Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 53 - Bab 52

Chapter 53 - Bab 52

Kembali ke Perth, kehidupan berjalan seperti biasa.

Pagi ni kitorang lepak dekat King's Park. Oh hari ni Qistina dengan Johan pergi dating. Ehehehehe... So kitorang lepak lah berempat. Sambil-sambil tu nak jumpa dengan Anna. Waaa! Rindu dia! Ni first time Sarah dengan Eiman jumpa dia. Sadly, Qistina tak ada.

Kitorang ber'picnic' di situ. Aku dengan Sarah bawak sandwich. Mummy Anna cakap dia tak dapat hantar Anna, dia ada kerja. Tapi Daddy Anna yang hantar. So, kitorang menunggu kehadiran Anna.

"Mia. Kau bawak apa?" tanya Haizeq.

"Sandwich je." jawabku.

"Nak." kata Haizeq. Aku mengambil bekas yang berisi sandwich dan membukanya.

"Nah." kataku sambil menghulur bekas itu kepada Haizeq.

"Tangan aku kotor la. Suap." pinta Haizeq.

"Mengada." balasku.

"Ala... Betul lah tangan aku kotor. Lagipun dah lama aku tak manja-manja dengan kau." kata Haizeq.

"Eh, gedik." kutukku. Haizeq selamba. Walaupun aku berkata begitu, tanganku mengambil juga sandwich dan menghalakan pada mulut Haizeq. Habis sandwich itu masuk ke dalam mulutnya, otak memberi idea untuk mengusiknya.

"Haizeq." panggilku. Dia memandangku sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.

"Actually, tangan aku pun kotor. Aku baru je lap hingus tadi." kataku sambil menjelirkan lidah. Matanya terbeliak. Haizeq tak tentu arah. Tak tahu nak buat apa. Aku menghamburkan tawa.

"Eh kau percaya ke? Hahahaha! Sorry, but padan muka! Hahahha..." kata aku sambil ketawa. Haizeq memuncungkan bibirnya. Aku menoleh ke belakang. Nak tengok Anna dah sampai ke belum. Tapi mata aku terserempak dengan mata Eiman yang sedang memandangku. Dia senyum. Aku terpaku. Aku membalas senyumannya lalu terus memusing kepala memandang ke hadapan. Dup Dap Dup Dap. Eh, kenapa dengan aku ni? Eh eh eh.

"Mia. Kenapa muka kau merah ni? Panas eh?" tanya Haizeq lalu mengibas tangannya kepadaku. Dia ingat rasa sejuk ke dia buat macam tu? Aku tergelak kecil.

______________________________

"Nak tengok cerita apa ni?" tanya Johan kepada Qistina.

"Hmmm..." Qistina tengok satu persatu senarai cerita yang terpapar di screen.

"Hmmm... Semua best. Tak kisah. Awak nak tengok cerita apa?" tanya Qistina.

"Tengok cerita hantu ni boleh?" tanya Johan.

"Hah! Kalau setakat hantu, apa je. Ni Qistina lah..." kata Qistina dengan bangganya. Johan tergelak mendengar kata-kata Qistina.

Qistina dan Johan mengambil tempat duduk mereka di dalam panggung itu.

"Wah! Cepat lah start! Tak sabar ni!" kata Qistina, teruja. Movie yang diorang nak tengok ni horror movie. Sebab tu lah Qistina tak sabar nak tengok. Johan memandangnya sambil tersenyum. Mereka berpandangan. Oh oh, muka Qistina dah merah. Kenapa dia pandang aku macam tu! Aaaaa! Jerit Qistina dalam hati, malu dipandang oleh Johan begitu.

Qistina dan Johan fokus tengok movie tu. Tiba-tiba sesuatu muncul dalam screen yang besar itu.

"Aaahh!" jerit Qistina. Johan yang berada di sebelah, terkejut.

"Aaaaahhhh! Johan! Takut!!!" kata Qistina. Qistina sudah menutup mukanya. Johan tergelak tengok Qistina.

Mereka berjalan keluar dari panggung setelah movie tamat.

"Best lah cerita tadi. Tak takut pun." kata Qistina, tersenyum senang.

"Ye ke? Bukan awak menjerit takut lepas tu panggil saya ke tadi?" tanya Johan.

"Ehehehe..." Qistina hanya tersengih. Kantoi. Apo lah.

"Nak makan mana ni?" tanya Johan.

"Ummm... Tak kisah." jawab Qistina.

"Pizza?" tanya Johan.

"Sure." Qistina bersetuju.

"Johan awak nak air apa?" tanya Qistina.

"Coke." jawab Johan.

"Okay." Qistina memesan makanan mereka. Dia memandang Johan yang sedang merenungnya.

"What?" tanya Qistina.

"Didn't I ask you to call me Hazrel?" tanya Johan.

"Hehe... Sorry lah. Lupa." kata Qistina.

"By the way, why do I have to call you Hazrel?" tanya Qistina.

"Why not? Hazrel is my name." jawab Johan.

"Johan is also your name." kata Qistina. Johan memuncungkan bibir. Qistina tergelak kecil.

"Okay okay. I'll call you Hazrel from now on..." kata Qistina. Johan meleretkan senyuman kepada Qistina.

_____________________________

Aku ternampak seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam sedang mendukung budak perempuan dan sedang mencari-cari kelibat seseorang. Eh, tu Anna kan?

"Anna!" panggilku. Anna yang terdengar namanya dipanggil, turun dari pangkuan lelaki itu dan berlari ke arahku.

"Anna!" aku menyebut namanya dan membalas pelukannya.

"Anna, do you remember this big brother?" tanya aku sambil menunjuk ke arah Haizeq. Anna mengangguk, tersenyum lalu memeluk Haizeq. Haizeq tersenyum lebar. Tak sangka pulak Anna nak peluk dia. Hehh happy lah tu Anna peluk dia!

"Anna, say hi to sister Sarah and brother Eiman." kataku.

"Hi Anna." sapa Sarah dan Eiman.

"Hi..." balas Anna, tersipu malu.

Lelaki itu menghampiri kami. Dia ni mesti daddy Anna kan? Tapi kenapa muka dia macam familiar je? Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

"Asyraff???" soalku seakan-akan tidak percaya. Asyraff juga kelihatan agak terkejut. Sarah, Haizeq dan Eiman juga turut memandang ke arahnya. Mummy Anna cakap daddy Anna yang hantar Anna hari ni. Daddy Anna, Asyraff ke?!

"Nayli? What are you doing here?" tanya Asyraff.

"Anna..." aku tak tahu nak jawab apa.

"Oh... Anna." dia baru teringatkan tentang Anna.

"Mia. Dia daddy Anna ke?" tanya Haizeq perlahan.

"Tak tahu." jawabku.

"Come, have a seat." pelawa Sarah.

"Thank you." ucap Asyraff dan mengambil tempat di sebelah Haizeq dan Eiman.

"Hi. I've met you two before, right?" tanya Asyraff kepada Sarah dan Eiman.

"Yeah." jawab Sarah, tersenyum. Eiman hanya mengangguk. Asyraff memandang Haizeq.

"Oh! This is Haizeq. Seems like you two haven't met." kata aku.

"Nice to meet you." kata Asyraff ramah, kepada Haizeq. Haizeq hanya mengangguk dan tersenyum. Eh. Sombong la Haizeq ni...

Aku memandang Anna yang berada di atas ribaku. Dia memandangku dan tersenyum. Alaaaa cutenya!!! Oh ya.

"Asyraff. I have a question." kataku kepada Asyraff.

"You with Anna's mummy..." belum sempatku habiskan soalan aku, Asyraff bertanyaku pula.

"Oh yeah. How did you know Anna and my sister-in-law?" tanya Asyraff kepadaku. Sister-in-law??? Lah... Aku ingatkan dia memang daddy Anna...

"Well, we met here. Anna first come to me and hug me." kataku. Asyraff sedikit terkejut.

"She hug you???" tanya Asyraff seakan-akan tidak percaya.

"Yeah... Hahahaha. Why you look so surprised?" tanyaku.

"It's just because, whenever I want to hug her she will run or cry." kata Asyraff dan menjeling Anna. Kami tergelak kecil.

"Well, Asyraff. I thought you're Anna's daddy..." kataku, jujur.

"Hahahaha... No, no. I'm just her uncle. My brother can't come too. So he just drop me here." kata Asyraff. Ohhh...

______________________________

"Hazrel..." panggil Qistina. Sebenarnya, awkward sikit panggil Johan 'Hazrel' Sebab dah biasa panggil dia 'Johan'.

"Yes?" Johan tersengih-sengih Qistina memanggil dia 'Hazrel'. Eh, eh. Johan ni... Tak tahu pulak dia macam ni. Hahahaha.

"Tengok ni. Diorang jumpa Anna..." kata Qistina, sedih.

"Anna the little girl yang Nayli jumpa dekat King's Park tu kan?" tanya Johan.

"Ye. Alaa... Kenapa diorang jumpa Anna hari ni? Saya nak jumpa Anna jugak..." Qistina memuncungkan bibir. Johan hanya diam. Qistina menoleh kepada Johan yang tidak memberi respon.

"Hazrel. Kenapa diam je?" tanya Qistina. Eh, aku ada salah cakap ke? soal Qistina dalam hati.

"Awak menyesal ke keluar dengan saya hari ni?" tanya Johan, kecil hati.

"Eh! Mana ada! Saya tak cakap pun saya menyesal keluar dengan awak hari ni. Alaaa... Hazrel. Jangan lah merajuk." pujuk Qistina, serba salah. Johan diam.

"Hazrel. Sorry laa... Please?" pujuk Qistina lagi. Johan memandang Qistina. Qistina buat muka yang paling cute. Yang boleh buat orang cair. Nayli dengan Sarah pun cair tau. Apatah lagi Johan...

Muka Johan berona merah. Matanya tidak lepas memandang Qistina. Terpukau. Dup Dap Dup Dap. Degupan jantung yang hanya berdegup untuk Qistina. Apakah ini cinta. Eceh. Hahahaha... Cliché!

"Hazrel?" Qistina memanggilnya. Johan tersedar dari lamunan yang indahnya.

"Yes?" sahutnya. Johan acah cool.

"Forgive me, please?" pinta Qistina sekali lagi. Johan menghela nafasnya dan meleretkan senyum nipis.

"Ye lah..." akur Johan. Qistina tersenyum gembira. Fuh! Senang je nak pujuk! Nasib baik ada secret weapon. Kejap je menang! Kata Qistina dalam hati dengan bangganya. Hahahaha....

Qistina memandang Johan diam-diam sambil tersenyum. Ala! Cute lah dia! Ni yang buat aku makin suka dekat dia ni! Qistina berbisik di dalam hati.

______________________________

Anna dan Asyraff dah balik. Kejap je main dengan Anna hari ni. Anna mula suka dekat Sarah dan Eiman. Kitorang kemas barang-barang untuk balik juga.

"Hey. Tersenyum-senyum tu teringat dekat siapa?" tanya Haizeq kepada aku. Aku menoleh.

"Hah? Oh, teringat dekat Anna la." jawabku.

"Ye ke Anna? Bukan Asyraff?" tanya Haizeq.

"Eh, tibe." jawabku selamba.

"Mia! Cepat la cakap, kau senyum-senyum teringat dekat siapa?" tanya Haizeq lagi. Kali ni lebih mengada-ngada.

"Eh, kan dah bagitahu tadi." balsku.

"Ala! Tak percaya!" kata Haizeq pula.

"Huh. Suka hati lah nak percaya ke tak." jawabku. Haih. Orang dah cakap, tak percaya.

"Okay lah... Aku percaya. Tapi Asyraff tu not bad which is bad for me. Takut-takut la Mia ter'fall-in-love' dengan dia." kata Haizeq.

"Yeah, he have some aura that attracts me. Tadi dia pakai sunglasses tu dah charming. Bila dia bukak sunglasses tu boleh buat aku ter'fall-in-love' dengan dia kalau tengok dia lama-lama." ulasku, gurau. Hahaha! Haizeq pandang aku semacam.

"Eh, Mia. Kau suka dia ke?" tanya Haizeq.

"Hahahaha! Not yet!" kataku.

"Not yet?! Is that mean you will fall in love with him?!" tanya Haizeq, tidak percaya.

"I don't know. Maybe?" balasku.

"What? Mia! Serious lah???" tanya Haizeq. Aku ketawa terbahak-bahak.

"Tak lah! Hahahaha..." aku sambung ketawa. Mulut Haizeq dah panjang sedepa.

"Okay, okay. Dah dah. Jangan merajuk..." pujukku.

"Bila masa aku merajuk?" tanya Haizeq. Eh dia ni. Layan aku macam budak-budak pulak. bebel Haizeq dalam hati. Dah kau macam budak-budak! Haha!

"Nayli." panggil Eiman. Aku memandangnya.

"Jom buat assignment sama-sama." ajak Eiman.

"Sure. Bila and dekat mana?" tanya aku.

"Esok, lepas habis class. Dekat library je lah." kata Eiman.

"Okay." aku bersetuju.

"Eh. Aku join tau. Aku nak buat assignment tu jugak." sampuk Haizeq.

"Hmm... Tak boleh." kata aku.

"Eh? Kenapa tak boleh?" tanya Haizeq, kecewa. Pfft! Alalalala... Kesian dia. Kena buli dengan aku.

"Sebab Eiman ajak aku je. Dia tak ajak kau." balasku. Haizeq diam. Kecil hati. Ayok, Nayli...

Aku memandang Eiman. Dia mengangkat bahu. Aku pandang Haizeq semula. Dia hanya berjalan meninggalku di situ. Nayli. Pergi pujuk dia sekarang. Siapa suruh buat macam tu? Kan dah merajuk. Haih.

"Nayli. Kenapa dengan Haizeq tu?" tanya Sarah.

"Merajuk. Huhuhu. Alaa... Haizeq... Jangan lah merajuk." luahku. Aku pulak rasa macam nak nangis. Rasa bersalah lah pulak!