Hair ini Atirah awal. Atirah melihat jam di tangan, hampir 8.00 pagi. Hariz belum kelihatan. Seperti biasa, mereka berdua telah berjanji untuk bertemu di pantai. Hari ini adalah hari terakhir Atirah di sini. Atirah ingin memberi tahu Hariz yang dirinya akan pulang ke Kuala Lumpur esok.
Atirah merenung lautan di hadapannya. Rasa sayang ingin berpisah dengan pulau yang indah ini. Atirah tenang di sini. Kenangan bersama nenek kesayangan mengutip cengkerang di pantai terbayang-bayang di matanya. Tangan nenek yang mengusap rambut Atirah yang pangjang mengurai seakan-akan masih terasa, Atirah tersenyum sambil mengusap rambutnya sendiri.
"Ati nak buat apa dengan cengkerang yang banyak ni. Kat rumah dah banyak Ati simpan." Soal Nek Jah lembut memandang cucu kesayangan.
"Ati nak simpan Nek, nak buat koleksi. Cantik la cengkerang ni Nek." Atirah sambung mengutip cengkerang sambil melemparkan senyuman manis kepada neneknya.
"Mari kita balik, hari dah senja." Nek Jah memandang langit melihat matahari jatuh menandakan hari siang akan berlalu dan malam akan tiba.
Air mata Atirah tumpah lagi apabila terkenangkan neneknya. Pemergian Nek Jah menemui Ilahi adalah kenangan yang cuba Atirah lupakan. Rasa pilu di hati tidak dapat dilupakan walaupun telah sekian lama neneknya pergi.
"Assalamualaikum" Hariz memberi salam kepada Atirah yang masih tidak menyedari kehadirannya di situ. Salamnya tidak berjawab. Tak dengar ke. Hariz memberi salam sekali lagi. Kali ini Hariz melihat Atirah telah menyedari kehadirannya. Pantas Atirah menyapu air mata di pipinya sebelum berpaling melihat Hariz. Terkejut Atirah memandang Hariz yang sangat hampir dengan dirinya.
"Waalaikumsalam. Dah lama Riz sampai, sorry tak perasan." Atirah cuba senyum untuk menutup malu dirinya.
Hariz terkejut melihat mata Atirah yang merah seperti baru lepas menangis. "Ati menangis ke? Kenapa ni Ati?" Soal Hariz bimbang.
"tak adalah, mata Ati masuk pasir." Atirah senyum, cuba untuk meyakinkan Hariz. Namun, Hariz tahu yang Atirah tidak mahu memberitahunya sebab mengapa Atirah menangis. Biarlah, mungkin belum masanya dirinya tahu tentang itu. Hariz sedapkan hati sendiri.
Keadaan menjadi sunyi. Hanya deruan ombak memukul pantai kedengaran. Tiupan angin bayu yang lembut menyamankan suasana. Atirah diam seribu bahasa, merenung jauh di lautan. Hariz memandang Atirah, "Mengapa diam? Tak sudi berkawan dengan Riz dah ke?" Bicara Hariz memecah sunyi di antara mereka. Melaihat gadis di sisi tersenym, hati Hariz terasa hilang satu bebanan. Hariz cuba menunjukkan wajah sedih.
"Merajuk ke? Mari sini Ati pujuk." Atirah cuba berjenaka. Dia tahu yang Hariz hanya pura-pura sedih. Atirah ingin menceriakan suasana di antara mereka.
"Ala bucuk-bucuk, intan payung. Orang kata kalau orang tua merajuk buruk. Senyum la sikit." Hariz ketawa mendengar pujukan Atirah. Dirinya dilayan macam kanak-kanak oleh Atirah. Hariz pelik dengan dirinya sendiri. Selama ini, dirinya tidak mudah ketawa dihadapan orang yang baru dia kenal atau lebih tepat lagi dihadapan perempuan. Dia sering menunjukkan wajah yang serius seperti ada dinding yang menghalang untuk dia menjadi dirinya yang sebenar. Namun dengan Atirah, dia merasakan dirinya mudah sahaja ketawa. Tiada penghalang yang memisahkan dirinya dengan gadis ini. Walaupun tempoh perkenalan mereka hanya berusia seminggu, Hariz merasakan yang dirinya seperti telah lama mengenali Atirah. Adakah ini dikatakan cinta? Hariz tidak pasti.
Aku baru je kenal dia. Baru seminggu kenal tak kan dah jatuh hati.
Baru kenal ke, lama kenal ke bukan soalnya, kau dah macam orang gila bayang. Tiap malam sebelum tidir kau teringtkan dia. Sebelum ni, bukan tak ada perempuan yang nak dekat dengan kau, kau tak layan langsung. Kenapa dengan dia kau lain?
Dia lain....
Hariz, kenapa dia lain?
Hariz sedang berperang dalam hatinya.
Setelah reda ketawa Hariz, keadaan kembali sunyi. Atirah hanya tersenyum memandang Hariz yang seperti dalam dunianya sendiri.
"Dah seminggu kita kenal." Atirah bersuara.
"Riz rasa macam dah lama kenal Ati. Macam dah bertahun Riz kenal Ati." Ujar Hariz.
Atirah mencebik bibinya mendengar kata-kata Hariz. "Ye la, orang tu tanya semua kita jawab, tapi orang tu tak cerita sikit pun tentang orang tu pada kita." Atirah pura-pura merajuk.
"Maksud Ati?" Hariz hanya mampu memandang Atirah yang sudah memuncungkan mulutnya. Dah boleh sangkut baju pada muncung Atirah. Hariz tersenyum.
"Riz tahu kan Ati kerja di mana? Kenal dengan abang Ati? Tahu tujuan Ati di sini?" Atirah melihat Hariz menganggukkan kepala kepada setiap soalan yang diajukan. Atirah menyambug, "Ati tak tahu pun tentang Riz. Riz kerja apa? Buat apa datang sini? Berapa adik-beradik? Ye la, siapa la kita ni nak tahu hal dia."
Ooo....itu rupanya yang buat dia merajuk. Hariz membalas, "Tu je yang Ati merajuk, muncung sedepa ni?" Hariz ketawa kecil. Hariz mula bercerita tentang dirinya pada Atirah.
"Nama dalam surat beranak Hariz Iskandar bin Nazmi. Umur 28 tahun dan masih bujang." Hariz senyum pada Atirah yang sudah kembali ceria dan mendengar dengan penuh minat.
"Riz ada seorang abang, dan seorang adik perempuan. Kerja....hem...despatch." Hariz memerhati wajah Atirah yang masih lagi ceria. "Datang sini...urusan kerja." Pecah tawa Atirah melihat gelagat Hariz yang seperti budak sekolah yang sedang memperkenalkan diri dalam kelas barunya, dalam sisa ketawa Atirah berkata, "Riz macam budak sekolah yang baru pindah sekolah. Cita-cita tak de ke?" Ujar Atirah dengan sisa ketawanya yang masih ada.
Hariz tersengeh memandang Atirah. "Ati tak rasa malu ke kawan dengan despatch ni?" Soal Hariz.
Berubah riak wajah Atirah mendengar soalan Hariz. "Riz rasa Ati orang yang macam tu ke?" Atirah membalas dengan wajah yang serius.
Alamak, aku salah cakap ke ni? Macam mana nak buat ni? Riz, kau fikir cepat. Gelabah Hariz melihat perubahan Atirah.
"Bukan tu maksud Riz, Riz ni kerja hantar surat je tak sepadan nak berkawan dengan Ati yang kerja dalam pejabat ni." Hariz memadang tepat ke wajah Atirah menunggu riaksi gadis itu seterusnya.
"Ati tanya Riz jangan marah ye." Dua pasang mata saling berpandangan.
"Tanyalah...."
"Riz pernah mencuri?" Hariz terkejut dengan soalan yang diajukan kepadanya. Namun dia masih menjawab soalan tersebut dengan menggelengkan kepalanya.
"Riz pernah bunuh orang?" Soal Atirah lagi. Hariz menggelengkan kepalanya sekali lagi sebagai jawapan kepada soalan Atirah itu.
"Kalau macam tu tak de sebab untuk Ati tak boleh berkawan dengan Riz. Lain la kalau Riz yang rasa Ati ni tak padan nak berkawan dengan Riz." Atirah membuat wajah sedih.
"Tak..tak..bukan tu. Kalau Ati sudi berkawan dengan Riz, Riz seribu kali sudi." Hariz gelabah.
"Tau takut. Lain kali jangan cakap macam ni. Bagi Ati, setiap orang semua sama. Kalau orang tu ikhlas berkawan dengan Ati, Ati pun ikhlas berkawan." Atirah tersenyum. Hariz terpana melihat senyuman Atirah. Berdebar jantug Hariz seketika.
"Ati ni lain la." Hariz bersuara.
"Lain, lain macam mana? Ati pun manusia macam Riz. Ke Riz ni alien? Kalau Riz alien pun Ati sudi berkawan dengan Riz kalau Riz ikhlas berkawan dengan Ati." Atirah berseloroh.
Tersenyum Hariz mendengarnya, "Ati ni lain, kawan Riz cakap perempuan kalau dengar je kerja despatch semua lari. Katanya tak de standard kawan dengan despatch."
"Kawan Riz cakap?" Soal Atirah. Hariz mengangguk. "Bukan pengalaman sendiri?" Hariz mengangguk dan kemudian laju dia menggeleng. Aritah ketawa kecil melihat gelagat Hariz.
"Pengalaman kawan." Jelas Hariz dengan tersengeh memandang Atirah. Takut Atirah salah sangka.
"Kerja despatch tu kan kerja halal, bukan Riz buat kerja jahat. Mencuri ke, merompak ke, lain la cerita. Allah pun tak pernah membeza-bezakan hamba-Nya, kenapa kita sebagai hamba-Nya nak beza-bezakan darjat manusia." Atirah meneruskan lagi, "kayu pengukur di sisi Allah ialah iman dan taqwa. Bagi Ati, keiklasan dalam berkawan penting. Kalau Riz ikhlas tiada yang menghalang kita berkawan." Wajah Atirah kembali serius.
"Ati jangan la serius sangat, takut Riz tengok." Hariz cuba redakan keadaan yang serius ini.
"Ati cuma nak Riz faham, jangan takut Ati tak makan orang." Balas Atirah dengan wajah selambanya. Hariz tersenyum mendengar kata-kata Atirah itu.
Atirah melihat jam di tangan, "Eh, Ati dah lambat ni. Ati janji dengan mama nak temankan mama shopping cendera hati nak bawa balik K.L. Sebelum tu, Ati ada nak bagi sesuatu pada Riz." Atirah menghulurkan tangan yang digenggam erat di hadapan Hariz.
"Riz terima tak kalau Ati nak bagi sesuatu?" Hariz turut menghulurkan tangan menyambutnya.
Apa yang dia nak bagi aku ni. Hariz menahan nafas tanpa dia sedari. Hariz seperti mendengar degupan jantungnya yang semakin laju.
Atirah meletakkan kulit cengkerang yang cantik di tapak tangan Hariz. "Tanda persahabatan kita. Ati balik K.L. esok." Jelas Atirah dalam nada sayu.
Hariz terkejut.Tak kan ini kali terakhir aku jumpa dia.
"Er...boleh Riz jumpa Ati di K.L.?" Hariz mengharap.
"Kita kawan kan?" Soal Atirah. Hariz hairan dengan soalan Atirah, namun dia mengangguk dengan perlahan. "Riz tau office Ati kat mana kan?" Soal Atirah lagi. Hariz senyum memahami maksud Atirah.
"Boleh Ati bagi contact number, senang Riz nak cari Ati di K.L. nanti." Atirah senyum mendengarnya. "Bak sini phone Riz." Hariz menghulurkan telefon bimbitnya pada Atirah. Atirah segera mengdail nombor tetefonnya dan menekan butang 'call'. Deringan telefon kedengaran. "Okey, sekarang Ati pun ada nombor Riz." Hariz senyum nipis. Cengkerang di tangan digenggam erat. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Hariz, Atirah berlalu mendapatkan mamanya yang sedang menunggunya di bilik untuk kelur bersama-sama.
.................
Atirah amat letih sekali hari ini. Atirah rasakan kakinya seperti nak tercabut berjalan menemani mamanya membeli belah. Nasib baik abah ada sama ketika itu, dengan alasan lapar Datin Nora berjaya dipujuk pulang ke hotel. Yes, thank you abah. Atirah senyum sendirian. Setelah selesai membersihkan diri, Atirah mula mengemas barang-barangnya. Tepat jangkaan Atirah, begnya tidak muat untuk barang-barang yang dibeli. Nasib baik ada abang Nizan, call abang la minta extra bag. 10 minit selepas itu, pintu bilik Aritah diketuk dan Nizan menghulurkan beg tambahan kepada adiknya. Nizan menggelengkan kepalanya melihat adiknya tersengeh di depan pintu dan dia terus kembali ke biliknya untuk berehat. Nizan telah siap mengemas dari awal lagi kerana dia tidak menemani mamanya dan Atirah membeli belah hari ini.
Kerja-kerja mengemas Atirah terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Atirah melihat ada satu mesej 'whatsApp' yang diterimanya. Atirah membuka dan melihat siapakah yang menghantarnya mesej malam-malam bergini, selalunya daripada kawan baiknya Atikah. Lama Atirah merenung telefonnya. Disangkanya Atikah yang menghantarnya mesej, namun sangkaannya salah...Hariz. tersenyum Atirah membaca mesej yang diterima dan mambalasnya. Sesi balas-membalas mesej berlalu, tanpa Atirah sedari hari telah lewat malam. Melihat barang-barangnya yang belum siap dikemas, Atirah menamatkan perbualan dengan Hariz dan meneruskan aktiviti mengemas barangnya.
Hariz masih mahu berbual, namun kehendak Atirah dituruti. Setelah melepaskan rindu pada gadis itu, Hariz segera menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Dia sebenarnya sedang membaca laporan syarikat untuk mesyuarat keesokkan harinya. Dirinya tidak dapat untuk menumpukan perhatian kerana teringatkan Atirah. Hariz ....oh Hariz, kau ni dah macam orang gila bayang, Hariz tersenyum. Dia pasti inilah yang dikatakan cinta.