.

Nizan terdiam, dia sedar kesilapan dirinya. "Assalamualaikum." Nizan terdengar ketawa kecil Atirah di hujung talian.

"Tahu pun nak bagi salam, waalaikumsalam."

Nizan tidak endahkan dirinya yang diketawakan oleh Atirah. Dia terus menyoal adiknya sekali lagi. "Apa maksud Ati?"

"Maksud apa?" Atirah bingung, dia tidak memahami soalan abangnya.

Nizan membaca isi nota adiknya itu dan mengulangi soalan yang sama. Dia inginkan penjelasan segera. Jika tidak dia tidak boleh tidur. Apa yang dimaksudkan Atirah? Adakah adiknya akan pergi menginggalkan keluarga atau Atirah ada masalah yang perlu Atirah pergi jauh dari keluarga.

"ooo....tu, maksudnya Ati hargai masa kita bersama. Ati bahagia punyai abang yang sayangkan Ati. Ati nak jadi adik abang selama-lamanya, kalau abang sudi." Jelas Atirah.

Nizan terdiam sebentar. Dia memahami isihati adiknya. Atirah masih merasakan dirinya menumpang kasih sayang keluarga.

"Adik....abang pun bahagia dapat adik macam Ati. Abang...abang nak Ati tahu yang abang tak pernah anggap yang Ati orang luar. Abang rasa keluarga kita tak lengkap tanpa Ati. So....abang harap Ati tak fikir yang bukan-bukan. Kalau Ati ada masalah bagi tau abang. Ati tahu kan yang...."Nizan berhenti berbicara. Tersentuh hatinya mendengar luahan Atirah tadi.

"Tahu apa?" Soal Atirah.

"Tahu kan....susah abang nak cari adik yang nakal macam Ati ni. Menghiburkan tapi kuat merajuk." Nizan kenakan adiknya. Dia ingin kembalikan keceriaan dalam perbualan mereka.

"Abang ni....kenakan adik pula. Ala, abang tu cakap je sayang adik, tapi nanti dah ada wife siapalah kita nak bandiang dengan wife dia." Atirah cuba untuk mengenakan abangnya.

"Nantilah abang carikan kak ipar yang penyayang macam abang untuk Ati." Seloroh Nizan.

"Angkat bakul." Atirah mengejek.

"Apa pula *angkat bakul, betul la. Abang Ati ni seorang penyayang." Balas Nizan.

"Ye la,ye la abang menang. Abang memang penyayang, baik hati, suka batu orang...." Atirah mengaku kalah.

Nizan tersenyum suka mendengar pujian adiknya,"lagi-lagi."

"Tu je la...dah la, Ati nak tidur. Assalamualaikum." Atirah terus mematikan talian. Telefon bimbitnya diletakkan di meja bersebelahan katilnya supaya senang untuk dia matikan bunyi jam yang dikuncinya. Abang ni kalau dilayan mahu aku tak tidur malam ni. Atirah senyum sendirian.

Nizan memandang telefon bimbitnya yang sepi, kepalanya digelengkan. Apa la budak ni. Dia main letak je terus. Aku tak habis cakap lagi. Hai, Ati..Ati. Nizan menyimpan hadiah dan nota yang diterima dan dia berlalu ke bilik mandi membersihkan dirinya, bersedia untuk tidur.

*Peribahasa angkat bakul: bermaksud memuji diri sendiri