Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 29 - Bab 28

Chapter 29 - Bab 28

"Nayli. Bangun. Solat Asar." dengar macam suara Qistina. Aku membuka mata. Ye, betul lah Qistina. Aku membuka selimut. Aku memandang Qistina. Ah! Aku rasa tenang selepas dapat tidur.

"Solat Asar." kata Qistina. Aku menarik selimut menutup badan serta kepalaku. Ah! Mengatuknya... 'Mengantuk, mengantuk, nak tidur mana?~' hehehe... Tiba-tiba lagu Didi and Friends terngiang di kepalaku. Aku tersenyum. Qistina menarik selimut itu.

"Apa senyum-senyum? Mimpi prince charming datang melamar awak dengan kuda ke?" perli Qistina. Aku tergelak kecil lalu menggeliat. Ah! Lega dapat tidur...

"Astaghfirullah... Anak dara sorang ni..." Qistina menggelengkan kepala. Aku menukar cara kedudukan aku. Aku duduk di atas katil itu. Rambut aku tidak terurus. Qistina menggosok kepala aku. Huh! Habis rambut aku! Dah la rambut tu dah serabai. Dia tambah lagi 'keserabaian' rambut aku itu. Aku menjeling Qistina. Qistina tersengih.

"Hahah... padan muka." Qistina menjelirkan lidahnya kepada aku. Aku hanya buat muka menyampah.

"Tadi kita kejut awak, tak bangun-bangun. Lenanya awak tidur. Betul-betul ke awak mimpi prince charming sampai tak nak bangun?" tanya Qistina. Dia mengangkat kening.

"Tak lah. Kita pun tak tahu kita mimpi apa. Yang penting, kita dapat tidur." kata aku.

"Hm. Dah la. Pi solat nuh..." suruh Qistina.

"Hmm... Ye la." akurku lalu berjalan menuju ke tandas.

Setelah selesai menunaikan solat, aku turun ke ruang tamu. Qistina tengah layan korean drama. Sarah tidak kelihatan di situ. Aku mengambil tempat di sebelah Qistina.

"Mana Sarah? Tak ajak dia sambung tengok cerita ni ke?" tanya aku.

"Sarah? Dia tengah on call dengan boyfriend dia, Haras tu kat dalam bilik. Kalau cakap kat sini malu pulak..." kata Qistina.

"Oh... Dah lama diorang tak jumpa, kan?" tanya aku.

"Haah. Last diorang jumpa masa kita balik Malaysia hari tu." kata Qistina. Aku hanya mengangguk.

________________________

"Hi, awak." sapa Sarah.

"Hi... Awak sihat?" tanya Haras.

"Sihat, Alhamdulillah. Awak?" tanya Sarah pula.

"Sihat je..." jawab Haras. Sarah tersenyum. Akhirnya dia dapat jugak lepas rindu dengan hanya mendengar suara Haras.

"Emm... Awak." panggil Haras.

"Yes?" Sarah menanti apa yang akan dikatakan oleh Haras.

"Awak rindu saya tak?" tanya Haras, dengan sedikit malu. Sarah menghentak-hentak kaki di atas katil. Heheheh... Malu ler tu...

"Umm... Rindu..." jawab Sarah, teramat malu... Author pasti Haras tengah kembang sekarang ni. Sarah pun tengah malu tahap nak meletop...

"Saya rindu awak jugak." jawab Haras. Sarah dah meletop. Hmm... our Sarah dah takde.....

"Banyak mana awak rindu saya?" tanya Sarah pula. Ohh.. Beraninya kamu!

"Tak terkira." jawab Haras. Sarah bergolek-golek di atas katil itu. Heh... Setiap kali on call dengan Haras, macam tu lah dia...

"Ehehehe... Jangan la sweet sangat..." kata Sarah.

"Kenapa? Awak malu eh?" tanya Haras.

"Haah..." jawab Sarah.

"Biar lah saya sweet... Dengan awak jugak. Or awak nak saya sweet dengan orang lain?" tanya Haras.

"Eh, tak nak..." jawab Sarah.

"Hahahah... Tahu takut... Don't worry. Saya sayang awak." kata Haras. Sarah? Entah. Dah mati kot...

_______________________

Aku dan Qistina menonton kdrama. Cerita Crash Landing On You.

"Awh... So sweet..." kata aku dan Qistina, serentak. Kami tergelak. Sarah tiba di ruang tamu. Sarah berlari dan mengambil tempat di sebelah aku.

"Oh! Nak tengok jugak! Kenapa tak panggil kita?" tanya Sarah.

"Awak kan tengah on call dengan Haras... Tak nak kacau. Lagipun, kitorang boring lah..." jawab Qistina.

"Hm, takpe lah." kata Sarah.

"Cakap apa dengan boyfriend kesayangan awak tu?" tanya aku.

"Hehehe... Ada lah... Mana boleh bagitahu." kata Sarah.

"Hmm... Kita nak tahu jugak apa pasangan bercinta yang sweet ni cakap..." kata aku. Sarah tergelak.

"Hahahah... Takde cakap apa-apa pun..." kata Sarah.

"Mesti ada sweet-sweet kan?" tanya aku.

"Of course lah, Nayli." kata Qistina.

"Hmm... kita tak tahu. Maklumlah, kita takde boyfriend..." kata aku. Sarah dan Qistina tergelak kecil.

"Haizeq and Eiman kan ada... Try lah. Mana tahu tersangkut ke..." kata Sarah sambil mengangkat kening kanannya. Aku memandang Sarah dengan mata terkelip-kelip.

"Hahah... Kenapa pandang kita macam tu? Betul apa. Kan, Qis?" Sarah meminta pendapat Qistina. Qistina mengangguk.

"Haah. Kita rasa diorang ada perasaan dekat awak." kata Qistina.

"Hmm... Apa-apa je lah. Awal lagi kot. Sekarang ni kita nak focus study. And, kita nak luangkan lebih masa dengan korang." kata aku.

"Aww... So sweet..." kata Sarah dan Qistina. Kami tergelak dan berpelukan. Hoi hoi! Bukan lesbian ok? Kitorang bestie! Jangan fikir lebih-lebih pulak! Nanti author tak nak kawan dengan korang...

"Ehem. Awak dengan Johan macam mana?" tanya Sarah.

"Macam tu lah..." jawab Qistina.

"Ada tak dia sebut 3 words tu?" tanya aku, tersengih. Sarah turut tersenyum memandang Qistina. Qistina memandang kami pelik.

"3 words? Apa?" tanya Qistina.

"I love you..." jawabku. Qistina tersedak. Dia terbatuk-batuk. Aku dan Sarah pula tergelak. Ehehehe... Bukan nak tolong Qistina. Tak guna punya kawan...

Aku mengambil segelas air di dapur. Kemudian memberi kepada Qistina. Qistina meneguk air itu perlahan. Aku dan Sarah masih memandang Qistina dengan tersengih. Qistina memejam mata. Tak nak tengok muka kitorang.

"Qis! Cepat lah bagitahu kitorang. Dia ada sebut tak 3 words tu?" tanya aku.

"Hmm... Belum lagi." jawab Qistina.

"Takpe. He will. Tunggu lah." kata Sarah.

"Hm. Ok. Lagipun, kita tak nak serious sangat. Macam Nayli cakap tadi. Awal lagi." kata Qistina. Kami terangguk-angguk.

"Nayli." panggil Sarah.

"Ye. Kenapa?" tanya aku.

"Awak tak call mama and papa awak ke? Cakap yang awak pengsan pagi tadi." tanya Sarah.

"Haah lah. Alah. Phone kat atas." kata aku.

"Takpe. Guna phone kita. Nak call biasa ke nak video call?" tanya Sarah.

"Video call." kata aku.

"Nah. Awak call lah papa or mama awak. Kita nak ambik tudung. Sebab kita pun nak join! Ehehehe..." kata Sarah yang tergelak kecil. Dia menghulur phonenya.

"Ambik tudung untuk kita jugak!" suruh Qistina.

"Ok!" jawab Sarah yang sudah menaiki tangga untuk mengambil tudung di tingkat atas. Tak lama kemudian Sarah tiba di ruang tamu dan memberi tudung kepada Qistina. Aku call papa aku. Panggilan dijawab.

"Papa! Mama!" panggilku, ceria.

"Hi, kakak..." sahut mereka. Yeah. Kakak. Aku sulung.

"Buat apa tu?" tanya papa.

"Takde buat apa-apa. Tengah lepak depan tv dengan Sarah, Qistina..." kata aku.

"Assalamualaikum, uncle, aunty..." sapa Sarah dan Qistina.

"Waalaikumussalam." jawab mama dan papa aku.

"Tengok Sarah dengan Qistina. Diorang bagi salam. Kakak? Tak pun..." kata mama. Papa aku, Sarah dan Qistina tergelak. Aku? Err...

"Ehehehe... Kakak tak sempurna..." jawabku.

"Eleh... Ada je nak jawab..." perli papa.

"Mama dengan Papa dating eh?" tanya aku, tersengih nakal.

"Haah. Dating. Tengah dinner. Ye, kenapa call ni? Rindu ke?" tanya papa.

"Um, korang lah bagitahu." bisik aku kepada Sarah dan Qistina.

"Ok." Sarah dan Qistina setuju.

"Umm... Sebenarnya uncle, aunty... Pagi tadi Nayli pengsan lagi. Doktor cakap dia stress yang agak teruk." beritahu Sarah.

"Pengsan lagi?" tanya mama dan papa. Aku hanya mengangguk.

"Mama, papa... Hari tu kakak jumpa seorang lelaki ni. Muka and suara dia sama macam lelaki dalam mimpi tu..." kata aku.

"Macam mana dia boleh jumpa kakak? Dia ada buat apa-apa tak dekat kakak?" tanya mama. Soalan sama seperti Eiman tadi. Aku mencerita semua apa yang terjadi.

"Umm... Ok. Bye, mama, papa." ucapku.

"Bye. Kakak jaga diri elok-elok." pesan papa dan mama.

"Ok. Kirim salam dekat adik-adik kakak tu..." kata aku pula.

"Ye lah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." jawabku lalu mematikan talian. Aku pandang Sarah dan Qistina. Mereka membuka tudung mereka. Ye lah. Buat apa nak pakai tudung? Bukan ada lelaki pun dalam rumah ni. Tadi diorang pakai tudung sebab ada papa aku. Aku memandang ke arah tv pula.

"Eh! Dah next episode dah?" tanya aku.

"Hahah... Tu lah. Sibuk bersembang. Tadi tak pause. Dah terlajak." kata Qistina sambil tergelak kecil.

"Reverse balik!" suruh Sarah. Kami tergelak.