Pagi itu, aku bersiap-siap untuk keluar dengan Haizeq. Rasa macam dah lama tak hang out berdua dengan Haizeq. Aku mengenakan plaid shirt berwarna kuning cair dan skirt jeans. Lalu mengenakan tudung berwarna kuning juga dan mencapai sling bag berwarna hitam. Setelah puas menilik di depan cermin, aku menuju ke bilik Sarah untuk memaklumkan ketiadaanku. Aku mengetuk pintu biliknya. Sarah mengarahkan aku untuk masuk.
"Wah... Lawa-lawa nak pergi mana ni?" Tanya Sarah.
"Nak keluar dengan Haizeq." Beritahuku.
"Wah... Dating nampak." Balas Sarah sambil tersengih memandangku.
"Ish, mana ada dating. Awak ada nak pergi mana-mana tak hari ni?" Tanyaku, tukar topik.
"Hmmm... Tengah hari ni kita rasa macam nak pergi beli barang, pastu petang kita nak pergi jogging. Kenapa?" Tanya Sarah pula.
"Ooohh... Takde lah, kita tak tahu lagi balik pukul berapa ni. Kalau awak keluar, awak tinggal lah kunci dekat tempat biasa eh?" Kataku.
"Alright! Have fun dating~" Ujar Sarah. Aku malas melayannya, terus menutup pintu bilik Sarah dan turun ke bawah. Telefonku berdering, nama Haizeq tertera. 'Mesti dia dah sampai, kan?' bisikku dalam hati.
"Hello? Kau dah sampai ke?" Tanyaku setelah menjawab panggilan.
"Yup, dah sampai. Aku kat luar rumah ni. Kau dah siap ke belum, Mia?" Tanya Haizeq pula.
"Dah, dah. Kau duduk lah dulu kat bench tu, aku tengah turun ni." Arahku, lalu mematikan panggilan. Aku membuka pintu rumah, kelihatan Haizeq sedang duduk di atas bangku tepi pintu. Haizeq kelihatan memakai sweatshirt, juga berwarna kuning cair dan seluar jeans. Tak rancang pun!
"Eh, matching lah!" Ujarku, teruja.
"Hahahah ye lah. Hmmm sah kita soulmate." Balas Haizeq. Aku hanya tersenyum. Dalam hati tu bukan main gembira lagi!
Aku mencapai kasut Nike yang dihadiahkan oleh Haizeq juga, lalu melabuhkan diri di atas bangku bersebelahan dengan Haizeq untuk memakai kasut. Haizeq tersenyum apabila aku menyarungkan kasut pemberiannya.
"Kasut warna apa lagi kau takde, Mia? Aku nak beli untuk kau." Ujar Haizeq.
"Eh, takpe lah. Kau tu bukannya nak beli yang murah-murah, semua branded. Segan lah aku nak terima." Balasku pula.
"Alah, bukan bagi dekat siapa pun, best friend aku jugak." Jawab Haizeq. Aku hanya menggelengkan kepala. Lawan bercakap dengan dia ni, memang tak akan menang. Ada saja jawapannya.
"Kenapa kau tak tunggu dalam kereta je, Haizeq?" Tanya aku. Pelik, tunggu je lah dalam kereta, ada air-cond. Ni tak, nak jugak tunggu depan rumah, dah la panas. Tak paham betul aku. Tapi bila difikirkan balik, macam gentleman jugak la... Haih, sempat lagi Nayli ni menggatal.
"Saja... Bosan lah tunggu dalam kereta. Lagipun kalau aku tunggu depan rumah, cepat sikit boleh tengok kau." Kata Haizeq.
"Eh, eh dia ni. Pelik-pelik je." Balasku. Tapi dalam hati, berbunga-bunga! Haizeq menjelirkan lidah, mengendahkan kata-kataku.
"Plus, aku nak usha kasut kau, sebab aku nak beli baru~" Tambah Haizeq.
"Ish kau ni, membazir je la, simpan je duit tu. Kau simpan untuk girlfriend kau nanti je ya?" Cadangku. Haizeq mengeluh.
"Entah bila nak ada girlfriend. Takde ke orang yang nak confess dekat aku ni?" Luah hati Haizeq. 'Ceh! Ramai je yang nak dekat kau, kau je yang jual mahal!' omel hatiku.
"Eh, orang pulak nak confess kat kau. Kau lah confess kat orang. Baru lah gentleman. Lagi satu, kau takde ke minat dekat siapa-siapa?" Tanyaku, keliru. Sejak aku rapat dengan Haizeq, baru sekali dia couple. Last dia couple masa sekolah menengah. Tu pun dah cukup buat aku patah hati. Tapi, hubungan mereka hanya bertahan empat bulan. Empat bulan tu jugak lah aku merana.
"Hmm... Entah lah. Aku tak kenal dengan banyak perempuan sangat lah. Yang aku rapat pun dengan kau. Kawan perempuan aku kau, Sarah dengan Qistina je. Ada lah beberapa orang from my secondary school, tapi tak rapat pun. Sekadar kenal je. Lagipun aku rasa aku tak minat lah minah salleh. Aku rasa kena balik Malaysia dulu baru ada kut yang aku berkenan." Luah Haizeq.
"Kat aku kau tak berkenan pulak." Balasku perlahan, seperti berbisik.
"Hah? Kau cakap apa, Mia?" Tanya Haizeq, tidak dengar omelanku sebentar tadi.
"Nothing! Jom lah." Ajakku, melangkah ke arah kereta Haizeq.
Tiba di kedai permainan, kami mencari sudut puzzle. Hmmmm banyaknyaaaa...
"Kau nak yang mana satu, Mia?" Tanya Haizeq.
"Hmm... Entah lah. Tak boleh nak pilih. What do you think?" Tanyaku kepadanya pula.
"Ummm... Kita pilih yang paling extreme lah." Cadang Haizeq. Matanya melilau mencari sebuah kotak puzzle yang mencuri perhatian. Sambil aku turut memerhati di rak yang lain. Haizeq mencapai dua buah kotak yang paling besar yang berada di situ.
"Mia, pilih antara dua ni." Suruh Haizeq. Kedua-duanya merupakan puzzle lukisan pelukis terkenal, Van Gogh. Mata aku tertarik dengan kotak puzzle yang berada pada tangan kiri Haizeq. Iaitu lukisan yang bertajuk Starry Night. Tapi pada tangan kanan Haizeq pula lukisan yang bertajuk Irises. Hmmmm susah ni nak pilih.
"Yang dekat tangan kanan kau tu lawa, tapi tak extreme sangat. Yang dekat tangan kiri kau tu extreme, tapi... Cantik jugak. So..." Aku biarkan ayatku tergantung.
"So?..." Haizeq mengulang semula kata terakhirku dan menunggu bicaraku seterusnya.
"So... Aku tak boleh pilih. Dua-dua aku suka. Kau lah pilih, aku okay je." Jawabku.
"Hmmm... Kau suka dua-dua kan? Aku beli dua-dua lah." Balas Haizeq lalu ingin membawa kedua-dua kotak itu ke kaunter pembayaran.
"Eh eh! Haizeq! No! Mahal lah. Satu je." Halangku. Ada ke nak beli dua-dua? Sekotak tu pun dah $50 AUD. Kalau beli dua, $100 AUD! Takkan lah nak spend banyak sangat duit dekat puzzle je? Tahu lah banyak duit, tapi berpada-pada lah.
"Eh, takpe lah. My treat." Jawab Haizeq pula.
"No... Mahal sangat lah, Zeq. Don't spend so much for unimportant things like this." Tegahku. Haizeq memandangku dan menghela nafas.
"Ye laaah... So, kau pilih. Kalau tak, aku beli dua-dua." Ugut Haizeq.
"Hmm... Kau nak yang extreme ke nak yang lawa?" Tanyaku kepadanya.
"Extreme dan pretty." Jawab Haizeq, selamba. Eeee... Geramnya aku.
"Yang ni lah." Pilihku sambil menunjukkan ke arah kotak yang berada pada tangan kiri Haizeq, iaitu lukisan Starry Night.
"Alright, good girl." Ucap Haizeq yang meletak semula puzzle lukisan Irises ke rak semula lalu menuju ke kaunter. Aku hanya menurutinya.
Kami ke Hyde Park dan mencari tempat yang redup. Aku membawa kotak puzzle dan plastik berisi air minuman yang dibeli oleh Haizeq sebelum sampai di Hyde Park manakala Haizeq membawa kain yang sedia ada di dalam keretanya sebagai alas tempat kami duduk. Kami memilih tempat yang bertentangan dengan tasik dan di bawah pokok-pokok. Haizeq membentang kain tersebut dan kami mengambil tempat masing-masing.
"Kau reti tak main puzzle? Aku pro tau." Ujar Haizeq.
"Eleh, aku selalu main la. Kau mana tau." Balasku. Aku mula menyusun puzzle mengikut rujukan.
Aku mengeluarkan phone lalu mengambil gambar angsa-angsa serta itik yang berenang di permukaan tasik dan mengambil beberapa keping gambar Haizeq. 'Ish, sebuk je suruh ambik gambar dia!' keluhku dalam hati. Aku mengambil gambar puzzle kami yang baru separa siap. Aku ambik semua gambar ni untuk apa lagi? Buat story IG lah!
"Haizeq, nak buat caption apa ni?" Tanyaku sambil menyuakan telefonku kepadanya. Haizeq mengambil telefonku dan mula menaip.
"Done! Dah post." Kata Haizeq. Eh??? Aku merampas telefonku daripadanya dan menonton 'story' aku sendiri. Haizeq sudah tersenyum senget. Terbeliak biji mata saat melihat caption yang ditulis oleh Haizeq. 'evening date with my one and only lovey dovey Mr. Handsome'. Aku memukul bahu Haizeq.
"Ouch! Mia, sakitlah. Kenapa kau pukul aku?" Tanya Haizeq dengan kerutan pada mukanya akibat sakit dipukul.
"Ish, kau lah! My one and only lovey dovey Mr. Handsome?!" Aku mengulangi semula apa yang dia tulis pada 'story' aku dengan jelingan.
"What's wrong with that?" Soal Haizeq, tidak bersalah.
"Ish, nanti orang ingat kita couple lah! Dah la nampak muka kau kat dalam tu!" Marahku.
"Alah, biar lah. Don't care about people's thought." Balas Haizeq. Aku sudah muncung sedepa.
Aku marah la. Ish, kalau betul couple okay lah kalau post macam tu. Masalahnya sekarang ni kitorang tak couple! Nanti ada lah tu yang bergosip-gosip dan sebarkan berita palsu sesama sendiri.
"Kau muncung-muncung macam tu kau nak jadi macam itik tu ke?" Tegur Haizeq. Makin muncung jadinya. Marah la tu.
"Ke kau nak kiss aku?" Teka Haizeq, sambil tersengih macam kerang busuk.
"Ish, aku lagi rela jadi itik lah daripada kiss kau! Dah la suka buat benda sesuka hati dia je, pastu perasan, jahat pulak tu! Benci!" Marahku. Haizeq ketawa.
"Alaaa Mia, aku gurau je. Tu pun nak marah. Okay, okay. I'm sorry. Sorry okay, Mia? But, seriously saying, don't worry about people's thought and what will they say, okay? It'll be fine. Nothing's gonna happen. Trust me. Paling teruk pun diorang akan ingat kita couple je. It's not a bad thing." Pujuk Haizeq.
Aku yang mendengar dari tadi menerima apa yang dikatakan oleh Haizeq. Yelah, setakat orang ingat kitorang ada hubungan istimewa, apalah sangat. Lagipun we are special though! Haih, kenapa lah aku gelabah sangat tadi.
"Mia?" Panggil Haizeq apabila aku mendiamkan diri. Aku menoleh kepadanya.
"Hmm... Ye lah." Akurku lalu menghela nafas.
"Good girl." Puji Haizeq. Kami menyambung semula dengan menghubungkan puzzle-puzzle itu sekeping demi sekeping. Suasana menjadi sepi untuk beberapa ketika. Tumpuan kami hanya tertumpu untuk menyelesaikan puzzle itu.
"Mia, nanti lepas habis satu sem lagi kan kita dah nak graduate..." Haizeq membiarkan ayatnya tergantung. Aku memandangnya dan memberikan sepenuh tumpuanku kepadanya dan menanti Haizeq untuk terus menyambung kata-katanya.
"Nanti balik Malaysia aku terus ambik flight license and terus join training buat flight hours..." Beritahu Haizeq, teruja. Teruja kerana akhirnya dia menghampiri mencapai impiannya untuk menjadi juruterbang.
"Wah! Tak lama lagi kau jadi pilot lah?!" Tanyaku, turut teruja. Haizeq mengangguk bersama senyuman. Sungguh, berita ini membuatkan aku begitu gembira sebab aku tahu tentang cita-citanya itu. Dia pernah bagitahu aku, yang abahnya ada jet peribadi, kalau suatu hari nanti Haizeq menjadi seorang juruterbang, jet peribadi itu akan menjadi kepunyaannya. Haizeq juga pernah bagitahu bahawa sejak kecil lagi dia nak jadi pilot, seperti abahnya. Jadi, impian Haizeq semakin hampir untuk dikecapi!
"So, Mia. Where is the first place you want me to fly you to?" Tanya Haizeq sambil memeluk lututnya memandangku.
"Hmmm... Kejap, nak fikir." Balasku. Aku berfikir sejenak. Sebenarnya, semua tempat kat seluruh dunia ni aku nak pergi. Tapi, semuanya tidak begitu memikat hatiku sekarang. Akan tetapi, aku ada satu idea bernas!
"Umm... Aku nak kau bawak aku on a sunset flight. Anywhere, janji ada sunset." Jawabku, tersenyum simpul dan sudah berangan semua itu terjadi di minda. Sunset flight? Romantik kan?
"Wow... Alright. I'll grant your wish someday." Janji Haizeq.