Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 16 - Bab 15

Chapter 16 - Bab 15

Aku temankan Haizeq siapkan assignmentnya. Semua berkumpul dekat rumah sewa kitorang.

"Yay! Dah siap..." kata Haizeq.

"Yay!" kata aku sambil tersenyum dan tepuk tangan.

"What are we going to do now?" tanya Qistina.

"Jalan-jalan?" cadang Sarah.

"Nak jalan-jalan dekat mana?" tanya Johan.

"Pantai dah. Kita pergi zoo nak?"cadang Haizeq.

"Nak! Nak jumpa koala dengan kangaroo!" kata aku.

"Yes! Good idea. Semua setuju?" tanya Sarah.

Eiman mengangguk.

__________________________

"Wah, cutenya koala ni!" kata aku, teruja.

"Haah. Tapi Nayli lagi cute kot." kata Eiman.

"Oh... Yang tu semestinya!" kata aku, gurau.

Kami tergelak. Tiba-tiba Haizeq berdehem. Aku pandang Haizeq.

"Kenapa Haizeq?" tanya aku.

"Jom la kita pergi tengok kanggaru..." ajak Haizeq.

"Diorang mana?" tanya aku lagi.

"Diorang dah pergi. Tinggal kita bertiga je." kata Haizeq.

"Oh, ok." kata aku lantas berdiri. Aku mengambil gambar koala itu lagi.

"Jom!" ajakku. Aku berjalan diantara Haizeq dan Eiman.

__________________________

"Qis." panggil aku.

"Ye." jawab Qistina.

"Macam mana?" tanya aku.

"Macam mana apa?" tanya Qistina pula.

"Awak dengan Johan lah." jawabku.

"Oh... Kitorang makin rapat. Tapi kitorang takde lah rapat macam awak dengan Haizeq. Sweet sangat!" kata Qistina.

"Hehehehehe..." gelakku.

"Kita tengok awak dengan Eiman pun makin rapat. Kita nampak awak bawak balik bunga rose 3 hari lepas. Eiman bagi kan? And, siap tengok movie sama-sama. What happened?" tanya Qistina.

"Alah... Biasa lah." jawabku pula. Tak tahu nak jawab apa.

Aku mencari kelibat Johan. Dia merekod video kanggaru-kanggaru itu. Dia vlogging.

"Johan! Meh sini!" panggil aku.

Qistina memukulku perlahan Johan menghampiri kami. Dia tersenyum memandang Qistina.

"Ye, kenapa Nayli?" tanya Johan.

"Meh aku ambik video kau dengan kanggaru tu pulak. Qistina pun join." suruhku.

Qistina dengan Johan malu. Johan bagi kameranya kepadaku.

"Ok, 1 2 3. Start!" kata aku. Fokus kepada kamera. Johan dan Qistina memberi kanggaru itu makan.

"Ok, done. Awh... You two look good, cute, and sweet together. Sesuai lah!" kata aku, tersengih. Qistina dan Johan tersipu malu. Aku memulangkan kamera Johan.

"Dah. Jom ambik gambar dengan diorang." ajak Qistina.

"Wait. Kita nak ambik gambar dengan korang dulu." kata aku lalu mengeluarkan phone dari beg.

"Ok." jawab Qistina dan Johan. Kami wefie. Dengan kanggaru sekali lah.

"Ok dah. Jom." kata aku lalu menuju ke arah Haizeq, Sarah dan Eiman.

"Jom ambik gambar." ajakku.

"Ok." jawab mereka. Kami minta tolong daripada pekerja di situ untuk mengambilkan gambar kami.

"Thanks." ucap kami kepada pekerja itu.

"Nayli, Qis. Jom selfie." ajak Sarah. Kami wefie.

"Mia. Jom." kata Haizeq. Dia mengeluarkan phonenya. Aku turut mengeluarkan phone aku. Kami wefie dengan pelbagai gaya.

"Eiman. Your turn." kata aku.

"Ok." jawab Eiman sambil tersenyum. Kami wefie.

Aku post gambar-gambar aku dengan Sarah, Qis and Johan, gambar aku dengan Haizeq, dan Eiman dekat Instagram.

"Next. Jom pergi depan sana." ajak Sarah.

"Ok." jawab kami.

Aku berjalan diantara Haizeq dan Eiman lagi. Jap. Aku memperlahankan langkahku. Kat depan tu haiwan apa eh? Wait. Ular?! Oh, shoot! Aku memberhentikan langkahku.

"Nayli..." panggil Qis dan Sarah. Diorang pusing memandangku. Alah... Diorang ni suka kenakan aku. Aku bersedia untuk lari.

"Haizeq dengan Eiman, pegang dia!" arah Sarah dan Qistina.

Johan, Eiman dan Haizeq keliru. What happened? Aku lari meniggalkan mereka. Sarah dan Qistina mengejarku. Haizeq, Eiman dan Johan mengikuti kami.

"Aaaa!!!! Tak nak jumpa ular!!!" jeritku.

Tiba-tiba aku tersepak batu. Nasib baik tak jatuh. Tapi yang malangnya, Sarah dan Qistina dapat menangkapku.

"Please lah korang... Kita tak cakap pun nak jumpa dia. Kita cakap nak jumpa koala dengan kanggaru je..." kata aku

"Alah... Jomlah Nayli." ajak Qistina.

"Guys, what happened?" tanya Haizeq.

"Nayli tak nak jumpa Mr. Snake." jawab Sarah.

"Oh..." kata Haizeq. Dia tergelak.

"Tolong lah. Kita tak nak jumpa dia!" kata aku.

"Alah, kejap je..." kata Sarah.

"Kalau korang nak, pergilah. Jangan bawak kita sekali..." kata aku. Aku memuncungkan bibir.

Eiman, Haizeq dan Johan tergelak.

"Please, Nayli. Tak best lah kalau takde awak." kata Qistina

"No... Tak nak la. Nanti takleh tidur. Mimpi pasal dia." kata aku.

"But Nayli, you have to. Kita kena lalu sana baru boleh tengok haiwan lain..." pujuk Eiman, lembut.

"Serious? Perlu ke?" tanya aku.

"Yes." jawab Eiman.

"Ha, ye lah..." akurku. Aku memuncungkan bibir lagi.

"Yay! Jom!" ajak Sarah.

_____________________________

Aku menundukkan kepala. Tak nak tengok. Aku jauhkan diri daripada semua orang. Terutama Mr. Snake tu.

"Takut sangat ke?" tanya Eiman. Aku hanya mengangguk.

"It's okay I'm here with you..." kata Eiman.

Aku hanya tersenyum.

"By the way, kau takut ular ke kau geli?" tanya Eiman.

"Both." jawabku. Eiman mengangguk. Dia tersengih melihatku.