Chereads / Milik siapakah hati ini / Chapter 7 - Bab 7

Chapter 7 - Bab 7

Setelah Hariz menuaikan kewajipannya sebagai hamba-Nya, dia bergegas keluar dari biliknya menuju ke pantai, dalam fikiranya hanya satu 'Atirah'. Dia ingin cepat bertemu dengan gadis itu. Entah mengapa dia merasakan degupan jantungnya seperti berdebar-debar. Setiap langkah yang diatur semakin laju. Tiba di pantai, Hariz melihat sekeliling mencari bayang Atirah.

Awal sangat ke aku ni...Hariz menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memerhati sekeliling pantai sekali lagi kalau-kalau dia terlepas pandang. Hariz hampa, Atirah tiada di pantai. Hariz melangkah mendekati ombak dan memejamkan matanya sambil tangannya dibuka luas ke arah lautan. Dia cuba untuk menenangkan hatinya ingin sangat berjumpa dengan gadis pujaannya. Hehehe... Ha riz, baru beberapa kali kau jumpa dia dah jadi gadis pujaan. Hariz tersenyum dengan telahan fikirannya sendiri. Hembusan bayu pagi amat menyegarkan dan berjaya mententeramkan hatinya. Tanpa Hariz sedari perbuatannya itu diperhatikan oleh Atirah dari jauh. Atirah menghampiri Hariz. "Hem....hem.."Eh, tak dengar ke. "Hem...hem.." Melihat Hariz yang tidak berpaling, Atirah membiarkan Hariz dan duduk melihat Hariz yang berada dekat di sebelahnya.

Amboi, tak perasan ke aku kat sebelah ni. Atirah meneliti Hariz. Orangnya agak tinggi, tinggi daripada abang Nizan. Mempunyai senyuman yang menawan dan mata yang mengasyikkan yang mengganggu tidur malam Atirah. Dada yang bidang, sesuai untuk dipeluk. Merona merah wajah Atirah apabila dia teringatkan yang dirinya pernah dipeluk Hariz dengan tidak sengaja beberapa hari yang lalu.

Setelah seketika, Hariz membuka matanya dan melangkah untuk pergi mencari Atirah. Namun, sekali lagi dia melanggar sesuatu. "Aduh!" terkejut Hariz melihat apa yang dilanggarnya adalah Atirah. "Sorry, sorry tak sengaja." Pantas Hariz meminta maaf. "It's okey...tahu Riz dah tamat belajar." Hariz membulatkan mata memandang Atirah tanda dia tidak memahami maksud Atirah itu. "Tamat tuntut ilmu langgar orang kan." Atirah senyum manis kerana dapat mengenakan Hariz sekali lagi. Pecah ketawa Hariz. "Ati masih ingat yang tu." Atirah ketawa kecil melihat Hariz yang seperti tidak percaya yang dirinya terkena lagi. Gadis ini lain dari yang lain. Ceria dan ada sahaja idea nakalnya yang menghiburkan hati Hariz. Hariz turut duduk di sebelah Atirah.

"Awal hari ni." Aritah memandang Hariz yang sedang duduk di sebelahnya.

"Riz awal ke Ati yang lambat." Balas Hariz dengan senyuman dibibir. Terpana Atirah seketika melihat senyuman yang menawan hatinya. Atirah cuba berlagak biasa dengan menjeling jam di tangan, 8.30 pagi. "Ati yang lambat."

"Orang lambat kena denda tau." Balas Hariz lagi.

Atirah membulatkan matanya memandang Hariz seperti tidak percaya pada kata-kata jejaka di sebelahnya."Denda? Denda apa?"

Hariz ketawa kecil. "Denda belanja breakfast. Riz lapar, belum breakfast. Temankan Riz makan." Hariz tersengeh memandang Atirah yang ketawa kecil de sebelahnya.

"Jom". Atirah dan Hariz bangun dari duduk dan berjalan seiringan menuju ke restoran yang berdekatan.

Ramai orang yang sedang bersarapan di Restoran tersebut. Beraneka pilihan makanan ada di sini. Berkonsepkan layan diri, pelanggan perlu memesan makanan di kaunter dan membuat pembayaran. Makanan akan dihantar ke meja. Atirah dan Hariz mengambil tempat duduk.

"Ati nak makan apa? Riz order kan untuk Ati."

"Ati tak nak makan. Teman Riz je. Ati dah makan tadi dengan mama, tu yang lambat sikit." Luah Atirah tanpa selingung.

"Minum?" Soal Hariz.

"Hem....Orange juice."

Hariz berlalu membuat pesanan makanan. Atirah memandang sekeliling dan tersenyum sendirian melihat telatah pelanggan di restoran ini yang bergitu menikmati makanan mereka. Setelah membuat pesanan makanan, Hariz kembali ke meja dan duduk di hadapan Atirah. Melihat senyuman Atirah, Hariz mengangkat keningnya seperti menyoal Atirah. "Tak de pape. Terhibur dengan gelagat orang di sini." Atirah mambalas seperti memahami maksud Hariz.

Atirah dan Hariz berbual kosong sambil menunggu makanan tiba. Seorang pelayan mendekati meja mereka dengan hidangan yang telah di pesan. Roti bakar, teh tarik dan jus oren.

"Tak nak ke?" Hariz menghulukan roti bakarnya kepada Atirah. Atirah menggelengkan kepalanya. "Dah kenyang."

"Berapa lama Ati bercuti di sini?" soal Hariz sambil meningmati sarapannya.

"Seminggu, tinggal dua hari je lagi di sini. Rasa macam tak nak balik kerja. Best kat sini." Balas Atirah.

"Ati kerja di mana?"

"Menara Holding."

"Eh....Hariz ada kawan yang kerja kat sana. Mungkin Ati kenal, Khairil."

"Mohamad Khairil Bin Mustafa?" soal Atirah. Haris menganguk kepalanya. "Betul la tu. Dia la." Jawab Hariz.

"En. Khairil tu kawan Riz? Biar betul." Atirah tidak percaya.

"Kenapa, tak percaya?" Hariz tersenyum.

Atiah mengangguk kepalanya. "Ye, tak percaya. En. Khairil tu serius, tak banyak cakap. Macam mana dia boleh kawan dengan awak yang mulut banyak ni." Atirah sungguh tidak percaya.

"Riz kenal dia dari zaman sekolah tau. Kawan satu sekolah. Jangan ingat dia tu pendiam, kalau dah kenal rapat, tau la Ati." Hariz membalas. Aku mulut banyak ke, dengan dia je kot aku cakap banyak. Omel Hariz di hatinya. Hariz juga sebenarnya seorang yang tidak suka bercakap. Dia hanya akan bercakap jika ada perkara penting sahaja atau ada hal yang perlukan dia bercakap. Selain itu, Hariz juga hanya bercakap atau ketawa dengan ahli keluarganya sahaja dan kawan yang rapat dengannya. Namun, setelah kenal Atirah, Hariz tidak tahu mengapa dia suka berbalas kata dengan gadis ini. Dia rasa dirinya seperti orang lain apabila berhadapan dengan Atirah. Mudah sahaja dia ketawa dihadapan Atirah. Kalaulah stafnya melihat, mesti terkejut beruk.

Hariz tidak mahu meneruskan perbualan tentang kawannya itu. Dia ingin tahu lebih banyak tentang gadis dihadapannya ini.

"Dah lama ke Ati kerja kat sana? Riz pernah juga pergi pejabat Khai, tak nampak Ati pun."

"Ati menyorok, tu yang tak nampak tu." Atirah berseloroh.

"Ati menyorok?" Hariz kehairanan.

Atirah ketawa kecil, suka melihat perubahan riak wajah Hariz. "Tak de la....Ati baru je kerja kat sana. Baru nak masuk dua bulan. Mungkin masa Riz pergi tu Ati belum bekerja di sana."

Atirah senang berbual dengan Hariz. Terdetik di hati Atirah mengapa dirinya gembira setiap kali bertemu Hariz. Ada sahaja topik yang dibualkan. Atirah tidak jemu mendengar suara Hariz yang seperti nyanyian lagu merdu baginya.

.......................

"Hi..Boleh join?" Nizan menyapa adiknya. Setibanya dia di restoran itu, Nizan ternampak adiknya sedang rancak berbual dengan seorang lelaki. Melihat wajah adiknya seperti terlekat tulang, pecah ketawa Nizan. Wajah terkejut Atirah amat melucukan. Hariz turut sama rasa ingin ketawa. Namun, dia menahannya takut gadis dihadapannya marah dan merajuk.

"Abang!" Kuat suara Atirah memarahi Nizan dan tangannya cuba untuk mencubit abangnya. Nizan mengelak dan meletakkan minuman di tangan ke atas meja. Nasib baik minumannya tidak tumpah. Dia menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Hariz. "Nizan, abang Atirah." Nizan memperkenalkan dirinya. Hariz menyambut salam dan memperkenalkan dirinya kepada Nizan. Nizan mengambil tempat di sebelah adiknya.

"Dah lama kenal Ati?" Nizan memulakan perbualan. Namun, yang menjawab soalan Nizan adalah adiknya."Apa la Abang ni, Riz ni kawan Ati kat sini la. Mesti la baru kenal." Hariz hanya tersenyum nipis. Belum sempat dia menjawab dah ada pembantu yang sibuk menjawab.

"Ye ke....ingat Ati bawa boyfriend datang sekali tak bagi tau Abang." Nizan menyakat adiknya. Merona merah wajah Atirah. Atirah gelabah, "Apa Abang ni, jangan nak takutkan Hariz. Riz, jangan layan orang senget ni." Hariz hanya membals kata-kata Atirah dengan senyuman. Dia cuba berlagak selamba. Juntungnya berdegup cepat sekali. Adakah abang Atirah tahu niat di hatinya? Tak mungkin.

Sementara itu, sempat juga tangan Atirah mencubit abangnya di sisi. "Aduh, sakit la. Hariz kalau nak cari girlfriend, jangan cari yang macam ketam ni. Nanti hari-hari kena sepit." Nizan menggosok tangannya yang dicubit oleh Atirah. Sambil itu, dia cuba memerhati perubahan lelaki di hadapan adiknya itu. Kuat perasaan Nizan mengatakan lelaki ini ada niat terhadap adiknya dan dia juga merasakan yang Atirah turt mempunyai perasaan terhadap Hariz.

Nizan seorang yang mudah mesra. Hariz tidak kekok berbual dengan Nizan. Sebenarnya Nizan dan Atirah yang banyak berbicara, Hariz hanya menjadi nasi tambah sahaja dalam perbualan mereka.

Sedang mereka berbual tiba-tiba Nizan menguatkan suaranya,"Allah, Abang lupa la Dik!" terkejut Atirah dan Hariz dengan kelakuan Nizan. Nizan tersengeh, "kita ada snorkeling petang nanti. Abang lupa nak tanya Ati, nak pergi ke tak? Mama dan Abah on, abang pun on. Tinggal Ati je yang belum bagi jawapan." Nizan mengunggu jawapan adiknya.

"Okey, Ati on juga." Atirah memandang Hariz, "Riz nak join. Jom tengok Nimo." Ajak Atirah tanpa segan silunya. Hariz cuba menolak pelawaan Atirah kerana dirinya berlum bersedia untuk berjumpa dengan ibu dan ayah Atirah. Biar betul, aku belum ready nak berjumpa bakal mak mentua ni, omel Hariz dalam hatinya. Melihat wajah Hariz yang teragak-agak "Riz tak pandai berenang ke? Tak pe, life jacket ada. Ati pun tak pandai." Atirah menyangka yang Hariz tidak mahu ikut kerana dia tidak tahu berenang. Sungguh Atirah tidak ada niat lain mengajak Hariz memyertai mereka. Bagi dirinya 'the more, the merrier'.

Nizan tersengeh pada adiknya. Lurus bendul juga adik aku ni.

"Sorry, Riz ada meeting petang ni. Tak boleh join." Hariz membalas.

"Oh, tak pe. Ati tolong kirim salam Riz pada Nimo." Balas Atirah berseloroh.

"Bukan Nimo, Clownfish la." Nizan megenakan adiknya. Atirah menyebikkan bibirnya pada abangnya, "Sama la tu. Nama dia dalam movie kan Nimo." Nizan menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Atirah. Hariz senyum nipis melihat kemesraan Atirah dengan Abangnya. Petulant mereka terhenti dengan bunyi deringan telefon bimbit Hariz. Hariz meminta izan untuk menjawab panggilan telefon tersebut. Setelah menjawabnya, Hariz meminta diri kerana ada urusan yang perlu dia selesaikan.

"Hai, tak sampai hati ke?" Nizan menyakat adiknya apabila melihat Atirah memandang lama ke arah Hariz berlalu tadi. Atirah mengerutkan dahinya tanda dia tidak mengerti maksud abangnya itu.

"Tak sampai hati melihat buah hati pergi." Sambung Nizan dengan senyuman nakalnya.

"Orang kawan je la. Apa yang tak sampai hatinya? Tah-tah Hariz tu dah ada girlfriend." Atirah membuat wajah selamba pada abangnya.

"Ye la tu." Balas Nizan yang masih ingin menyakat adiknya. Atirah menjeling pada Nizan. "Malas layan Abang. Ati nak pergi cari mama ngan abah." Atirah bingkas bangun dari kerusi dan segera berlalu meninggalkan abangnya. Nizan cepat membontoti adiknya. Dia tidak mahu ditinggalkan seorangan di situ.