Tengah hari itu kami ke supermarket. Beli barang dapur. Eiman tak ikut. Dia kata ada study group. So hari ni Aku, Sarah, Qistina, Haizeq dan Johan je.
Johan? Dengan Qis ler... Sarah? Alone... Eh gurau. Dia ade dengan kitorang. Haizeq? Ada ni haa, dengan aku. Tapi dia dari tadi diam. Tak tahu lah kenapa. Author mesti tahu en? Hehehehhee
Kenapa dengan Haizeq? Asal dia tak banyak cakap macam selalu? Nak tanya ke? Tanya lah... Tapi, aku takut mood dia tak baik pastu gi marah aku lakk. Aih banyak songeh lah minah ni. Pergi je lah tanya.
Aku memandang Haizeq yang berada di sebelah aku itu. Muka Haizeq tegang. Aku telan air liur. Weh. Takut doh... Mana tahu nanti dia marah aku macam singa? Tak pe. I'll try. Eh Nayli ni banyak cakap betul lah.
"Haizeq." panggil aku.
"Haizeq..." panggil aku sekali lagi kerana tiada sahutan tadi. Harap-harap kali ni berjaya lah.
"Yes?" jawab Haizeq. Dia memandangku. Terus muka dia berubah jadi macam biasa. Huh! Nasib baik dia tak buat muka macam tadi.
"Mia? Kenapa?" tanya Haizeq. Aku tersedar dari lamunan pendek tadi.
"Umm... Nak tanya something boleh tak, Haizeq?" tanya aku.
"Tanya lah." jawab Haizeq.
"Aku tengok kau senyap je dari tadi. Why?" tanya aku.
"Takde pape lah, babe." jawab Haizeq lalu mengalih pandangannya ke hadapan.
Haih... Dia tak nak bagitahu la pulak. Kenapa dia senyap je dari tadi eh? Tak de mood ke? Period? Hehhh budu kau, Nayli. Please jangan merepek.
"Ala... Tak nak bagitahu ke?" tanya aku lalu memuncungkan bibir.
"Entah la. Tiba-tiba aku rasa ada something yang tak kena..." jawab Haizeq. Akhirnya...
"Rasa macam mana?" tanya aku.
"Rasa macam aku akan kehilangan kau..." kata Haizeq. Oh... serious?
"Awh... Jangan la cakap macam tu. You know this, right? That I'll always by your side. Kita kan dah kawan lama... And, I won't let you go. Kecuali kalau kau kahwin or ada girlfriend..." kata aku. Nak pujuk Haizeq kan....
"Oh... So sweet of you, Mia." kata Haizeq. Dia mula senyum. Macam selalu.
"Kau tak nak ada girlfriend ke?" tanya aku. Tiba-tiba je...
"Girlfriend? Entah. Kenapa? Kau nak carikan ke?" tanya Haizeq, tersengih.
"Aku carikan? Takdenye... Nanti kau yang kawin dengan dia, bukan aku. So, cari sendiri lah yer..." kata aku. Haizeq tergelak kecil.
"Macam mana nak cari girlfriend, Mia?" tanya Haizeq.
"Kalau kau rasa dia yang the best, so yeah. Kenapa? Teringin nak ada girlfriend ke?" tanya aku.
"Entah. Aku saja je tanya..." jawab Haizeq.
"Nanti kalau kau dah ada girlfriend, kau dah tak boleh rapat dengan aku macam ni, tau..." kata aku.
"Kenapa pulak?" tanya Haizeq. Eleh... macam tak tahu.
"Kau kena lah spend time dengan dia. Bukan lah setiap masa. You know what I mean, right?" tanya aku. Haizeq hanya mengangguk.
"Macam mana taste kau? I mean, kau nak lelaki yang macam mana?" tanya Haizeq.
"Aku? Umm... Firstly aku pilih yang ada rupa. Kalau dapat yang handsome, untung la! Hehehe... And, aku nak yang jaga solat dia. Second, kalau boleh aku nak yang bukan jenis panas baran and selfish. Third, aku nak yang selalu ada masa untuk aku. Teman aku beli barang dapur macam ni ke... Tapi kalau pasal kerja, I understand." kata aku. Haizeq mengangguk.
"Bila kau nak ada boyfriend?" tanya Haizeq lagi.
"Umm... Yang tu aku still tak tahu." jawabku, jujur.
"Kalau macam tu, kau ambik aku je lah. Kita tak yah kenal-kenal dah. Kita kan dah kenal lama..." cadang Haizeq. Aku ternganga. Haizeq tergelak.
"Untung lah kalau kau dapat aku. Sweet, handsome pulak tu..." Haizeq puji diri sendiri. Ehh... Perah santan lah pulak...
Aku tergelak. Aku tercari-cari kelibat Sarah, Qistina dan Johan. Mana diorang ni? Tadi ada je kat belakang.
"Haizeq. Nampak diorang tak? Diorang pergi mana?" tanya aku kepada Haizeq.
"Entah la." jawab Haizeq. Dia berpaling ke belakang dan ke depan. Dia nampak kelibat Sarah, Qistina dan Johan berjalan menuju ke arah kami.
"Tu..." kata Haizeq sambil menunjukkan tangannya ke hadapan. Aku memandang ke arah itu.
"Pergi mana?" tanya aku kepada mereka yang baru sampai ke sini.
"Pergi cari barang lah." jawab Sarah.
"Kenapa tak bagitahu?" tanya aku.
"Tak nak lah kacau korang tengah sweet-sweet tadi..." kata Qistina.
"Eh? Bila masa pulak?" tanya aku lagi. Tak silap tadi aku bercakap je dengan Haizeq. Apa yang sweet?
"Korang setiap masa sweet..." kata Johan pula. Kami ketawa.
"Eh? Asal troli kosong? Korang tak beli apa-apa lagi ke?" tanya Sarah. Aku memandang troli yang dari tadi disorong. Kosong!
"Hah! Syok sangat sembang tadi. Terlupa pulak datang sini untuk shopping." kata aku. Haizeq tergelak.
"Tu lah. Lain kali jangan bersemut sangat. Tengok dah hanyut..." kata Qistina. Kami ketawa lagi.
"Cepatlah pergi beli barang yang awak nak beli. Kita nak cari barang lagi ni. Bye." kata Sarah.
"Sama lah." kata Qistina. Mereka pergi bersama-sama. Johan pun ikut sekali.
"Kau tak nak beli apa-apa ke?" tanya aku kepada Haizeq.
"Tak. Minggu lepas aku dah shopping dengan Johan. Banyak lagi kat rumah." jawab Haizeq. Aku mengangguk.
"Kau ada nak suruh aku buat apa-apa tak?" tanya aku.
"Ada." kata Haizeq.
"Apa?" tanya aku.
"Tolong jangan cute sangat." jawab Haizeq, tersengih. Heh... Nak kena dia ni...
"Nak kena tumbuk ke? Maksud aku, kau nak aku masak apa-apa ke?" tanya aku.
"Umm... Aku nak kau buat kek, boleh?" tanya Haizeq.
"Kek apa?" tanya aku.
"Ala... Yang senang-senang je. Chocolate cake?" cadang Haizeq.
"Sure. Aku nak pergi cari barang dulu. Nak ikut ke?" tanya aku.
"Kau pergi dulu. Aku baru teringat ada something yang aku nak beli. Kau duduk kat kawasan ni je tau. Jangan pergi jauh-jauh. Susah aku nak cari." kata Haizeq. Eh... Macam bagi nasihat dekat budak kecik pulak. Aku ni budak-budak ke?
"Eleh... Phone kan ada. Call je lah." jawabku.
"Ala malas lah..." kata Haizeq.
"Ye lah." jawabku. Haizeq pergi mencari barangnya. Aku pula mencari tepung untuk membuat kek itu. Bahan yang lain dah ada kat rumah.
Aku ingin mengambil tepung tu. Tapi tinggi lah. Yang dekat rak bawah dah takde. Alah... Nak suruh Haizeq, tapi dah tak nampak dia. Takkan nak tunggu dia pulak. Aku menjengketkan kaki. Cuba untuk mencapai tepung yang tertulis ' flour ' tu. Ish... Aku ni dah la pendek. Orang-orang kat sini pulak tinggi-tinggi. Masalah betul lah. Aku pandang ke kanan dan ke kiri. Takde orang lah pulak. Baru ingat nak mintak tolong.
Aku terus mencuba. Still tak boleh. Tiba-tiba... Eh... Semua orang dah tahu. Mesti ada tiba-tiba, kan? Cliche lah author ni... Okay kita sambung balik. Maaf iklan pulak tadi. Eheheheehe...
Tiba-tiba ada tangan dari belakang mencapai tepung itu. Aku cepat-cepat memusingkan badanku ke belakang. Lelaki itu turut memandangku. Wei dekat kot...
Dia menghulurkan tepung itu. Aku mencapai huluran itu.
"Thanks." ucapku sambil tersenyum. Eh dia ni...
"Malaysian?" tanya lelaki itu. Aku hanya mengangguk.
"Wait. You girl yang I terlanggar tadi tu kan?" tanya dia. Aku mengangguk lagi.
"Sorry about that." kata lelaki itu.
"It's okay." jawabku.
"Asyraff. You?" kata dia, memperkenalkan diri.
"Nayli." jawabku. Suara dia macam pernah dengar lah. Tak mungkin...
"Nak lagi ke?" tanya Asyraff sambil menunjuk ke arah tepung yang dipegang olehku.
"Oh, It's okay. Dah cukup ni." kata aku.
"Okay. I have to go. See you again, Nayli." ucap Asyraff lalu melambaikan tangannya dan berjalan meninggalkan tempat itu. Aku hanya memandangnya. Sebenarnya, aku still curious. Betul ke tu dia? Muka serupa, suara pun sama. Weh... Aku takut lah. Rasa nak nangis pun ada. Macam mana kalau mimpi tu betul? Aaaaa!!! Tanganku dah ketar.
*Mimpi Bab 9. Kalau korang terlupa.*
"Mia." panggil Haizeq dari belakang. Aku cepat-cepat memaut tangan Haizeq yang beralaskan dengan jaket geansnya itu.
"What's wrong, Mia? Siapa lelaki tu?" tanya Haizeq, risau. Aku diam.
"Bukan ke dia yang dekat park tadi? Kan?" tanya Haizeq. Aku masih diam. Masih takut.
"Mia. Kau okay ke?" tanya Haizeq apabila aku memegang tangannya dengan kemas.
"Hey, Mia!" Haizeq memanggilku dengan suara yang agak kuat. Dia memandangku. Dia memegang kepala aku memandangnya.
"Kenapa, Mia?" tanya Haizeq.
"Just tell me, Mia. It's okay..." pujuk Haizeq dengan suara yang lembut. Aku menarik nafas semampu yang boleh. Aku membuka mulut untuk bercakap. Haizeq setia menanti apa yang akan aku beritahunya.
"D-dia... M-muka de-dengan ss-suara dia ss-sama d-dengan... dengan lelaki y-yang da-dalam mimpi tu..." kataku, tergagap-gagap kerana menangis.
"Hah?! Serious?" tanya Haizeq. Aku hanya mengangguk lalu menyembamkan muka ke dada Haizeq dan menangis. Dia mengusap belakangku perlahan-lahan.