"What?!" jeritku, terkejut. Aku berdiri dan menepuk meja. Mereka memandang aku dengan muka terkejut. Orang lain turut memandang ke arahku. Sekali lagi aku jadi perhatian orang.
"Nayli..." panggil Sarah.
"Serious?!" tanya aku dengan nada yang agak kuat. Aku tidak hiraukan panggilan Sarah. Aku memberi sepenuh perhatianku kepada orang yang tengah bercakap di telefon dengan aku. Aku tersenyum.
"Thank you so much..." ucapku lalu mematikan talian. Aku duduk. Aku memandang mereka. Aku tergelak kecil memandang muka mereka.
"Hahah... Kenapa muka korang macam tu?" tanya aku.
"Siapa call? What happened?" tanya Sarah.
"Ada salah seorang pekerja daripada syarikat 'Karya Seni' call kita. Dia cakap novel kita salah satu daripada novel lain yang dapat bestseller." kata aku, teruja.
"Hah?! Serious?!" tanya Sarah dan Qistina. Aku mengangguk dengan senyuman tidak lekang di bibir.
"Wah... Congrats Nayli!" ucap Sarah dan Qistina. Mereka memelukku.
"Umm... Guys. Novel? Novel apa? Korang cakap pasal apa ni?" tanya Haizeq dengan muka berkerut.
"Hmm... Aku rahsiakan pasal ni. Sarah, Qistina, mama and papa aku je tahu pasal ni." kata aku.
"Tak nak bagitahu kitorang jugak ke?" tanya Johan.
"Nayli. Bagitahu lah kitorang jugak..." pinta Eiman.
"Hmm... Boleh la. Ok. Macam ni. Awal tahun ni, aku publish novel aku dekat syarikat karya seni. Sarah, Qistina, mama and papa aku ikut jugak masa tu. So, tadi aku dapat call, yang novel aku jadi bestseller." terangku.
"Kenapa kau tak bagitahu aku?" tanya Haizeq. Mukanya kelihatan agak kecewa.
"Umm... Sebenarnya aku tak nak kau baca. Malu..." luahku.
"Buat apa nak malu? Aku kawan kau kan..." kata Haizeq. Aku hanya mengangguk.
"Hmm... So, tu je lah cerita dia." kata aku. Mereka terangguk-angguk.
"Oh! My Mia is the smartest, coolest, sweetest and cutest in the world..." puji Haizeq. Kembang semangkuk aku. Dia tersenyum memandang aku. Aku tergelak kecil. Hahah... Cute.
"Congrats, Nayli." ucap Johan.
"Thanks." balasku. Aku memandang Eiman. Dia menepuk-nepuk tangannya.
"Wah... Aku tak sangka kau hebat macam ni... Kau ada novel? At this young age? Ah! Macam tak percaya. By the way, congratulations! I'm so proud of you." kata Eiman. Hahah... Nayli dah kembang terlebih mangkuk...
"Takde lah young sangat..." kata aku. Eiman tergelak.
"Kau buat novel pasal apa?" tanya Johan.
"Umm... Tanya Sarah dengan Qistina. Diorang dah baca." kata aku.
"Hah?! Diorang dah baca?! Mana aci..." rungut Haizeq. Aku, Sarah dan Qistina tergelak kecil. Haizeq memuncungkan bibir. Jealous dengan Sarah dan Qistina.
"Nayli buat novel pasal life... A-" Sarah tidak sempat menyambung ayatnya. Qistina menekup mulut Sarah.
"Sarah. Jangan lah spoil! Biar diorang baca sendiri..." kata Qistina. Aku dan yang lain tergelak. Qistina 'membebaskan' mulut Sarah.
"Hm. Qis nih. Ye lah..." akur Sarah.
"Aku nak baca." kata Haizeq.
"Ok! Nanti aku bagi..." kata aku.
"Huh! Suruh diorang bayar lah Nayli. Buat apa nak bagi free? Rugi je..." kata Sarah. Hahahah... Nakal jugak Sarah ni...
"Tak kisah lah kalau kena bayar pun. Aku nak baca jugak novel kau. Sepatutnya aku orang terawal baca tau!" kata Haizeq.
"Hehehe... Ye lah. Nanti aku bagi korang." kata aku sambil menunjukkan jari ke arah Haizeq, Eiman dan Johan.
"Ok! Thanks. Tak sabar nak baca." kata Eiman. Aku tersengih.
"Nayli. Jom celebrate." ajak Sarah.
"Boleh je." kata aku.
"Biar aku belanja. Kau nak pergi mana? Karaoke? Clubbing?" tanya Haizeq, tersengih. Pap! Sarah memukul Haizeq. Haa... Begitu pantas dan kuat... Hehehe... Aku dan yang lain tergelak.
"Ahh!!! Sakit lah. Aku gurau je kan. Takkan tu pun nak marah..." rungut Haizeq. Dia memuncungkan bibir. Haizeq memandang aku. Dia kembali tersengih.
"Kalau korang tak nak, aku pergi clubbing dengan Mia je lah..." kata Haizeq, dengan sengihnya itu. PAP! Sekali lagi Haizeq dipukul. Sarah dan Qistina. Huh... Padu....
"Argh! Sakit!" adu Haizeq. Dia menggosok bahunya di mana tempat 'perlepasan' Sarah dan Qistina tadi. Sarah dan Qistina tersenyum puas. Johan ketawakan Haizeq. Eiman hanya tergelak kecil. Aku? Aku tak tahu nak gelak ke nak kesian. Aku bangun menuju kepada Haizeq. Aku bongkokkan badanku dan memandangnya.
"Haizeq. Okay tak?" tanya aku. Dia memandangku. Muka dia berkerut. Tiba-tiba aku rasa nak tergelak.
"Hahahahahaha...." tawaku. Haizeq memuncungkan bibirnya sekali lagi.
"Sorry, sorry." pintaku dengan tawa yang masih bersisa.
"Mia... Kenapa kau gelak? Sakit tahu tak..." kata Haizeq, geram.
"Sorry lah..." pintaku, tersengih.
"Jom bincang nak celebrate dekat mana." ajak Qistina.
"Ok. Nak pergi mana?" tanya Haizeq.
-------
"Ok!" semua setuju. Nak celebrate dekat mana? Haa... RAHSIA.
"Umm... Korang. Tak tahu lagi jadi ke tak. Aku kena check tarikh dulu. And check ada duit ke takde. Mana lah tahu... Nanti nak jalan-jalan purse kurus kering. Naya!" kata aku. Mereka tergelak.
"Ok lah. Kitorang ada class lagi ni." kata aku lalu berdiri. Sarah dan Qistina turut berdiri. Eiman memandang jamnya.
"Ok lah. Bye, Mia." ucap Haizeq sambil memandangku.
"Mia je ke? Kitorang?" tanya Sarah, bercekak pinggang. Dia mengangkat kening kanannya. Sarah buat muka. Hu... Macam gangster kalau sekali pandang. Ah, my bad girl! Hehehe...
"Hmm... Bye..." ucap Haizeq nak tak nak je. Eiman berdiri. Dia memandang ke arah aku, Sarah dan Qistina.
"Hari ni kelas kita sama." kata Eiman lalu berjalan ke arah kami.
"Oh... Ok. Jom." ajakku. Aku menoleh ke arah Haizeq dan Johan. Aku melambai kepada mereka. Mereka membalas lambaian aku. Aku berpaling ke hadapan dan berjalan di sebelah Eiman, Sarah dan Qistina.
Kami mengambil tempat masing-masing. Aku duduk di sebelah Eiman. Tu pun Sarah dengan Qis yang suruh. Katanya diorang dah ada buah hati masing-masing. So... Diorang suruh aku duduk sebelah Eiman. Hmm... Aku tak tahu lah diorang perli aku ke apa. Sekarang ni aku malu. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa malu nak duduk sebelah Eiman. Eiman yang sudah duduk di tempatnya itu memandangku yang masih teragak-agak nak duduk di situ.
"Kenapa tak duduk lagi? Duduk lah. Class dah nak start ni." kata Eiman. Aku mengambil tempatku di sebelahnya.
"Why?" tanya Eiman. Dia masih memandangku.
"Huh? Oh... Nothing." kata aku lalu tersenyum menyembunyikan perasaan malu dan nervous tu. Entah apa lah Nayli ni. Tiba-tiba je malu lah. Nervous lah. Haih...
Aku memandang Sarah dan Qistina. Diorang cakap pasal apa tu? Baru nak join, Eiman bersuara. Aku memandangnya.
"If you have any problem, just speak out." ujar Eiman.
"Oh. It's really nothing. Don't worry, okay? By the way, thanks." ucapku. Eiman hanya tersenyum. Aku terkesima. Ayok Nayli... Eiman tergelak kecil. Aku tersedar.
"Eee... Cute. Cubit kang." kata Eiman, geram. Aku memandang ke hadapan. Tanpa sedar, aku mengukir sebuah senyuman.
Habis kelas, kitorang pulang ke rumah. Seperti biasa, rutin setiap hari. Balik rumah. Mandi. Solat. Dinner. Buat assignment kalau ada. Kalau takde tengok tv. Tidur.
Aku memejamkan mata. Terpapar wajah lelaki itu dalam ruang ingatanku. Aku terus membuka mata. Dadaku berdegup kencang. Relax, Nayli... Aku membuka phone aku. Cari sesuatu yang boleh buat aku lupakan tentang 'dia'. Gallery. Sambil-sambil tu aku dengar lagu. Aku tatap wajah-wajah dalam gallery aku itu. Sarah, Qistina, Haizeq, Eiman, Johan dan Jackson of course! Aku tersenyum pada setiap gambar. Tangan aku berhenti swipe apabila aku terpandang satu gambar ini. Gambar mama dan papa aku. Adik-adik aku pun ada. Aku membiarkan air mata mengalir dengan perlahan-lahan. Aku memejamkan mata. Yes. I miss them. So badly.