Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 57 - Bab 56

Chapter 57 - Bab 56

Pada awal pagi itu, Qistina dijemput oleh Johan untuk bertolak ke Mandurah dengan menaiki kereta Johan. Kedua-duanya terlihat manis berbaju berwarna merah jambu. Aku sangat senang hati memandang mereka. Aku dan Sarah menghantar Qistina dan Johan di luar. Layanan Johan terhadap Qistina sangat baik. Johan menyandarkan tubuhnya pada kereta semasa menanti kehadiran Qistina.

"Wow! You look so good in pink!" Puji Qistina, ikhlas dari hati. Pertama kali melihat Johan mengenakan baju berwarna pink. Nampak sesuai dengannya. Johan pula tersenyum apabila dipuji sebegitu. Dia membuka pintu untuk Qistina.

"Gentleman gile weh!" Bisikku kepada Sarah sambil memerhati Qistina dan Johan.

"Ye weh. Jealous do..." Balas Sarah, turut berbisik.

"Bubbye korang! Take care tau!" Ujar Qistina setelah menurunkan tingkap kereta sambil melambaikan tangan ke arah aku dan Sarah.

"Bubbye Qis! Have fun and hati-hati tau!" Kataku.

"Bye! Johan jaga Qistina baik-baik! Kalau jadi apa-apa, siap kau. Have fun but, jaga batas, okay?" Nasihat Sarah. Qistina dan Johan mengangguk sebelum kereta itu menyusur pergi dari kawasan perumahan ini. Aku dan Sarah masuk ke dalam rumah dan buat hal sendiri.

Aku turun ke bawah untuk mengemas rumah kerana tidak tahu nak buat apa. Tadi aku hanya membaca novel sambil mendengar lagu di dalam bilikku. Aku mencari kelibat Sarah di bawah. Tiada. Di dapur pun tiada. 'Dari tadi dia kat dalam bilik je ke?' soalku di dalam hati. Aku melabuhkan badan di atas sofa dan menghidupkan tv di hadapanku. Aku mencari-cari cerita untuk ditonton di Netfix, tetapi tiada satu pun menarik minatku. 'Ish, bosannya. Nak buat apa ni?' keluhku sendiri. Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Laju aku mencapai telefonku. Terdapat beberapa mesej daripada Haizeq.

Haizeq:

- Miaaaaaaaaa

- Kau buat apa hari ni???

Me:

- Tak buat pape punnn

- Aku tengah boring kat rumah ni

Haizeq:

- Jom keluar

Me:

- Bolehhh but, pergi mana?

Haizeq:

- Hmmmm...

Haizeq mengambil masa untuk menjawab soalanku. Tiba-tiba sesuatu melintasi mindaku.

Haizeq:

- Do you have any idea, Mia?

Me:

- Hmmm... Kita pergi main bowling nak tak?

Haizeq:

- Sounds good

Me:

- Aku ajak Sarah dengan Eiman eh?

Haizeq:

- Go on. The more the merrier~

Aku bingkas bangun dan menuju ke atas dan melangkahkan kaki ke arah bilik Sarah. Niatku nak terjah je bilik dia. Tapi, entah kenapa, hatiku berkatakan tidak. Kelihatan Sarah pagi tadi tidak begitu ceria, wajahnya kelihatan sedikit suram, aku mematikan niatku untuk menerjah masuk ke dalam biliknya. Aku mengetuk pintunya terlebih dahulu buat beberapa kali. Kedengaran suara Sarah menyuruhku untuk masuk, barulah aku memulas tombol pintunya dan melangkah masuk. Kelihatan Sarah sedang baring di atas katilnya sambil bermain telefon. Entah apa yang ditengoknya.

"Sarah, awak tido ke tadi?" Tanyaku kerana dari pagi tadi selepas menghantar Qistina keluar, aku tidak nampak kelibatnya lagi.

"Haah, kita baru je bangun tadi." Beritahu Sarah sambil berpaling ke arahku. Aku hanya mengangguk.

"Awak ada plan ke hari ni nak buat apa?" Tanyaku terlebih dahulu.

"Tak ada. Kenapa?" Tanya dia pula.

"Kita pergi main bowling nak? Dengan Haizeq. Kita nak ajak Eiman sekali." Ajakku.

"Wah, okay! Bestnya, dah lama tak main." Luah Sarah.

"Alright kita nak ajak Eiman jap." Tanganku laju menaip kepada Eiman.

"Kita nak pergi pukul berapa ni?" Sarah bersuara. Aku berhenti menaip.

"Hm, jap kita tanya Haizeq." Jawabku. Aku menghantar mesej kepada Haizeq terlebih dahulu.

Me:

- Kita nak pergi pukul berapa ni?

Tidak sampai seminit, mesejku terbalas.

Haizeq:

- Hmmm... Kita pergi lepas Asar lah

- Jumpa kat sana terus

Me:

- Alright~

Sekarang sudah masuk waktu Zohor. Ada masa lagi nak bersiap untuk ke sana selepas Asar.

"Kita pergi lepas Asar lah." Kataku kepada Sarah. Sarah akur.

"Awak dah makan tengah hari ke?" Tanya Sarah. Aku menggeleng terlebih dahulu.

"Tak, tak rasa macam nak makan pun. Tapi sekarang kita macam lapar lah jugak." Jawabku.

"Hmm... Kita keluar awal sikit lah, makan dulu." Cadang Sarah. Good idea!

"Okay!" Aku melangkah ke dalam bilikku dan merebahkan diri di atas katil. Tanganku lincah menaip mesej untuk dihantar kepada Eiman.

Me:

- Eimaaaannnn

- Free tak hari ni?

Eiman:

- Yes, girl??

- For you, I'll free myself from anything 🤭

Me:

- Heyyy stop joking 🙄

- Free ke tak ni???

Eiman:

- Hehehe

- Free, why? Nak ajak dating eh? 🤭

Me:

- Ishhhhh

- Ha ye lah nak dating. Dengan Sarah and Haizeq sekali

Eiman:

- Heheheee

- Where are we going?

Me:

- Main bowling. Nak join taaakk??

Eiman:

- Naaakkk

- Pukul berapa?

Me:

- Lepas Asar. Maybe dalam pukul 5 kat sana dah

Eiman:

- Ohhh... Alright. See ya!

Me:

- See ya!!

Aku menutup telefon dan bingkas ke bilik air untuk bersiap.

_________________________________

Tiba di Mandurah!

Wajah Qistina terpancar sinar teruja. Dia menurunkan cermin kereta. Dia menghirup udara segar, kereta yang berkelajuan sederhana itu melusuri jalan bersebelahan dengan pantai. Johan pandang sekilas ke arah Qistina yang jelas kelihatan sangat gembira. Dia tergelak kecil.

Qistina kagum apabila kereta memasuki kawasan kota Mandurah. Mereka menuju ke hotel yang bakal diinap untuk semalaman. Mereka memilih untuk menyewa bilik yang murah sahaja kerana perlu menyewa dua bilik. Setelah selesai check-in, mereka keluar untuk ke suatu tempat.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Qistina, mukanya bercahaya. Memang dia tidak sabar untuk menanti apa yang akan dilakukan oleh mereka pada hari ini.

"Hmm... Kita pergi makan dulu!" Jawab Johan selepas ketawa melihat Qistina bertanyakan soalan tadi.

"Okay! Saya pun dah lapar ni..." Ujar Qistina.

Seusai makan tengah hari, mereka ke Dolphine Quay. Mereka menaiki cruise dan di bawa untuk berpusing di kawasan itu sambil berinteraksi dengan ikan-ikan dolfin. Seperti biasa, Johan akan merekod semuanya. Terutamanya Qistina.

"Hazrel, comelnya dolfin-dolfin ni!" Ujar Qistina.

"Kan??? Dulu masa saya kecil, saya pernah datang ke sini. Dulu saya takut dengan dolfin-dolfin ni." Cerita Johan.

"Takut? Macam mana awak boleh takut dengan dolfin yang comel macam ni?" Tanya Qistina, tidak percaya.

"Hehe, dulu saya tak suka binatang. Yang saya paling okay pun koala dengan kangaru. Kucing dulu pun saya takut." Cerita Johan, tersengih malu.

"Whaaa... Tak percaya betul. You're something, Hazrel!" Balas Qistina. Dia kembali bermain dengan dolfin-dolfin itu. Sekali sekala, dia mencuri pandang ke arah Johan yang sedang asyik menangkap gambar pemandangan di situ. 'Oh my! Is this a dream?' Kata hati gembira Qistina.

Memang dia tidak pernah menjangka jejaka ini akan menjadi kekasihnya. Tidak pernah menjangka lelaki ini mempunyai perasaan terhadapnya. Namun, dia bersyukur! Bersyukur kerana ditemukan lelaki seperti Johan yang melayannya dengan sangat baik. Sepanjang mereka bersama, Johan tidak pernah menyakiti hati Qistina.

"Qis, look here!" Panggil Johan. Klik! Johan menangkap gambar Qistina setelah Qistina memandang ke arahnya. Qistina tersenyum bahagia.

_________________________________

Aku dan Sarah singgah Subway untuk mengalas perut yang lapar. Kemudian barulah ke bowling alley yang berdekatan. Haizeq sudah sampai terlebih dahulu, siap bayar lane kami. Tidak lama kemudian, Eiman sampai.

"Weh, aku tak pandai sangat main bowling ni..." Luahku.

"Takpe Nayli. Kite pun tak pandai sangat." Kata Sarah.

"It's okay, Mia. Aku kan ada. Aku boleh tolong ajar kau." Balas Haizeq pula.

"Yeah, don't worry, Nayli. It's just for fun." Ujar Eiman pula.

Aku melihat Sarah dan Haizeq bermain sambil menunggu giliranku. Giliran Eiman ialah selepasku. Sarah dapat menjatuhkan 6 pin untuk kali pertama. Aku dah tepuk tangan dah. Haizeq pula telah menjatuhkan 8 pin membuatkan aku menekup mulut. Aku dah ternganga. Tiba giliranku.

"Haizeq! Tolong ajar aku!" Arahku. Haizeq mendekatiku dan menunjukkan cara untuk menggerakkan bola yang berat itu. Kali pertama, masuk longkang! Haizeq gelakkan aku, begitu juga Sarah dan Eiman. Namun, aku tidak malu, aku pun turut ketawa.

"It's okay, Mia. First try. Kali ni, make sure tangan kau tu lurus masa kau hantar bola tu." Ajar Haizeq.

Aku menangkap apa yang Haizeq cuba sampaikan. Aku cuba melakukan apa yang diajar. Dengan penuh debar di dada, bola bowling itu hampir ke arah longkang tetapi dia membelok ke kiri dan menjatuhkan 5 pin. Aku terlompat bahagia di sisi Haizeq. Nak hi-five, tapi lupa tak boleh. Hehe. Eiman memberikan tepukan kepadaku, Sarah pula bersorak. Main bowling je pun. Bukan menang anugerah Oscars pun!

"Good job, Mia!" Ujar Haizeq.

"Hehe, thank you sebab ajar!" Balasku pula. Aku berlalu mengambil tempatku sambil menunggu giliranku. Sarah asyik memandang telefonnya seolah menunggu mesej daripada seseorang. Namun, aku tidak menegurnya. Mataku tertumpu ke arah Eiman yang bersedia untuk menghantar bola bowling. 1, 2, 3, Strike!

Makin luas mulutku terlopong daripada tadi. Sarah turut berpaling ke arah bola bowling Eiman yang telah menjatuhkan semua pin itu. Haizeq pula sedang menepuk tangan.

"Wah, hebatnya Eiman!" Pujiku. Eiman berjalan menghampiriku untuk duduk sambil menggaru kepala dan tersengih. Malu lah tu!

"Bukan nak brag or flex, but I actually pernah jadi wakil sekolah for peringkat negeri and my team got second place." Beritahu Eiman.

"Wah! Really?! I'm so proud of you! Please teach me, master!" Ujarku, dalam nada bergurau. Eiman tergelak.

"Okay, I will." Jawab Eiman sambil tersenyum.

______________________________

Eiman menunjukkan turorial hantaran bola bowling kepadaku. Aku memerhatikannya dengan penuh fokus. Sarah ada di tempatnya, memerhati kawasan di sekeliling setelah memerhatikan kami. Haizeq menghilangkan diri ke tandas.

"Got it?" Tanya Eiman, setelah berpusing menghadapku di belakangnya. Aku tersenyum dan mengangguk, mengiyakan.

Sejujurnya, aku lebih senang dan suka belajar dengan Eiman berbanding dengan Haizeq. Bukan apa, Haizeq baik je, cuma kadang-kadang dia suka cari gaduh. Ada masa dia cepat mengeluh kerana kena ajar aku berulang kali. Aku tahu la aku ni slow-learner. Hmmm... Tapi jangan risau Haizeq, aku still sayang kau! Lain pula dengan Eiman. Eiman sangat lah soft spoken dan sangat penyabar. Walaupun kena ajar aku berkali-kali, dia tetap bersabar. Lagipun, cara Eiman sangat berkesan dengan aku.

Aku mengangkat bola bowling yang agak berat itu. Otak ligat mengingati apa yang telah diajar oleh Eiman. Setelah bersedia, aku menghantar bola tersebut. Guess what? STRIKE!! Aku bersorak dengan Eiman.

"Wah, Nayli! Strike eh? Dah kalah dah kita dengan awak." Ucap Sarah.

"Hehe... Tengoklah siapa yang ajar!" Ujarku pula. Eiman hanya tersenyum.

"Thanks Eiman!!" Ucapku kepada Eiman.

"No problem~" Balas Eiman.

Haizeq yang baru tiba di situ memerhati kemesraan aku dan Eiman.