AUBREE memasukkan semua pakaian Putera Ketiga itu ke dalam almari pakaian setelah dia siap melipatnya. Seharian ini, dia lebih senang membuat kerja lain seperti mencuci pakaian Putera Ketiga, mengambil makanan di dapur, membersihkan bilik tidur Putera Ketiga.
Alasan dia cuma satu: dia tidak mahu bertemu dengan Putera Ketiga.
Dia lebih rela melakukan kerja lain walaupun kerja itu berat jika itu dapat membuatkan Aubree tidak akan berjumpa dengan Putera Ketiga itu.
Kilan sedang bersiap sedia untuk keluar dan tidak melihat Aubree di mana-mana. Seorang pembantu masuk ke dalam dan menunduk hormat kepada Putera Ketiga.
"Salam, Yang Mulia Putera Ketiga. Saya ditugaskan untuk menolong Yang Mulia untuk bersiap pagi ini."
Kening Kilan berkerut mendengarnya. Hairan dia melihat pembantu yang berbeza lagi. Ini sudah ke-50 kali pembantu yang berlainan yang menolong Kilan untuk bersiap. Selalunya yang akan menolong dia bersiap ialah Aubree. Yalah, Aubree kan suka sangat melayani Putera Ketiga ini.
Tapi kenapa pula kali ini wajah Aubree tidak kelihatan di mana-mana? Aubree di mana? Kenapa bukan dia yang datang ke sini?
"Di mana Aubree?" tanya Kilan.
Pembantu itu menunduk lagi. "Menjawab Yang Mulia. Aubree sedang menolong pembantu yang lain untuk memindahkan barang-barang dari utusan istana ke gudang belakang."
Aubree sanggup buat kerja berat-berat macam itu? Kenapa pula baru sekarang dia nak buat begitu? Setahu saya, dia tidak larat pun mahu mengangkat benda berat.
"Baiklah, tolong saya cepat."
Pembantu tadi pun mengangguk dan dia mula menolong Putera Ketiga itu untuk bersiap. Oleh kerana ini bukan lagi Aubree yang menolong Kilan, Kilan merasa sesuatu yang tidak kena.
Macam dia rasa ada sesuatu yang hilang. Ini bukan yang pertama kali dia rasa, tapi sudah beberapa akhir ini, dia sering mengalami perasaan ini.
Kilan yakin dia kehilangan sesuatu tapi dia tidak tahu apakah benda yang dia kehilangan itu. Jika dia kehilangan benda penting, Kilan susah memeriksa semua hartanya berjuta-juta kali. Sama juga, Kilan masih merasa ada yang kurang.
Setelah Kilan sudah bersiap, dia pun keluar dari biliknya dan menuju ke halaman utama. Di sana, kawan-kawannya yang lain juga sudah pun berkumpul. Puteri Katy juga sudah ada di sana ketika itu.
Hari ini mereka akan ada latihan memanah dan latihan berkuda di sekitar hutan di belakang mereka. Dengan itu, semua kawan Kilan akan mengikutinya ke hutan itu untuk memanah.
Selain itu, Kilan juga ada menjemput beberapa Elf yang berminat untuk mengikuti latihan itu. Semua orang yang mendengar berita itu berpusu-pusu mahu mengikuti latihan memanah ini.
Mereka sangat teruja untuk mengikuti latihan ini kerana bukan saja mereka dapat berjumpa dengan Elf-Elf yang datang dari keluarga kerajaan dan keluarga kaya. Malah mereka juga akan dapat menunjukkan kelebihan memanah dan kelebihan menunggang kuda mereka kepada semua Elf yang hadir.
Jika ada keluarga kerajaan atau keluarga kaya yang berkenan kepada mereka, tentulah mereka mempunyai peluang untuk berkahwin dengan mereka.
Melihat Kilan sudah datang, Puteri Katy terus menghampiri Kilan. Dengan wajah yang gembira, Puteri Katy menyapa Putera Ketiga. "Selamat pagi, Yang Mulia Putera Ketiga. Yang Mulia sudah bersedia?"
Kilan tersenyum sambil menatap ke wajah lembut dan manis milik Puteri Katy. Hari ini Puteri itu memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti mereka hari ini dengan warna hijau gelap. Sangat sesuai untuk Puteri itu. "Selamat pagi untuk kamu juga, Yang Mulia Puteri Katy. Saya sangat teruja untuk aktiviti hari ini. Semua sudah ada di sini?"
Kilan memandang sekeliling untuk memeriksa adakah semua Elf yang menyertai aktiviti itu ada hari ini.
"Semua sudah bersedia, Yang Mulia. Hanya tinggal perlu bertolak lagi," jawab Puteri Katy dengan penuh lagak sopan. Senyuman yang paling manis diberikan kepada Putera Ketiga, berharap dapat membuatkan Putera itu semakin jatuh hati padanya.
Kilan tersenyum lagi dengan sikap sopan yang ditunjukkan oleh Puteri Katy. Dia melihat dari ekor matanya, Elf-Elf di sekeliling mereka mula berbisik antara satu sama lain. Mereka kelihatannya mengagumi Puteri Katy yang penuh dengan kelembutan itu. Bukan saja dia cantik malah juga seorang yang sopan.
Kilan tersentuh kecil. Di dalam fikirannya, tidak sia-sia dia membiarkan Puteri Ketiga tinggal di rumahnya. Perlakuan Puteri Katy yang sopan itu membuatkan namanya semakin melambung naik di mulut Elf yang lain.
Kilan juga merasakan ada Elf lelaki yang cemburu melihat Kilan dapat menguasai hari Puteri Katy yang cantik dan sopan itu. Kalau saja mereka yang dapat memiliki Puteri Katy, mungkin nama mereka juga akan melambung naik. Kilan hanya tersenyum melihat rasa cemburu di mata mereka.
"Baik, kalau semua sudah ada. Mari kita berangkat sekarang." Kilan pun menaiki kuda miliknya.
Melihat Kilan sudah naik ke kudanya, semua Elf yang masih belum menaiki kuda masing-masing itu terus naik ke kuda mereka. Setelah mereka sudah bersedia, Putera Ketiga pun memimpin semua kumpulan itu menuju ke hutan yang berada di sebelah gunung di sebelah sungai.
***
***
AUBREE mengeluh lega dalam hati bila seharian ini dia tidak melihat Kilan di mana-mana. Dia tidak mahu lagi berjumpa dengan Putera Ketiga itu kerana berjumpa dengan lelaki itu akan membuatkan Aubree mengingati perasaan 'Aubree' yang lama.
Aubree tidak suka dengan Kilan kerana dia merasa Kilan itu seorang yang sangat percaya diri dan suka menarik perhatian orang lain. Kalau ada apa-apa yang menarik untuk digosipkan, Kilan mahu dirinya yang pertama menjadi bualan menarik itu.
Aubree tidak kisah sebenarnya dengan masalah itu tapi Aubree tidak suka mahu berjumpa dengan lelaki Elf itu. Sebab Kilan bukan lelaki idaman yang Aubree suka. Kalau untuk 'Aubree' yang lama, mungkin memang dia suka.
Tapi 'Aubree' yang baru tidak menyukai Putera Ketiga itu. Sangat, sangat tidak suka!
Ketika Aubree bergembira dalam hati kerana dia tidak perlu berjumpa dengan Putera Ketiga itu lagi, Julie pula yang menarik Aubree untuk menolong mereka menghantar makanan ke kawasan hutan tempat latihan memanah itu berlangsung.
Aubree berusaha untuk menolak namun Julie mengugut Aubree, jika Aubree tidak mahu menolong mereka, maka Julie akan membiarkan Aubree tidur di luar sepanjang malam. Aubree tidak mahu tidur di luar.
Sebelum ini, Aubree mungkin memang tidak kisah kalau dia tidur di atas tanah atau di atas pokok. Tapi yang sekarang ini, Aubree berada di Dunia Elf, dunia yang pelik dan penuh fantasi.
Kalau Julie membuatkan Aubree tidur di luar, boleh mati dia kesejukan di luar. Aiyooh, Julie... Kenapalah kau terlalu kejam dengan saya? Tangis Aubree dalam hatinya.
Mahu tidak mahu, Aubree terpaksa juga mengikuti Julie dan pembantu yang lain untuk menghantar makanan itu. Sepanjang perjalanan menuju ke hutan, Aubree memandang sekeliling dengan perasaan yang kagum dan teruja.
Tidak seperti yang selalu dia dengar atau baca di buku, Dunia Elf sangat-sangat berbeza dari dunia manusia. Semua tumbuhan di sini lebih cantik dari tumbuhan yang ada di dunia manusia.
Mereka melintasi sebuah jalan yang hanya dikelilingi dengan semak dan tumbuhan liar. Walaupun mereka ramai, Aubree tetap merasa ada sesuatu yang tidak kena. Memandangkan dia seorang assasin yang sangat peka dengan keadaan sekelilingnya, setiap kali Aubree mendapat perasaan yang buruk, sesuatu yang buruk betul-betul akan berlaku.
Dan sekarang dia merasa sesuatu yang buruk akan berlaku. Apakah akan ada sesuatu yang buruk berlaku?
Aubree tidak lagi bersikap sambil lewa. Pandangannya ditajamkan dan pendengarannya dibuka supaya dia dapat mendengar bunyi sekeliling dengan jelas. Aubree berjalan di tengah-tengah kelompok pembantu-pembantu yang menghantar makanan ini.
Mereka semakin jauh ke dalam hutan. Mereka belum menjumpai kumpulan Putera Ketiga apabila dengan tiba-tiba seekor haiwan yang besar muncul dari sebalik pepohon yang patah. Melihat kemunculan haiwan buas itu secara tiba-tiba, semua pembantu itu berteriak ketakutan dan ada yang sudah berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri.
Haiwan itu ialah seekor harimau yang sangat besar, sebesar seekor gajah dengan warna badannya seputih salju dan belang-belang harimau itu pula berwarna kelabu gelap. Yang peliknya harimau ini mempunyai tanduk yang kecil tapi tajam di atas kepalanya.
Harimau bertanduk itu melihat Aubree dan satu lagi pembantu yang berdiri di sebelah Aubree. Harimau itu melompat lagi untuk menyerang mereka. Pembantu yang ada di sebelah Aubree itu berteriak kuat melihat harimau bertanduk itu mahu menyerangnya.
Ishh, lari dulu baru teriaklah. Ini belum kena terkam sudah mahu teriak. Apa tidak kena makan kalau macam tu!!!
Aubree menendang pembantu itu supaya pembantu itu terjatuh ke sebelah, sekali gus dapat mengelak daripada masuk ke dalam cengkaman harimau bertanduk itu. Aubree juga menjatuhkan badannya ke sebelah kanan supaya dia tidak terkena kuku harimau bertanduk yang melompat di atas mereka.
Harimau itu tercampak di atas tanah tidak jauh dari Aubree. Harimau itu kembali memandang ke arah Aubree.
"Aubree!!!!" teriak Julie. Wajah cemas jelas terpamer di wajahnya. Dia takut melihat Aubree yang masih ada dekat dengan harimau bertanduk itu.
Aubree segera menoleh ke arah Julie. Damn, dia tidak boleh datang dekat saya. Walaupun saya boleh selamatkan diri saya dari harimau ini, saya tidak yakin saya bokeh selamatkan Julie.
"Julie, pergi!! Tinggalkan tempat ini. Cari Putera Ketiga dan bawa mereka ke sini. Pergi sekarang!!" teriak Aubree.
Dengan perasaan yang berbelah-bahagi, Julie memandang Aubree lalu dia memandang ke arah harimau bertanduk itu lagi. "Ta--Tapi.. Tapi... Tapi Aubree---"
"Kalau kau stay di sini, kita berdua akan mati. Baik kau cari Putera Ketiga dan bawa dia ke sini!! Sekarang!! PERGI!!!" teriak Aubree lagi.
Aubree sedar harimau itu mahu menyerang lagi, jadi Aubree berlari menuju ke sebatang pokok yang besar, berharap dapat membiarkan harimau itu memfokuskan perhatian dia ke arah Aubree dan bukannya Julie, atau Elf yang lain.
Seperti yang diduga, harimau itu segera mengejar Aubree. Dia cuba mencakar Aubree dengan kukunya yang tajam dan panjang namun Aubree menyembunyikan dirinya di sebalik pokok besar itu. Kerana pokok itu menjadi penghalang, kuku harimau bertanduk itu pula tertanam di batang pokok itu.
Julie yang melihat Aubree bersusah payah mahu melarikan diri dari harimau itu dan bagaimana dia mencuba untuk mengalihkan perhatian harimau itu supaya yang lain selamat Julie tiada pilihan lain selain me cari Putera Ketiga.
Hanya Putera Ketiga saja yang dapat menyelamatkan Aubree...
Hanya dia...
Putera Ketiga...