Aku masuk ke dalam bilik untuk tidur. Aku merebahkan diri pada katil. Huh! Kenapa aku rasa penat? Kenapa aku rasa lemah? Kenapa aku tak rasa gembira macam selalu? Kenapa...
Aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku menapak keluar daripada tandas setelah selesai mandi. Huh! Lega...
Setelah selesai menunaikan solat fardhu, aku ke meja belajarku. Siapkan assignment. Emm... Banyaknya assignment! Ah! Dua jam aku di atas kerusi itu. Hah! Kebas punggung aku. Aku berdiri untuk meregangkan badanku. Aku kembali pada katil kesayangan aku. Time to relax. Aku buka apps Webnovel. Baca novel melalui apps itu. Lama betul aku tak beli novel. Nanti balik Malaysia lah. Aku pau papa aku. Ehehehe... Telefon aku berdering. Nama Haizeq terpapar di skrin. Aku tersenyum dan menjawab panggilan itu.
"Hi, Mia!" sapa Haizeq, gembira.
"Waalaikumussalam, Haizeq." balasku pula. Haizeq terdiam seketika. Aku ketawa.
"Assalamualaikum. Kau saja kan nak kenakan aku?" tanya Haizeq. Aku masih ketawa.
"Gurau. Jangan marah. Betul apa." kata aku pula.
"Hmm... Ye la." akur Haizeq.
"Ye, nak apa call ni?" tanya aku, lembut.
"Kau macam mana?" tanya Haizeq.
"Macam mana apa?" tanya aku pula.
"Kau sakit lagi ke?" tanya Haizeq. Eh banyak pulak pertanyaan. Aku tanya, dia tanya.
"Dah okay kot." jawabku.
"Kau pergi class tak esok?" tanya Haizeq.
"Pergi lah." jawabku, ringkas.
"Serious ke? Kalau kau rasa tak larat, kau duduk je lah dekat rumah. Aku risau lah kalau ada apa-apa pulak jadi dekat kau nanti..." kata Haizeq.
"It's okay. Aku nak pergi class esok. Takut nanti banyak pulak terlepas pelajaran. Kau tak payah lah risau sangat. Aku okay je ni. By the way, thanks." ucapku.
"Thanks for what?" tanya Haizeq.
"Thanks sebab caring pasal aku." ucapku.
"Haha... Takde apa-apa lah. Aku ikhlas. Kau kan kawan aku. Kita dah kawan lama. Hampir 8 tahun." kata Haizeq. Aku tersenyum.
"Wah... Dah lama. Aku rasa sekejap je 8 tahun tu." kata aku.
"Yes. Dah la. Kau tidur lah. Kata nak pergi class esok." kata Haizeq.
"Hmm... Ok. Bye, Goodnight. Sweet dreams." ucapku.
"Goodnight. Sweet dreams. Mimpi aku tau!" kata Haizeq.
"Heh! Tak nak! Nanti tak jadi sweet..." kata aku, gurau. Haizeq tergelak.
"Whatever. Mimpi aku akan jadi sweet bila kau ada dalam tu. Kalau Sarah ada dalam mimpi tu jugak, habis jadi nightmare aku." kata Haizeq, turut bergurau. Aku ketawa. Bongok betul lah Haizeq ni! Kesian Sarah.
"Jahat lah kau ni. Stop la buat lawak. Aku nak tidur lah. Tadi dia jugak yang suruh tidur. Ni dia pulak yang kacau." rungutku.
"Hahaha... Ye lah. Jangan bagitahu Sarah tau pasal tadi. Secret! Kalau tak, mati aku!" kata Haizeq.
"Okay, okay. Bye, assalamualaikum." ucapku.
"Waalaikumussalam, Mia sayang..." balas Haizeq. Kami matikan talian. Aku tersenyum lalu memejamkan mata. Aku harap kali ni bukan bad dreams or nightmare aku. Aku nak sweet dreams!
__________________________
Phone aku berdering. Aku membuka mata. Pukul berapa ni? Pukul 8? Kelas start pukul 9! Ah! Aku dah lambat. Dah la tak mandi lagi. Tu lah. Tidur lagi lepas subuh. Tengok dah lambat.
Aku lompat dari katil lalu mencapai tuala dan menuju ke tandas. Pintu bilikku terbuka. Aku memandang ke arah pintu itu.
"Nayli? Tak mandi lagi?" tanya Sarah.
"Ye! Nak mandi lah ni. Bangun lambat. Awak nak apa ni?" jawabku.
"Oh. Nayli. Nak pinjam tudung warna hitam boleh tak? Tudung kita tak basuh lagi." kata Sarah.
"Ha. Ambik lah. Ada kat dalam drawer tu. Cari lah sendiri. Nak mandi ni." kata aku lalu masuk ke dalam bilik air.
Aku memakai striped blouse berwarna merah dan putih, jeans, dan tudung shawl berwarna maroon. Simple-simple je sebab dah lambat. Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur.
"Nah." Qistina menghulurkan secawan susu.
"Thanks." ucapku. Aku meneguk susu itu dengan rakus. Kemudian membasuh cawan itu di sinki. Aku naik ke tingkat atas. Aku mengambil beg aku dan turun ke bawah.
"Jom." ajak Qistina. Sarah sudah di pintu.
"Dah takde barang tertinggal? Assignment?" tanya Qistina. Assignment!
"Ya Allah. Kejap-kejap." aku berlari ke bilikku semula. Mengambil assignment di atas meja belajarku. Huh! Nasib baik dah siap. Aku berlari sekali lagi ke bawah. Sarah dan Qistina menggelengkan kepala. Aku tersengih.
"Sorry." pintaku.
"Takpe. Dah jom." ajak Qistina. Kami menuju ke universiti kami. Tak jauh mana pun dari rumah. Kadang-kadang kitorang jalan kaki. Hari ni kitorang naik kereta. Kereta yang kitorang sewa. Senang nak pergi mana-mana.
Hari ni Sarah drive. Sampai di destinasi, Sarah memarkir kereta di tempat letak kereta. Kami masuk ke dalam kelas.
"Tu Haizeq dengan Johan." kata Sarah lalu menunjuk ke arah mereka yang sudah mengambil tempat mereka.
"Mia. Here." kata Haizeq sambil menepuk-nepuk tempat di sebelahnya. Aku hanya akur. Aku duduk di antara Sarah dan Haizeq. Johan melentokkan kepalanya dan memandang ke arah Qistina sambil tersenyum manis. Kesian diorang. Jauh... Hehehe... Aku, Sarah dan Haizeq berdehem sambil memandang ke arah Johan. Qistina malu. Dia terbatuk-batuk. Aku, Sarah dan Haizeq tergelak kecil.
Kami menuju ke kafeteria selepas class berakhir. Kami mengambil tempat. Masing-masing order makanan sendiri. Aku ingin membeli air. Tiba-tiba, ada seorang perempuan terjatuh akibat ditolak oleh seseorang. Air latte kepunyaan perempuan itu tertumpah terkena baju aku. Ramai yang memandang ke arah kami. Aku membantu perempuan yang terjatuh tadi bangun.
"Are you okay?" tanya aku, risau.
"I'm fine. Thank you." ucap perempuan itu. Dia mengangkat kepalanya memandangku.
"Oh! I'm so sorry." pinta perempuan itu setelah memandang baju aku kotor terkena latte yang tertumpah tadi. Aku turut memandang ke arah bajuku. Hmm... Nasiblah...
"I'm so sorry." ucap perempuan itu sekali lagi, kesal. Perempuan itu mengeluarkan sepeket tisu dari poket seluarnya dan menghulurkannya kepadaku.
"Nah... It's okay." kata aku pula. Aku mengambil tisu itu daripadanya.
"Thanks. By the way, I have to go. Thanks again!" ucapku sambil menunjuk ke arah tisu yang dipegang oleh aku itu. Aku menuju ke tandas. Aku basuh baju aku yang terkena latte itu. Kemudian aku lap dengan tisu itu. Hm... Masih basah. Aku keluar dari tandas itu lalu menuju ke meja makan. Mereka semua di situ. Aku mengambil tempatku.
"Nayli. Kenapa baju awak basah?" tanya Qistina.
"Tadi ada air latte someone ni tertumpah. Kena baju kita." ceritaku, ringkas. Mereka mengangguk.
"Nah. Makanan yang awak pesan tadi." kata Qistina. Dia menghulur makanan aku. Aku mengambilnya daripada Qistina.
"Thanks..." ucapku.
"Mana Eiman? Dia kata nak join." tanya Sarah. Aku memandang sekeliling. Aku nampak sekujur tubuh yang tinggi sedang berjalan. Yes... Betul lah tu, Eiman. Dia pakai casual pun aku dah rasa dia handsome teramat... Ehehe... Dah-dah la tu menggedik, Nayli oi!
"Eiman." panggilku. Dia memandang ke arah kami lalu berjalan ke sini sambil tersenyum.
"Sorry lambat." kata Eiman.
"Takpe. Pergi lah order makanan." kata aku. Eiman mengangguk. Dia mengambil tempatnya. Dia bangun untuk memesan makanannya. Tidak lama kemudian dia kembali. Kami menikmati makanan masing-masing. Tiba-tiba phone aku berbunyi. Aku menjawab panggilan itu. Aku terdiam, mendengar seseorang itu bercakap.
"What?!" jeritku, terkejut.