Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 15 - Bab 14

Chapter 15 - Bab 14

Aku menuju ke dapur. Kelihatan Eiman seorang yang ada dekat dapur.

"Hi..." tegurku. Eiman pandang aku dan tersenyum.

"Hi... Ye, nak apa?" tanya Eiman.

"Nak you, boleh?" tanya aku. Tiru dia. Eiman ketawa.

"Of course boleh..." jawab Eiman. Aku tergelak.

"Mana diorang?" tanya aku.

"Solat." jawab Eiman.

"Oh... Kau dah solat?" tanya aku.

"Dah, tadi. Kau?" tanya Eiman.

"Takleh." jawabku. Eiman mengangguk.

"Nak buat apa ni? Let me help you." kata aku.

"Eh... Takpe." jawab Eiman.

"No... Let me. Kau kan tetamu. Tapi kau pulak yang masak. So, biarlah aku tolong kau." kata aku.

"Yelah..." jawab Eiman.

"Ok, nak buat apa ni?" tanya aku.

"Umm... Kau potong sayur tu, boleh?" tanya Eiman.

"Oh, ok." jawabku.

Aku mengambil papan hiris dan mula memotong sayur-sayur itu di sebelah Eiman.

"Wah, pandainya kau masak. Kalau macam tu, nak suruh kau masak untuk aku selalu, boleh?" tanya aku. Eiman ketawa.

"Sure. Tapi kalau aku jadi suami kau, hari-hari aku masakkan untuk kau..." kata Eiman. Aku tergelak.

Tiba-tiba kepala aku pening. Ah!

"Ah!" jeritku. Eiman memandangku.

"Why? What's wrong, Nayli?" tanya Eiman, risau. Aku tidak menjawab.

"Did you just cut your finger?" tanya Eiman lalu memegang tanganku.

Aku menuju ke sink dan membasuh tanganku yang berdarah itu.

Haizeq, Sarah dan Qistina muncul.

"Kenapa, Mia?" tanya Haizeq, risau.

"Oh, nothing. Terpotong jari je masa potong sayur tadi..." jawabku.

"Nothing? Dalam kot luka kau ni..." kata Eiman.

Aku melihat jariku.

"Duduk." arah Eiman. Aku turuti katanya.

"Sarah? Ada first aid kit tak?" tanya Haizeq kepada Sarah.

"Ada... Jap." jawab Sarah lalu ke ruang tamu.

Sarah muncul beberapa saat kemudian.

"Nah." kata Sarah dan menghulurkan kotak kecemasan itu kepada Haizeq.

Haizeq membalut jariku.

"Macam mana boleh terpotong jari sendiri?" tanya Haizeq.

"Tiba-tiba pening tadi. Sebab period kot..." jawabku.

"Dah tahu kau selalu pening masa period, kau nak buat kerja tu kenapa?" tanya Haizeq. Aku memuncungkan bibir.

"Dah cakap tak payah tolong aku tadi, kan? Tu lah degil lagi. Kan dah terluka." kata Eiman. Muka aku berkerut.

"Aa... Korang ni dah kenapa? Aku yang luka, korang pulak yang lebih-lebih. Relax lah. Sikit je ni. Aku dah kena selalu lah... " kata aku.

"Haah lah. Kenapa dengan korang ni? Macam terlebih risau je. Why? Korang ada feelings kat Nayli, eh?" tanya Sarah.

Kami memandang Sarah. Eiman dan Haizeq terdiam. Aku menjegilkan mata lalu memukul Sarah dengan tangan yang tidak terluka itu. Qistina dan Sarah ketawa kecil. Tangan sebelah lagi tu masih dipegang oleh Haizeq. Haizeq dan Eiman memandangku. Ah, ni yang aku tak suka ni! Awkward!

"Umm... Haizeq, dah ke?" tanya aku. Haizeq tersedar dari lamunannya.

"What?" tanya Haizeq.

"Tangan aku..." jawabku sambil memandang tangan yang masih dipegang oleh Haizeq.

"Oh... Jap." kata Haizeq. Dia menyambung balutan yang hampir siap pada jariku.

"Ok. Dah siap." kata Haizeq. Akhirnya dia melepaskan tanganku.

"Thanks, Haizeq." ucapku. Eiman memerhatikan aku dari tadi.

"Careful lain kali." nasihat Eiman. Dia menggosok kepala aku. Dia tersengih. Ish... Habis senget tudung aku...

"Ok... Tapi kenapa kau rosakkan tudung aku?" tanya aku lalu memuncungkan bibir.

"Hehehehe. Sorry. Tak sengaja." jawab Eiman.

"Eh, korang tak nak sambung masak ke?" tanya Qistina.

"Oh, yeah. Lupa pulak pasal dinner." kata Eiman lalu ke dapur.

"Nayli, awak duduk situ je." arah Sarah.

"Alah... Boring lah." jawabku.

"Jangan nak melawan. Dengar cakap boleh tak?" tanya Haizeq.

"Ala... Please, Haizeq... Biar aku kemas meja dengan buat air." pintaku. Aku buat muka comel.

"Ish... kau ni degil lah. Yelah..." jawab Haizeq.

"Yay!!! Thanks. Sayang Haizeq." ucapku lalu memberi flying kiss kepada Haizeq. Haizeq tergelak kecil.

"Eeeee... Geram aku dengan kau ni. Rasa macam nak cium je. Boleh tak jangan cute sangat?" tanya Haizeq. Dia mendekatkan mukanya.

Aku terdiam. Dia memandangku. Lama. Aku terkedu. Aku cepat-cepat menutup mulut. Haizeq tergelak besar. Aku memukulnya.

"Kenapa? Nervous sangat ke?" tanya Haizeq sambil ketawa. Aku hanya menjeling.

"Kau ada kerja tak? Daripada kau gelak macam hantu tu, baik kau tolong aku." kata aku.

"Okay. I'll help you." kata Haizeq selepas tawanya terhenti.

____________________________

"Bye, korang." ucapku.

"Bye... " balas Haizeq, Eiman dan Johan.

"Haizeq. Jangan lupa assignment esok." kata aku.

"Ok." jawab Haizeq.

"Thank you for the food, Eiman. Sedap sangat..." puji aku sambil tersenyum.

"Welcome and thanks." jawab Eiman dan membalas senyuman.

"Johan dengan Eiman. Esok kalau tak busy, join lah sekali." kata aku.

"Insha - Allah." jawab mereka.

"Bye..." kata mereka. Aku melambai ke arah mereka.

Aku masuk ke dalam rumah. Sarah dan Qistina mengemas meja makan. Aku tolong diorang. Selepas itu, kami ke ruang tamu.

"Jom tengok kdrama." ajak Sarah.

"Jom!" jawab aku dan Qistina.

Kami menonton kdrama beberapa episod.

"Korang. Kita tidur dulu lah. Pening." kata aku.

"Ok." jawab Sarah dan Qistina. Aku menuju ke bilikku di tingkat atas.

"Sarah." panggil Qis.

"Ye." jawab Sarah.

"Johan cakap dia suka kita..." beritahu Qistina.

"What? Serious ke?" tanya Sarah, teruja. Qistina mengangguk.

"Bila?" tanya Sarah.

"Lepas habis konsert hari tu. Kita nak bagi tahu awak, tapi tak sure lagi. Sorry." kata Qistina.

"Nayli dah tahu?" tanya Sarah.

"Dah." jawab Qistina.

"Oh... By the way, congrats. Awak pun suka dia, kan?" tanya Sarah. Qistina tersenyum.