Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 52 - Bab 51

Chapter 52 - Bab 51

Pada hari raya ke-2 kami pergi beraya di rumah sanak saudara yang terdiri daripada adik beradik Mek dan sepupu-sepupu Mama. Lepas tu dapat duit raya. Dah besar pun nak duit raya lagi. Of course lah! Lepas tu kira dapat berapa banyak. Hahaha.

Keesokannya kami sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Hm. Kejap je balik kampung. Bila lah pulak nak duduk dekat kampung lama-lama?

"Bye, Ya. See you soon." ucapku kepada Alya sebelum bertolak pulang.

"Bye, Li. Okay. See you soon. Take care." balas Alya.

_______________________________

Aku melangkah masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Sarah. Kelihatan Qistina sudah ada di dalam. Oh. Hari ni nak pergi rumah Haizeq. Ibu buat open house. Buat kecil-kecilan je. Hari ni kitorang matching baju kurung warna biru tua dan tudung biru muda.

Pukul 11 pagi dah sampai rumah Haizeq. Kami menolong apa yang patut. Keluarga sebelah ayah Haizeq sudah berada di sini. Ibu anak tunggal. Ayah Haizeq pula mempunyai 3 orang adik beradik. Jadi tidak lah terlalu ramai yang datang. Mereka menjemput jiran-jiran terdekat sahaja.

"Mia." panggil Haizeq. Aku berpaling memandangnya lalu mengangkat kening.

"Eiman datang ke?" tanya Haizeq.

"Datang. Kenapa tak tanya sendiri? Malu eh? Alalalalala..." Ujarku sambil tersengih memandangnya.

"Mana ada malu. Kau kan rapat dengan dia." jawab Haizeq.

"Nayli! Ibu panggil." kata Sarah.

"Hm. Okay. Jom Haizeq. Tolong ibu." ajakku lalu menuju ke dapur diikuti oleh Haizeq.

Kami menghidang makanan di atas meja makan di sebelah ruang tamu. Beberapa tetamu lagi sudah tiba.

"Dah sampai dah..." kata Haizeq perlahan dengan nada yang tidak berapa gembira. Haizeq yang berada disebelahku itu dipandang. Belum sempat aku bertanya;

"Ibu!" panggil seorang gadis lalu berlari memeluk ibu. Aku yang sedang mengelap meja di dapur itu memandang gadis itu sekilas. Rin. Or nama panjang dia Erin Ellya. Dia sepupu Haizeq yang menetap di Paris. Dia balik Malaysia jarang-jarang. Aku tak pernah pun bercakap dengan dia. Pernah jumpa dia sekali tapi tu pun sekejap je.

"Rindunya Rin dekat ibu..." ucap gadis itu. Dia memandang ke arah Haizeq. Dia meluru ke arah Haizeq. Aku sedikit tertolak kerana gadis itu.

"Hi abang Zeq!" ucap gadis itu lagi. Tiba-tiba Haizeq mengukir senyuman yang paling lebar untuknya.

"Hi." balasnya nak tak nak.

"Abang Zeq sihat?" tanya Rin. Matanya tidak berkelip memandang Haizeq.

"Em." balas Haizeq.

"Rin rindu abang Zeq. Abang Zeq rindu Rin tak?" tanya Rin. Keningku terangkat apabila soalan itu keluar dari gadis itu. Qistina tidak berkelip matanya. Sarah ternganga. Ibu pula buat tak tahu.

Kelihatan ibu sudah siap membancuh air, aku pun menawar diri untuk menghidangnya kepada tetamu. Haizeq masih lagi tidak menjawab soalan Rin. Tak tahu nak jawab apa. Nak jawab tak, takut perempuan ni memberontak pula. Kalau jawab ya, hahaha nampak sangat menipu. Lagipun aku tak sanggup nak cakap macam tu. Ew.

"Haizeq!" panggil abang Haiqal. Terus bersinar muka Haizeq bersama senyuman yang menggambarkan betapa gembiranya dia.

"Ya!" sahut Haizeq lalu cepat-cepat dia pergi ke arah abangnya dan meninggalkan Rin yang sudah bermasam muka itu.

Aku, Sarah dan Qistina masuk ke dalam sebuah bilik untuk menunaikan solat Zohor.

"Eh Nayli. Tadi tu sepupu Haizeq kan?" tanya Qistina.

"Haah." jawabku.

"Eee... Gedik nak mampos do perempuan tu..." kata Sarah. Dah tak tapis dah. Sembur je.

"Hahaha... Fake sangat lah Haizeq senyum tadi..." kata Qistina.

"Entah lah. Ibu pun buat tak tahu. Ahahaha..." kata Sarah.

"Tadi Haizeq tak jawab pun yang dia tanya Haizeq rindu dia ke tak." kata Sarah lagi.

"Hui... Dah dah. Solat nuh." kata aku. Qistina dan Sarah akur. Sebelum tu;

"Tak jealous ke Nayli???" tanya Sarah dan Qistina. Mereka tersengih. Nakal eh.

"Entah. Tak kot. Takde rasa apa-apa pun." jawabku. Ye ke?

"Kite keluar dulu tau." kataku. Mereka berdua angguk. Aku melangkah keluar. Aku menuruni tangga. Kelihatan Rin masih berkepit dengan Haizeq. Dia ikut je mana-mana Haizeq pergi. Haizeq juga kelihatan tidak selesa. Aku berjalan menuju ke dapur. Kesian ibu sorang-sorang.

"Mia." panggil Haizeq. Rin dibelakangnya. Dia memasamkan muka.

"Kenapa?" tanyaku.

"Jom." ajak Haizeq.

"Pergi mana?" tanya aku lagi.

"Ibu suruh pergi beli ice." jawab Haizeq.

"Kenapa tak pergi sendiri je?" tanya aku.

"Alah, takkan nak ajak kau pun tak boleh? Jom lah..." Haizeq mengajakku lagi.

"Biar Rin lah ikut abang Zeq." sampuk Rin belum sempat untukku bersuara. Haizeq memuncungkan bibir dan memintaku menemaninya.

"Okay. Jom." akurku. Haizeq tersenyum. Kami pergi ke kedai runcit yang terdekat. Haizeq mengambil ice. Aku pula mencari-cari sesuatu.

"Nak beli apa-apa lagi ke?" tanya Haizeq.

"Emm ada." jawabku.

"Apa?" tanya Haizeq sambil keningnya terjongket.

"Choki Choki!" kataku, teruja sambil menunjukkan coklat itu kepada Haizeq. Haizeq terkelip-kelip.

"What? Choki choki? Coklat budak-budak tu?" tanya Haizeq yang sudah berkerut memandangku pelik.

"Please... Dah lama tak makan ni. Rindu la... Dekat Perth mana ada." balasku pula.

"Hahahaha... Okay lah." akur Haizeq yang masih tergelak.

"Weh. Aku tak bawak purse lah. Kau tolong bayar eh? Kejap lagi aku ganti." kata aku.

"Hahahaha... Takpe murah je. Tak payah ganti." balas Haizeq.

"Okay thanks." ucapku sambil tersenyum senang.

"Kenapa kau makan Choki Choki? Dah takde chocolate lain ke?" tanya Haizeq.

"Dah Choki Choki je aku mampu." jawabku selamba. Tersembur tawa Haizeq.

"Nasib baik kau ikut aku." kata Haizeq. Aku memandangnya.

"Aku dah tak larat layan dia tu." kata Haizeq lagi.

"Hahaha... Padan muka kau." balasku.

"Alah... Please lah Mia jangan tinggal aku dengan dia tu dah." pinta Haizeq. Aku hanya tersenyum.

Kami memasuki rumah beriringan. Rin yang masih bermasam muka melanggar aku lalu ke ruang tamu. Aku memandang dia sambil terangkat kening. Haizeq agak terkejut dengan kelakuan Rin sebentar tadi. Asal dia ni main tolak-tolak pulak ni? Haih. Buat tak tahu je lah.

"Eh dah kenapa dia tu? Kau okay Mia?" tanya Haizeq.

"Okay, okay. Dah la. Cair ice ni nanti. Aku bawak masuk dulu eh." kataku lalu terus ke dapur.

Johan dan Eiman baru sampai. Bukan datang bersama, tetapi kebetulan sampai pada yang sama. Johan lambat kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Sorry lambat. Jalan jamed." kata Eiman.

"Jom lah makan. Kitorang tak makan lagi ni." ajakku.

"Eh. Kenapa tak makan lagi? Tunggu aku eh? Aww... So sweet." kata Eiman.

"Ey, mana ada!" nafiku.

"Hahahaha... Gurau-gurau." kata Eiman, tersenyum. Aku turut tersenyum.

"Eh Eiman dah sampai. Jom lah makan." ajak Sarah dan Qistina. Mereka duduk di meja makan. Aku mencari Haizeq.

"Haizeq jom lah makan." ajakku. Rin berada di sebelahnya lagi.

"Okay. Aku pun dah lapar ni." kata Haizeq.

"Rin tak nak makan?" tanya aku kepada Rin. Dia ni muda 3 tahun daripada kitorang. Wey ni first time aku bercakap dengan dia. Haizeq pelik dengan tingkah laku aku. Rin memandangku. Dia mengangguk. Aku tersenyum senang.

"Jom lah." ajakku. Rin hanya mengikut kami. Aku mengambil tempat di sebelah Sarah. Di sebelahku ada tempat kosong. Rin mengambil tempatnya disebelahku itu. Aku menoleh kepadanya. Aku pun pelik. Aku pandang tempat disebelah Haizeq. Oh ada Johan. Patut lah...

Selesai makan, kami mengemas meja. Jiran dan kawan-kawan ibu yang hadir tadi pun sudah pulang. Kami berkumpul di ruang tamu. Berbual-bual.

"Oh yes, Nayli. Mummy kirim salam." kata Eiman.

"Waalaikumussalam." balasku.

"You guys too." kata Eiman kepada Haizeq, Johan, Sarah dan Qistina. Mereka membalas salam.

"Your Mummy sihat?" tanyaku kepada Eiman.

"Sihat, Alhamdulillah." balas Eiman. Aku memandang mukanya. Ada sehelai bulu mata yang gugur.

"Eiman, ada..." aku menunjukkan kedudukan bulu matanya tetapi di mukaku. Dia menyapu-nyapu bahagian yang ditunjukkan.

"Haa... Ada orang rindu lah tu." selorohku.

"Siapa? Kau eh..." balas Eiman.

"Heh. Mana ada. In your dreams." balas aku pula. Eiman ketawa. Aku hanya tersenyum.

Mataku beralih kepada Haizeq pula. Biasa lah, Rin ada je dekat sebelah dia. Haizeq yang tengah. fokus main game di ps4 dengan Johan. Sarah dan Qistina khusyuk tengok diorang main. Rin pandang je Haizeq dari tadi. Kadang-kadang dia tersenyum. Aku hanya memerhatinya. Tercelit rasa cemburu. Alaa... Dah start nak jealous lah ni... Eeee ni yang tak suka ni.

Sarah dan Qistina mengajakku ke dapur. Sepanjang hari ni dekat dapur je lah kita.

"Nayli. Ibu nak rasa pudding caramel yang Nayli buat tu." kata ibu.

"Oh. Kenapa tak ambik je ibu?" tanyaku lalu mengeluarkan pudding itu dari peti dan memotongnya.

"Nak jugak." kata Sarah dan Qistina.

"Ambik lah." kataku. Ibu, Sarah dan Qistina mengambil dan memasukkannya ke dalam mulut. Aku turut merasa.

"Wah. Sedap-sedap." puji ibu.

"Haah. Sedap daripada hari tu." kata Qistina.

"Ye lah. Hari tu gula terhangit sikit sebab kite terlambat tutup api." kata Sarah. Aku mengambil satu lagi dan memasukkan ke dalam mulut.

"Nayli. Ibu nak tanya, Eiman tu boyfriend Nayli ke?" tanya ibu. Aku tersedak. Qistina menghulurkan air. Mereka tergelak.

"Mana ada ibu. Kawan je lah." nafiku. Betul lah tu.

"Eiman tu crush Nayli dulu, ibu." sampuk Sarah. Aku menjegil mata kepada Sarah. Ah! Ni yang tak suka ni. Suka ungkit-ungkit! Huh.

"Eiman tu ex-boyfriend Sarah, ibu." kata Qistina pula. Giliran Sarah pula terbatuk-batuk. Aku dan Qistina tergelak. Hahaha... Padan muka. Kenakan orang lagi. Kan dah kena!

"Eh mana satu yang betul ni?" tanya ibu yang sudah keliru.

"Cerita dia macam ni ibu. Mula-mula, Nayli suka Eiman. Tapi Eiman tak suka dia, Eiman suka Sarah. Diorang pun couple. Lepas sebulan, break. Biasa lah, budak-budak..." cerita Qistina. Ibu terangguk-angguk. Aku dan Sarah tertunduk. Kitorang memang tak suka kalau hal ni diungkit.

"Tapi sekarang kawan je ibu." kataku.

"Ye, ibu." sokong Sarah.

"Ye lah, Sarah kan dah ada Haras..." kata Qistina. Haizeq masuk ke dapur.

"Haaa... Buat apa tu?" sergah Haizeq.

"Haizeq nak pudding caramel? Haizeq suka kan? Sedap ni. Nayli buat." kata ibu.

"Waa... Nak nak nak." kata Haizeq. Dia menyuruh ibunya menyuapnya. Dah start dah dengan perangai manjanya. Sarah dan Qistina sudah meluat. Aku hanya tergelak apabila ibunya tidak menyuapnya, sebalik itu makan pudding itu.